Saturday, January 16, 2010

Cerita Bazar

Tuhan mencipta manusia dengan bakat yang berbeza.

Apabila artis cuba mentafsir angka, fakta ekonomi sudah menjadi lukisan abstak.

Mengeluarkan pendahuluan untuk membeli aset sebanyak 23 juta, bukan bermakna kerugian. Tidak sama sekali.

Perjanjian antara PMBK dengan Sensa Timur telah tertandatangani. Sensa Timur akan membina sebuah Bazar tiga tingkat dengan perbelanjaan syarikat. Tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM 40 juta akan diserahkan kepada PMBK. Pulangan untuk Sensa ialah tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut. Sebahagian tanah pula akan digunakan sebagai jalan untuk laluan baru dan juga kegunaan awam yang lain.

Nilai Bazar tingkat bawah itu ialah RM 23 juta.

Sekarang, peniaga yang hendak ditempatkan di Bazar ini mahukan tingkat bawah juga dijadikan sebagai lot untuk mereka. Bazar ini sepenuhnya untuk para peniaga kecil. Itu yang mereka mahu. Kerajaan pula, memang bercadang melindungi terus para peniaga kecil ini dengan kedudukan perniagaan yang strategik. Itu hasrat Tok Guru.

Kalau Kota Bharu dikatakan barangan dengan harga murah, mungkin sebahagian ialah kerana kos premis yang juga murah. Kalau premis sudah berharga mahal, barangan yang dijual juga perlu naki harga.

Keperihatinan Tok Guru dalam isu ini amat jelas.

Menjelang pilihanraya yang lalu, isu ini berbangkit sekali lagi kerana Pasar Lama MPKB yang telah berusia lanjut dan disahkan uzur, perlu dirobohkan. Ke mana peniaga di situ akan ditempatkan?

Mereka bersetuju Bazar Tok Guru adalah 'sarang' perniagaan mereka yang baru.

Mungkin ada sedikit 'over look' di pihak PMBK ketika menandatangani perjanjian itu. Mungkin PMBK beranggapan mana-mana tingkat adalah o k bagi peniaga.

Selepas peniaga membangkitkan semula isu ini dan memohon jasa baik Tok Guru untuk tetap menjadikan premis utama perniagaan mereka di tingkat bawah, selain lain-lain tingkat, Tok Guru telah bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh YB Datuk Timbalan Menteri Besar. Jawatankuasa ini dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kelantan.

Jelas, kelebihan Tok Guru. Jarang pemimpin akan bersikap lunak atas nama hasrat dan permintaan rakyat dan terbuka untuk apa sahaja perubahan asalkan ia boleh memberikan kepuasan kepada pelanggan iaitu rakyat jelata. Kenapa sikap dan pendirian Tok Guru ini tidak dibesar-besarkan dan disanjung?

Jawatankuasa ini telah beberapa kali bermesyuarat, termasuk dengan wakil peniaga. Keputusan terakhir Jawatankuasa telah dimaklumkan untuk persetujuan Exco Rabu lepas.

Kerajaan akan membeli dari Sensa Timur, mewakili para peniaga, bahagian mereka dari Bazar ini iaitu tingkat bawah, dengan harga nilaian RM 23 juta.

Tujuannya ialah supaya tingkat bawah tersebut boleh dijadikan lot peniaga kecil dan boleh dijual atau disewajual kepada para peniaga.

Jika setiap lot dijual dengan harga RM 60,000, dengan jangkaan lotnya sebanyak 383 lot, Kerajaan boleh mendapatkan semula RM 23 juta tersebut. RM 23 juta itu sebenarnya hanyalah bayaran pendahuluan oleh Kerajaan. Lagipun, ia tidak perlu dikeluarkan serta merta dan mungkin hanya perlu dibayar selepas pembinaan disiapkan. Ini bermakna, dalam tempoh pembinaan, Kerajaan sudah boleh memulakan jualan lot-lot berkenaan.

Bagaimana jumlah RM 23 juta yang merupakan harga bagi tingkat bawah Bazar itu yang akan diperolehi semula oleh Kerajaan boleh dikatakan kerugian?

Jika ia dikatakan kerugian, itu bukan rumusan ekonomi tetapi sebuah karya seni. Apa motif karya seni dihasilkan sedemikian, terpulang.

Antara peniaga yang akan dipindahkan ke bazar baru ini selain peniaga Arked Lama MPKB ialah peniaga Arked Uda.

Kalau Arked Lama MPKB dikatakan uzur, peniaga Arked Uda pula perlu berpindah kerana Uda akan mendirikan gedung perniagan baru mereka di tapak yang ada sekarang.

Uda ditubuhkan untuk menjaga kepentingan strategik orang Melayu di pusat-pusat bandar.

Dalam perjalanannya yang jauh, fungsi UDA semasa penubuhannya dulu mungkin telah beransur berubah.

Bangunan yang besar dengan ruangan niaga yang mahal, dicampur orientasi keuntungan, sedikit demi sedikit meletakkan tanggung jawab sosial semakin terpinggir.

Dalam kes ini, Kerajkaan Negeri pula terpaksa mengambil alih peranan UDA dengan peniaganya sendiri di Arked mereka terpaksa mencari tempat bernaung di bazar yang akan didirikan khas oleh Kerajaan Negeri.

Ini sebenarnya sudut yang harus dilukiskan dengan penuh perasaan oleh artis-artis. Lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang masih ingat kisah peniaga kecil ini yang terpaksa berpindah randah, bermula darti Medan Hijau berdekatan Bangunan UMNO Negeri Kelantan sekarang, satu masa dulu.

Atas sebuah perjalanan yang datang bersekali dengan pertukaran Kerajaan pada masa itu dan sebuah obligasi sosial yang akan dijayakan oleh Tok Guru, RM 23 juta bukan pertaruhan tanpa perhitungan.

Ia gambaran komitmen Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya , termasuk para peniaga dan atas tujuan memenuhi obligasi sosial sahaja, ia selamanya bukan sebuah kerugian.

Bagaimana maklumat ini bocor?

Ia satu sudut bagaimana isu ini boleh dilihat, kalau maklumat ini dirasakan rahsia atau perlu dirahsiakan.

Pertama, ia dibincang oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu. Kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Waklil PMBK juga mungkin hadhir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK. Mereka tahu tentang maklumat ini, Ia kemudian dibincang dalam Exco.

Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong. Ia boleh mengelakkan ada mana-mana pihak menjadi mangsa permainan- baik bernama sangkaan atau tudingan. Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya. Ia boleh bermula dengan Ahli Exco sendiri supaya ia tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka.

Juma'at lalu, Mahkamah Rayuan di Putra Jaya telah menolak rayuan seorang peniaga yang telah menyaman Akademi Keluarga Bahagia atas isu pembekalan baka-baka kambing. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah juga menolak permohonan mereka.

Isu ini telah dikaitkan dengan saya sedemikian lama oleh seorang penulis blog. Sesekali tulisan penulis blog ini semacam menunjukkan ada maklumat dalaman. Pada masa yang sama, penulis ini berkawan rapat dengan pemimpin dan orang tertentu. Malah permit penerbitannya digunakan untuk menerbit satu tabloid pro PAS.

Rasanya sudah lebih emat tahun blog ini mencincang saya berbagai gaya.

Saya mengambil sikap tidak bertindak balas baik pada penulis blog tersebut mahu pun rakan-rakannya yang sesetengahnya juga adalah rakan saya.

Sebabnya, isu yang dibangkitkan tidak faktual. Ia lazimnya dicampurkan dengan fantasi dirinya sendiri. Ia sampai lebih tahu apa ada dalam hati kecil kita dari kita sendiri. Ia sampai memasang niat saya seakan dia adalah saya dan saya adalah dia.

Tapi itu bukan kerja baru.

Islam telah mengajar semua itu.

Selagi kita benar, kebenaran akan terserlah, lambat atau bangat.

Keputusan kedua mahkamah itu adalah contohnya.

Serangan seperti i ni amat bertunjangkan kebencian, bukan kejujuran.

Dalam kes baka-baka kambing tadsi, kisah bermula apabila saya meminta bekalan yang hendak dihantar kepada Kerajaan mestilah dijalankan melalui proses tawaran harga. Tawaran syarikat lain untuk spesifikasi sama ialah semuanya di bawah RM 900.

Ia menjadi punca kemarahan tetapi Insya Allah, saya rela mati mempertahankan prinsip dari tunduk kepada ugutan.

Ia memang tidak mudah. Sentiasa ada pemain-pemain yang lincah bermain di luar garis peraturan. Sumbatan belakang tabir mungkin boleh terjadi.

Namun, semua itu lumrah yang tidak ada penghujungnya sementara dunia belum kiamat.

Zulaikha yang cuba memperdaya Nabi Yusuf tiba-tiba terlepas dengan bijak berkata-kata dan Nabi Yusuf pula menjadi mangsa tuduhan. Abang-abang Nabi Yusuf yang cuba membunuh baginda pulang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis teresak-esak, membawa pulang baju berlumuran darah. Semuanya sebuah pementasan drama kehidupan.

Sentiasa ada yang perlu berkorban untuk jenayah dan keburukan yang dilakukan orang lain.

34 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Terima KAsih atas penerangan YB. Saya dapati penerangan sebegini lebih faktual dan tidak beremosi spt terdapat dlm blog Kickdefella

kerabu said...

di harap yb husam bersabar atas tuduhan2 ini...kami di belakang yb

http://kerabubersuara.blogspot.com/

aamr said...

Seorg lg calon PM dr PAS...

Takbir!

Teruskan perjuangan..

Anonymous said...

salam perjuangan
alhamdulillah atas perjelasan yg dibuat oleh yb husam..
sekurang2nya ngn perjelasan ini akan meleraikan keraguan terhadap fitnah yg dilemparkan oleh blogger terhadap tgna
yb ptt lah tgna syg ko yb sbb yb ni mmg pndai dlm byk hal..
skli lgi tahniah sy ucpkn
dri pemuda pas tg kuala(kelaboran)

berahim said...

Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau tunjukki kebenaran itu sebagai betul-betul benar, dan Kau tunjukkilah kebatilan itu sebagai betul-betul tak betul,sesungguhnya hamba-hamba Mu ini sudah berserabut dengan berbagai keserabutan,berputar-putar pening dengan penuh kepeningan...hanya Engkau yang mampu menunjukkan mereka ini jalan-jalan penyelesaiannya, biarlah apa pun yang berlaku, kami tidak mampu lagi berada dalam ketidakwarasan pimpinan kami....

Azmikb said...

Teruskan perjuangan Datuk. Kami rakyat Kelate di perantauan akan sentiasa menyokong Datuk.

Takbir..

Pakcu Pasir Tumboh said...

Dato' Selama ini Dato' membukam. Senyap. Kami rakyat marhaen jadi keliru. Tambahan pula artis yang mewarnai kanvas politik Kelantan ini pernah dikaitkan dengan Dato'. Ini membuatkan kami beranggapan ianya sedikit sebanyak datang dari Dato'. Satu persepsi yang sukar dihalang bermain dalam benak kami. Kini bila Dato' bersuara; Ianya jelas bukanlah Dato' punya angkara. Persepsi kami salah. Terima kasih Dato', Insya Allah kami akan bersama Dato' selagi Dato' berada dilandasan yang benar.

ijoks2009 said...

Salam YB,
kami rakyat kelantan bersama YB.
kami tahu siapa penyanyak sebenar.
segala jasa-jasa YB kami ucapkan terimakasih,kami bukannya kacang lupakan kulit,kami juga tidak bodoh ,kami boleh menilai mana kaca,mana permata.

abu as'ad said...

Jelas dan terang , bagi mereka yang sudah terasa basi dgn sikap jujur dan ikhlas pd Allah ,,,ayuh sertai group munafik ..PAS bukan wadah untuk anda kalau wang menjadi pertaruhan sehinggakan maruah diri digadai dan menggadaikan maruah Islam . Betapa hinanya mereka yang bersifat firaun ini. Teruskan menyatakan yang benar YB , Demi Allah benar adalh benar .

Anonymous said...

Teruskan usaha anda Dato'. Kami pencinta kebenaran akan terus menyokong anda. Terima Kasih.

nikazizeeabdullah said...

tak baca blog2 pasal kelantan...rasa cam xpuas sbb dok dgr criter dr org lain...bila dibaca, rasa penat nak menafsir...bukan nak cari sapa salah!!cuma rasa nak tgk happy ending pasal kemelut ni...

Anonymous said...

Apa-apa pun YB, lanyak lah, asalkan orang tak tau kita disebaliknya.
Dalam suasana begini macam enau dalam belukar, asyik mau melepaskan pucuk masing-masing.

Anonymous said...

dato' smpi bla drama ini akn b'akhir saya tkut saya yg btl2 mgagumi dato' pun hmpir tpdaya dgn lakonan ini , apatah lg tok guru yg dkliling semua pgrah2 drama ini.. Jgn smpi tlmbt dato' tkut korbannya dato' sblm dpt trima anugrah..

Ubaid Madani said...

salam,selagi kita teguh berpegang pada alqraan dan sunnah,insyallah Allah tetap menolong kita,syabas ya akhi....nahnu maak

sapokito1 said...

Alhamdullillah....Allahuakbar!!!

gerhana bulan dah berlalu, gerhana matahari baru saja beredar.... Dah lama hati terkedu.. JANJI ALLAH PASti BENAR.

Kerana sesungguhnya ALLAH telah bersumpah sebyk 7 kali :
1.Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari
2.Demi Bulan bila ia mengiringi
3.Demi siang hari bila menampakkan diri
4.Demi Malam bila ia menutupi
5.Demi Langit dan seluruh binaannya
6.Demi Bumi serta segala yang ada di hamparannya
7.Demi JIWA dan seluruh penyempurnaannya......... Allah.. Subhanallah...Subhanallah.. Subahanallah...

... ALLAH MENGILHAMKAN SUKMA KEFASIKAN DAN KETAQWAAN....
... BERUNTUGLAH MEREKA YANG MENSUCIKANYA DAN MERUGILAH MEREKA YANG MENGOTORINYA..

p/s:-
Peristiwa Bersejarah Solat Hajat Di Stadium Sultan Muhammad IV pada 14 Jan 2010,malam jumaat......impian yang dah jadi kenyataan....

kayrol said...

ALLAHUAKBAR

Semoga Dato terus istiqamah dlm mnjalankan kerja-kerja Islam dan kepentingan rakyat.

Semoga sabar menghadapi dugaan.

kayrol said...

ALLAHUAKBAR

Semoga Dato terus istiqamah dlm mnjalankan kerja-kerja Islam dan kepentingan rakyat.

Semoga sabar menghadapi dugaan.

Anonymous said...

salam..
saya stuju dengan Dato' Husam..

cucu hj walong said...

salam dato'
tolonglah dato'
kami dah penat dgn permainan politik sebegini
kita seakan terpalit dgn penyakit umno yg dulu sering kita wirid dan ratibkan
please dato'
SELESAIKAN SEGALA MASALAH INI SEGERA!!!!!
RAKYAT SEDANG MENGHAKIMI.....
JGN MENGULANGI KESALAHAN BN YG MENGANGGAP RAKYAT TIDAK BIJAK MENILAI DAN MENTAFSIR....
PLEASE......

Anonymous said...

Syabas atas penjelasan yang memang jelas lagi berfakta.

Teruskan perjuangan dengan ikhlas dan jujur.

Sekali Allah menolong kita, ia sudah cukup meleburkan keegoan orang-orang yang sombong lagi pemutar belit.

Biar apa pun yang mereka lakukan, kita akan sama-sama menuai hasilnya di akhirat kelak.

Modal yang buruk di dunia akan mendapat 'keuntungan' azab.

Modal yang baik akan menjana keuntungan yang diredai Allah.

Abi Husna said...

syabas Yb. Saya amat menyanjungi Tuan. sejak kisah kambing itu ditulis dlm blog berkenaan, saya semakin kenal siapa dia. Dan ternyata Tuan terfitnah..si baju petak merah..Saya kini tidak langsung menjenguk blog brkenaan..

apih harun said...

..salam Dato'...didoakan semoga Dato' terus tabah dalam menghadapi sandiwara manusia2 yang didorong oleh perasaan hasad dengki ini..Insyaallah..seperti kata Dato'..kebenaran akan tampil jua akhirnya..wassalam..

Anonymous said...

Salam,

YB Husam,
Semoga tuan dan keluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Sebagai seorang yang mendokong dan mencintai Parti Islam, saya amat berharap agar YB dapat menggunakan kebijaksanaan YB dalam menyelesaikan isu ini. Mungkin sudah sampai masanya bertegas dan memastikan 'orang-orang luar' ini tidak menghancurkan Parti dan perjuangan murninya. Mungkin orang-orang ini pernah menjadi sekutu YB, tetapi kadangkala tindak-tanduknya lebih banyak memudharatkan dari memberikan kebaikan.

Anonymous said...

Maklumat mesyuarat Pas pusat yg bocor terutama semasa pertarungan sengit merebut jawatan parti baru2 ni angkara siapa pula?

Anonymous said...

Allah bersama orang yang benar.... selamat berjuang

anafakir said...

Salam tuan...melihat kepada senario lalu dan terkini khalayak menjadi keliru.Siapa antara tuan dengan dia [ penulis blog yang tuan maksudkan walaupun saya dapat meneka siapa orangnya ] benar dan berada dalam lindungan-Nya?...masih menjadi persoalan.

Melalui hujah antara kedua-dua pihak, khalayak termasuk saya sendiri, saya dapati antara tuan dan penulis blog tersebut ada benar masing-masing.Cuma di antara dua hujah kebenaran yang didakwa itu, siapa yang mencapai makam hakikat dan berpaut dengan hakikat kebenaran yang sebenar-benarnya menjadi satu tanda tanya.

Menyelusuri isu, ada buruk dan baik antara kalian berdua...dari sahabat menjadi kawan-kawan biasa.Kini macam wujud satu krisis peribadi yang agak berpanjangan.
Mungkin ada dendam dari isu yang melata.

Saya secara peribadi..masih ragu-ragu untuk mencari siapa yang berada disisi-Nya.Kebenaran yang hakiki masih tersembunyi dengan segala hujah dan fakta yang dikemukakan.

Diharap antara tua dengan dia..tidak patut berterusan begini.Mungkin ada pihak ketiga yang bermain api untuk menghangatkan tuan dengan dia untuk berpisak kerana jika tuan dengan dia bersatu...PAS dan kalian berdua lebih utuh dan unggul.

Saya berdoa agar isu melata ini tidak berpanjangan.Carilah titik pertemuan untuk mencari perdamaian.Andai mengaku Islam dan beriman..betulkah tindakan yang kalian berdua ambil ini?.Bergaduh dan macam putus silaturrahim?...nampak gaya, macam kedua-dua mendapat murka-Nya.

Sekian, mohon mencadangkan.

anok jati kelate said...

salam yb, syabas serta terma kasih di atas tulisan yb sedikit sebanyak telah mentemteramkan hati kami ore kelate. harap yb akan terus menulis maklumat yab benar ini. sesungguhnya Allah bersama ore yb benar... takbir X 3

anok jati kelate said...

syabas yb

Anonymous said...

salam perjuangan,
doa dan harapan dari saya agar dato' terus thabat dan tabah dengan ranjau perjuangan yang ditempuhi ini.
perjuangan tidak akan sempurna tanpa ujian yang tersedia.
rasa kerdil pula bila nak sampai luahan kebersamaan dalam perjuangan yang dato galasi.
biarkan fitnah itu teruskan perjuangan yang belum selesai ini.
serahkan semuanya pada Ilahi..

Anonymous said...

Salam Dato.. bole bg email Dato? (bukan komen ni)
-datobentarahilir@yshoo.com

Anonymous said...

Tuan....dari blog kickdelfella.

BILA ARTIS MENTAFSIR ANGKA
Selalunya lebih jujur dan peka daripada seorang ekonomis.
Karya seni lahir dari keikhlasan seorang seniman. Tanpa keikhlasan, sebuah karya itu tidak akan ke mana. Begitu kata guru saya di Universiti.
Bazar Tok Guru di bina di atas sebidang tanah seluas 5.9 ekar di Jalan Sultan Ibrahim di Kota Bharu yang turut dirancang untuk dibina Kompleks Madinatul Raudhah.
Seperti yang terkeluar dari mulut Tok Guru Nik Aziz pada 6 Mac 2008, “PMBK tidak berorientasikan keuntungan” sebaliknya bertujuan untuk membantu para peniaga dan penjaja sudah diarah berpindah dari pusat operasi mereka sekarang.
Hari ini pakar ekonomi berkata, Kerajaan Kerajaan tidak rugi,
“Mengeluarkan pendahuluan untuk membeli aset sebanyak 23 juta, bukan bermakna kerugian. Tidak sama sekali.
Perjanjian antara PMBK dengan Sensa Timur telah tertandatangani. Sensa Timur akan membina sebuah Bazar tiga tingkat dengan perbelanjaan syarikat. Tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM 40 juta akan diserahkan kepada PMBK. Pulangan untuk Sensa ialah tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut. Sebahagian tanah pula akan digunakan sebagai jalan untuk laluan baru dan juga kegunaan awam yang lain.
Nilai Bazar tingkat bawah itu ialah RM 23 juta.”
Berdasarkan perkiraan di atas Kerajaan akan memperolehi RM40 juta dari tingkat 1 dan 2 Bazaar itu dan akan memperolehi RM23 juta daripada tingkat bawah yang akan dibeli pada harga pasaran daripada pemaju yang dilantik oleh PMBK sendiri.
Maka Kerajaan akan memperolehi RM63 juta.
Kerajaan Kelantan dikata sebelum ini akan rugi RM50 juta. Ini adalah dengan kerana pembelian balik tingkat bawah dari pemaju dan pemberian tanah bernilai lebih kurang RM25 juta secara percuma selama 99 tahun kepada pemaju tanpa Kerajaan Negeri mendapat apa-apa daripada pembinaan di situ selain mungkin hasil mahsul biasa seperti cukai.
Maka angka RM63 juta dari di tolak angka RM50 juta dapatlah lebih RM13 juta.
RM13 juta di tolak pula RM4,750,000 premium, bererti projek itu membawa keuntungan berjumlah lebih RM8 juta untuk 99 tahun. Atau keuntungan bernilai RM83 ribu setahun Patau lebih kurang RM7,000 sebulan atau RM233 sehari. Lebih kurang imbuhan purata seorang artis sederhana di Malaysia.
Semua keuntungan ini dipungut hasil pemberian wang dan tanah benilai lebih kurang RM50 juta itu kepada pemaju.
Karya seni juga lahir daripada jiwa sensitif seorang seniman didalam menafsirkan subjek yang berada dihadapan atau disekelilingnya.
Dari manakah keuntungan ini akan diperolehi? Adakah daripada pemaju yang kaya raya?
Malangnya tidak. Kerajaan Negeri memberi RM50 juta kepada pemaju yang sudah banyak mendapat wang dari Kerajaan Negeri tetapi mengaut keuntungan pula daripada para peniaga yang sudah ditimbuni pelbagai masalah.
Tingkat bawah Bazar Tok Guru akan menempatkan gerai-gerai berukuran lebih kurang 6 kaki kali 7 kaki. Sebanyak 383 buah unit semuanya. Kerajaan Negeri mensasar mendapat RM23 juta darinya. Bererti setiap unit perlu ditolak kepada peniaga dengan harga RM60 ribu setiap satu.
Tingkat satu menempatkan 255 unit gerai dengan keluasan 8 kaki kali 10 kaki setiap satu yang akan dijual dengan harga RM92 ribu seunit.
Tingkat dua pula menempatkan 242 unit dengan keluasan 8 kaki kali 10 kaki setiap satu. Ianya akan dijual kepada peniaga pada harga RM84 ribu setiap unit.
Apakah ini satu pembelaan untuk rakyat atau pembelaan untuk pemaju?
Saya hanya seorang artis.

layarbiru15,
kubang kerian,kelantan

yellowrabbit said...

Salam Sdr Husam.

Saya faham niat baik sdr untuk mempertahankan apa yang sdr percayakan benar dgn menulis posting ini. Apa yg saya rasa peliknya ialah sbg seorang ekonomis sdr berani menurunkan statement" ...sedikit'over look di pihak PMBK.... beranggapan mana2 tingkat adalah ok bg peniaga"!!!!

Come on! Saya yg cetek ilmu perniagaan ini pun tahu tingkat bawahlah paling mahal dan paling strategik di mana2 kompleks perniagaan. How can it be 'sedikit 'over look' di pihak PMBK" dalam urusniaga yg menjadi harapan Tok Guru dalam membela rakyat 'bawahan'??? To me it looks more like PMBK was blinded while making the deal.By what? Only Allah swt know. Kesian saya lihat sdr cuba buat lame exuses bagi pihak orang lain. You need nobody to remind you that we are answerable to Him for our deeds in this life.

May Allah swt bless you always in your quest to serve the rakyat. Ameen

Wassalam.
Mek Kelantan yg cintakan kebenaran

Anonymous said...

salam Dato'
Alhamdulillah laa Dato,tg sudah sedar atas kesilapan AF,almenatunya tuuu.
Walau pun inya dianggap selesai dari segi asas nya tapi bazar TG 6x 7 kaki persegi nak jual apa Dato..
Tak timbul beri betis nak peha..keran kita ditawar kan peha terlebih dulu.
Rak kiri 1.5 kaki, kanan 1.5 kaki, belakang 1.5 kaki..habis kita nak dok mano?

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan,
Sudah lama teringin sangat hendak menyampaikan, baru hari ini berkesempatan.

1. Kota Bharu perlukan perubahan serta-merta. Tanpa modal. Hanya modal sikap dan penguatkuasaan sahaja.

2. Kota Bharu dikatakan Bandaraya Islam memberi gambaran bahawa Islam itu pengotor. Kota Bharu memang kotor.

3. Perlukan perubahan segera, bersama kita membersihkan Kota Bharu menjadi Bandaraya paling bersih di Malaysia.

4. Masuklah Pasar Khadijah. Baunya amat busuk dan sekitar amat kotor.

6. Depan Pasar Khadijah dengan adanya Uptown, peniaga-peniaga begitu galak mengotorkan kawasan.

6. Masuk masjid lusuh di sebelah Pasar Khadijah, lantainya pun berminyak. Bagaimana hendak sujud? Terfikir,kalaulah sehari kutip RM1 dari seorang peniaga Pasar Khadijah untuk membayar upah membersihkan masjid tersebut setiap hari, pasti masjid tersebut sentiasa bersih dan selesa. Tahun 2002 saya ke Kota Bharu, begitulah keadaannya. Tahun 2008 pun masih juga lusuh dan berminyak-minyak.

9. Tandas berbayar di sebelah masjid kotornya amat!

10. Islam itu bersih. Negeri Islam mestilah bersih. Mari kita berazam berusaha menjadikan Kota Bharu bandar paling bersih di Malaysia.

Amin...