Wednesday, February 07, 2007

Bush dan Abdullah terpukul oleh batu yang sama




Kehadhiran Ali Shalal, 'Man in the Hood', yang dibawa khas ke Kuala Lumpur oleh penganjur Criminalising War Conference, membawa pelbagai mesej.

Amerika adalah kejam. Kekejaman di luar imiginasi majoriti ummat manusia.

Ali Shalal telah dikenakan kejutan elektrik sebanyak tiga kali. Kali terakhir kekejangan mulutnya telah menyebabkan lidahnya tergigit dan berdarah tetapi tidak ada sebarang rawatan dan pertolongan diberikan. Gambarnya dengan muka bertopeng dengan tangannya dihungkan dengan wayar elektrik pernah keluar dalam media Amerika tetapi segera ditarik balik.

Kekejaman seperti itu dan kekejaman-kekejaman lain dilakukan oleh Amerika di mana Presidennya dikatakan kuat beragama.

Pengarang Esther Kaplan dalam bukunya 'With God On Their Side', telah memetik pelbagai kata-kata Bush sendiri yang menunjukkan beliau seorang penganut agama yang wara'. Menjelang serangan ke atas Iraq dilancarkan, bukankah Bush berucap seperti ini: "power, wonder-working power, in the goodness and idealism and faith of the American people" dan kepada tentera Amerika beliau pernah berucap "In the words of Prophet Isaiah, 'to the captives, come out, and to those in the darkness, be free."

Christian Science Monitor melaporkan Bush pernah berkata "The first conversation I ever had with Vladimir Putin was about God.
"
Mengenai missi beliau di Timur Tengah, Bush berkata "it's the call of all religion - that each person must be free and treated with respect. And it is with that call I feel passionate about the need to move forward so that the world can be more peaceful, more free and more hopeful."

Tentu kita ingat, seminggu selepas peristiwa 9/11, Bush mengatakan perang terhadap keganasan adalah 'crusade'.

Bush bertindak ganas dan membiarkan kekejaman sebagai seorang beragama atau sebagai seorang munafik?

Apa pun, Ali Shalal telah memalukan Bush dan Amerika. Serangan ke atas Iraq itu sendiri adalah kekejaman dan di dalamnya berjuta-juta kekejaman yang lain.

Tentunya kita berterima kasih ke atas Tun M kerana berjaya membawa Ali Shalal ke sini dan kejayaan konferen anti perang beliau.

Ternyata Abdullah sebagai pengganti beliau jauh berbeza dari kemampuan dan visi Tun.

Ternyata banyak perkara yang boleh dilakukan oleh negara kita termasuk kedudukan kita sebagai Pengerusi OIC dan sebelum ini NAM. Pengerusi OIC bukan sahaja perlu dilihat berucap dengan berani tetapi bergerak dengan lebih berkesan seperti menjadikan Kuala Lumpur penggerak gerakan seperti ini.

Tun M telah menghantar mesej yang jelas kepada Bush di Amerika dan kepada Abdullah di Kuala Lumpur.

26 comments:

Insan said...

Saya setuju dengan pandangan Dato'. Kepada TDM kita boleh kata "otak dia jalan", kepada GWB kita boleh kata "tak ada jalan" dan...Kepada AAB kita kata "boleh jalanlah!"

Penarik Beca said...

Bush, Blair, Howard telah pun dibicarakan oleh Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kita pula mesti menubuhkan tribunal untuk membicarakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi kerana crimes against voters

Manusia said...

ABDULLAH Ahmad badawi hanya pada nama sahaja. Tidak membawa sebarang erti. Beliau hanya akan buat kenyataan bila dah rujuk dengan menantunya sahaja. ABDULLAH ahmad badawi ialah PM yang paling lemah dan paling rendah tindakannya terutama bila berdepan dengan Israel. Mungkin menantunya juga ada tali persahabatan dengan negara Israel.

Terima kasih Tun mahathir, walaupun bukan lagi PM tapi masih tetap dengan pendirian akan mengutuk Israel dan Bush dgn apa juga tindakan.

ABDULLAH ahmad Badawi menjadi bahan gelak ahli anggota perwakilan OIC dalam apa juga persidangan yang dijalankan.

Anonymous said...

“Bush dan Abdullah terpukul oleh batu yang sama”“Bush dan Abdullah terpukul oleh batu yang sama”“Bush dan Abdullah terpukul oleh batu yang sama”“Bush dan Abdullah terpukul oleh batu yang sama”“Bush dan Abdullah terpukul oleh batu yang sama”“Bush dan Abdullah terpukul oleh batu yang sama”“Bush dan Abdullah terpukul oleh batu yang sama”“Bush dan Abdullah terpukul oleh batu yang sama”“Bush dan Abdullah terpukul oleh batu yang sama”dah seminggu dahhhhhh.....

gembala kambing said...

Datuk, berapa lama dah, tak update dah. Seorang pemimpin yang optimis perlu ada pembantu untuk delegate the idea and power kalau tak jadi macam DO LAH Ba Da Wi. Kalau datuk dah macam ni apa nak harap lagi kepda exco kelantan yg lain, makan gaji aja le. Kesian kpd ahli pas dan penyokong, pemimpin yang ada masih berfikir di dalam kotak,macam mana rakyat kelantan nak maju dunia dan akhirat...Melayu

Anonymous said...

saya setuju dengan gembala kambing...dan saya cadangkan agar blog dato ini ditutup serta merta buat selama lamanya..memalukan

Anonymous said...

kalu saya pandai gondam laman web dah lama saya tutup blog dato ni....buat menyusahkan orang saja...tak malu ke 3 mac 2007..10.21mlm

aku yang abadi said...

semuanya dalam kealpaan,masing2 membuncitkan perut masing2.bukan senang berjuang dijalan yg abadi..banytak dugaan yg perlu tempuhi...akhir selkali wang jua yg dikutemui( full stop )tamat perjuangan.

Anonymous said...

sebagai penyokong setia pas,saya berasa amat malu dengan pemimpin seperti dato Husam ni..Kita jangan bersikap pekak badak seperti kebanyakan pemimpin Umno..kalu dah tak mampu nak jaga blog ni tutup saja..maruah dato dan partipun akan selamat..takde orang nak komen ape2.,.mengapa kita nak buka pintu keburukan kita kepada semua..lebih banyak keburukan dari kebaikan kalu dato sayang sangat nak tutup blog tak update ni... tumpulah pada ceramah dato saja...tiru macam sdr roslan sms kalu nak ade blog sendiripun. ......setahu saya dato bukan budak2 lagi untuk diajar sampai ke peringkat ini...

akuhas said...

amboi, sedapnya menulis. blog ni husam punya .. terpulang pada dia nak update ke tidak. yang korang dok kutuk dia apasal? tak paham aku.
aku bersangka baik dia terlalu sibuk sampai takde masa nak update blog ni. hehehhee

Anonymous said...

you will find articles in this website very much similar to your economic view..
Its good for your input... www.larouchepub.com

This guy is an economist than a mere politician.. His idea and yours may converge

Anonymous said...

Kawan nak tumpang bertanya dengan NRE/JAS pasal isu LOJING dan supaya YB Husam dapat buat followup di Parlimen nanti:

1.Mana perginya program pemerhatian udara menggunakan khidmat unit udara polis dan helikopter swasta yang disewa oleh JAS untuk memantau pembangunan tanah tinggi secara berkesan?Masih berjalan ataupun sudah ditamatkan?

2.Jika program pemantauan udara masih diteruskan.kenapakah masalah pematuhan pembangunan tanah tinggi masih kurang berkesan lagi pemantauannya?

3.Jawatankuasa kabinet mengenai pembangunan tanah tinggi di pengerusikan oleh Menteri NRE sendiri.Bagaimanakah berkesannya fungsi JK yang semacam dah zzzzzz saja(serupa bos nombor satu)?

Nampak gayanya isu LOJING ini ibarat seperti keris awang pulang ke dayang...siapa awang,siapa dayang,sama2 lah kita fikirkan.....:)

CerminDiri said...

salam kehidupan,
secara ghalibnya orang beragama sering tersungkur dengan nilaian harta dan kuasa. Rasanya ini boleh dikiaskan dalam hal ini.

pemerhati senja said...

Salam Sdr.Husam..

Untuk makluman Sdr. disini saya ingin memaklumkan sesuatu iaitu adakah Sdr masih ingat akan Bekas ketua Setiausaha PAS kawasan Dabong pada awal 90'an dulu iaitu Sdr.Ismail Yaacob?Saya rasa Sdr tentu masih ingat lagi.Beliau telah kembali ke Rahmatullah pd 08/04/2007 pd 2.am di rumahnya di kampung Demit,kbg.kerian kerana serangan jantung mengejut.
Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk nya ,semoga beliau ditempat kan dikalangan orang-orang yg bertaqwa...amin

Anonymous said...

Sdr. Husam,

Isu Lojing kini memerangkap UMNO kerana tidak menyelidik secara teliti latar belakang syarikat yang mengusahakan tanah di situ. Setelah diketahui rupa-rupanya ia kepunyaan putera sultan Kelantan, kini pejabat AG dan UMNO terpaksa membuat 'deal' dengan Istana Kelantan... agar putera itu tidak dikaitkan dengan syarikat tersebut. Malangnya AG terpaksa menggalas beban dan mencuci taik yang dibikin oleh Sazmi.

nUr@dDeEn said...

Salam sdr. Husam & tetamu lain,

Mungkin beliau sibuk. Jangan kerana beliau tak update, terus kutuk bagai nak rak. Anyway, harap-harap lepas nih, sdr Husam dapat update blog ini dgn isu terkini.

Kekejaman & ketidakadilan ada di mana-mana!

Anonymous said...

Bila nak update nihhh?

Anonymous said...

datuk

link untuk laman parti tu semuanya tak boleh diaktivate lah datuk. ker mmg tak ada laman tu.

datuk, saya stuju pendapat yang datuk kena learn to delegate. ini yg selalu terjadi pada Pas (being there, do that, join this with you all) tak suka delegates dan semuanya nak buat semua benda, at last jadinya tak seberapa).

Bimo Septyo Prabowo said...

salam kenal

Amir Hamzah Hashim said...

aku rasa kita harus bersangka baik, mungkin Datuk Paduka Hj Husam, sudah terlupa kata laluannya ke blog ini, maka beliau mungkin sudah mengusahakan satu blog yang lain.. sama-sama kita cari adress barunya..
Atau beliau sudah di injuksi oleh seseorang..

Aku said...

Saja singgah kalo-kalo ada entri baru.

Anonymous said...

Doksoh dok pelawok lah...dok abis nok pelawok mung kan amerika tanggung duit pilihanraya baso nok pelawok ore bodo sokmo dia ingat ore bodo supo beruk supo diao bokali

tok kenali pun takpo said...

awok maroh ko sapo? sapo hok terimo duit amareka wak piliherayo? sapo de gapo awok nok royat? Lojinhg ko?

Anonymous said...

Kesian Pak Lah dah hampir 4 bulan asyik terpukul oleh batu yang sama dengan Bush...

Anonymous said...

Pls visit www.husammusa.com , Insyallah segala aktiviti dato' dapat diupdate selalu.

tetapi website ini masih diperingkat test run.

Anonymous said...

Rakyat nak tau apa pendirian Parti Keadilan (PKR) mengenai pergolakan di Palestin. PAS dah terang-terang sokong Hamas.PKR pulak macam mana..takan nak tunggu George Bush nasihat Anwar dulu.