Monday, November 27, 2006

Rombakan Kabinet – Cadangan Kita

Desas desus rombakan kabinet – ketika diajukan kepada PM baru-baru ini, tidak ditolak kemungkinannya.
Prerogatif PM, kebijaksanaan PM – antara kata-kata yang akan kita dengar selepas sebarang rombakan kabinet.
Kali terakhir PM membuat rombakan kabinetnya ialah pertengahan Februari tahun ini. Tujuh hari sebelum rombakan itu diumumkan, PM memberitahu, beliau belum mendapat inspirasi bagi merombak kabinetnya. Tujuh hari kemudian, pengumuman rombakan itu dibuat. Inspirasi beliau datang dalam masa tujuh hari, tidak hairanlah kalau ia kurang menjadi.
Beberapa Menteri yang dianggap tidak mencerminkan hasrat rakyat melihat kerajaan yang bersih dan berwibawa, masih kekal di kerusi mereka, bukan sahaja dalam kabinet, malah di kementerian sebelumnya. Rombakan itu, seingat saya, disambut dingin.
Kerana itu, sekalipun kuasa menentukan bentok rombakan kabinet adalah kuasa istimewa PM, tidak ada salah bagi rakyat biasa menyuarakan parameter atau rujukan-rujukan utama rombakan itu sebelum rombakan itu dilakukan atas hasrta PM mempertimbangkannya sama.
Ekonomi, adalah satu isu yang perlukan pertimbangan yang halus.
Kedudukan Malaysia di sudut ekonomi serantau kian terpinggir, lapor Wall Street Journal. Kerajaan, sudah pasti sedar, antara rungutan utama rakyat, terutama para peniaga, ialah kelembapan ekonomi Negara. Pelbagai indeks perbandingan serantau membuktikan kebimbangan ini.
Secara sinis, ada yang berkata, jika barisan kepimpinan yang sedia ada tidak dapat menguruskan isu angka pencapaian Bumiputera di bawah DEB, sehingga masing-masing memberikan angka yang bercanggah, sejauh mana keupayaan mereka menguruskan ekonomi Negara? Ekonomi Bumi tidak akan menjadi lebih baik dalam suasana ekonomi negara yang lebih terpinggir.
Isu terlepasnya pegangan Negara kepada Singapura tanpa satu pertukaran strategik, juga berkait dengan keupayaan orang yang menguruskan isu-isu kewangan.
Kata mereka, Abdullah harus mempertimbangkan tokoh Umno seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Apa perlunya Abdullah takutkan Ku Li sehingga ketokohannya dibazirkan?
Kedua, isu-isu yang mencemarkan wibawa kerajaan harus ditangani.
AP mencecah puluhan ribu untuk dua orang teristimewa tanpa penjelasan meyakinkan hingga kini, menjadi tulang yang tersangkut di leher kabinet Abdullah. Sekurang-kurangnya menteri berkenaan kena dipindahkan.
Pengurusan isu Islam? Amat lembab dan tidak meyakinkan. Murtad, bahkan kritikan sesama BN terhadap Jakim, dan terakhir, video klip operasi Jais terlepas keluar, tanpa tindakan sewajarnya hingga kini, membuktikan kewibawaan pihak berkenaan sangat uzur.
Ruangan ini tidak bertujuan menyenaraikan satu persatu parameter dan isu-isu yang mustahak ditimbangkan. Mesej utama ialah, rombakan kali ini, harus mengutamakan hasrat sebenar rakyat, maukan barisan kabinet yang berwibawa, utuh serta menepati slogan kerajaan yang bersih. Bukan semata-mata untuk mengukuhkan survival politik jangka pendek Abdullah.

9 comments:

Anonymous said...

A'kum Dato

Pak Lah nampaknya semakin bercelaru dan semakin tertekan. Ekonomi negara semakin merudum, pelabur asing terus ke China tanpa melihat Malaysia sebagai alternatif yang menarik.

Korupsi yang meningkat, kerajaan yang tidak telus, pemimpin yang tidak bekerja untuk kepentingan rakyat tetapi sebaliknya mementingkan kekayaan mereka adalah antara masalah kronik regime Pak Lah. Ini semakin parah apabila anak dan menantu Pak Lah sendiri yang mengaut keuntungan besar, bukan kerajaan kebijaksaan mereka berniaga tetapi kerana Pak Lah sebagai perdana menteri.

Jika muka-muka lama menteri-menteri yang ada sekarang masih dikekalkan maka tak kemanalah Malaysia. Mereka semakin malas berkerja tetapi rajin mengumpulkan kebendaan. Eloklah menteri-menteri yang memegang jawatan terlalu lama diganti dengan orang baru. Kata orang "new broom sweeps clean" ini tidak pada mentaliti Pak Lah.

Jika rombakan kecil Kabinet Pak Lah tidak significan kepada jentera kerajaan, tak kemanalah agaknya hanya menyerlah ketidakwibaan Pak Lah.

NSW, Australia

Anonymous said...

A'kum Dato

Pak Lah nampaknya semakin bercelaru dan semakin tertekan. Ekonomi negara semakin merudum, pelabur asing terus ke China tanpa melihat Malaysia sebagai alternatif yang menarik.

Korupsi yang meningkat, kerajaan yang tidak telus, pemimpin yang tidak bekerja untuk kepentingan rakyat tetapi sebaliknya mementingkan kekayaan mereka adalah antara masalah kronik regime Pak Lah. Ini semakin parah apabila anak dan menantu Pak Lah sendiri yang mengaut keuntungan besar, bukan kerana kebijaksaan mereka berniaga tetapi kerana Pak Lah sebagai perdana menteri.

Jika muka-muka lama menteri-menteri yang ada sekarang masih dikekalkan maka tak kemanalah Malaysia. Mereka semakin malas berkerja tetapi rajin mengumpulkan kebendaan. Eloklah menteri-menteri yang memegang jawatan terlalu lama diganti dengan orang baru. Kata orang "new broom sweeps clean" ini tidak pada mentaliti Pak Lah.

Jika rombakan kecil Kabinet Pak Lah tidak significan kepada jentera kerajaan, tak kemanalah agaknya, hanya menyerlah ketidakwibaan Pak Lah.

NSW, Australia

1:17 PM

Anonymous said...

Ybhg Dato'

PM takde credibility dlm merencana masa depan negara. kalau 'new broom sweeps clean', kenapa Pak Lah pakai penyapu buruk macam Mike Tyson. Tak kan bersih. Pak Lah mmg tdk pandai merencana, barangkali penasihat Pak Lah yg rekomen Mike Tyson kembali semula ke area politik. Tak mustahil Rahim Tambi Chik akan berkuasa semula.

Bagi kami rakyat yg marhain ini, kami rasa kami ada formula utk kabinet yang baru, yg lebih matang dan lebih menjamin masa depan ekonomi negara.

Cadangan pertama, PM mesti turun dari tampuk pemerintahan. Cukup lah satu penggal yg gagal. Jgn lah meminta minta utk ditambah sepenggal lagi. PM apa tuh, 'masuk bakul angkat sendiri'. Dia sendiri yg mengatakan dia bukan PM satu penggal. Dia cakap sendiri, kami sebagai rakyat yg perlu menentukan siapa pemimpin kami, bukan pemimpin yg menentukan berapa lama dia perlu memerintah.

Cadangan kedua, menteri yg terlalu lama memegang kementerian tertentu, perlu bertukar angin (bertukar ke kementerian yg lain) atau yg lebih, berundur sahaja dari arena politik. Bak kata org kampung saya, pencen je lah... ikut macam Tun. (pencen-pencen pun bising jugak). Menteri tersebut adalah Rafidah Aziz (MITI), Samy Vellu (Kerja Raya), Najib Razak (Pertahanan).

Rafidah gagal dlm menyelesaikan isu AP. Rafidah gagal menjawab mengapa AP dikuasai oleh Nasimuddin. Rafidah gagal dlm memperluaskan dagangan dengan negara-negara Asia seperi OIC, China, India dan ASEAN, sehingga ke hari ini, rakan dagangan terbesar Malaysia adalah Amerika - kebanyakkan syarikat yg diasaskan oleh Yahudi Amerika.

Samy gagal menyelesaikan plan pembangunan yg menyeluruh spt tembatan banjir, kerosakkan infrastruktur, kualiti pembinaan yg teruk. Isu MRR2, isu CF, isu tanah runtuh, isu kos jambatan ke 2 pulau pinang (2 lokasi hentian yg terlalu mahal).

Najib gagal menjamin keselamatan maklumat sulit pertahanan negara, (kes penasihat nya Razak Baginda yg intim dgn warga asing-mongolia yg fasih berbahasa rusia,perancis dan inggeris, Najib juga gagal merangka sistem pertahanan yg terkini mengikut perbelanjaan dan kemampuan negara berikutan pembelian Jet terpakai yg selalu terhempas dan Kapal selam terpakai yg sudah boleh dibuat tukun. Ia satu pembaziran yg amat sangat.

Setakat ini, inilah senarai yg kami mahu lihat perubahan didalam senarai Kabinet baru.


sekian

Anonymous said...

salam.
i'm so proud and respect, such a kind, educated, awesome and islamic PAS leader like u.

Hope u can bring a good leadership in PAS agenda to make sure the party will never down and discriminating by others who alwiz find the way to take advantage in our weaknesses.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

I'm really hope after next GE, we will see u in parliment n state seat...

such a waste when u r not in Dewan Rakyat

Anonymous said...

Seem's Pak lah is in the same predicament as Blair and Bush. ie their own people began to reject them. So Pak Lah ur time might come next election, people will judge u, before u 'll be judged in the hereafter.

BaganSPU said...

Dato'

Selagi PM sandang Jawatan yang sama seperti dipegang oleh TDM yang lalu, maka tak akan jadilah Rombakan itu membawa kesan.

PM+M.Kewangan+M.Dalam Negeri=TDM

Itu cuma nak menunjuk = I am in Power. Reaksi bilakah inspirasi rombakan itu dapat di ilhamkan semata-mata ikut perangai TDM yang lalu. Copy-cat yah.

Anonymous said...

HARI INI DALAM SEJARAH SEPTEMBER 1986 dan SEKARANG

Seperti mana yang telah menjadi sejarah, satu 'perang besar’ dikalangan panglima2 UMNO telah berlaku pada 1987 dimana angkatan tentera Team A yang ketuai oleh Mantan PM (Tun Mahathir) telah ditentang oleh angkatan tentera Team B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh (Kuli). Panglima2 Team B telah gugur dicantas oleh ahli UMNO (atau oleh Wang UMNO?) kecuali PM Abdullah yang menang kerusi Naib Presiden.

Walau pun ramai panglima2 Team B yang gugur tetapi didapati mereka hidup kembali sekarang. Dimanakah mereka pada 1986 dan sekarang?

1. Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri
Dato Seri Dr Mahathir (Team A)
Sekarang ; Pencen

2. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
En Ghafar Baba (Team A)
Sekarang ; Meninggal dunia

3. Menteri Jabatan Perdana Menteri
Dato Abdul Ajib Ahmad (Team B)
Sekarang ; Pencen

4. Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri
Dato Dr Mohamad Yusuf Mohamed Nor (Team A)
Sekarang ; Pencen

5. Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri
Dr Siti Zaharah Sulaiman(Team A)
Sekarang ; Pencen

6. Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri
Raja Ariffin Raja Sulaiman(Team A/B?)
Sekarang ; Pencen

7. Timbalan Menteri Dalam Negeri
Dato Megat Junid Megat Ayop (Team A)
Sekarang ; Pencen

9. Timbalan Pembangunan Negara dan Luar Bandar
Dato Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali (Team B)
Sekarang ; Menteri Besar Perak

10. Timbalan Pembangunan Negara dan Luar Bandar
En Alias Md Ali (Team A/B?)
Sekarang ; Pencen / tiada maklumat

11. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Puan Napsiah Omar (Team A)
Sekarang ; Pencen

12. Timbalan Menteri Pengangkutan
Puan Hajjah Rahmah Othman (Team B)
Sekarang ; Pencen

13. Timbalan Menteri Kerjaraya
En Mustaffa Muhammad (Team A/B?)
Sekarang ; Pencen / tiada maklumat

14. Timbalan Perusahaan Utama
Dato Radzi Sheikh Ahmad (Team B)
Sekarang ; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Setiausaha Agong Umno

15. Menteri Penerangan
Tengku Ahmad Rithauddeen (Team Neutral)
Sekarang ; Pencen

16. Timbalan Menteri Penerangan
Dato Dusuki Hj Ahmad (Team A)
Sekarang ; Pencen

17. Menteri Perdagangan dan Perindustrian
Tengku Razaleigh Hamzah (Team B)
Sekarang ; Ahli Parlimen

18. Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
Dato Zainal Abidin Zain (Team B)
Sekarang ; Timbalan Menteri Pertahanan

19. Menteri Perusahaan Awam
Datin Paduka Rafidah Aziz (Team A)
Sekarang ; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

20. Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah
En Mohd Kassim Ahmad (Team A)
Sekarang ; Pencen

21. Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah
Datin Paduka Zaleha Ismail (Team A)
Sekarang ; Pencen

22. Menteri Pertanian
Datuk Sanusi Junid (Team A)
Sekarang ; Pencen

23. Menteri Pertahanan
Datuk Seri Abdullah Badawi (Team B)
Sekarang ; Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan

Menteri Luar Negeri
Datuk Rais Yatim (Team B)
Sekarang ; Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Timbalan Menteri Luar Negeri
Dato Abdul Kadir Sheikh Fadhir (Team B)
Sekarang ; Pencen

Menteri Kebajikan Masyarakat
Dato Shahrir Samad (Team B)
Sekarang ; Ahli Parlimen

Menteri Pelajaran
En Anwar Ibrahim (Team A)
Sekarang ; Dipencenkan

Menteri Wilayah Persekutuan
Dato Abu Hassan Hj Omar (Team A)
Sekarang ; Pencen

Menteri Kewangan
En Daim Zainuddin (Team A)
Sekarang ; Pencen

Timbalan Menteri Kewangan
Dato Sabaruddin Chik (Team A)
Sekarang ; Pencen

Menteri Belia dan Sukan
Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak (Team A)
Sekarang ; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan

Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Tn.Hj Awang Jabar (Team A/B?)
Sekarang ; Pencen

Didapati hanya dua panglima Team A yang masih kekal iaitu Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak (Peninggalan Tun Mahathir) dan Datin Paduka Rafidah Aziz (berpaling tadah) manakala Panglima2 Team B yang hidup kembali Datuk Seri Abdullah Badawi, Datuk Rais Yatim, Dato Shahrir Samad, Dato Radzi Sheikh Ahmad, Dato Zainal Abidin Zain, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali.
Manakala Hulubalang Team B pada 1987 dan dinaikkan ke taraf Panglima ialah Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd. Yasin (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar (Timbalan Menteri Pengangkutan)
Jadi tidak mustahil bagi Tengku Razaleigh untuk menjadi mengetuai angkatan Team B2 yang digabungkan dengan Team A untuk melawan Team B1 berdasarkan kedudukan semasa beliau yang bukan Nombor Satu!.

Anonymous said...

Menarik juga Dato' kalau pihak pembangkang juga sama-sama memberikan idea kepada pihak kerajaan siapakah shadow government yang ingin dicadangkan. Terima atau tidak itu tidak perlulah dipersoalkan. Sekali-sekala memberi cadangan untuk pihak yang dibangkang tiadalah salahnya. Atau mungkinkah bukan percaturan politik yang bijak?