Friday, November 10, 2006

Kekalahan Bush - masa untuk OIC bertindak di Iraq

Tamparan hebat ke atas Bush dan dasarnya di Iraq seperti tergambar dengan kemenangan Democrat, mesti digunakan sepenuhnya oleh OIC untuk terlibat secara aktif menyelesaikan konflik di Iraq.

Bush telah dipaksa menanggung beban dari dasarnya di Iraq dengan menerima korban yang pertama, berundurnya Rumsfeld, yang begitu angkuh sebelum ini.

Pengumuman Menteri Kesihatan Iraq bahawa seramai 150,000 orang rakyat Iraq telah menjadi korban selepas Amerika menjejakan kaki penaklukannya di Iraq menambahkan lagi kertedesakan untuk satu perubahan segera di sana. Bermula dengan premis untuk memusnahkan senjata pemusnah Iraq yang kemudiannya terbukti hanya satu pembohongan sehinggalah angka korban yang demikian besar, masa untuk memaksa Amerika keluar dari Iraq sudah tiba.

Rakyat Malaysia pelbagai kaum harus berhimpun di Kedutaan Amerika di Ibu Negara untuk menghantar mesej meminta Bush berundur dari Iraq serta menunjukkan rasa kebersamaan dengan majority rakyat Amerika dalam korus mahukan perubahan.

Pengunduran Amerika tanpa kelolaan yang teliti boleh mencetuskan konflik yang lebih parah antara pihak yang bersengketa. Namun, saya yakin, peranan yang sebaiknya untuk memulakan satu usaha damai antara pihak yang bersengketa boleh dimainkan oleh Negara OIC.

Tentera Amerika yang diundurkan, boleh diganti dengan tentera pengaman OIC. Yang paling penting, sifat penaklukan yang dibawa oleh tentera Amerika kini mesti lebih dahulu dihentikan. Lagi pun, saya percaya, sebahagian konflik yang berlaku sekarang diagendakan oleh Amerika. Selagi Amerika di sana, selagi itu konflik menjadi parah.

Bagaimana mungkin serigala boleh mengawal kambing biri-biri untuk selamat? Kedatangan serigala itu sendiri adalah untuk memamah kambing pilihannya hari demi hari.

Pengerusi OIC, bangkitlah!

Pengerusi OIC kini, kebetulan adalah Perdana Menteri kita. Adalah satu sejarah yang memalukan, jika kita tidak dapat bertindak sewajarnya, pada saat yang bersejarah dan penting ini. Tidak mungkin, tidak ada satu orang pun pemimpin dari Negara OIC boleh menggunakan pengaruh mereka untuk menjernihkan keadaan di Iraq.

Perdana Menteriku, bangkitlah!

2 comments:

Anonymous said...

Islam itu agama palsu, dan Allah itu tuhan palsu. Sebenarnya Allah itu bukan tuhan tetapi Shaitan. Jadi kita perlu hancurkan Allah dan mansurkan Islam.

princeNaz87 said...

Saudara Edward...