Tuesday, December 05, 2006

Selamatkan Utusan: 5 lwn 43 dalam MT Umno?

5 dari 48 anggota MT Umno dilaporkan menentang cadangan penggabungan Utusan-Nst, lapor Straits Times Singapura, Isnin lalu.

Siapa lima orang yang bersetuju itu? Presiden, Timbalan Presiden dan tiga yang lain?

Wow! Jika laporan ini benar, ia satu perkembangan yang mengejutkan.

Setakat ini, tiada penafian dari mana-mana pemimpin Umno terhadap laporan ini. Kita kira ia benar.

Lima lawan 43?

Ikut laporan itu lagi, Perdana Menteri dan Timbalan Pedana Menteri telahpun ditaklimatkan mengenai cadangan penggabungan ini sebelum mesyuarat MT dan kedua mereka telah memberikan persetujuan mereka.

Pemuda Umno pula dilaporkan tidak memberikan sebarang pendapat, ketika diberikan taklimat, kata laporan itu.

Setakat yang kita boleh fahami, pihak berkenaan tidak menjangkakan tentangan akan diterima dari anggota MT. Sebab itu, segala persiapan penggabungan ini telah dibuat, termasuk pengumuman adanya sidang akhbar khas pada 4 Disember, tiga hari selepas mesyuarat MT serta penggantungan jual beli saham kedua-dua Utusan dan NST.

Kerana ada perkara di luar dugaan berlakulah, saham Utusan dan Nst yang diniagakan semula hari ini, menyaksikan kejatuhan harga. Ini tidak masuk dalam jadual asal.

Namun, sungguhpun ditentang, gaya bahasa Perdana Menteri ketika mengupas isu ini ialah - kena jadi. Pengalaman kita sudah ada. Rancangan penyenaraian TH Plantation, satu masa dulu ditentang hebat termasuk oleh ahli Parlimen BN. Ia tidak mengubah apa-apa.

Tapi kali ini, 43 akan ditewaskan oleh 5? Ia tentu sangat dahsyat.

3 comments:

Anonymous said...

A'kum Dato

Nampaknya Malaysia undur kebelakang dengan penggabungan akhbar harian utamanya. Walaupun tidak dapat dinafikan ke dua-duanya adalah lidah UMNO yang banyak mencanangkan propaganda dan retorik kerajaan, ada sedikit kelainan diantara ke duanya. Berita harian lebih dilihat berhati-hati terutamanya apabila menegur dasar kerajaan, tetapi sebaliknya Utusan lebih keras, terutama dalam isu Mahathir-Pak Lah.

Penggabungan ke dua-dua akhbar ini akan memastikan hanya satu semua laporan, senada seirama terutamanya berkaitan dasar kerajaan. Terus menjadi Kakak Tua yang akan melaporkan dasar kerajaan secara membuta tuli tanpa penilaian yang intelek. Sepatutnya media lebih professional dan menjadi check and balance.

Jika ini dibiarkan, dunia kewartawanan di Malaysia terus malap. Wartawan di Malaysia tidak seperti negara lain rata-rata lebih bergantung kepada "desk report" kebanyakan press release dan bukan "field report".
Mereka seolah-oleh mengambil jalan mudah untuk mendapat berita. Kebanyakan lapuran adalah bersumberkan pernyataan menteri-menteri. Jauh sama sekali membongkar isu rasuah, kronisme, kekejaman polis dan dasar tidak betul kerajaan yang mengabaikan golongan bawahan. Apa sudah jadi?

Inilah nasib akhbar di Malaysia apabila mereka tidak bebas dan dibelenggu oleh politik sempit UMNO. Perjuangan Melayu tak akan sampai kemana.

NSW, Australia

Anonymous said...

yang pastinya wartawan nst atau utusan malaysia memang tidak senang dengan pengabungan ini

Anonymous said...

Assalamualaikum!

UMNO : U Must Not Object! Apa lagi yang patut kita cakapkan lagi. Kalau dah Perdana Menteri sendiri yang suka (jadi wali) kahwinkan secara paksa akan kedua-dua lidah rasmi UMNO, apa yang perlu dan boleh kita buat?

Cakap banyak pun tak guna. Pembesar UMNO bila ditegur dan disanggah.. cepat2 melatah, marah dan ambil tindakan. Seolah2 maksum, tidak bersalah dan keputusan yang dibuat adalah betul, tdak ada yang tidak betul, melainkan yang betul-betul sahaja.

Kredibiliti akhbar dalam pasaran Malaysia (kecuali Harakah) memang dah lama tiada. Ni kira buah tangan dan legasi Tun M. Syabas dan tahniah buat Tun M.

Apa2 pun, apa yang perlu kita buat.. jangan beli surat khabar Utusan Meloya dan NST. Cerita yang dibuat laporan pun berdasarkan kenyataan menteri2. Memang betul cakap NSW, Australia. Sedihla..

Kita doa dan azam tukar pemerintah tahun2 yang mendatang. La ni, kita bagi pressure kat pembesar2 yang sedia ada untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada.

marn05