Kijang Care bukan idea saya. Ia cadangan peminat blog ini. Dalam dunia terhubung dengan jaringan net tanpa sempadan, sumbangan kecil dari seantero glob boleh menjadi sangat bermakna. Jaringan net boleh melakukannya.
Caring adalah sebati dengan jiwa semua pejuang Islam, juga insan lain di seluruh dunia. Masa itu saya ADUN Kijang, lalu KIJANG yang jadi lambang Negeri Kelantan dicadangkan jadi nama Tabung Prihatin ini - Kijang Care.
Sekalipun saya telah berubah DUN dari Kijang ke Salor, tetapi kerana Kijang adalah bersifat Ke Kelantanan dan tidak terhad kepada DUN Kijang semata, nama ini dikekalkan. Capaian keprihatinannya adalah meluas, setakat dana yang ada, mengikut urgensi yang wujud.
Ketika saya menziarahi Sdr. Lutfi, Ketua Pengarang Harakah, saya tak tau dia ada masalah jantung. Beliau pun tak tau. Yang dia tau, dia sakit dada sebelah kiri dan sedang menunggu tarikh berjumpa doktor ikut jadual temujanji seterusnya.
Setahu saya serangan jantung boleh berlaku tak tunggu jadual temu janji. Setahu saya juga, sakit jantung sekarang agak manageable, tapi mesti cepat sebelum terlambat. Pengalaman saya, ramai rakan berakibat fatal dari serangan jantung kerana terlambat diperiksa atau mendapat rawatan.
Kijang Care membiayai sedikit kos pemeriksaan Lutfi supaya sakitnya dapat ditentukan segera. Lalu Lutfi disahkan perlu menjalani rawatan angioplasty sesegera mungkin kerana tiga saluran arteri jantungnya tersumbat.
Hari yang sama saya melawat Lutfi, wakil Kijang Care melawat Pak Cik Jamal yang terlantar dan sedikit sumbangan telah disampaikan. Pak Cik Jamal agak sentimental dengan saya kerana dalam pilihanraya kecil Pulai Condong di mana PAS menang tipis, sumbangan Pak Cik Jamal amat terasa. Kini, beliau terlantar tetapi suaranya masih gagah bila dia menalipon saya ketika wakil kami sedang bersama beliau.
Tujuan saya menulis entry ini bukan nak besarkan sumbangan pembaca melalui Kijang Care. Tujuannya ialah untuk mengajak anda terlibat sama dengan program ke hadapan kami.
Di Manek Urai, belia dan anak muda inginkan satu padang bola dan tempat reakreasi dan riadhah mereka, khusus di Kg. Manjor dan Budi.
Sekeping tanah seluas 6 ekar dicadangkan dijadikan sebagai padang bola dan aktiviti sukan yang lain untuk remaja bersekitaran. Harga tanah untuk seluas itu hanya RM 109,000. Selain padang bola, kami juga bercadang menempatkan dua tiga buah rumah untuk penduduk miskin selain bangunan pra sekolah, jika sumbangan berlebihan.
Saya bukan ADUN Manek Urai tetapi Kijang Care adalah untuk semua. Jika anda sudi, sumbangkan dalam akaun yang tertera.
Akhir Disember ini, kami akan ke Padang membantu pelajar perubatan Kelantan yang turut terkesan dengan gempa lalu. Sumbangan Kerajaan Negeri sudah ada diamanahkan pada saya untuk membawanya. Rakyat Padang sendiri juga perlu dibantu.
Jika anda ingin ikut sama menjayakan, saya ucapkan terima kasih atas sumbangan anda sekali lagi. Caring and Sharing. Anda, saya dan yang memerlukan.
Wednesday, December 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam YB Datuk..
Kebetulan saya berada di Kuantan baru-baru ini dan kebetulan saya menginap di Hotel Seri Malaysia tempat yang sama diadakan seminar Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh YB Datuk sebagai jemputan. Kebetulan kereta saya yang berlambangkan Kerabat DiRaja berada betul-betul di luar dewan seminar. Memang hajat saya utk berjumpa YB Datuk tapi tak berkesempatan kerana ada urusan lain.
Resah bila saya melihat anak-anak muda Pahang masih leka dan tidak peka dengan keadaan yang berlaku pada masa ini. Peserta-peserta seminar Pakatan Rakyat dihadiri oleh warga yang berumur 40 tahun ke atas. Inilah yang berlaku bila BN mempengaruhi anak-anak muda dengan momokan hiburan yg pelbagai malah sosial tidak terbendung lagi. Semoga YB dapat teruskan bebaskan negara dari pemimpin yang rasuah
Slm...
saudra husam...
ambo nak cadangkan
1.kerajaan negeri mujudkan satu sistem pondok/pesantren moden yg hebat..ambo tgk astro bru ni..pesantren sna miliki prasarana hebat...buakan mcm di kelate..buruk sgt..
2. kenapa kelangsungan Pasti di tengahn-tengahnya tidak di adakan Sekolah Rendah Agama yg tujuan dan maudhuknya sama sepeti sekolah YIK...satu lompong yg nyata dan merugikan..jiwa2 muda jika di suntik Islam seawal mungkin...masyaAllah...
Muhamed Abdullah
KKTM Pasir Mas
0199040808
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
SERAPKAN PEKERJA KONTRAK DI JABATAN KERAJAAN SEBAGAI PEKERJA TETAP
adakah isu terbaru yg diwar-warkan oleh cuepacs di bawa ke Parlimen iaitu kemungkinan ramai penjawat yang tidak akan disambung kontrak @ tamat lebih awal kerana kekurangan peruntukan.
mohon supaya usul masalh pekerja kontrak dibawa ke parlimen, kerana ia berkepentingan dan melibatkan lebih 60,000. termasuk skim singkat..
mohon agar kontrak dibenarkan sehingga lima tahun dan apabila penilaian prestasi majikan menunjkkan prestasi melebihi 80%, layak untuk diserap ke jawatan tetap.
Post a Comment