Friday, January 22, 2010

Sejarah Bazar

Saya diminta Tok Guru membuat catitan sejarah tentang Bazar, Arked dan Pasar Lambak. Atas permintaan itu, saya perturunkan catitan ringkas ini.

Pertalian sejarah menguatkan azam Tok Guru untuk menempatkan para peniaga di tingkat bawah Bazar Tok Guru yang akan dibina.

Dua hari sebelum pilihanraya 2008, Tok Guru berucap di hadapan para peniaga kecil, bahawa menjadi hasrat beliau untuk membina satu bazar mercu tanda yang akan menjadi medan perniagaan baru para peniaga kecil di Kota Bharu. PAS mendapat kemenangan besar 2008 yang lalu.

Ada sebab sejarah Tok Guru berucap begitu pada hari itu.

Tiga tahun menjelang kemenangan besar bersejarah buat pertama kali Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990, jentolak-jentolak telah meranapkan gerai-gerai kecil peniaga ini buat selama-lamanya. Waktu itu dikenali sebagai Pasar Lambak. Lokasinya adalah di Medan Hijau di depan Bangunan UMNO Kelantan sekarang.

MPKB bercadang mengindahkan persekitaran Bangunan UMNO Kelantan itu yang akan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada masa itu. Tepatnya, perasmian tersebut berlangsung pada 12 Mach 1987 dan perobohan berlaku betul-betul sehari sebelumnya!

Politik peminggiran peniaga kecil ini tidak harus diizinkan berlaku semula di zaman pentadbiran Tok Guru.

Bagi generasi baru, mungkin rentetan sejarah ini tidak ada dalam ingatan mereka.

Bagi seusia dengan saya, inilah tempatnya kami anak-anak belia masa itu membeli baju dan seluar, melalui celah-celah lorongnya memilih pakaian. Bersebelahan gerai-gerai ini ada kedai-kedai buku yang masyhur masa itu seperti Abu Bakar Al Ahmadi, Dian dan beberapa lagi yang saya telah lupa namanya.

Selain membeli buku di Toko Abu Bakar Al Ahmadi, saya memasang telinga mendengar perbualan politik di situ. Tuan punya kedai seorang ustaz berserban tetapi sangat kuat UMNOnya dan di sini, selalu berlaku perbahasan politik.

Saya sudah bergiat di Pejabat PAS Jalan Dato Pati ketika UMNO mengarahkan perobohan gerai-gerai ini. Masa itu, keangkuhan UMNO sedang memuncak. Berlaku juga apa yang digelar 'sepak bakul'. Akibatnya, UMNO kecundang di Kelantan tiga tahun kemudian.

Sejarah Pasar Lambak Kota Bharu bermula sejak 1976, sewaktu Kerajaan Campuran PAS BN. Ia bertujuan menempatkan peniaga kecil yang berselerak di Bandar Kota Bharu secara bersepadu. MPKB telah menyediakan pelan tapak memuatkan 124 gerai bersaiz 8 X 10 dengan sewa permulaan RM 15 sebulan.

Selepas hampir 5 bulan berniaga, Persatuan Penjual Pasar Lambak bermesyuarat dan bersetuju untuk membina sendiri gerai-gerai di atas lot tapak yang disediakan. Peniaga mengambil inisiatif sendiri membina dinding plywood   dan bumbung zink yang menelan belanja hampir RM 150 setiap lot.

Hasrat membina generasi usahawan melalui penempatan ini berjaya. Dari sini munculnya usahawan hartawan seperti arwah Hj Ibrahim Mat Min ( sahabat Tok Guru sendiri ) peniaga pakaian, Hj Talib ( seluar jeans ), arwah Hj Mohd Nor ( bapa Borhan Arked UDA )  pemborong pakaian siap dan seragam sekolah , arwah Tok Penghulu Hussin, Mat Kain Ela, Yusoff Selipar dan banyak lagi.

Melihat kejayaan peniaga Pasar Lambak berniaga dan mendapat sambutan yang menggalakkan, maka MPKB telah menaikkan sewa RM 50 sebulan dengan alasan MPKB menyediakan kemudahan elektrik secara percuma. Persatuan Penjual menerima arahan kenaikan sewa MPKB dan harga tersebut kekal hingga Pasar Lambak menyembah bumi pada tahun 1987.

Perundingan untuk merobohkan Pasar Lambak

Pada tahun 1983 PKINK bercadang membina 3 tingkat Bazaar Buluh Kubu dan telah menawarkan kepada Persatuan Penjual Pasar Lambak untuk membeli lot-lot yang akan disediakan.

Waktu itu, Persatuan mempunyai tabung yang kuat dengan kewangan ratusan ribu ringgit hasil sumbangan yuran  tahunan ahli. Wakil Persatuan memohon kerjasama PKINK untuk menyediakan lot yang mencukupi ( 124 ) untuk menempatkan peniaga di aras bawah dan dipersetujui CEO PKINK dengan tawaran harga asal RM 1.83 sen sekaki persegi. Itu pada tahun 1984.

Sayangnya rancangan tersebut tidak menjadi kenyataan. Sebilangan kecil mengambil langkahan sendiri dan telah berunding secara sulit dengan PKINK. Hasil gerakan sulit tersebut PKINK telah mengkucar kacirkan perpaduan di kalangan ahli.

Setelah pengurusan PKINK bertukar maka pelan asal Bazar Buluh Kubu turut berubah dengan setiap tingkat hanya disediakan 65 lot bersaiz besar. Pengurusan baru PKINK juga memaklumkan bahawa PKINK tidak akan menjual Bazaar Buluh Kubu sebaliknya disewa kepada peniaga yang berminat.

Cadangan Persatuan untuk menempatkan kesemua 124 peniaga di tingkat bawah tidak dilayan. Persatuan telah menolak tawaran PKINK untuk menyewa di tingkat bawah dan tingkat satu.

Bazar Buloh Kubu dibuka secara rasmi pada tahun 1985 tetapi pada awalnya tidak mendapat sambutan. Dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang hebat tidak mampu menggugat dayatarikan Pasar Lambak dengan harga yang lebih murah dan pilihan yang lebih banyak.

Perniagaan Bazar Buluh Kubu hanya mula mendapat sambutan hangat setelah Pasar Lambak dirobohkan. Perpindahan peniaga asal Pasar Lambak telah membuka ruang baru kepada peniaga Bazar Buluh Kubu untuk merasai nikmat sambutan Pasar Lambak dahulu.

MPKB juga bercadang menyiapkan Pasar Lama MPKB yang terbengkalai hampir bertahun lamanya. Dato Rastom Ahmad Maher selaku Timbalan Menteri Besar dan juga YDP MPKB waktu itu telah berunding dengan Persatuan Pasar Lambak untuk memindahkan lokasi perniagaan ke Pasar Lama MPKB.

Persatuan Penjual tidak bersetuju berpindah kerana disediakan lot Tingkat 1 yang tidak berdaya saing mengikut pendapat mereka. Walau bagaimanapun MPKB tetap berusaha untuk mendapat persetujuan Persatuan Penjual tetapi tetap gagal.

Akhirnya, MPKB telah mengugut untuk merobohkan Pasar Lambak secara paksa kerana alasannya lokasi Pasar Lambak tidak mengindahkan Bandar Kota Bharu.

Persatuan Penjual telah mengambil tindakan proaktif dengan melantik peguam untuk mendapatkan perintah injuksi dari mahkamah menghalang MPKB merobohkan tapak Pasar Lambak.

Tindakan berani Persatuan Penjual telah membuahkan hasil dan akhirnya mahkamah mengeluarkan arahan menghalang MPKB dari merobohkan Pasar Lambak.

Keputusan mahkamah telah disiarkan oleh akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan New strait Times pada awal tahun 1987. Tajuk yang menjadi pilihan akhbar ialah PERSATUAN PENJUAL SAMAN MPKB dan  MPKB DIHALANG ROBOH PASAR LAMA.

Sebagai reaksi kepada keputusan mahkamah,MPKB telah membuat rayuan atas keputusan tersebut dan menghentikan rundingan dengan Persatuan.

Kemuncak kepada isu Pasar lambak ialah apabila Bagunan UMNO Negeri Kelantan bersebelahan Pasar Lambak akan dirasmikan oleh bekas PM Dr Mahathir pada 12 Mach 1987. Demi untuk mencantikkan pemandangan di hadapan Bangunan UMNO yang bakal dirasmikan, peniaga diminta berpindah dengan segera.

MPKB dan beberapa pegawai kerajaan telah memohon jasa baik Persatuan Penjual berpindah dan tempat baru disediakan di tingkat 1 Pasar Lama MPKB. Walau bagaimanapun pendirian rasmi Persatuan Penjual tidak berubah dan tetap berkeras untuk berniaga di pasar lambak.

Setelah kesemua pimpinan Persatuan tetap tidak berubah maka MPKB telah membuat provokasi terhadap peniaga Pasar Lambak. MPKB telah mengadakan rundingan dengan kumpulan serpihan Persatuan Penjual yang tidak berautoriti membuat keputusan.

Hampir 20 peniaga dari 124 orang telah dibawa bertemu Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Yaacob untuk berunding.

Ia berakhir dengan perobohan dimulakan ke atas gerai-gerai yang telah memberikan persetujuan.

Sehari sebelum perasmian Bangunan UMNO maka berlakulah peristiwa yang menyayat hati. MPKB menghantar jentolak untuk merobohkan lot milik kumpulan 20 dan ia tidak lagi dapat dihalang oleh Persatuan.

Tiada pilihan untuk bertahan, Persatuan Penjual menyeru kesemua ahli mengosongkan gerai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja meroboh oleh MPKB. Dengan hiba dan susah payah kesemua peniaga memunggah stok-stok sehingga  pukul 3 pagi. Berakhirnya empayar peniaga pasar lambak demi kepentingan UMNO bagi memberi laluan kepada pengindahan landskap untuk perasmian Bangunan UMNO negeri pada 12 Mach 1987.

Berpindah ke Bangunan Pasar Lama dan Arked UDA

Setelah gagal mempertahankan Pasar Lambak, para peniaga berpindah ke Pasar Lama MPKB. Pada masa itu, pembinaannya hanya 70 % siap. Kemudahan elektrik hanya  disediakan 2 minggu  setelah peniaga berpindah.

6 bulan kemudian barulah peniaga berhenti menghidu debu kerana kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan.

Setelah berpindah, didapati lot-lot tidak mencukupi untuk menampung kesemua 124 peniaga asal. Peniaga merasa hairan bagaimana 300 lot yang wujud di tingkat 1 tidak mencukupi untuk menampung kesemua peniaga pasar lambak yang hanya seramai 124 orang. Rupanya wujud pembahagian gerai kepada kroni-kroni dan anugerah politik yang tertentu.

Hasilnya, MB Tan Sri Mohamad Yaacob telah mengarahkan PKINK untuk membina gerai baru di tanah milik UDA seluas 1.5 ekar sekarang bagi menempatkan lebihan peniaga. Pembinaan mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkan Arked UDA yang ada sekarang dengan menyediakan 216 gerai bersaiz 8 X 10 setiap satu.

Sekali lagi masalah sama berulang, hampir separuh lot-lot terlepas kepada kroni tertentu.

Hasil kemelut ini, ada juga peniaga yang dulunya berjaya, telah mengubah haluan masing-masing.

Bagi peniaga generasi kedua, mereka terus berniaga di Pasar Lama MPKB dan Arked Uda hingga kini.

UDA kini bercadang membina kondominium dan komponen komersial lain di tapak Arked Uda kini sementara Pasar Lama MPKB pula sudang usang dan tidak selamat untuk digunakan.

Harapan baru mereka ialah Bazar Tok Guru, dan seperti telah dikatakan, ada sebab sejarah untuk Tok Guru terus berazam menjadikan keseluruhan tingkat-tingkat di Bazar Tok Guru sebagai Bazar para peniaga kecil.

Saya merasa terpanggil menulis sejarah kecil ini bila Tok Guru mengarahkan saya menulisnya, supaya 'ekor' dan 'kepala' dapat disambungkan. (Terima kasih kepada para peniaga yang telah membantu penulisan ini)

Sejarah peminggiran hendak diangkat kepada Sejarah Pemerkasaan.

15 comments:

sb dehlawi said...

lenyap sudah fitnah kick defella

Anonymous said...

datuk... saya ni tak paham kenapa kerajaan kelantan perlu beli balik tingkat satu dari sensa timur tu... 23 juta, terlepas lagi pasar MPKB...

membela sangat sensa timur tu... tau lah ada connection dengan orang-orang kuat pas nih...

dalam pikiran saya, 23 juta... lebih baik dibuat satu bangunan lain... sensa timur bayar balik harga tanah tempat mereka buat bazaar tuh...

pasar mpkb pun selamat...

pesanan juga untuk datuk wan rahim... ada cawangan nak tutup nih... tak reti-reti nak menjenguk lagi ke... pintu gerbang pun tak kena gaya, sikit lagi roboh la tuh... mansor adabi nampak cam duk kenen-kenen dah tu... duit ehsan sampai nanti... tunggu tengok la datuk ye...

Anonymous said...

salam Dato
Saya mohon dato'ceritakan dgn lebih detail mengenai "kesilapan teknikal"yg disahkan oleh tuan Guru dlm pembangunan bazar Tok Guru. Saya mohon kita sbg pemimpin Islam hendaklah berlaku adil... jgn cuba menyelamatkan "PENJENAYAH'dengan alasan yg dangkal. Saya amat kesal dgn alasan2 yg diberikan oleh pemimpin PAS sedangkan pembuat ONAR sebenar dilepaskan begitu sahaja. TQ

Anonymous said...

Salam YB. Saya nak maklumkan kepada YB pasal kemelut Pasar lama MPKB. Antara perubahan yang dibuat oleh Kerajaan PAS kepada peniaga atas pasar lama mpkb;
1. Lot niaga baru lebih kecil dari yang asal.
2Harga lebih mahal dari yang lama.
3."Kelulusan" oleh pihak bomba menyatakan bangunan ini tidak selamat? adakah ini realiti atau arahan yang di buat buat ?

4.Ramai peniaga dari kalangan penyokong pas tidak puas hati namun dek kerana arahan kroni tok guru, maka mereka ini pun diam sahajalah dengan harapan kalau mati masuk syurga sebab taat perintahNya ( Nya di sini bermaksud Nik Aziz)
dan ada lagi sebenarnya....

germnan said...

Salam Sejahtera Datuk Husam. Saya ingin membuat aduan tentang jalan di sepanjang kampung keladang salor yang rosak teruk akibat kerakusan lori-lori pasir yang mengangkut pasir setiap hari. Jalan yang sepatutnya di lalui oleh kenderaan ringan sahaja menyebabkan jalan itu rosak kerana tidak dapat menanggung beban pasir yang diangkut oleh lori setiap hari menyebabkanyya rosak. Tiada tindakan diambil oleh pihak berwajib mengenai masalah ini. Bagai menunggu bulan jatuh ke riba menanti bantuan. Kenderaan ringan tidak dapat melalui jalan tersebut dengan selesa. Jalan tersebut hanya selesa dilalui oleh pacuan empat roda sahaja. Masalah habuk dan debu juga menimpa kami semua. Di harapkan pihak tuan dapat meringankan tulang datang kesini membongkar masalah kami ini. Jangan tunggu musim pilihanraya saja baru nk turun ke kg. Sekian, Terima Kasih.

Anonymous said...

Insyaallah kebenaran menjellma dengan bantuan mereka yang terlibat dalam kes itu. tahniah YB, tahniah KERAJAAN KELANTAN

Anonymous said...

Saya amat tertarik dengan sejarah yang Dato perjelaskan mengenai bazar yang hangat diperkatakan. Moga-moga kekeliruan yang timbul menjadi jelas cuma saya minta pula Dato jengok ke Rantau Panjang dan cerita pula Bazar Kuda yang dirobohkan....saya kira kalau Dato boleh cari sejarahnya munngkin menjadi sejarah juga untuk dimuat dalam mana-mana peminat blog...terima kasih

Anonymous said...

untuk makluman tuan...

ada seorang budak dari kg ampang indah mengaku dibawak ke india oleh seorang lelaki... dan dia khuatir dimurtadkan...

sekarang dia mintak bantuan agar diselamatkan dari lelaki tu...

nama yang diberikan; NASRIAH MUHAMMAD
dari alamat yang diberi,
lot 1367, jalan indah 9, kampung ampang indah...
pelajar tahun akhir UiTM Melaka

rasanya ni termasuk dalam dun tuan...

berdasarkan dari siasatan orang-orang di forum CARI.COM tempat perempuan ni meminta pertolongan, dia memang disahkan berada di India, dari IP internet yang digunakan.

untuk kisah selanjutnya, harap pihak tuan dapat lah singgah ke SINI

semuga dapat diselamatkan budak ini kalau memang dia dianiaya...

[ini dicopy dari blog adun lembah jaya]

berdasarkan alamat pada slip result UiTM, budak ni pakai alamat di Pasir Mas, LOT 1077 KAMPUNG BANGGOL STOL,17070 PASIR MAS, KELANTAN

dan memang disahkan orang di imigresyen, budak ni ada keluar negara pada 14/1/2010 dan belum balik lagi...

zulkarnain mohd noh said...

Salam Datuk,
Penulisaan kali ini sangat bermakna kepada kami golongan muda. Saya di kinabatangan sabah. Apabila terbaca artikel terbaru ini, tiba-tiba rasa rindu kepada negeri kelahiran, tanah serendah sekebun bunga meluak-luak. Dan saya merasakan semua anak kelate diperantauan akan merasai demikian. Cadangan saya, kalau boleh banyakkan lagi sisipan sejarah negeri yang belum ditulis sebagai pengetahuan golongan muda. Seperti contoh sejarah terbinanya jambatan sultan yahya petra dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

Salam, dari kinabatangan. Bila lagi datuk mahu datang ke sini untuk menikmati daging payau.

Anonymous said...

Salam Datuk,
Penulisaan kali ini sangat bermakna kepada kami golongan muda. Saya di kinabatangan sabah. Apabila terbaca artikel terbaru ini, tiba-tiba rasa rindu kepada negeri kelahiran, tanah serendah sekebun bunga meluak-luak. Dan saya merasakan semua anak kelate diperantauan akan merasai demikian. Cadangan saya, kalau boleh banyakkan lagi sisipan sejarah negeri yang belum ditulis sebagai pengetahuan golongan muda. Seperti contoh sejarah terbinanya jambatan sultan yahya petra dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

Salam, dari kinabatangan. Bila lagi datuk mahu datang ke sini untuk menikmati daging payau.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Datuk yang dirahmati Allah swt.

Ulasan & saranan saya ini utk Datuk.

Dalam kes PMBK- moving forward saya cadangkan perkara-perkara berikut:

1.Dibangunkan SOP untuk memudahkan pengawalan.
2.Wujudkan Investment Committee/Board yang terdiri dari Pakar kewangan, Pakar Kredit & Feqh Muamalat Muasorah. Committee/BoarD ini mestilah mempunyai BINDING POWER, kalau tidak hanya bazirkan duit sahaja.
3.Pelbagai kaedah untuk PMBK jimatkan duit kerajaan antaranya ialah: Wujudkan Private Property Fund. Invite local & international investors to participate. Gunakan brand beberapa nama besar dalam PAS untuk mempromosikan Fund ini diperingkat international. Fokus kepada individual investors.
4. Gunakan kaedah BOT(build operate & transfer) untuk mengelakkan hartanah kerajaan negeri dilokasi strategik terlepas kepada syarikat swasta @ individu.
5.Cuba guna SUKUK to raise some money untuk membangunkan potential project. Kalau Kerajaan Sarawak boleh issued sukuk why not Kelantan.

Semoga Allah permudahkan urusan kita melaksanakan perintah Allah swt. Amiin.

Wassalam,

Mohd Zamerey Bin Abdul Razak.
Asian Finance Bank Berhad, KL.

Anonymous said...

Seronok baca tulisan YB. Sejarah yang tidak tercatat sebagai imbauan kepada anak muda.
Bila lagi mahu datang ke kinabatangan, Sabah.

Ust. Zulkarnain Mohd Noh
S/U Pas Kaw. Kinabatangan.

Servant Of Allah said...

*LATEST POST: MAKLUMAT PENTING PILIHANRAYA NEGERI PERAK* http://zamankini.wordpress.com

*LATEST POST: MAKLUMAT PENTING PILIHANRAYA NEGERI PERAK* http://zamankini.wordpress.com

*LATEST POST: MAKLUMAT PENTING PILIHANRAYA NEGERI PERAK* http://zamankini.wordpress.com

ong ong kedek kedek said...

semoga Islam terus diperjuangkan...(www.republikn9.blogspot.com)

Anonymous said...

Banyak sangat putar alam dari bakal MB Kelantan mlm ni di TV1 pasal royalti minyak.... boleh jelaskan....