Akhirnya MSC diluaskan.
Perdana Menteri mengumumkan, bermula 7 Disember ini, MSC tidak hanya merangkumi jaluran 15x50 km² dari KLCC ke KLIA bahkan meliputi seluruh Lembah Kelang.
Sudah tentu langkah ini amat dialu-alukan dan akan merangsang pertumbuhan industri multi media. Dulu, ia lebih menjurus kepada pembangunan hartanah. Untuk mendapat status MSC dengan nikmat pengecualian cukai yang menarik, sesebuah syarikat kena membeli atau menyewa bangunan samada di KLCC atau Cyber Jaya dengan kos yang jauh lebih tinggi. Ia semacam untuk mendapat untung atau sewa atau jual bangunan dan tanah. Sedangkan, perniagaan multi media boleh dijalankan di mana-mana.
Walaupun agak terlambat, perubahan paradigma ini harus dialu-alukan. Sewaktu saya di Dewan Rakyat dulu, saya telah bangkitkan isu ini dan nampaknya, kerajaan akhirnya akur, jika kerajaan ingin melihat kemajuan di bidang ini, ia tidak harus dikaitkan dengan matlamat yang lain.
Namun begitu, sekali lagi, adakah kita tidak harus berfikir untuk kembangkan hub multimedia ini di seluruh negara. Adakah kita harus tertumpu di Lembah Kelang semata-mata?
Bagaimana jika kita wujudkan mini MSC? Katakan Kelantan dan Terengganu untuk produk multi media untuk pasaran Islam? Produk animasi Islam umpamanya?
Adakah kerajaan Pusat bersedia untuk lebih terbuka?
Untuk makluman, Tuan Guru MB Kelantan akan merasmikan kempen menyertai sekolah animasi yang akan dikendalikan oleh Kerajaan Negeri. Tujuannya, melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk industri ini. Kemudian, melibatkan diri dalam produksi untuk memenuhi pasaran yang masih begitu luas.
Banyak lagi perkara boleh dilakukan, jika Kerajaan Pusat lebih terbuka.
Sekadar untuk ingatan, sasaran MSC menjelang 2010 ialah menjadi hub ICT dunia. Bagaimana kemampuan dan persiapan kita melahirkan tenaga kerja yang relevan dan kompeten?
Thursday, December 07, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Adakah kerajaan Pusat bersedia untuk lebih terbuka?
Jangan harap...
saya anak kelantan..dan saya bangga..
Sekolah animasi menarik minat saya. Bagaimana jika ingin terlibat?
Post a Comment