Friday, May 22, 2009

Keputusan Mahkamah Rayuan diatur?

Posting saya tiga hari lalu telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.

Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini.

Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya.

Adakah negara kita sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses tabung uji di luar rahim iatu Dewan Rakyat atau DUN seperti yang difahami sebelum ini? Khususnya Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?

Tiga atau lima atu tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar. Apa lagi keputusan Mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan.


Berbalik kepada Perak. 'Ramalan' saya seterusnya ialah, Majlis BN akan bersidang. Kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat dengan mengadap Sultan Perak untuk pembubaran.

Memang itu yang dihasratkan oleh PR tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak. Pembubaran, ya. Proses undang-undang yang adil, juga ya.

12 comments:

kopitelp16 said...

Semuanya sandiwara BN/UMNO yang mahu dilihat sebagai pro-rakyat.

Cukup la tu..... Mandela Gandhi King yang haram telah dihalalkan. Mahkamah? Mahkamah sudah tidak wujud lagi di bumi ini. Yang tinggal hanyalah panggung wayang.

Lee Wee Tak said...

yeah? well that would not make BN looks good and considerate but a victory for People's Power!

Hamba said...

Adakah kita boleh percaya dgn UMNO? Bersedia utk bubar DUN? Kita kena lihat apa faedah yg blh UMNO dapat jika DUN di bubar, terus terang saya katakan tiada langsung! jangan harap BN akan bubar DUN...UMNO tidak peduli ttg soal kredibiliti, apa yang mereka pentingkan ialah harta kekayaan negeri Perak...Mentaliti UMNO dulu, kini dan selamanya ialah dgn kekayaan mereka boleh membeli sokongan rakyat...Ia tak akan berubah...Ada duit semua boleh dapat...Masih mahu lagi di tipu dan di khianati sekali lagi oleh UMNO? Berapa kali pokok pisang akan berbuah? 2, 3 atau berpuluh kali? Ketamakan manusia tiada hadnya! PR perlu sedar...dgn UMNO, ibarat seperti berlawan dgn syaitan...penuh tipu daya dan muslihat...UMNO, dulu, kini dan selamanya, saya tidak percaya!

Anonymous said...

bila nizar menang, hakim berani dan bagus.
bila zambry menang, keputusan telah diatur.
maka nizar mesti menang selalu.
janganlah begitu prejudis sehingga jadi buta.

-org Taiping

icon2008 said...

Tidak mengapa puak BN menang kali ini. Ini cuma kemenangan jangka pendek sahaja.

Mereka mungkin kalah secara jangka panjang.

indraputra80 said...

Jangan suka buat ramalan kerana ia menjurus kepada unsur unsur syrik.

Kalau tepat kita bangga maka jadik riak pula.

Kalau tidak ia menjadi pembawa berita bohong fitnah dan Bidaah.

Elok tulis yg Jelas dan terang.
berserta bukti dan evidence.

He!he!

Jgn Maree!!!!

sitopimerah -ein Team -ein Ziel said...

Iya saya setuju YB. Dalam kes YAB Nizar lawan YB Zambry bukan menang atau kalah itu yang penting, tapi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang itu bakal menjadi rosak binasa.

Kalau bukan sebulan dua hingga 10 tahun ini, mungkin lagi 50 tahun kes ini boleh dirujuk. Sebelum ini kes Stephen Kalong Ningkan menjadi sandaran, selepas ini kes YAB Nizar menjadi sandaran, dimana PM / MB / KM boleh dilucut kuasa di luar Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Mungkin selepas ini juga kes tarik speaker, sorok speaker, lantik speaker tanpa angkat sumpah juga boleh dijadikan sandaran apabila ia mengalami keputusan yang sama seperti kes YAB Nizar lawan YB Zambri.

Amat kronik dan kotor sekali keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang itu dicemari dan diroboh. Subhanallah satu hari nanti ia akan jadi kacau bilau dek kerana kerakusan kuasa UBN undang-undang itu dirimbakan.

mymoksha said...

Memang dah dijangka. Maknanya penghakiman Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah silap atau sengaja?. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Sifat jahat dan khianat terhadap amanah yg diamainkan oleh Hakim2 di Malaysia ini pasti akan memberi kesan yg sgt menggugat intigriti keadilan yg dijunjung bersama.

Anonymous said...

That's the result.. aha..aha..aha we like it.

Win little and gonna to loose BIG.

It's a blessing in disguise and the whole truth nothing but the truth will be unvield.

Anonymous said...

When injustice becomes law, resistance becomes duty”….”Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes.”— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary

let us rejoice while not forgetting there are still 14 ISA detainees let in kamunting as we speak. we are proposing a more drastic actions, capitalizing najib fears of more PRK, fear of losing the faith of the rakyat, to maintain people’s perception that he is still in power. join us in our quest to push the Pakatan Leaders to be willing to threaten the government into releasing more ISA detainees.

Good day to all,

We would like to invite you to our blog "Misi Membebaskan Tahanan ISA" to push the the PAS/PKR leaders to step forward and offered 2 ADUN/Parliamentary seats up for resignation as a way to threaten the govrnment into releasing more ISA detainees. Details of the strategy can be followed here:

"Blog Bebaskan Mereka"We would appreciate it if you drop by and sign our petition as well."Online Petition"Justice for all.


salam perjuangan sahabat-sahabatku,

mohon kehadiran saudara ke blog kami "Misi Membebaskan Tahanan ISA" dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.

sila lawat: "Blog Bebaskan Mereka"seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:

"Online Petition"JZK

Anonymous said...

Music music to my ears! At last Tok Guru spoke my mind asking Nasha to leave and try to get reelected. Bachok was won by PAS & Nik Aziz but he thought it was his own steam and popularity!!!!

shamsul said...

YB Dato Husam,
Saya sekarang di UK bersama isteri dan 5 orang anak.Boleh YB email berapa jumlah pelajar Kelantan di IPTA dan IPTS di Malaysia dan seberang laut.Bolehkah YB beri pecahan pelajar di setiap Universiti umpamanya berapkah pelajar di Universiti Malaya,UKM,UUM dsbnya.Berapa peratus keseluruhannya, Terima kasih
email shamanis88@gmail.com