Monday, January 26, 2009

Kematian Kugan: Suruhanjaya Diraja Untuk Polis Diraja












Membunuh satu jiwa, sama seperti membunuh manusia seluruhnya. Begitu Al Qur'an menanam rasa kemanusian.

Baik satu jiwa kanak-kanak yang dibunuh tentera Israel, mau pun Kugan, rakyat kita yang mati dalam tahanan polis. Pembunuhan ini tidak boleh dibiarkan tanpa penghukuman.

Kami berpeluang menziarahi keluarga Kugan di Kinrara, Kuala Lumpur dan mendengar sendiri luahan kesedihan keluarga beliau mengenai misteri yang menyelubungi kematian itu. Seluruh badan Kgan cedera parah. Dikatakan Kugan tidak diberi makan dan minum selama tujuh hari, sepanjang dalam tahanan untuk siasatan. Mulutnya berbuih, selain berdarah. Luka berat di seluruh badan. Seakan Kugan dipukul samseng ganas dan bukan dari tahanan polis.

Apa kesalahan Kugan masih belum jelas. Prinsip 'tak bersalah sehingga dibuktikan bersalah' nampaknya tak dihormati. Media menggunakan tag line 'pencuri kereta mewah', untuk memberikan imej negatif kepada Kugan. Kata-kata seperti itu menambahkan lagi luka dan kepiluan kepada keluarga Kugan dan masyarkat India juga.

Jawapan di Dewan Rakyat pada tahun lepas, seramai 1,535 orang mati semasa dalam tahanan polis, hanya dalam tempoh 4 tahun iaitu 2003 hingga 2007. Adakah ini tidak menakutkan? Angkanya tak jauh dengan kematian ummat Palestin akibat serangan Israel!

Jika pelbagai pihak menuntut penubuhan sebuah Suruhajya Siasatan Diraja, ia lebih dari wajar.

Jika Najib berjanji BN akan lebih berjiwa rakyat selepas BN tewas di Kuala Terengganu, kenapa teragak-agak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Kugan dan 1,535 orang yang lain dalam tahanan?

Besok, Rabu, mayat Kugan akan disemadikan. Diharap rakan pimpinan dan petugas PAS dapat sama mengiringi jenazah beliau.

Jika polis sukar mengesan pembunuh adik Shireen, pembunuh Kugan ada sekitar lokap polis dan sukar untuk dikesan.

Al Qur'an menyentuh jiwa kemanusian manusia yang telah melakukan pembunuhan dan juga manusia lain yang perlu bertindak menyekat perbuatan seperti itu dengan pertanyaan abadi dunia sampai padang Mahsyar: "Atas dosa apakah ia dibunuh" "For what sin they had been killed?" - Al Qur'an, Surah At Takwir: Ayat 9.

(Foto diambil di rumah keluarga Kugan. Hadhir sama, Dato Sri Anwar, MB Selangor, YB Dr Mariah, YB Wee Choo Keong dan lain-lain - 26 Jan 2009)

9 comments:

Hanief said...

Bagus pos kali ini. Tak sangka ada lawatan dari pimpinan Pakatan Rakyat. Dalam TV satu hapah pun tak lapor. Teruk punya media arus perdana!

makkal tilagam said...

MIC,MCA,GERAKAN,DAP,PAS and PKR has been showing thier sympaty towards Kuhan's family,but UMNO wht have u done? U only threating those ppl went and helped them.Good UMNO keep it up.To my indian brothers and sisters pls in next GE we all must throw our fullest support to Pakatan Rakyat.Well done Pakatan.Cheers for u.

Anonymous said...

PDRM is above the LAW. Semua rakyat faham akan hakikat ini. BN/UMNO gunakan PDRM untuk tujuan politik. PDRM had been doing the dirty job for them. Kalau nak reform PDRM, tumbangkan BN. Itulah satu-satu jalan yang ada.

Haji A. Ali, HS said...

Polis Malaysia macam binatang, sengaja membangkitkan kemarahan rakyat berbilang kaum di negara kita ini. Sampai macam itu sekali, soal siasat yang di jalankan ?
Macam binatang di perlakukan penjenayah terbabit, KUASA MENGHUKUM bukan di tangan POLIS tetapi di tangan HAKIM, ingat itu....wahai semua polis malaysia.
Di mana perasaan kemanusian polis negara ini..?

Haji A. Ali, HS said...

Teruskan usaha murni PAS dan Angkatan Mudanya...

Saya akan senantiasa menyokong anda semua...

semoga ALLAH merahmati PR !!!

Anonymous said...

Rakyat Malaysia keturuan India akan terus menyokong BARISAN PAKATAN RAKYAT, pada PRU ke 13.
YB Dato Seri Anwar, Harap Dato akan menyelamatkan Malaysia.

Unknown said...

1500? apa dah jadi dgn polis malaysia ni datok?

malunya kalau yg melakukan itu insan yang beragama Islam.

Anonymous said...

so sad, police diraja is as rotten as umno, who can stop this, please

Anonymous said...

hi datuk

terima kasih di atas keperihatinan datuk terhadap kugen.Saya berharap kes ini jangan dilihat sebagai perkauman ini kerana terdapat banyak tahanan melayu,cina dan india yg mati di dalam lokap.Saya juga berharap doktor yg bersubahat juga dihukum kerana setiap kali tahanan mati mereka juga mengesahkan tahanan mati disebabkan
paru2 berair.

terima kasih datuk