Saturday, December 19, 2009

Jangan -jangan Menteri Pertahanan pun boleh hilang?

Enjin jet perang kita boleh hilang?

Satu hari, mungkin satu batalion tentera kita juga 'hilang'?

Ia satu jenayah serius yang melibatkan keselamatan negara.

Jika benar enjin yang sudah terpasang di jet perang dan jet itu bersama enjinnya sudah berada dalam negara, tetapi kemudian boleh hilang dan telah dibeli orang, ia bukan sahaja isu tentera. Ia juga isu kastam, polis dan inteligen negara.

Mungkinkah kehilangan enjin yang sudah tentu tidak kecil dan tidak ringan itu, hanya berlaku atas kertas? Maksud saya, enjin itu sebenarnya secara fizikal tidak pernah memasuki negara ini. Ia hanya transaksi atas kertas. Bill penghantaran sampai, dalam inventori ia ada, tetapi fizikalnya ia sudah pun dihantar ke destinasi pembeli sejak hari pertama.

Ini mungkin sekadar fiksi saya. Tapi andainya modus operandi sebegini memang berlaku, bayangkan apa lagi yang telah dibeli tetapi 'hilang' dan ke mana jatuh peralatan itu?

Tugas kerajaan sekarang bukan sahaja menyiasat enjin pesawat F-5E yang telah kini menjadi milik negara lain, tetapi juga siasatan menyeluruh terhadap kemungkinan wujudnya modus operandi sebegini yang tentunya melibatkan lebih banyak 'kehilangan' segala peralatan perang kita, termasuk bekalan makanan dan logistik yang lain.

Kalau enjin jet boleh lesap, apa lah sangat dengan beras, telur dan segala macam yang lebih ringan dan mudah.

Apa lagi, ia melibatkan pihak yang 'lebih tinggi' dalam Kementerian Pertahanan sendiri.

Jangan mudah Menteri Pertahanan menolak isu ini kepada satu dua pegawai tentera semata-mata, tetapi mesti bersedia untuk semakan menyeluruh oleh Suruhanjaya yang lebih telus.

Dalam kesempatan ini juga, saya menarik perhatian terhadap bekalan peralatan bermutu rendah, bahkan dalam setengah keadaan, membahayakan tentera kita.

Seperti yang dibangkitkan oleh YB Saifuddin Nasution dan YB Mahfuz di Parlimen, payung terjun yang dibekalkan oleh syarikat tertentu belum dikaji untuk ditarik balik. Sedangkan ia dikatakan telah melibatkan tujuh kematian tentera kita kerana spesifikasi yang tempang. Pihak tentera sudah tentu menyedari hal ini dan langkah segera perlu diambil dengan melupakan hubungan syarikat kroni, jika ada, dfalam hal ini.

Lebih banyak penelitian dalam isu-isu bekalan peralatan ketenteraan mungkin lebih mengukuhkan pasukan pertahanan negara.

Tindakan menyeluruh yang segera boleh membantu mengutuhkan integriti tentera di mata rakyat. Majoriti tentera kita sanggup berkorban jiwa raga dan mereka pasukan yang berdisipin dan begitu setia kepada negara pada setiap masa. Hargailah keikhlasan majoriti mereka dengan memberikan yang terbaik kepada mereka tanpa sebarang ruang pernyelewengan oleh sebegitu kecil pihak berkepentingan.

Sistem pemantauan lebih telus perlu mengambil termpatnya sekarang.

8 comments:

Abuzar said...

YB,

Kalau dinegara2 yang tamadunnya tinggi, menteri pertahanan tentu akan melepas jawatan atas rasa tanggungjawab terhadap kecuaian dan kelemahan terhadap mengapa berlaku skandal curi engin pesawat pejuang tentera F5E bernilai RM50j ini.

Sanggupkah Ahmad Zahid Hamidi lakukan? Sebagai leadership by example.

Dan mana2 pegawai tentera yang lemah kemampuan tadbir urusnya mengambil tanggungjawab secara terbuka?

Di tahap mana lagikah nilai integriti masyarakat Malaysia?

jokersland said...

Salam YB,

Tidak hairan perkara sedemikian boleh terjadi. Inilah yang di katakan Malaysia Boleh, Apa Apa Pun Boleh kalau ada kuasa.

Lihat saja setiap tahun lapuran Ketua Audit negara di mana rasuah yang telah menjadi barah hanya di anggap sebagai permainan kanak kanak. Tidak ada tindakan yang di ambil susulan lapuran itu. Kalau lapuran sebegini berlaku seperti di negara Jepun atau Korea, sudah tentu menteri yang berkenaan akan meletak jawatan serta merta. DI negara kita menteri kita masih boleh bermegah seolah olah perkara sebegitu tidak berlaku.

MIBU BULAN. said...

Menteri Pertahanan, Ketua Turus Angkatan tentera, Ketua Turus Tentera Udara pada tarikh kehilangan Injin Jet Pejuang F 5E tahun 2007 mesti bertanggong jawap atas insiden yang memalukan Negara ini.... Rakyat perlu menilai betapa rapuhnya Intitusi Pertahanan ini - SPRM dan Polis jangan membutakan mata dan memekakkan telinga....

Ahmad Syafiq said...

Huhu, C4 pun boleh dibawa keluar YB.

Kalau jet enjin hilang, takkan orang boleh senang2 curi sebab enjin tu besar. Lepas tu, takkan takde askar yang jaga inventori tentera?

Mungkin juga jet enjin tu tak pernah sampai masuk negara kita. Mungkin dah bayar, tapi tak sampai2. So, kira hilanglah.

BOLEHLAND!

Anonymous said...

Ini semua kerja crime minister jikalau tiada suruhanjaya diraja diadakan untuk menbersihkan namanya rakyat percaya ini kerjanya. malaysia boleh dengan ada crime minister dengan umno!!!

Anonymous said...

If we do an independent inventories count, we will have lots and lots of missing guns, bombs and military items.

abufranco said...

Saya rasalah mungkin pencuri ni berupaya seperti zaman nabi Allah Sulaiman,pindahkan istana puteri Balkis sebelum mata PM dan Menteri Pertahanan berkelip atau diaorang guna David Cope-fail.

sehar said...

meletak jawatan adalah tindakan pengecut..