Friday, January 01, 2010

Positif, Bergerak Positif

Pertuturan dan tulisan - menggunakan kata-kata.
Ucapan, syarahan, percakapan biasa. SMS, blog, rencana.
Sepanjang kata dan tulis - qaulan - Al Qur'an menurunkan antara lain seperti berikut;
- qaulan sadiidan - perkataan yang benar/words of appropriate
(comfort)
- qaulan baliigha - perkataan yang berbekas pada jiwa /
word to reach very souls
- qaulan kariima - perkataan yang mulia/reverent speech
- qaulan maisuraa - ucapan yang ringan/gentle speech
- qaulan 'aziima - kata-kata yang buruk/a dreadful saying
- qaulan layyinan - kata-kata yang lemah lembut/mild manner
- qaulan ma'ruufan - perkataan yang baik/speak in a kindly way
- ahsanu qaulan - kata-kata terbaik/better in speech
- qaulan tsaqiilan - amanah yang berat/weighty Message
Ada istilah lain dipakai Al Qur'an, yang akan kita kunjungi waktu yang lain.
Qaulan ma'rufaan muncul empat kali. Qaulan sadiidan dua kali.
Kata positif adalah anjuran Al Qur'an.
Kata-kata - datang dari pemikiran kita. Pemikiran positif meluncurkan kata-kata positif. Kata-kata positif menggerakkan manusia. Kata-kata negatif, selepas tidak berkesannya kata-kata positif, untuk tujuan-tujuan tertentu yang terpilih.
Negatif ketika memberikan amaran. Positif dalam banyak urusan.
Negatif atau positif - kebenaran asas ukuran. Tidak yang lain, melainkan kebenaran. Pedas, manis, pahit dan apa jua rasa.
Sekadar catitan tahun baru. 2009 telah berlalu. Allah ampunkan segala kesilapan kita sepanjang setahun. 2010, empat kata kata: Negara Adil Milik Kita.

4 comments:

Anonymous said...

Minta la seorang MP yang betul-betul sayangkan ISLAM untuk memulakan satu BANTAHAN kepada VATICAN/POPE..minta semua MP yang betul-betul sayangkan ISLAM supaya tandatangan..

nahraf said...

As''kum Dato',

Saya harap Dato' terus tabah menghadapi dugaan dan ranjau yang sedang ditempuhi, saya amatlah berharap Dato' janganlah membuat keputusan yang pada saya merugikan.
Dato', Malaysia sekarang sedang berada dalam persimpangan yang sangat kritikal, yang akan menentukan sama ada negara kita yang tercinta terus tersungkur atau bangkit kembali melalui "reform", janganlah dato' menyerah kalah, tenaga dato' sangat diperlukan sekarang ini, untuk bersama-sama pemimpin PR yang lain dalam usaha mengambil alih kerajaan pusat seterusnya memulakan reforms yang sangat diperlukan untuk memulihkan Negara kita.

Cili Padi said...

Surat Terbuka Untuk TGNA

Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan,,cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak….hingga akhir ayat “

Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat.

Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.

Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.

TGNA yang dirahmati Allah,

TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat.Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah.

Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.

Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA.Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya,sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan.Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya.

Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak,apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan.”BERILAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN”

TGNA yang dikasihi Allah,

Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990,sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri.Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau.

Setelah beberapa kali rundingan,Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan,pelbagai alas n untuk melengah-lengahkan pembayaran,nilai yang semakin mengecil dll.

TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB.Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah…

Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA.Bila rakyat dizalimi,Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN “.

sambung di cilipadi007.blogspot

Anonymous said...

Teruskan perjuangan hingga kiamat. Fakta boleh di sorok, tetapi kebenaran tetap akan ternyata bila tiba masa. Allahu akbar.