Thursday, January 14, 2010

Jangan hanya pandai 'kebas'



Bumi Selatan - salah satu medan gas dalam PM 301. PM menjanjikan pembayaran bermula 2010 berasaskan pengeluaran Bumi Selatan, seperti disebut di Parlimen November lalu.

Presiden Petronas, Tan Sri Hasan Merican mengesahkan jumlah pembahagian untuk Kelantan dari Bumi Selatan atas apa juga nama bagi 2009 ialah USD 12 juta. Ia berasaskan pengeluaran sebanyak 14,200 boe ( barrel of oil equivalent) gas sebagai bahagian dari Malayisa. Jumlah keseluruhan pengeluaran dari medan gas Bumi (dalam kawasan MTJDA) dan Bumi Selatan (dalam kawasan PM301) adalah dianggarkan sebanyak 35,621 barrel oil of equivalent (boe) atau lebih kurang 200 juta kaki padu sehari. Bahagian Malaysia dalam pengeluaran ini adalah sebanyak 39.94% atau kira-kira 14,200 boe (80 juta kaki padu sehari).

Mengikut jawapan di Dewan Rakyat, pengeluaran di Bumi Selatan bermula sejak suku kedua 2008 atau bermula April 2008. Sehingga Disember 2009 maknanya, sudah tujuh suku tahun Kelantan tidak mendapat apa-apa pembayaran.

Tuntutan Kelantan secara rasmi disuarakan pada Julai 2009, iaitu setahun tiga bulan selepas pengeluaran Bumi Selatan bermula.

Di mana Datuk Mustapha dalam tempoh itu? Kenapa semua pihak terlibat berdiam diri? Tak ada sepatah pemakluman Kelantan terhak sekurang-kurang atas nama wang ehsan dari Bumi Selatan. Mana ketelusan korporat dan prinsip bertanggungjawab atas amanah, sekalipun pemberi amanah tidak membangkitkannya?

Kenapa Datuk Mustapha sibuk tentang Kerajaan Pusat (baca UMNO Kelantan) akan menggunakan wang ini atas nama wang ehsan sekarang? Kenapa beliau tidak menyebutnya sebelum Kerajaan Kelantan membangkitkannya?

Sesudah Kerajaan Negeri membangkitkan, baru nampak kesungguhan untuk 'kebas'.

Rizab gas di medan tersebut dianggarkan sebanyak 47.15 juta boe (kira-kira 264.75 juta kaki padu). Medan ini dijangka mempunyai hayat pengeluaran sehingga tahun 2017.

Bagi keseluruhan blok PM 301, terdapat beberapa medan gas asli dan jumlah rizab gas asli sebanyak 822.6 bilion kaki padu. Bagi medan Bergading, Ular dan Gajah, rezab petroleum adalah 172 juta tong.

Jika Mustapha berjuang untuk rakyat Kelantan, bukan 3 batu nautika pilihan hujjah beliau. Beliau sepatutnya berhujjah, jika selama ini Terengganu dibayar royalti walaupun semua telaganya juga berada di luar 3 batu nautika, semestinya Kelantan juga patut dibayar. Berhujjahlah untuk menguntungkan rakyat Kelantan, bukan menafikan hak rakyat Krlantan, kalau Mustapha meletakkan kepentingan rakyat lebih dari politik kepartian.

Nampaknya Ahmad Said, MB Terengganu jauh lebih matang dan mengutamakan kepentingan negeri lebih dari kebanyakan pemimpin UMNO Kelantan. Saya hairan.

Mustapha kena belajar dari Ahmad Said. Jangan segan menalipon Ahmad Said bertanyakan kedudukan sebenar. Jangan nanti Mustapha tersangut di gurun pasir rasa diskriminasi tak berkesudahan. Kalau pun Mustapha ada kuasa menyekat pembayaran apa yang terhak kepada Kelantan kerana beliau Menteri Pusat, fikirlah dengan naluri rasa serumpun dan sikap pemimpin ulung.

Segala daya kreativiti anak Kelantan dan semangat juang yang tak pernah padam, Mustapha akan hanyut jika ia mahu kekal sebagai tunggul mati tanpa perasaan di tengah perjuangan yang akan dibangkitkan sendiri oleh anak Kelantan yang cintakan keadilan atas segala hasil mahsul yang telah dianugerahkan Tuhan.

5 comments:

dino.yp@gmail.com said...

Jangan hanya pandai main politik, bawak masuk mahkamah kalau berani.

raz ghaz said...

slm tuan hj
tahniah atas hujah kemas. dato pa tak boleh nak berdolak dalik dah. pemimpin umno kelantan kena ada rasa ghairah memperjuangkan hak anak kelantan. bukan cuma pandai nak buncitkan perut saja.

gambar penandatanganan memorandum antara kuli (pengerusi pertonas) dgn mb kelantan pd thn 1975 adalah bukti bahwa kelantan mmg berhak atas royalti minyak.

hak mesti diberikan pada yg berhak. royalti. bukan ihsan. takbir!

kapten Zero said...

Setopa anak setawa begitulah gelaran yang dianggkat oleh sikatak lompat satu ketika dulu. perangai kerenah pa ni memang cari tapak selamat kamudian digigitnya orang yang menyelamatnya; cth terbaik sejak bertahun merancang dan cuba membunuh Mat dahan. Sekarang mat dahan macam cacing kepanasan sejak setopa jadi pengerusinegeri.mungkin ini yang terakhir bagi dahan ddk dalam DUN kelantan, lepas ni mampus bersama beberapakumpulannya di jajahan jeli.

Cikgu Naim said...

Asalamualaikum,Secara logik nya,negeri negeri yang terdekat berhak ke atas royaliti minyak.Ini kerana impak pengalian ini memberi kesan kepada negeri negeri yang berdekatan dengan pelantar ini, tak kira lah 2 batu atau 200 batu nautika.Dari segi perikanan sudah tentunya nelayan nelayan tidak dapat mendekati pelantar pelantar ini untuk menangkap ikan.Ini memberi impak kepada ekonomi.Resiko utama nya jika berlaku pencemaran hasil dari pengalian ini akan hanyut ke pantai pantai berdekatan.Ini tidak termasuk kemusnahan eko system yang sedia ada.Bayaran 5 % adalah sebagai insuran oleh pengeluar minyak,dan resiko yang 'di paksa diambil' oleh negeri negeri yang berdekatan dengan pelantar ini.Andai kata berlaku juga penyemaran ini,kos yang di bayar 5 % ini tidak berbaloi kepada mana mana negeri yang berdekatan dengan pelantar minyak untuk membaikpulih semula eko sistem yang ada.Jadi saya cadangkan selain selain dari menuntut royality bayaran 5 % juga perlu di naikkan kepada antara 10 hingga 15 %.salam.

AnimalFarm said...

From afar people can see the manipulation. The struggle shown by you and others are the manifestation of the so called sacred fight against 'mind occupation' orchestrated by those in power. The mind set that proposes other people are not competent should be rejected.
You have really shown the true spirit of a fighter. Good work, sir Husam.