Saturday, November 21, 2009

Hasan Harun dahului saya. Tahniah!

Suara apa bising di luar tingkap sana??

Meneliti dokumen lama sehari dua ini, termasuk keratan akhbar, hati saya bertambah senang, dan fikiran pula sudah tentu tenang.

Perjuangan rakyat Kelantan menuntut hak mereka dibantu oleh semua pernyataan-pernyataan yang kini termaktub dalam arkib dan lembaran sejarah. Fokus, seperti diajar oleh doa iftitah kita, juga disebut dalam bahasa tasawuf - tawajjuh - saya masa ini ialah tuntutan royalti petroleum dan bukan suara bising di luar jendela.

Penggalian dokumen lama memungkinkan kita mencantumkan tuntutan kita selari dengan semua pernyataan yang pernah diucap kecuali sikap berdolak dalik UMNO yang sentiasa kekal sebagai punca masalah.

Dokumen lama dan baru tidak pandai berbohong. Ya kata ya, tidak kata tidak. Termasuk keratan akhbar 'sohih' seperti Utusan. He he he, maaf Utusan - usik sikit jiwa murni anda, kalau-kalau ada sedikit berbaki. (Dr. Maza ada sms pagi ini Mingguan Malaysia hari ini potong sesetengah tulisan beliau) Pulak tu Mingguan hari ni letak saya muka depan! Hebat tu. Tak menyesal ke?

Senator Hasan Harun, atau lebih mesra dengan panggilan Abe Hase, telah mendahului saya dalam keprihatinannya terhadap hak dan masa depan rakyat dan bumi Kelantan. Tahniah! Insya Allah saya akan berkunjung ke rumah tuan untuk kalungan terima kasih sehari dua ini.

Lihat catitan persidangan DEWAN NEGARA , 9 APRIL 1989, halaman 993,994,995;

CARIGALI MINYAK DI KELANTAN

1. Tuan Hassan bin Harun( Kelantan) minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) benarkah usaha carigali minyak di pantai Kelantan telah berjaya

(c) apakah rancangan-rancangan dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh pendudukpenduduk tempatan berhubung dengan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Kasitah bin Gaddam):
Tuan Yang di-Pertua, usaha mencarigali minyak dan gas di perairan negeri Kelantan belum lagi berjaya menemui
minyak di dalam kuantiti yang komersial. Di dalam tahun tujuhpuluhan, Syarikat Esso telah menggerudi dua telaga tetapi gagal
menemui minyak.

Pada bulan Ogos, 1988, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Blok PM2, telah diserahkan pula kepada sebuah konsortium terdiri daripada Home Oil Malaysia Ltd., Petro-Canada Malaysia Inc., Texaco Canada Malaysia Inc., PEXCO N.V. dan PETRONAS Carigali.

Mengikut Kontrak Perkongsian Pengeluaran yang ditandatangani dengan PETRONAS, konsortium ini akan membelanjakan $43 juta untuk kerja-kerja mencarigali di dalam tempoh tiga tahun dan menggerudi empat telaga rambang di kawasan ini, bermula pada penghujung tahun ini.
Jika minyak ditemui dalam kuantiti yang komersial, maka konsortium ini akan bertanggungjawab mengeluarkannya.

Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.


Abe Hase teladan untuk pemimpin UMNO Kelantan masa kini. Berbeza parti jangan sampai menolak-nolak rezki rakyat Kelantan. Hati perut kita biarlah bersama yang berhak, rakyat kita sendiri.

Petikan lain menyusul kemudian. Sampai royalti menjadi milik kita.

Untuk pemimpin UMNO, saya ulangi, belum terlambat.

7 comments:

alblanco said...

asalamualaikum...

mohon dato perjelaskan aper yang telah diwar2kan dalam media hari ini..

alblanco said...

asalamulaikum...

hari ini heboh dalm surat khabar yang menyatakan datuk nak lepas semua jawatan dalam parti..mohon datuk perjelaskan sikit kebenaranya..

john said...

TAHNIAH DATUK!

Walau apapun orang (blog2 tertentu) memberitahu tentang keburukan anda..ambo percayo datok jenis hok buat kijo..bukae jenis hok panda kecek sajo!..teruskan usoho datuk..jangan tinggal kerajaan kelate..TAKBIR!

Anonymous said...

bravo dato..mmg dato merupakan seorang yang komited dalam membantu rakyat kelantan..bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan pemimpin sperti TGNA dan dato utk rakyat kelantan..semoga dato cpt sembuh dalam membawa isu royalti ini khas utk rakyat kelantan dan untuk melawan rejim UMNO laknatullah..takbir!!

Anonymous said...

INSYALLAH,SEMUA RAKYAT KELANTAN BERSATU MENYOKONG KJAAN NEGERI TUNTUT HAK ROYALTI.....MELAINKAN ORG UMNO YG TAK NAK KELANTAN MAJU YG PENTING MEREKA KENYANG

Fazli Salleh said...

Salam saudara Husam..

Janganlah sesekali meninggalkan perjuangan suci ini. Biarpun beribu dugaan datang menimpa, kerana Allah, teruskan usahamu membangkitkan risalah suci perjuangan PAS.

Takbir!!!
ALLAHU AKBAR...

TRALAYAN said...

Salam,

Teruskan perjuangan sheikh untuk menuntut hak kita rakyat Kelate. Semua rakyat negeri ini sedia berjuang bersama.