Tindakan seperti ini memburukkan lagi keadaan. Melukai perasaan. Menambahkan kebencian. Meningkatkan kecurigaan terhadap tahap profesional polis. Peka terhadap perasaan public juga sebahagian dari tahap profesional tahap tinggi.
Beberapa peguam muda PAS seperti Setiusaha Pemuda PAS Pusat, Peguam Sabki, Peguam Zul dan lain-lain Alhamdulillah kini berada dio balai untuk membantu mereka yang ditahan. Isu kematian di dalam lokap secara kejam bukan isu satu-satu kaum tertentu. Ia isu semua kita rakyat Malaysia.
Kerana itu, saya berterima kasih kepada rakan saya seperti YB Salahuddin Ayub, YB Dr. Hatta dan lain-lain yang telah berkesempatan hadhir di Hospital Universiti tengah hari tadi sebelum mayat Kugan di bawa ke tanah perkuburan.
Apa nak disalahkan kepada rakyat yang marak dengan kemarahan kalau puncanya datang dari kekejaman kita sendiri?
No comments:
Post a Comment