Tuesday, July 17, 2007

Nuri, Nahas dan Jet Eksekutif PM

Nuri dan Jet Eksekutif terbaru PM.

Dua perbezaan ketara. Nuri yang dimamah zaman dan jet terbaru PM. Untuk PM, pesawat terbaru yang selesa, mewah dan serba canggih. Untuk para wira menjalankan tugas ibu pertiwi, pesawat usang yang meragut nyawa.

Ketika usaha masih diteruskan mengesan pesawat tua yang langsung tidak mempunyai beacon automatik bagi membolehkan lokasinya dikesan sebagai bukti bagaimana ketinggalan zamannya pesawat ini, PM pula berlepas dengan pesawat baru ke Australia, untuk sekali lagi bercuti. Kali ini, selama sepuluh hari.

Kontras.

Nuri (Sikorsky S61) mula digunakan sejak 1968, ketika negara membeli sebanyak 31 buah pesawat dari AS. Bermula 25 April 1969 sehinggalah 29 Mei 2004, sebanyak 17 insiden nahas telah berlaku. Ia menjadi 18 jika dicampur kejadian terbaru.

Bermakna lebih separuh pesawat Nuri telah musnah - 15 termasuk yang terbaru - terhempas. Dua mendarat cemas. Satu ditembak oleh pengganas komunis di Gubir Kedah pada 26 April 1976.

Jumlah korban yang melibatkan anggota tentera, pasukan polis hutan dan orang awam adalah 82 orang termasuk pegawai tinggi ATM Allahyarham Maj. Jen. Datuk Mustaffa Awang Pegawai Pemerintah Markaz Divisyen Kedua dan Allahyarham Brig.Jen. Datuk Hasbullah Yusof Pemerintah Briged Ketiga Infantri. Sementara jumlah yang hilang adalah tiga orang.

Jumlah yang terselamat pula disepanjang peristiwa berkenaan termasuk mereka yang tercedera ialah 40 orang.
Sekiranya bentuk insiden diambil kira, kita akan menyaksikan hampir kesemuanya jatuh terhempas kecuali yang ditembak oleh pengganas komunis di Gubir, selainnya adalah berpunca dari masalah teknikal.

Dalam nahas terbaru, wira muda kita menjadi mangsa. Usia juruterbangnya, kapten dan pembantu juruterbang baru 27 dan 24 tahun, berbanding usia Nuri yang menjangkau empat dekad.

Usia pesawat hampir dua kali lebih tua berbanding juruterbangnya!!

Kalau benar ada kickback RM 400 juta dari pembelian kapal selam, wang sebanyak itu sudah tentu boleh digunakan untuk membeli beberapa pesawat baru menggantikan Nuri.

Kedua, bagaimana pesawat yang diselenggara oleh AIROD ini sentiasa mengalami masalah teknikal?

Perlukah pihak ketiga memeriksa perkara ini sebelum lebih banyak nyawa terkorban?

Jangan tunggu lebih lama. Nuri harus direhatkan seperti mana rakan pesawat sezamannya Skyhawk dan Caribou.

Kalau TUDM boleh diberi helicopter canggih dan moden seperti Sikorsky S-70 dan AS -61N untuk pengangkutan Perdana Menteri dan VIP kenapa tidak helicopter canggih untuk keperluan pengangkutan dan lojistik Angkatan Tentera Malaysia?

3 comments:

Anonymous said...

kan Dr Mahathir cakap Pak Lah sepatutnya beli lagi besaq, senang esok nak angkut satu keluarga p Perth. Tambah2 lagi ada 3 anggota baru dlm keluarga dia.

Pak lah tak pernah tau apa apa.

membaca pun susah

yg dia tau SCOMI mesti untung

Anonymous said...

Pertamanya saya ucapkan Takziah kepada semua keluarga mangsa nahas tersebut dan saya berharap kerajaan M'sia memandang serius perkara ini, berdasarkan maklumat dalam artikel Dato Husam, wajarlah dibeli Helikopter yang canggih unutk kegunaan anggota tentera kita. Jangan asyik dok beli ke pemimpin shj. Kalau nak pakai juga, guna Nuri utk angkut VVIP. Tiba sudah masanya, rakyat nyahkan UMNOPRU ke-12 adalah masa yg terbaik.

Anonymous said...

Takziah kepada keluarga yang ditimpa musibah.Difahami Pak Lah dimaklumi hal ini sbelum berangkat untuk bercuti.Tersentuh dengan keperihatinan Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung dan Permaisuri.Disisi balu dan anak anak turut bersimpati. Ternyata teruja pabila Menteri Besar Kelantan turut solat jenazah untuk Allahyarham Khuzaimi.Tahniah untuk Tok Guru.Keperidadian suri teladan.