Sunday, July 08, 2007

SIAPA INGIN BERSAMA SAYA KE PEJABAT TIMBALAN PERDANA MENTERI?

Isu Broga membuat saya merasa terpanggil untuk bertindak sesuatu. Kejahilan dan kedegilan kerajaan telah membawa kita kepada kerugian demi kerugian.

Dulu, kita membatalkan pembinaan jambatan bengkok di separuh jalan. Dilaporkan kita terpaksa membayar gantirugi kepada pemaju sebanyak RM 100 hingga 120 juta.

Kali ini, kita terpaksa membayar gantirugi sekali lagi, sehingga RM 700 juta, kerana loji insinerator di Broga yang dibatalkan.

Saya bersama penduduk Broga menuntut pembatalan ini, seperti apa yang kami suarakan di dalam Dewan Parlimen maupun di lobinya lima tahun yang lalu. Saya ucapkan tahniah kepada penduduk Broga yang komited dengan tuntutan ini dan berjaya.

Apa yang kita kesalkan ialah kejahilan dan kedegilan kerajaan. Perlahan seakan pergerakan kura-kura untuk mengambil keputusan membatalkan projek yang tidak munasabah sejak mula lagi ini.

Hasilnya, kita rugi sekali lagi. Jumlahnya bukan kecil, untuk anak petani miskin yang terkial-kial akan melanjutkan pelajaran ke IPT. Untuk suri rumah yang terpaksa berjimat dengan kenaikan harga bawang, bilis dan telur. Untuk pembayar tol, 700 juta sudah boleh mengambil alih  pemegang konsesi tol bagi mengurangkan bayaran tol...., dan senarainya akan jadi panjang.

Idea spontan saya ialah untuk mengunjungi pejabat Timbalan Perdana Menteri bagi;

a. Menteri berkenaan harus memikul tanggungjawab
b. Perundingan pampasan ini harus di buat oleh BADAN BEBAS selepas ODIT BEBAS.
c. PERDANA MENTERI dan TIMBALAN PERDANA MENTERI MEMOHON MAAF pada rakyat Malaysia.

Saya perlukan teman dari pembaca yang insaf, untuk menampakkan sedikit kemeriahan, mengiringi saya.

Tarikh akan kita tentukan kemudian.

5 comments:

Avionics Engineer said...

Assalamualaikum YB Datuk Haji Husam Musa,

Bila agak-agaknya Tuan YB Datuk mahu ke pejabat YAB TPM?

wassalam

Avionics Engineer said...

Bagaimana pula dengan rakan-rakan di perantauan? Apa agak-agaknya sumbangan yang boleh dibantu?

أبو عمار said...

assalamualaikum tuan,

Alhamdulillah, tahniah dan kami semua menyokong usaha anda dalam hal ini.. kalau boleh, tuan uar2 kan perkara ini kepada public.

Anonymous said...

Asm.wm.wbt

Semoga Allah memberkati usaha YB. Saya harap ramai org yg akan mengiringi YB nanti, i'Allah...amin

Anonymous said...

InsyaAllah....Datuk YB tidak akan berseorangan. Maklumkan tarikh dan tempat berkumpul.