Tuesday, May 19, 2009

Pembubaran DUN Perak Kian Hampir

Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan.

Dr. Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya.

Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr. Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh BN atau PR, selepas siapa diputuskan menang sebagai MB yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau. Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.

Dr. Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas. Saya difahamkan Dr. Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politiik BN di Semenanjung. JIka tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihanraya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan PR. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.

Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.

Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iatu pilihanraya mengejut di Perak.

Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.

PR, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.

Bersedia!

8 comments:

dariana said...

Didoakan semoga Allah memberi keredaan, rahmat dan kebaikan untuk jemaah kita serta memantapkan lagi kedudukan pimpinan kita. Insya Allah.

Nordin said...

Mengadakan rundingan dan perbincangan dengan pihak lawan adalah tindakan terpuji. Ini adalah mengikut sunah Rasulullah s.a.w.

Namun kewaspadaan yang tinggi harus sentiasa memagari kita. Bagi 'musuh' yang tidak tahu menghormati orang lain,sama ada perjanjian,undang-undang,peraturan dan sebagainya,ini adalah permainan baginya.

Bila mereka lemah, tengkoknya lebih lembut dan licin dari ular!Bila mereka dapat peluang walau pun sedikit, mereka akan memagut dan mencantas dengan ganas.UMNO dan BN adalah lebih licik dari itu.

Oleh itu, bila berunding,kita kena jadi pemburu yang sentiasa waspada dengan setiap tingkah dan gerak geri buruannya!

Anonymous said...

Salam YB.Saya secara peribadi penyokong PAS semenjak dr dulu lg. Tetapi melihat kpd perkembangan akhir2 ini yg mn PAS seolah2 diperkudakan oleh PKR dan DAP.PAS juga semakin tersasar drp landasan perjuangannya.Saya melihat kemelut yg berlaku lebih kpd agenda peribadi dan pembubaran DUN akan membawa keuntungan kpd DAP khususnya.Apakah kita sanggup menggadai agama demi kepentingan politik semata? Marilah kita kembali ke landasan perjuangan asal...YB Ladang Rakyat apa cerita?

Anak Kelantan Di Selangor!

Anonymous said...

Dato
Keputusan esok pasti menyebelahi ZAM A K.Rakyat Malaysia semua tau tu. sebab kita tau apa jenis hakim dan badan kehakiman yang kita ada.Lepas mereka menang , DUN Perak tak akan dibubarkan.TV 3 akan umumkan versi kehakimany sendiri.

Anonymous said...

Husam,

I think it is dangerous game of cat and mouse if what you are speculating is accurate. It confirms our suspicions that the institutions of power are one by one being abused by UMNO to serve its own purposes which if unchecked and unfettered will slowly lead to chaos and anarchy.I appeal to BN component parties to be vigilant againt any abuse of power for short term gain. You stand to gain Peral for the nest three years but the backlash against BN will be felt throughout West malaysia and in the next GE, BN will be decimated.

Kenn said...

Sir,

Good luck in your deputy presidency challenge : )

waksab said...

Mari kita nyanyi dan main lat tali lat tam plum....

selamat datang ke masa depan
salam sejahtera kami ucapkan
kembali berpijak di bumi yang nyata
tiada amaran
jelma kembali

tuan tuan yang bijak
puan puan yang pintar
tumpu perhatin
dengar sebentar
bunyi bunyian yang didendangkan
tiada mula
tiada akhir

yang tua muda
yang miskin kaya
dengar semua!

lat tali lat tali tam plum
sudah mula atau belum
tunggu dulu saya pergi periksa segala dimensi
sebelum beraksi

lat tali lat tali tam plum
sudah jatuh atau belum
teknologi tambah dahsyat
kau dan aku pasti sesat
kiamat agak dekat
mengikut kata firasat

http://waksab.blogspot.com/2009/05/lat-tali-lat-tali-tam-plum.html

Anonymous said...

sehingga hari ini.tiada pembubaran dub..harap maklum