Sunday, December 20, 2009

Mustafa Anti Kelantan?

Datuk Mustafa Muhammad seakan bukan anak Kelantan. Sejak hari pertama tuntutan minyak berbangkit, jalur yang diambil oleh beliau ialah cuba menidakkannya.

Belum pun jelas duduk perkara, beliau antara yang pertama membuat kenyataan: di peraiaran Kelantan, petroleum tidak ada. Tak lama, beralih kepada bertindeh dengan orang lain. Kemudian, hanya layak wang ehsan. Sekarang, seperti dilaporkan oleh Utusan Online petang ini, tidak mudah untuk Petronas nak kira jumlah bahagian Kelantan.

Sebagai Menteri Pusat anak Kelantan, dengan maklumat lebih terbuka sebagai Menteri, beliau sepatutnya yang pertama bersuara Kelantan terhak kepada apa jua nama bayaran bagi pengeluaran petroleum di perairan negeri ini. Itu tidak terjadi.

Mungkin hasrat hatinya kekayaan bumi Kelantan biar tertutup begitu sahaja. Terlalu terang hasrat hatinya untuk menyukarkan keadaan, bukan memudahkannya.

Hari ini beliau bercakap lagi mengenai Kelantan hanya layak untuk wang ehsan. Kelantan juga kata beliau, tidak layak untuk pengeuaran di kawasan JDA. Penggunaan wang ehsan nanti pula seratus peratus budi bicara Kerajaan Pusat.

Tengku Razaleigh yang juga ahli UMNO dan datang dari Kelantan, berbeza sekali sikapnya dengan Mustafa. Sama parti sama negeri, kenapa ada dua pandangan berbeza?

Pandangan siapa lebih betul? Datuk Mustafa yang kini menguruskan AP yang boleh membawa kekayaan segera kepada sesiapa yang mendapatnya atau Ku Li yang turut menjadi arkitek pembangunan petroleum pertama negara kita?

Mengapa tidak Datuk Mustafa memanggil sidang Badan Perhubungan UMNO Kelantan untuk menetapkan pendirian bersama UMNO Kelantan? Jemput bersama Ku Li sebagai Ketua UMNO Gua Musang untuk memberikan pandangannya.

Kenapa tidak diambil pendekatan pro rakyat Kelantan dan bukan pro penindasan dan buli yang telah menjadi trade mark UMNO sekian lama?

Ini abad 21. Abad maklumat dan abad pemikiran kritikal.

Datuk Mustafa masih dengan sikap lama yang tidak produktif.

Tanya dulu berapa medan gas atau minyak yang wujud di perairan Kelantan.

Jika PM menyebut Kelantan akan mendapat wang ehsan dari medan Bumi Selatan di Parlimen baru-baru ini, Bumi Selatan merujuk kepada konsesi CS Mutiara meliputi;

Bunga Kamelia dijumpai pada November 2003
Bunga Zetung dijumpai pada Julai 2004
Bunga Angerik dijumpai pada November 2004
Bumi Selatan dijumpai pada Februari 2005
Bunga Kesumba dijumpai pada Februari 2005

Ia bukan secupak dua cupak. Berapa reservenya, biarlah Menteri seperti Datuk Mustafa mengumumkannya tetapi jangan pula ingat orang lain tak tahu.

Di kiri dan kanan konsensi CS Mutiara ini ada pula medan seperti Bergading, Ular, Gajah, Bunga Dahlia, Bunga Melati dan Damar.

Reserve Bergading sahaja rasanya melebihi 120 juta tong. Damar pula hanya 68 batu dari pantai Negeri Datuk Mustafa.

Sebagai Menteri Pusat tak terasakah di hati Datuk Mustafa bagi berusaha mendaratkan gas dan condesate ini ke negeri sendiri?

Dengan satu pipe line utama, medan-medan ini boleh dihubungkan dengan pipe line cabang dan dengan jarak yang begitu hampir, ia boleh didaratkan di Kelantan sendiri. Jika itu berlaku, satu katalis besar untuk ekonomi Kelantan.

Jika dikatakan bertindeh menghilangkan kelayakan royalti, mengapa untuk kawasan CAA yang bertindeh antara Vietnam dan Terengganu, Terengganu dibayar royalti?

JIka selama ini Terengganu layak, kenapa Kelantan yang turut bertindeh dengan Vietnam di bahagian utara CAA tidak berhak menerimanya? Sekurang-kurang bagi Medan Bunga Pakma dan Bunga Orkid, Kerajaan Pusat terhutang kepada Kelantan beratus juta. Difahamkan Kerajaan Pusat telah menerima USD 700 juta dari kawasan ini selama ini.

Begitu juga dengan kawasan JDA. Ia berada dalam perairan Kelantan dan Akta JDA 1990 langsung tidak menidakkan kawasan itu berada dalam perairan Kelantan lama sebelum Kelantan menyertai Malaysia. Tidak juga Akta itu menjadikan kawasan ini wilayah eksklusif yang terkeluar dari kedaulatan negara kita. JDA hanya satu corporation yang diberi kuasa untuk mengolah pengeluaran petroleum secara bersama dengan Thailand dan bertanggunjawab membayar royalti seperti tercatat dalam Akta itu.

Hanya niat buruk untuk mempastikan Kelantan terus miskin sahaja alasan sebenar penafian ini. Difahamkan, bagi kawasan JDA, MTJDA telah menghulurkan USD 200 juta sebagai royalti kepada Kerajan Pusat. Untuk tahun 2010, ia meningkat kepada RM 800 juta. Mana bahagian Kelantan?

Bagi medan Bintang yang bertindeh antara Kelantan dan Terengganu, sudah tentu Kelantan juga layak terhadap sebahagian royaltinya. Difahamkan Petronas telah membayar RM 10 billion sebagai royalti kepada Kerajaan Persekutuan bagi medan ini. Jika Kelantan dibayar tunggakan satu pertiga sahaja dari medan Bintang, ia sudah berjumlah RM 3.3 billion!

Tiba masanya untuk Kerajaan Pusat lebih telus dan lebih bersemangat kekeluargaan. Selain adil, saksama dan bersetia dengan perjanjian.

Bukan sahaja Allah tidak sukakan perjanjian diengkari, tetapi juga makhluk yang bermaruah tidak dapat menerimanya.

Mengapa tidak Datuk Mustafa menjadi hero rakyat Kelantan dengan memulakan perbincangan dan perundingan dengan Kerajaan Negeri?

Kemudian, memberikan hak kepada yang berhak, apa lagi untuk negeri tumpah darah beliau juga.

13 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

semoga rakyat kelantan dipermudahkan utk mendapatkan hak mereka..amin (^_^)

Nordin said...

Mustapha ni anak to guru.Tapi kadang kala ilmu bapak tidak turun ke anak. Oleh itu tidak mustahil,bapa wali anak jadi hantu.Agaknya mungkin puncanya menjadikan umno sebagai tuhan kedua.

Cili Padi said...

Salam Dato'

Susah betul kalau urusan dengan orang ekonomi,semua benda dia komen ikut warna.

Asal hijau semua idea salah,biru je betul.Tok Pa bukan pikir rakyat kelate,politik biru yg dia nak jaga.kononnya nak ubah prospek BN untuk capai macam PRU11

Tok Pa tak kisah hal ekonomi rakyat kelate,pasal poket dia dan penuh "jeluak".Lo ni dok jaga MITI,banyak ruang cari duit kes AP.Tok Pa nak jaga rakyat?

Buat Dato Pa,

Siapkan dulu kampus UMK,Jmbatan Sultan Yahya 2,flyover ke airport dll projek RMK8.Takyah nak komen hal minyak,tunggu dan lihat saja.

Silap hb kalau dapat duit ehsan,sah Tok Pa orang mula2 ucap tk kpd PM,pastu dia akan agihkan duit untuk kroni2 melalui JPP.Mcm Aziz dan Sudin dlm epik "Bujang Lapok"...tak caya tunggu....

Anonymous said...

saya cukup jelas dengan penjelasan yang diberikan,kadang kala terfikir jugak kenapa tok pa dan awang adek yang beriya-iya benar menidakkan hak kelantan...sepatutnya sebagai anak negeri ini, mereka harus sama-sama berjuang atau kalau tidak pun berdiam diri itu lebih baik. Dalam hal ini tidak adakah akhta yang membolehkan seseorang seperti ini dibuang sebagai anak negeri. Saya sendiri sebenarnya bukanlah ahli pas dan bukan juga ahli umno...tetapi saya hanya melihat kepada fakta. Dan fakta yang dikemukakan oleh tuan, cukup meyakinkan. Benda seperti inilah yang kita mahu...sebelum nak mengulas kena telilti fakta bukan hanya ulasan tanpa fakta. Tahniah tuan

gee said...

Datuk Husam,
apa kata kita ambil signature sejuta or more orang kelantan yang mahu royalti dari pusat..and kasi sama pusat or buat press conference..ajak pemangku raja sekali..then tgk apa bn cakap..kalo dia tolak gak memang kalah pilihanraya lagi sekali lah dia..

simpangtiga said...

Penafian Mustafa Mohammad dalam isu ini bukan perkara luar biasa. Kerana terikat dengan 'semangat' parti Dato Pa sanggup mengatakan apa shj bagi melunakkan hati PM memilihnya sbg calon pilihanraya yg akan dtg. Calon MB Kelantan juga masih terbuka bagi UMNO di sana. Untuk itu, kepentingan diri dan parti lebih mustahak bagi beliau dari segala-galanya. Membantu berkempen bagi mendapatkan royalti minyak di Kelantan akan dilihat membantu Kerajaan Negeri. Lebih menakutkan, dianggap membantu dan memihak kepada PAS.

Inilah masalah dalam politik Malaysia. Terutama bagi pemimpinan UMNO dan BN. Kuasa mengatasi segala-galanya. Semangat parti diletakkan sbg kiblat panduan mereka berpolitik. Datang lah apa isu, andai kata tidak memihak kepada UMNO mereka takkan menyokongnya. Baik untuk Islam atau Melayu. Ini lah UMNO Dato. Semangat assabiyyah mereka terlalu tebal. Mereka juga kurang arif dalam semangat Perlembagaan. Kuasa Kerajaan Pusat dan Negeri juga ditolak mentah-mentah. Padahal Dato Pa berhak menyokong tuntutan royalti minyak di Kelantan berdasarkam 'semangat Federalisme' bukan kepartisan.

Saya memahami isu ini. Bukan kerana semangat parti!

rakyatbiasa said...

Saya pernah melihat di dalam you tube di parlimen apabila najib menjawab isu minnyak kelantan adalah hak kerajaan pusat jadi terserah lah kepada kerajaan pusat untuk mengagihkannya sama ada secara wang ehsan atau royalti. Wahh begitu angkuh sekali jawapan seorang yang bergelar PM.bagi orang kebiasaan macam saya merasakan hak minyak adalah hak bersama rakyat bukan hak kerajaan PUSAT. Kerajaan Pusat bekerja untuk rakyat. Dan setiap perbelanjaan kerajaan pusat adalah wang rakyat hak rakyat. Kembali KA lah HAK RAKYAT MALASIA

Abuzar said...

YB,
Teruskan perjuangan menuntut hak rakyat Kelantan. Tindakan penafian hak rakyat Kelantan seperti tindakan penjajah menindas rakyat Malaya dulu. Perjuangan ini sebagaimana rakyat Malaya dulu berjuang menuntut hak bangsa dan kemerdekaan negara dari penjajahan British.

Anonymous said...

Tok Stopa tu meme nok tengok rakyat Kelate susoh supayo dio buleh guno isu tu utk belasah PAS"Bawah PAS mano ado pembangunan"....pooodah lah..nyampoh aku tgk muko Tok Stopa tu...

mergie said...

Terima kasih di atas keterangan yg cukup elas sekali.Apa pn tahniah kpd Dato Husam krn terus berusaha mendapatkan royalti utk Kelantan.Teruskan berjuang bersama PAS...

Anonymous said...

kenapa sejak kemelut yang melanda negeri kita, YB Husam berdiam diri. xde komen dan maklum balas. saya amat bersetuju jika ada pihak PNBK yang menjawab segala tuduhan Kickdefela dalam blognya supaya rakyat jelas akan kedudukan sebenar. diharap kita akan mendapat jalan petunjuk dari Rabbul Jalil. adios

anak gemang said...

Jangan mimpi lah Kalu nak harap Tok Pa tolong anak kelantan. anak Jeli yang mengundi dia memang banyak penggalpun tak di tolongnya pun. Kalu jadi menteri pun tak tolong anak kelantan dan jeli, apa kita nak harap dari MP lain. Kita perlu hapuskan penguasaan anak bachok dalam kabinet pust. Lagi baik kalau pakatan ambil kerajaan pusat. Tentunya royalti terus akan dapat. Biarlah Tok Pa dok di rumah persaraannya di Darul Falah dan melihat kasil royalti perjuangan kerajaan pakatan nanti.

anak gemang said...

Tok Pa lebih banyak khianat anak Kelantan terutamanya pengundinya di Jeli. Kalau pengundinya sendiri pun dia khianat, apatah lagi rakyat kelantan lain yang tidak mengundinya. Tok Pa dan gengnya sudah lama melaksanakan Cah Keting. Anak Jeli yang berpotensi akan dihalang balik kelantan. Ramai anak kelantan yang memang bisa di luar kelantan bersedia membangunkan kelantan, tapi orang macam ni lah Tok Pa akan sekat. Dia suruh buat kerja untuk dia dan dia akan biarkan saja orang tu dalam kesusahan. Kami anak Jeli tidak akan memberi laluan lagi kepada Tok Pa dalam PRU nanti. Tak perlu lah lagi kita menjadikan Tok Pa pemimpin kita kerana dia bukannya mempimpin kita tapi lebih banyak mengutamakan pengampunya dan orang keliling dia saja. Lihat saja kalau dia balik ke Jeli, siapa yang mengelilingi dia. Malah rakyat langsung tak dapat bersua denganya. Kalau jumpa pun, dia kata dia amat sibuk. Allah dah buat 24 jam sehari sempurna untuk manusia. Sebenarnya dia yang menyibuk tak bertempat dan sering mengelak berjumpa rakyat jeli yang benar-benar terdesak. Kalau PKR dikatakan dikuasai AAA - anwar, azizah dan azmin, UMNO kelantan apa kurangnya dengan MAA bersepupu - mustapa, awang adek, anuar musa . Orang daerah lain tak layak atau bodoh sangat ke. Tengku Razaleigh bekas bos dia dulu tak bijak ke? Kali ini kami anak Jeli akan mempastikan hanya anak jati Jeli sahaja dipilih tak kira dari parti mana. Selamat Jalan Tok Pa. Carilah parlimen lain pulak ye. Cukuplah anda mengkhianati kami sekeluarga dan orang kampung kami.

Gemang Baru.