Petronas sebuah entiti illegal - sekurang-kurang itu pendapat Prof Shad Faruqi. Petronas sebuah badan perniagaan haram?
Jika itu bukan sebuah letupan di muka Petronas, menunggu letupan yang lebih besar takut nanti sudah terlewat dan hanya meranapkan terus integrity Petronas.
Adakah berbaloi bagi sebuah badan koporat bertaraf dunia untuk dihalakan peluru yang menembusi maruah korporatnya semata-mata kerana cuba mengelak membayar kepada Kelantan apa sebenarnya terhak?
Ketika Petronas sedang cergas melabur berpuluh billion dollar di luar negara, kedudukan penubuhannya sendiri di sisi undang sampai dipertikaikan.
Apa akan jadi jika pendapat Shad Faruqi itu sampai kepada negara-negara Petronas ada berikat?
Apa akan jadi jika ada pihak menggunakan pandangan Shad Faruqi untuk mengisytiharkan Petronas bukan sebuah entiti yang sah?
Sebenarnya, semasa peguam-peguam penasihat Kerajaan Negeri berbincang sebelum ini, isu seperti ini ada dibangkitkan. Termasuk sudut lain bahawa perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Petronas adalah tidak sah dan tidak terpakai berasaskan sebab-sebab yang lain.
Namun, kami mengambil pendirian mengenepikan sementara waktu pandangan seperti itu kerana ia akan merosakkan Petronas. Kami memilih pandangan yang lebih sederhana iaitu mengikut undang-undang dan perjanjian serta konvensyen selama ini, Kelantan terhak terhadap pembayaran royalti dari semua pengeluaran minyak dan gas di luar pantainya.
Petronas dan pemimpin Kerajaan Pusat nampaknya memilih permainan yang lebih kasar.
Tun Musa Hitam pula menjadi tokoh UMNO kedua secara terbuka memberi pandangan yang berbeza tentang bayaran royalti berbanding pendirian rasmi Kerajaan Pusat. Apa pun nama bayaran yang diberikan, pembayarannya hendaklah kepada Kerajaan Negeri Kelantan - kata Tun Musa.
Selama mana lagi Najib mahu menunggu untuk membetulkan semula sikapnya? Berapa ramai tokoh lagi ditunggu Najib untuk memberikan 'tamparan demi tamparan'?
Ahli Parlimen UMNO sendiri, yang juga pengasas Petronas telah 'menyapa'. Tun Salleh Abbas selaku bekas Peguamcara Negara yang menulis cadangan Akta berkenaan telah memberikan pendapat. Bekas Eksekutif Jabatan Undang-undang Petronas di mana hampir semua dokumen perjanjian antara Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Malaysia dengan Petronas ada tercatit tanda tangannya dan beliau terlibat dalam membentuk kandungan perjanjian tersebut - Nik Saghir Mohd Nor juga menyebelahi tuntutan Kelantan. Kemulian Petronas sebenarnya sudah tercemar.
Jika tuntutan Kelantan dilayan seadilnya sejak awal mengikut makna yang 'plain' dan amalan biasa seperti perjanjian, tidaklah perlu kenyataan-kenyataan yang merugikan seperti itu dikeluarkan.
Petronas tidak menjadi bankrap kerana menunaikan hak Kelantan. Nama baiknya tidak rosak dan kejujuran koporatnya tidak hilang.
Polemik ini sudah tentu akan berterusan.
Isu tuntutan Kelantan mempunyai ruang masa dan pergerakan yang tidak terbatas sehingga menghasilkan gegaran yang cukup kuat untuk tidak dihiraukan, Insya Allah.
Sunday, March 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
ALHAMDULILLAH, SY DAH DENGAR BANYAK PENJELASAN DARI TENGKU KULI, TP KALAU BOLEH SY NAK TAU SATU PENJELASAN DARI KULI KENAPA, AKAUN PETRONAS TIDAK DI BENTANGKAN DI PARLIMENT, DAN MENGAPA HANYA PERDANA MENTERI SAHAJA YG BERHAK MENGETAHUI AKAUN PETRONAS. SEDANGKAN SEBENARNYA SEGALA MILIKAN NEGARA MERUPAKAN HAK RAKYAT. SY TERTARIK DGN UCAPAN KULI DI UPSI. BG YG BERMINAT BOLEH BUKA YOUTUBE, TAIP SEARCH, TENGKU UPSI.
susoh wat kiro nge ore cerdik xleh nk aja dato' wei....
PETRONAS Bakal menerima nasib seperti UMNO. UMNO pernah diharamkan untuk kepentingan perbadi Pemimpinnya. Mungkin PETRONAS akan diharamkan demi menyelamatkan kepentingan pemimpin UMNO. kemudian ditubuh PETRONAS (Baru).
PRESS RELEASE of Joshua Y. C. Kong 22 March 2010
088 247823 (also fax) 088 474513 (also sms) 0128380897
P. O. Box 11923, 88821 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Justknock7@pd.jaring.my
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Re: Petroleum Development Act 1974 Act 144 (PDA) and its implications
With the latest developments in the Public Forum organised by the Malaysian Bar Council held on 20th March, 2010 in Kuala Lumpur, on the Oil Royalty Issue, I would like to call sgsinon the Duli Yanf Mahal Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung XIII Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah to institute a Royal Commission of Inquiry on PDA and Petronas.
I had lodged a few Police Reports on our oil wealth and the massive national profligacy with scores of pressing questions unanswered. Each time I had called for Royal Commissions of Inquiry.
Now two major issues have come out from the recent Bar Council’s Public Forum namely the unannounced and non disclosure of the biggest oil find by Petronas in the world and the legality of PDA and Petronas in the framework and management of the oil operations . We have seen how our oil wealth had been manipulated since 1974.
Whether the biggest oil find is in Malaysia or Sabah or elsewhere yet to be officially confirm, it is still questionable how the nation would fare when the known fossil oil as dwindling in the nation would soon be fully depleted in a few years time. Malaysian coffer is very much dependent on the oil revenue annually especially in recent years.
So it is timely that the country can move forward and compete more effectively with a proper inquiry on the status of the PDA and Petronas in a wide range of issues in the context of halal, haram or something in between for the revenue so derived from the fossil oil.
Joshua Kong
Chartered Accountant,
Author,
Ex Deputy President of Sabah Consumers Association 2006-2009
teruskan dato' , saya malu ada org yg bernama awang adek dan mustafa mohamed kat kelantan.
Post a Comment