Monday, December 28, 2009

Malaysia atau diri

Malaysia mungkin dikenakan sanction atas penjualan enjin pesawat secara gelap. Kesan kepada ekonomi dan negara kita secara keseluruhan tentu amat besar. Kenyataan Balasubraniam yang tersebar menerusi internet mengenai isu PM-Altantuya, amat menjejaskan dan belum nampak formula mengatasinya. Imej Kerajaan kita terjejas teruk. PKFZ dan lubang hitam terbesar yang ditinggalkannya tak mungkin dapat ditutup dalam tempoh dekat. Hampir tumbangnya kerajaan pimpinan Najib gara-gara MP BN tuang sidang Parlimen semasa undian, tentulah menggerikan penyokong BN.

Lebih menakutkan kekurangan solid vote untuk Najib itu memang direstui oleh MP BN itu sendiri kerana dah malas.
Di peringkat antarabangsa, kita nampaknya belum mencapai standing terhormat seperti dulu.

Kerajaan seakan nampak tidak solid. Isu BTN sahaja, pimpinan utama berbelah bagi. Enjin jet, seakan terbahagi dua antara ingin mendedahkan dan ingin mendiamkan.

PM mungkin mengikuti jejak Pak Lah. Lebih banyak berdiam dari memberikan respon segera. PM seakan terpisah dari realiti. Beliau lebih memberi fokus terhadap agenda yang hendak ditonjolkan yang dirangka oleh penasihat strategik beliau dan pasif terhadap isu sebenar yang berbangkit saban hari. Beliau articulative ketika membincangkan agenda utopia rangkaan kumpulan penasihat dan seakan membiarkan isu sebenar bergerak sendiri.

Dalam setengah hal, kita mengulangi keadaan seakan kerajaan dipandu secara auto pilot dalam urusan seharian kerana pimpinan sibuk menyiapkan gagasan utopia untuk dijadikan gula-gula. Banyak keadaan terkunci pada mode lama, termasuk SOP urusan diplomatik dan luar negara.

Belum dibincangkan susunan parti-parti komponen.

Keadaan nampaknya kritikal.

Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas.

Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak. Kemucut-kemucut sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.

Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.

PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.

Antara isu yang sukar ditepis oleh Dr. Mahathir ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu bail out syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini. Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisma Mahathir sekitar awal 1990an.

Abdullah Badawi sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau. Beliau berjaya membawa UMNO/BN menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau. Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik KJ, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat.

Anak dan menantu atau keluarganya, gagal mempertahankan beliau. KJ telah berkhidmat secara langsung dengan Pak Lah melalui jawatan di Tingkat Empat, yang tak lama kemudian ditentang hebat termasuk oleh ahli UMNO sendiri.

KJ kemudian memperolehi saham ECM Libra, yang menjadi isu hangat.

Sekalipun KJ melepaskan jawatannya di Tingkat Empat dan menjual sahamnya dalam ECM Libra, namun Pak Lah terus dikaitkan dengan KJ dan anaknya Kamaludin dalam banyak perkara.

KJ berada di belakang semua keputusan Pak Lah - dalam minda hampir semua orang.

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.

A'isyah memberi pendapat kepada suami baginda bahawa ayahandanya Abu Bakar seorang yang penghiba dan tidak perlu dilantik menggantikan Rasulullah sebagai imam solat yang dikira penting. Rasulullah s.a.w meneruskan hasrat baginda. A'isyah memberikan pandangan itu atas kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Salah seorang isteri Rasulullah memberikan idea Rasulullah mesti memulakan tahalullul sebagai penyelesaian terhadap keengganan sesetengah sahabat menerima terma perjanjian Hudaibiyyah dan idea ini diterima dan berjaya.

Namun, sampai kepada isu monetary gain, rule of law dan isu governance yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri.

Batas inilah yang perlu dipelihara ketika madsyarakat sedang tertunggukan kebangkitan yang solid tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan.






Sampai

17 comments:

Pakatan Rakyat Fan said...

salam, sya berharap Dato terus tabah, dan sya sebagai anak Selangor.. rasa kecewa juga dgn apa yg berlaku di Kelantan,, tapi ini semua kan dugaan dlm perjuangan...

Korupsi, nepotisme., kronisme yg kita ttg... Umno ada penyakit ini yg kronik sejak dulu.. jadi sya bersetuju dgn artikel Dato..

salam perjuangan.. Umno akan terus menyerang ikon yg dirasakan boleh mengancam mereka.. DSDAI, DS nizar dan Dato..

titisembun said...

assalamu'alaikum,

sudah terlalu sudah terlalu banyak jerangkung yg tersimpan dlm almari dan sudah terlalu banyak bangkai2 yg ingin disembunyikan lagi, maka baunya semakin kuat.
Jika Islam hanya dianuti tetapi tidak diamalkan kita bimbang musibah yg menimpa akan dirasai oleh semua rakyat. Inilah bala orang kaya....

Kedahlanie said...

PEDULI APA YG DOK GANGGU PERJALANAN ANTA..
JANGAN MENGUNDURKAN DIRI..TERUSKAN PERJUANGAN...

Anonymous said...

Salam saudara,

Saya menyokong pendapat saudara. Anak dan menantu telah menjadi liabiliti kepada Tok Guru dan Kerajaan Pas Kelatan.

Kita sayang Tok Guru yang dihormati oleh kebanyakkan ahli Pas, walau pun demikian kita lebih sayangkan perjuangan Pas yang dasarnya Islam.

Pada pendapat saya, Tok Guru dalam keadaan kritikal ini perlu menasihati dengan tegas anak-anaknya dan menantunya supaya menutup mulut dan tidak mengangapkan hanya bapa mereka sahaja yang mengangkat martabat perjuangan Pas.

Dan Tok Guru yang bukan maksum , saya dapati dalam beberapa isu menyerlahkan kecelaruan pemikiran yang mungkin disebabkan oleh tabiatnya yang cepat panas baran tapi cepat pula sejuk. Ulama besar seperti Ibu Taimiyyah pun dikenali sebagai seorang insan yang panas baran tetapi mudah pula menyejukkan hatinya.

Apapun pandapat saya tentang Tok Guru tak dapat menghapuskan kehebatannya sebagai pemimpin Islam. Imam Abul Maududi Rahimullah yang pernah mengkritik pemerintahan Khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman, pernah menulis kelemahan 'manusiawi' Saidina Uthman juga tidak dapat menutup sisi kehebatan Saidina Uthman r.a.

Saya harap , dalam keadaan ini, saudara Husam jangan meletakkan semua jawatan kerana ditakuti, puak musuh akan mengeksploitasi dan kita tidak tahu tahap 'damage' yang akan berlaku ke atas Pas.

Sekian pendapat saya yang tak sepertinya.

Anonymous said...

kelantan atau diri...title salah

Anonymous said...

Tahniah Dato'

Baru ambo faham akan nasihat Dato'. Sebelum ni dato' diam, di belakang tabir,

Sekarang Dato' mula pandai dok di depan teater bangsal wayang, setelah patong-patong wayang sudah gagal mengikut rentak Tok Dalang dan gendang serta serunai.

Dato' sudah tidak boleh mengugut Tok Guru lagi.

Cili Padi said...

Korban Konspirator!!

Spekulasi penamatan perkhidmatan 2 pegawai kanan Pejabat MB seperti dilaporkan Malaysia Insider mengundang 1001 persoalan.Nampak ‘kucah’ di sekitar TGNA semakin rumit.Tindakan drastik TGNA menangani isu terkini menunjukkan kemelut dalam kerajaan dan parti semakin memuncak.

Apakah keputusan menoktah perkhidmatan pegawai tersebut kerana kenaikan pangkat atau pertukaran biasa? Mungkin juga kerana agenda seseorang yang mengidam kerusi tersebut selama ini.

Kita sedia maklum bahawa ramai pemimpin parti berkemampuan untuk mengisi jawatan tersebut.Bukan seorang dua malah ratusan yang layak dipilih.Macam isu pengganti CEO PMBK, ribuan yang boleh dipilih.Soalnya adilkah tindakan TGNA terhadap penyandang jawatan? Apakah kerana salahlaku @ salahlapor?

Memang diakui kuasa mutlak TGNA melantik @ memecat sesiapapun.Kalau asyik guna kuasa veto dimana letaknya prinsip berjamaah? Di mana mandat Dewan Harian Parti.Apakah carta organisasi parti sekadar hiasan ? Praktikalnya jawatan tersebut lantikan politik tentunya perlukan pertimbangan politik untuk menanganinya.

Persoalan pegawai tersebut ‘proksi’ si anu tidak berbangkit.Realitinya penamatan kontrak seseorang secara drastik mengundang seribu persoalan.Rupanya tempoh perkhidmatan yang lama dan efektif tidak menjamin ‘survival’ di sisi TGNA. Hubungan yang rapat tanpa pertalian darah bukan pengecualian dari ketegasan luarbiasa TGNA.

Rakyat semakin hairan dengan tindak tanduk TGNA.Indeks KeTEGASan TGNA melonjak 120 % bila berhadapan dengan kes biasa.Namun bila terpalit dengan isu keluarga TGNA bersikap layu dan mula menyalahkan ‘third party’.

Bila berdepan kemelut ‘menantu’ di PMBK,tindakan TGNA mula goyah dan tidak konsisten.Akhirnya jadilah ‘rambut putus2 dalam tepung basi’.Bukan lagi teori ‘tarik rambut dalam tepung’.

Tindakan drastik menggantikan kedua2 pegawai sekaligus mengundang tandatanya??? Ianya tentu mengundang fitnah yang tidak berkesudahan.Bijakkah TGNA jika ‘perisai’ fitnah selama ini ditolak ketepi?

Sungguh pelik tindakan TGNA.Arahan ini perlu diteliti dengan cermat jika ianya lahir dari pemikiran TGNA.Agak sukat diterima TGNA bersendirian membuat keputusan yang agak besar tanpa dipengaruhi sesiapa.’Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin’.

Penghujung karier TGNA nampak semakin tidak konsisten dalam membuat keputusan parti dan kerajaan.Banyak persetujuan mesyuarat di pejabat berubah 360’ keesokan harinya.’Stand’ TGNA makin dipertikai terutama bila keputusan bersama diketepikan tanpa sebab.

Semacam ada tangan2 ghaib pengaruhi TGNA kebelakangan ini.Tindakan ini makin selari dengan ‘PENASIHAT SESAT’ seperti olahan blog calon Ketua Pemuda yang tewas.Jangan pula ia bermula dari ’MEJA BULAT’ seperti blog isteri bekas CEO sebuah GLC.Amat malang kalau khilaf TGNA dapat dihidu rakyat terbanyak yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Kebijaksanaan TGNA disanjung selama ini oleh seluruh rakyat Malaysia.Kami tidak rela ‘bisa’ TGNA semakin hilang kerana dua tiga kerat manusia terdesak.Bahana dendam tanpa disedari seperti api dalam sekam.

Kemana perginya saf kepimpinan parti? Pemuda? Muslimat ? Dewan Ulama? Apa tindakan BBC dalam isu ini? Patutnya BBC perlu ke depan membela pintu kota yang memagari 19 tahun pemerintahan TGNA dan PAS Kelantan.Jangan dibiarkan benteng kekuatan TGNA dirempuh oleh agenda parti lawan yang menyusup dari dalam.

Semoga amalan TGNA beristikharah dahulu sebelum membuat keputusan sentiasa diamalkan .Kami yakin tindakan yang dimulai dengan Bismillah sentiasa diberkatiNya dan dijauhkan dari angkara manusia pendendam.

Hingga saat ini saya masih percaya bahawa spekulasi penamatan ini hanya teori spekulator yang tidak akan berlaku.Jutaan maaf dari TGNA andai bicara saya ini melukakan insan yang disanjungi selama ini.

Sekian.cilipadi007.blogspot.com

Anonymous said...

Assamu'alaikum Dato',
Saya amat mengkagumi kebolehan anda yang dianugerahi Allah...
Saya mohon agar Dato' terus mara ke medan perjuangan, menyatakan pendekatan dakwah-politik yang sepatutnya dilakukan oleh PAS. Saya turut terkedu melihat segelintir ulama yang enggan melihat realiti dan mengambil iktibar bagaimana jatuhnya empayar Osmaniah...
Semoga Dato' sabar dan bersiap sedia dengan strategi2 dakwah yang lebih relevan dan futuristik.

Northerner1

Bajukumbang said...

i have waited so long for your comment. i agree with u. recruiting family member into a big position is not only legally false, but also morally. but the fanatic and taksub won't hear anything if the comment goes againts them.

http://bajukumbang.blogspot.com/

Anonymous said...

saya amat bersetuju dgn dato' husam

Anonymous said...

Aik.... Macam pukul bini sindir mertua ni...?

Apapun, saya amat setuju dengan tulisan YB Dato' ni. Sambil itu..., pada masa yang sama, kita dalam parti / kerajaan pun harus muhasabah diri...

Tulisan YB Dato' ini diharap dapat mencelikkan mata beberapa pemimpin PAS kita di Kelantan.

Seperti YB Dato' pun sedia maklum, Allah menguji kita dengan pelbagai cara.... dengan ada kuasa, dengan tiada kuasa. Semuga kita tidak 'gelap mata' dengan kuasa yang Allah pinjamkan sedikit ini. Amin..

Unknown said...

JIKA PERKARA YANG SAMA BERLAKU (AKAN BERLAKU) KEPADA PAS KELANTAN, MAKA BERAKHIRLAH PEMERENTAHAN PAS KELANTAN DI PRU 13. JIKA TOK GURU MENGUTAMAKAN KELUARGA, MAKA ITULAH YANG AKAN BERLAKU

Unknown said...

tamat lah sudah pemerentahan pas kelantan jika keadaan yang disebutkan dato menjadi kenyataan, ataupun sudah menjadi kenyataan ? asingkanlah pengaruh keluarga dalam pemerentahan negeri, pls tok guru, while we still respect you

Ano Nyme said...

Ramai yang mentafsirkan tulisan ini bahawa YB Husam menujukannya pada Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Sedangkan segala fakta-fakta yang disebutkan adalah fakta umum yang boleh terkena kepada mana-mana pemimpin.

Syabas YB, yang benar tetap benar tak kira "timingnya" kena atau tak kena.

Anonymous said...

Dato kena nasihat YB Ketua pemuda PAS kelantan tu.Bakpo pilih sepupu dia.Punoh jahanam habis doh Guchil tu.....weh .Biar kbar jangan dok nampak umno saja ....Dato ambo tolong beringat saja.....

Anonymous said...

tahniah datuk kerana berani memeberikan pendapat.tapi cetusan hati ni untuk siapa ?kenapa lebih sangat pada orang umno.ini semua cerita lama orang dah tahu.

Anonymous said...

Tun Mahathir juga yg bijak berpolitik...family x dibenar ceburi politik..bila tun letak jawatan bru la anaknya aktif politik....skrg terasa kebijaksanaanya...x gitu dato'?