Tuesday, December 12, 2006

Di China pun sexy tak boleh

Langkah Kerajaan Kelantan tidak membenarkan pakaian menjolok mata atau sexy telah dikritik, termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.

Kamus Merriam-Webster memberikan makna berikut bagi perkataan sexy;

1 : sexually suggestive or stimulating : EROTIC
2 : generally attractive or interesting : APPEALING

Jika kita meninjau sekeliling sejenak, ternyata China telah mendahului Kelantan, sejak dua tahun yang lalu. Ikuti laporan BBC bertarikh 2 September 2004;

China bans 'sexy' female attire

Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office.
Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report.

They should "dress in a serious, proper, simple and natural way".

The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service.

The clothes must not be "avant-garde and ostentatious", the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say.

Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments".

'Elegant'

The report also recommended women should adopt manners in line with their professional positions.

"They should use elegant language, avoid rude words and must not in any case use dirty or strange words," it said.

"When they receive guests or speak on the phone, they must say 'please' and 'thank you'," the report said.

Perhatikan : They should "dress in a serious, proper, simple and natural way". Bukan 'stimulating'. Sexy, ikut mereka, antara lain - 'revealing tops and leggings'.

Adakah panduan ini : dress in serious, proper, simple and natural way - tidak sesuai untuk gadis Kelantan ? Kalau China komunis pun tahu kesan buruk dari pakaian sexy, tentulah Timbalan Perdana Menteri Islam Hadhari pun faham.

Mereka boleh membezakan antara sexy yang stimulating dan elegant. Janganlah semata-mata kerana Kelantan memperkenalkannya, kita jadi panik dan tidak rasional. Lim Kit Siang pun kena timbang-timbang lah.

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, sebenarnya dalam perkara ini saya melihat orang Islam sendiri yang berlebihan dalam menentang perlaksanaan dan penguatkuasaan undang undang.. Inilah sebenarnya mempolitikkan agama dan politik cari makan

orang bukan Islam pula kadang kadang lebih perihatin dan ke hadapan dalam menghormati hak hak orang Islam terutamanya di negara membangun atau minoriti umat Islam.
Contoh di bawah jeas membayangkan ruang mempraktikkan Islam dibuka seluas luasnya oleh mereka

http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/england/lancashire/5315306.stm

dr lee

Anonymous said...

peringatan: ini adalah sebuah negara bernama malaysia.
amalan: cakap dulu, bikin gempar dan marah kpd org lain, kemudian baru fikir

Anonymous said...

Saya setuju dgn YB dan komen 2 ahli lagi, kalau dilihat drpd segi rekod pemimpin BN terutama menteri-menteri yang mengaku Islam inilah yang menjadi jaguh menghentam Kerajaan Pimpinan Pas jika sesuatu hendak dilaksankan demi kebaikan semua, Islam dan bukan Islam. Dulu semasa hendak diperkenalkan kauter berasingan di pusat beli belah, ditentang juga. Menggalakan pemakian menutup aurat nagi yang Islam dan bermoral/beretika kepada yang bukan Islam pun ditentang juga. Saya rasa asal shj datang drpd Pas mereka tentang, agaknya mereka bimbang UMNO akan menjadi tidak relevan. Nak tunggu mereka laksanakan, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba . Saya rasa banyak contoh yang dibuat oleh kerajaan Kelantan ditiru oleh kerajaan pusat, walaupun pd awalnya mereka kritik. Teruskan usaha yang baik YB, jika YB2 PAS boleh mempertahankan sikap mesra rakyat, tidak rasuah dan tidak sekali-kali buat perangai mcm YB UMNO insya Allah rakyat akan terus sokong walaupun masih ada yang nak sokong umno, yang itu tunggu malaikat maut shj dtg jumpa dia. Hidup Islam

Anonymous said...

Hari ini tak boleh pakai macam ini, besok tak boleh apa pula?

Bukan tempat kerajaan untuk mengarah manusia hendak berpakaian macam mana.
Ada batasnya nak berpakaian bagaimana dalam sebuah masyarakat, tapi jangan sampai mengganggu hak asasi manusia. Kita ada akhlak kita sendiri; biar kita hakimi sendiri.

Kita negara demokrasi dan bukan authoritarian. Sedikit demi sedikit cengkaman sebuah kerajaan, lama-lama sedar-sedar sudah seperti Saudi dan Iran yang menjadikan wanitanya seperti manusia darjah kedua.

Jangan jadikan negara ini negara polis moral. Kerajaan tidak patut ada hak untuk mengarah kehidupan dan pilihan seseorang manusia, selagi manusia itu tidak mengganggu hak manusia lain.

Anonymous said...

Salam sejahtera kepada semua.......
Saya sangat setuju dengan langkah YB untuk mengenakan kod etika berpakaian.Kerana, mutakhir ini pakaian2 yang ada terutamanya pakaian untuk wanita2 sanagat menjolok mata terutamanya (fesyen barat)...
Saya buat analogi mudah, kalau kamu pergi ke kedai emas..pasti kamu lihat emas yang dijual itu dilindungi@ditutup dalam kaca..disimpan dengan baik..Menunjukkan tingginya nilai emas itu.Sama dengan wanita, disebabkan nilai harga maruahnya yang begitu tinggi, selayaknya ditutup kemas,cantik agar selamat dari sebarang bahaya.Dan selayaknya, hanya ditunjukkan kepada suaminya shaja(Halal baginya)Tambah2 sekarang lagi, macam2 kes rogol yang boleh dikatakan hari2 ada...