Laporan Bernama setengah jam yang lalu (3.21 petang, menunjukkan terma dan susunan cadangan penggabungan Utusan - Nst berubah banyak dari cadangan asal.
Antara perubahan baru ialah;
1. Pengarah Urusan Utusan, Datuk Nasir Ali akan dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan bagi entiti baru yang diwujudkan hasil penggabungan.Ini memberi lebih kuasa kepada Kumpulan Utusan.
2. Syarikat baru yang ditubuhkan nanti akan mengambil alih kedua-dua Utusan dan Nst dengan pemegang saham Utusan sekarang akan menjadi pemegang saham terbesar dalam entiti baru nanti. Dalam cadangan asal, Media Prima Bhd, syarikat induk Nst akan menjadi induk kepada penggabungan Utusan dan Nst,
3. Utusan akan disuntik ke dalam Nst melalui reverse takeover. Di bawah cadangan asal, Nst akan membeli Utusan dengan bayaran tunai. Utusan menjadi lebih atas.
4. Editorial akan kekal berasingan dan tersendiri.
Ini bermakna struktur baru ini sama sekali berbeza dari cadangan asal dan memberikan kesan yang berbeza kepada Utusan di satu peringkat, dari cadangan asal yang boleh membawa kepada Utusan dikawal dan duduk lebih rendah dari pihak lain.
Laporan itu juga menyebut dua perkara berikut;
1. Penjimatan kos tenaga manusia - bermakna pekerja, terutama di bahagian kilang, kemungkinan akan diberikan tawaran untuk diberhentikan,
2. Peningkatan pendapatan Kumpulan baru dari bayaran iklan dengan harga baru tanpa saingan. Bermakna kos pengiklanan akan meningkat melalui monopoli baru ini.
Namun, Utusan harus ingat, pada masa hadapan, bahaya masih tetap wujud. Mereka kini akan menjadi seakan dua otak dalam kantung atau poket yang sama. Kedudukan poket dan kantung mungkin akan menjadi faktor penentu.
Apa pun, Utusan harus berterimakasih kepada suara bising yang mengkritik cadangan asal sehingga Utusan boleh menikmati terma baru yang lebih strategik untuk mereka.
Bagai mana pun, beberapa isu kekal menjadi tandatanya.
1. Bagaimana Presiden Umno boleh bersetuju dengan cadangan awal dan tidak sensitif dengan kedudukan Utusan. Kalau tidak kerana ada suara bising samada di dalam atau luar Umno, keadaan akan berbeza.
2. Siapa yang begitu berpengaruh memberikan format cadangan awal yang lebih memihak kepada Nst?
Wednesday, December 06, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment