Sunday, July 08, 2007

BROGA:  700 JUTA LAGI WANG RAKYAT HANGUS

BN mengambil masa lima tahun untuk menyedari pembinaan pelupusan sampah menggunakan teknologi insinerator berasaskan gasification adalah terlalu mahal! Baru semalam, TPM mengumumkan projek ini dibatalkan. 

Pembangkang dan penduduk Broga sendiri telah membangkitkan isu ini sejak September 2002.

Alasan yang diberikan oleh TPM untuk membatalkan projek ini ialah kos yang terlalu mahal. RM 1.5 b untuk pembinaan loji, tidak termasuk kos operasi yang dijangka RM 50 juta setahun atau RM 91 per tan sampah. Mengikut kerajaan, loji ini jika siap, akan memproses 1,500 tan sampah sehari dan 1,000 lori akan menaiki bukit Broga yang agak curam membawa sampah dari Lembah Kelang! Bayangkan!

Dari awal lagi projek ini tidak viable - samada dilihat dari segi lokasi, analisa kos maupun teknologi.

Ahli Parlimen Seputeh serta saya sendiri, telah membangkitkan isu ini seawal 2002 di mana pada waktu itu, saya diberi maklum, perjanjian belum ditandatangani dan hanya pada peringkat rundingan. (Lihat catitan Parlimen pada 8 dan 9 September 2002. Tarikh-tarikh persidangan lain tidak sempat saya semak)

Kerajaan berkeras, termasuk Najib. 

Hari ini, akibat pembatalan tertangguh ini, kita terpaksa membayar di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta, tertakluk kepada perundingan. Oh! sebegitu mudah wang kita semua dilupus sampahkan oleh pemimpin-pemimpin BN!!!

Dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menguruskan projek ini dari awal, diberi tugas berunding dengan pemaju untuk pampasan ini. Kementerian yang telah membantu membuat keputusan yang silap, diminta berunding???

Mana maruah Menteri berkenaan? Mana maruah Kerajaan? Mana maruah Perdana Menteri?

700 juta hangus, Perdana Menteri kita masih boleh berseronok main golf? Ah! kitalah yang naif, rakyat Malaysia.

2 comments:

Produk Halal Tanggungjawab Bersama said...

Assalamualaikum wrbt kepada Akhi Husam.

Tentang kenyataan akhi dalam isu ini telah menjadi perdebatan hangat di dalam forum di tranungkite.net. Ada seorang penganalisa ekonomi dari UMNO telah mempertikaikan RM700 yang didakwa oleh akhi. Beliau menegaskan sebenarnya hanya RM100 juta sahaja dan RM700 itu adalah fitnah akhi.

Jadi beliau meminta fakta yang mengatakan seluruh projek yang terbatal kosnya adalah RM700.

forummer tersebut menggunakan nick FAZILOGIC.

Jadi bagaimana pendapat akhi? Sekian, Jazakumullah. Wassalam.

faqir putih said...

T kasih. Kepada yang ragu, baca laporan NST Ahad lepas, m.s 2. Versi internet juga membawa kandungan yang sama.

Untuk lebih mudah, baca dalam husammusa.com. Di situ saya siarkan semula petikan berkenaan.

Kalau sdr berkenaan kurang percaya lapora NST, itu lain cerita.

Kita tunggu penjelasan Najib bila saya jumpa beliau nanti.

Anyway, RM 100 juta tu kecil keh?