Malam tadi saya dijadualkan berdebat dengan Naib Presiden UMNO yang juga seorang menteri kanan kabinet Malaysia: Datuk Zahid Hamidi. Persoalan sekitar rasuah dan korupsi yang sangat relevan dengan ancaman negara masa kini.
Iklan mengenainya telah disiarkan berhari-hari oleh TV9 dan juga TV3. Saya telah menyatakan persetujuan saya menyertai debat ini selepas pegawai saya mengesahkan dengan pihak pengajur, Datuk Zahid confirm datang. Zahid, tegas saya, bukan orang lain.
Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Datuk Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau.
Jadualnya, 26 Mei, malam. 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan saya berdebat dengan Sdr Ezam, tanpa persetujuan saya terlebih dahulu. Pada hemat saya, penganjur langsung tidak profesional dan Datuk Zahid langsung tidak bertanggungjawab. Kalau Datuk Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politik beliau, cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.
Jika Zahid tak berkelapangan di saat akhir selepas berhari-hari iklan tersiar, saya mencadangkan kepada pengajur, ia diadakan pada tarikh lain Datuk Zahid berkelapangan.
Tengah hari semalam, saya telah meminta pegawai saya menyerahkan dengan serahan tangan satu surat meminta Datuk Zahid mengotakan janji beliau dan dapat hadhir seperti yang diiklankan.
Mengikut pembantu di pejabat Datuk Zahid, bos mereka ke luar negara! Saya rasa tak menasabah. Sebab itu, selepas
sah Datuk Zahid tidak hadhir ketika program hampir dimulakan malam tadi, saya telah menalipon sendiri beliau. Datuk Zahid ada di Malaysia!
Saya meminta Datuk Zahid menetapkan satu tarikh baru bagi debat kami. Penganjur boleh menghubungi Datuk Zahid semula. Sebulan tak ada kosong, tiga emapat bulan lagi tidak menjadi masalah kepada saya.
Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?
Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul.
Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru.
Tuesday, May 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Zahid tak akan muncul kerana takut.
I am a non Muslim Malaysian. I have been watching PAS recent muktamar with interest.
I voted PAS in the last election mainly because I am tired of all the corruption ongoing in our country.
I wish to stress, that if PAS strong men such as Hadi and Nasharuddin decide to proceed with talks with UMNO, I have no qualms voting anybody besides BN and PAS in the next election. I believe alot of non-Muslims will too.
I don't understand how would 'national interests' and 'perpaduan' come into the picture with UMNO when it is UMNO that is the culprit in in sowing seeds of distrust among Malaysians for these past 50 years. Seems to me now PAS wishes to join the bandwagon.
I am perking my ears to hear the flimsy excuses why PAS need to hold unity talks with UMNO. Sometimes these men are blinded by power. Sad to say, idiocy tiada ubatnya.
I hope Husam Musa will persevere.
Thank you.
May
Tahniah YB...
Teruskan berjuang, doaku sentiasa bersamaMu.
ISLAM Sentiasa MENANG!!
Assalamualaikum
Tahniah YB. Teruskan perjuanganMU.
Doa Kami sentiasa mengirimu..
ISLAM Pasti MENANG!!!
Askum
Yb Husam yang dihormati
Tetapi ana pelik, kenapa tv9 tak bagi YB masuk, sedangkan YB dah ada di Sri Pentas masa tu. Kami suami isteri menunggu di depan TV. Kami ingatkan kedua-dua pihak tidak hadir. Rupanya sebaliknya.
Erm, inilah sikap tidak profesional Menteri-menteri Umno.
saya mensnti kmunculan datuk di tv. kebtulan hari itu, saya sedang bercuti, satu family berhimpun depan tv.
Buat ape nak muncul, kalu yg dah muncul tak timbu...
ape masalahnye berdebat dengan ezam???
mungkin dengan zahid boleh la setkan hari lain..tetapi ape reasonnye menolak debat dengan ezam??tak prepare??hurmmm...kalau kebenaran tu lahir dari hati dan niat yg suci,kebenaran tu tak perlu di cari..terpacul secara spontan...
wallahualam
Hahahahahaha!!!!!!! bagus..!!bagus..!!! Husam. Tindakan anda telah berikan paku keras pada sdr Ezam dan sdr Zahid sekaligus. Muka tak malu punya Ezam. Siapa dia nak berdebat? kemana Zahid lari? menyinga tak bertempat. Tapi bacul!!!!
Pandangan: idrissamk.wordpress.com
Dato'
Tak perlu tunggu Dato' Zahid kalau Dato' nak berdebat....
memalukan...itulah perkataan yang dapat saya berikan bagi menggambarkan betapa takutnya Datuk Zahid Hamidi,bodi bukan main lagi besar,pegang portfolio menteri kabinet,masa kempen kat Bagan Pinang dia yang bagitahu mereka tidak sogokkan tentera untuk mengundi BN,bukan main lagi segak pakai baju askar masuk berita masa pilihanraya N31 Bagan Pinang,tapi nak menghadapi seorang yang membawa kebenaran pun tidak berani,kepada sesiapa yang boleh menghubungi Datuk Ahmad Zahid,tolong kirim salam kepadanya dan bagitahu kepadanya supaya berkata benar walau pahit,buat Datuk Husam,teruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Allahu Akbar!!!
Post a Comment