Friday, September 12, 2008

Lumba Lari Politik Malaysia

Lumba Lari Politik Malaysia
(Apa-apa berkenaan dengan PAS - hanya sekadar hipotesis)


Politik Malaysia dalam perlumbaan - menjatuhkan Abdullah atau menyambung hayatnya.

Abdullah menghadapi dua serangan serentak : dalam UMNO dan di luar.

Anwar menetapkan September atau mana-mana tarikh terdekat untuk bukan sahaja Abdullah dijatuhkan tetapi juga seluruh kerajaannya bertukar. Lagi dekat Anwar menghampiri matlamat ini, lagi pantas dua kumpulan lain berlari menuju garis penamat. Satu, kumpulan dalam UMNO yang melihat jika sesuatu tidak dilakukan, Anwar besar kemungkinan menjadi orang paling awal mencapai garis penamat. Abdullah tewas, Anwar berjaya.

Untuk mengelakkan kerajaan BN tumbang, Abdullah mesti diturunkan secepat mungkin. Muhyidin, hari ini, (10 September) sudah pun membuat kenyataan di Singapura, bahawa Abdullah perlu berundur lebih awal dari yang ditetapkan, Jun 2010.

Hari yang sama, Mustapa Ali, membuat kenyataan di Terengganu, menolak kemungkinan Anwar akan berjaya, dalam apa yang dilihat sebagai langkah awal ke arah melumpuhkan gerakan menurunkan Abdullah.

Selain September, Oktober dan Disember adalah garis-garis penamat untuk lumba lari dalam politik negara kita. Oktober adalah bulan mesyuarat Agung UMNO akan diadakan di mana pencalonan jawatan tertinggi UMNO akan berlangsung. Disember adalah mesyuarat Agung Pemilihan UMNO.

Tengku Razaleigh sudah mengumumkan beliau bersedia menentang Abdullah untuk jawatan Presiden UMNO. Halangan utama beliau ialah sistem kuota yang ditetapkan sejak zaman Mahathir lagi, yang memberi kelebihan kepada pemegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada.

Kiranya bola yang disepak oleh Muhyidin hari ini bergolek kencang, Abdullah paling lewat akan berundur Disember ini. Mahathir yang secara sukarela keluar dari UMNO atas protes ke atas Abdullah, kini dipelawa oleh Muhyidin untuk memasuki semula UMNO.

Masuknya Mahathir untuk apa? Menjatuhkan Abdullah dari dalam dengan membantu Ku Li untuk menentang Abdullah. Lazimnya MT UMNOlah yang akan memutuskan permohonan memasuki UMNO. Jika Abdullah tahu bahawa Mahathir masuk untuk menjatuhkan beliau, beliau sepatutnya menyekat kemasukan itu. Namun, jika ia tetap diteruskan, bermakna Abdullah sudah tidak dapat menguasai MT UMNO lagi dan ini petanda awal Abdullah sedang menggelunsur turun, tidak lebih dari Disember. Sungguhpun Abdullah dan Najib sudah pun memeterai persetujuan bahawa pelan pengunduran Abdullah adalah Jun 2010, pelan itu nampaknya sudah mula tercabar.

Pelan tersebut berjaya mematikan langkah Najib sebagai potensi pencabar terdekat Abdullah. Tapi kini, pemain baru muncul iaitu Muhyidin. Sekalipun tidak jelas apa pos yang beliau sendiri akan tandingi, namun kenyataan se orang Naib Presiden kanan supaya Abdullah berundur lebih awal, akan mengubah corak permainan. Ia tidak mudah dilupuskan begitu saja.

Keputusan Permatang Pauh dan kontraversi Ahmad Ismail adalah perkembangan baru yang mewajarkan penilain semula dibuat ke atas pelan peralihan kuasa 2010. Anutan umum dalam dan luar UMNO adalah bahawa kunci UMNO untuk kekal relevan dalam menerajui kerajaan ialah Abdullah digantikan dengan segera. Daya kepimpinannya amatlah lemah dan beliau gagal meningkatkan keupayaannya mengendalikan negara sekalipun selepas tamparan hebat Mac 2008. Bahkan perkembangan sejurus selepas pilihanraya memperlihatkan dengan lebih jelas ketidakupayaan beliau.

Kemaraan Khairy dengan gaya rambonya, terakhir, di Permatang Pauh, sekali lagi mengingatkan masyarakat Malaysia penguasaan politik tiga beranak ala Abdullah yang tidak disenangi oleh segenap lapisan masyarakat. Langkah membuta tuli menaikkan harga minyak sebegitu besar telah meninggalkan kesan yang parah dalam dada rakyat.

Adakah Abdullah kecundang? Tidak semestinya. Jika UMNO bahagian kekal paralais, isyarat yang dihantar oleh Muhyidin tidak akan bersambut. Penguasaan mekanisma kuasa melalui sistem kuota mungkin mengekalkan Abdullah dipuncak kuasa sekalipun beliau nyata amat lemah dan tidak lagi popular.

Apa kesannya? Tekanan untuk mengubah UMNO melalui mekanisma di luar UMNO akan lebih rancak dan kuat selepas Disember.

Muhyidin, dan juga Ku Li, sudah tentu akan bekerja kuat untuk mendapatkan cukup pencalonan. Itu pun tujuan Muhyidin membuat jolokan terbaru ini. Untuk membangkitkan kesedaran UMNO Bahagian-bahagian. Memang Muhyidin telah mendapat imej pemimpin yang serious untuk melakukan pemulihan UMNO. Ku Li muncul sebagai pilihan selepas Najib tidak lagi dapat bergerak. Najib kini seumpama jin yang perkasa tetapi telah dibotolkan oleh pawang. Jika mereka berjaya mendapat pencalonan lebih besar, Oktober/November sudah pun cukup untuk garis penamat Abdullah boleh ditumbangkan atau tidak diketahui.

Jika Ku Li dan Muhyidin bakal menggantikan Abdullah dan Najib serentak, senario politik selanjutnya memerlukan perhitungan baru.

Jika keduanya gagal, adakah Abdullah akan membiarkan Muhyidin begitu saja?

Muhyidin mempunyai satu lagi pilihan - bersama Anwar selepas Disember.

Jika itu berlaku, potensi untuk menumbangkan kerajaan Abdullah selepas Disember masih terbuka, jika ia gagal dilakukan sebelum itu.

Di sinilah PAS diperlukan oleh Abdullah. Menyambung hayat politik beliau.

Samada PAS bersetuju atau tidak menjadi terompah kayu Abdullah, belum berbangkit. Dalam perbincangan ini, ia adalah hipotesis semata-mata.

Bilakah tarikh Abdullah lebih seronok untuk PAS menyatakan kesediaannya untuk bersama Abdullah? Tentulah sebelum Oktober. Jika PAS sanggup berbuat demikian sebelum Oktober, UMNO bahagian-bahagian mungkin menganggap itu satu kesempatan baru. Mereka mungkin mencalonkan semula Abdullah dan cadangan Muhyidin akan menikam beliau sendiri selepas ini. Abdullah kekal dipuncak walaupun lembik. Najib juga, dengan segala masalah yang menghantuinya. Tapi mungkin untuk sementara. Jika Najib akhirnya akan gugur, siapakah Naib Presiden yang nanti terpilih dalam pemilihan dan kemudiannya bergerak menggantikan Najib? Biarlah masa menjawabnya tetapi tentunya bukan Muhyidin.

Relakah PAS berketuakan seorang pemimpin lemah seperti Abdullah? Pemimpin PAS lah yang perlu menjawabnya.

Jika ini berlaku, Abdullah berjaya mencapai dua matlamat sekali gus. Mengukuhkan semula kedudukannya dalam UMNO dan Kerajaan dan menumpaskan pelan Anwar. Sekali imbas, itulah natijah positifnya.

Adakah PAS bersedia berbuat demikian? Katakan PAS bersedia. PAS menyertai kerajaan Abdullah sebelum Oktober. Ia adalah satu lumba lari, telah kita sebutkan tadi. Date linenya berkisar September dan Oktober. Satu dari cara untuk memudahkan PAS menerima cadangan bersama Abdullah,ialah ISA.

Dalam konteks ini, kenyataan pemimpin tertentu tadi perlu diperhitungkan.

Namun, siapakah yang boleh menjamin dinamisma politik Malaysia terhenti setakat itu?

Adakah Muhyidin dan Ku Li yang kita andaikan tewas itu akan berdiam diri selepas pelan perubahan menerusi UMNO ternyata tertutup? Jika mereka bergabung dengan Anwar selepas Disember, bagaimana kedudukan kerajaan Abdullah-PAS?

Adakah semua ahli Parlimen PAS akan menyertai kerajaan Abdullah-PAS atau setengahnya kekal dengan gagasan Pakatan Rakyat? Berapa yang kekal dan berapa yang beralih? Perlu diingat bahawa Muktamar PAS yang terkini meluluskan usul sebulat suara untuk memperkasakan Pakatan Rakyat. Majlis Syura PAS, seperti disebut oleh anggotanya, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dalam temuramah bersama Harakah, tidak mengizinkan kerajaan campuran bersama UMNO.

Jika yang kekal dengan Pakatan Rakyat adalah separuh, tidakkah nanti kumpulan UMNO yang akan bergabung dengan Anwar boleh mencukupi apa yang hilang? Adakah Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang kini bersetuju bersama Anwar akan lebih ghairah bersama Anwar dengan adanya PAS dalam BN? Adakah desas desus bahawa MCA juga secara senyap-senyap memperhitungkan untuk keluar dari BN dan akan menyebabkan Kerajaan Abdullah-PAS tidak dapat bertahan lama?

Jika peluang Muhyidin untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri ada bersama Anwar dan tidak melalui UMNO, apa yang menghalang Muhyidin bersama orangnya untuk menyertai Anwar?

Jika Anwar sudah mempunyai 30 Ahli Parlimen BN untuk menyeberang, Anwar hanya perlukan Muhyidin membawa sekitar sebelas orang sahaja lagi untuk menggantikan separuh ahli Parlimen PAS yang menyertai Abdullah. Bahkan sebahagian dari separuh itu boleh balik semula ke pangkuan Pakatan Rakyat.

Jika dinamisma-dinamisma ini mengambil tempat, kerajaan Abdullah-PAS akan menjadi yang terpendek dalam sejarah.

Saya tak mau parti saya berakhir menjadi Pembangkang bersama Abdullah! Janganlah kerana Abdullah, kita mempersiakan harapan jutaan rakyat Malaysia untuk satu peluang perubahan politik Malaysia.

Sekalipun ada mana-mana pihak teringin merapatkan PAS dengan Abdullah, tunggulah langit menjadi lebih cerah. Selepas Monsoon Timur Laut berlalu, Insya Allah langit politik Malaysia akan menjadi lebih terang.....

22 comments:

Ted Torrence said...

Looks like you could the next one.

Better join the "Please ISA Me" campaign (psygame playing lah) so that they will think twice before handcuffing you.

Please ISA Me
http://thexblogs.blogspot.com/

I am begging you to ISA me
http://thexstories.blogspot.com/2008/09/i-am-begging-you-to-isa-me.html

abdrahim kassim said...

Datuk,

Dulu orang-orang PAS Terangganulah yang paling kuat memusuhi UMNO. Sampai tidak boleh bicara apa. Sekarang ini kenapa "gatai" sangat pada UMNO.

Teringat saya pesan Aziz Ishak, bekas Menteri Pertanian zaman Tunku Abdul Rahman.

Masa itu sata pergi rumah dia dengan Subky Latif. Dia kata, "kita jangan benci orang terlampau sangat, nanti tuhan akan balikkan pada kita semula".

Beliau menceritakan yang beliau masa muda teramat benci pada orang putih. Tetapi akhirnya tuhan bagi semua anaknya kahwin dengan orang putih dan tinggal di luar negara.

Masa kami pergi rumah dia itu, tinggallah dia 2 suami isteri sahaja tanpa dikelilingi anak cucu. Sunyi hidupnya...Sebab itulah dia berpesan supaya kita jangan membenci sesuatu itu secara berlebihan.

Anonymous said...

YB Datuk,

Diharap Parti PAS tidak bersengkokol dgn Umno. Jika berlaku, ia sesuatu yang amat mendukacitakan dan menghancurkan harapan sebahagian besar rakyat Malaysia. Biarlah PAS kekal sebagai pembangkang di atas landasan perjuangan sebenar yang diredhai-NYA.
Bukan Ahli Parlimen Pas yg bakal menyertai tapi, BEKAS ahli PAS.

Semoga YB Datuk, Pemimpin dan PAS terus maju dan dipelihara ALLAH SWT.

Salam Perjuangan..

abdrahim kassim said...

Datuk,

Datuk adalah Naib Presiden PAS. Kedudukan Datuk itu menjadikan hipotesis Datuk hampir sama dengan teori...

Dari segi stateginya tidak berapa molek tetapi dari segi kebebasan bersuara dan berfikir, ianya membawa satu demensi baru dalam PAS.

http://rahimkassim.blogspot.com/

Anonymous said...

Apa ko tulis nie HUSAM..
tak paham aku....

Anonymous said...

"Relakah PAS berketuakan seorang pemimpin lemah seperti Abdullah? Pemimpin PAS lah yang perlu menjawabnya."
Clause ini menepati teori politik, "an act of possibility".
Mungkin demo cuba test market dgn provocative statement mcm ni...wassalam
Hj. Sam

Anonymous said...

Mungkin minoriti ahli Pas dan beberapa peminpin PAS especially yg telah menngadakan muzakarah dgn umno secara senyap tempoh hari dan termasuklah yg memberi statements tentang ketidakyakinan nye secara peribadi akan bersam Pok loh..?..
..ALLAH SAJA YANG TAU

pas-sgmulia.blogspot.com

Anonymous said...

Kuatkan barisan PAS tu dulu, tak payahlah sibuk pasai orang lain....

Nostradamus said...

Keberanian Membina sebuah Malaysia Baru.
-----------------------------------

Kini ialah tahun 2008. Tahun inilah rakyat Malaysia terbangkit dari tidur yang nyenyak. Kebanyakan rakyat terlalu sibuk mencari nafkah dan membina hidup mereka untuk memperhatikan zaman telah berubah dan idealisma yang didukung oleh Bapa-bapa pengasas negara masih belum tercapai untuk negara sahingga hari ini.

Tidaklah lama dahulu pada tahun 1957 dan untuk seteman kita di Malaysia Timur pada tahun 1963, idealisma dan impian yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaaan dan Bapa Malaysia) untuk Malaysia diumumkan dan disambut dengan penuh kegembiraan didalam hati sanubari rakyatnya. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mempunyai impian dan idealisma sama seperti Martin Luther King, Gandhi, Nelson Mandela dan ramai lagi termasuk nabi-nabi sepanjang sejarah manusia.

Kerapkali impian-impian tersebut dirampas dan diselewengkan dibawah kepura-puraan nasionalisma, perkauman dan idealisma keagamaan oleh ahli-ahli politik dan orang-perseorangan yang memilih dan melantik sendiri sebagai jaguh kebenaran dan beriman (Little Napoleon). Individu yang membangkit meneruskan idealisma tersebut tidak dibenarkan bersuara, diasingkan, dibankrapkan, dicercakan, dipulihkan dan lebih teruknya dipenjarakan cuma kerana tidak mengikut aliran impian dan idealisma agenda-agenda parti terpilih.

Undang-undang digubal dan diluluskan sewenang-wenangnya di Parliamen untuk mengubah idealisma yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan menutup muslihat agenda parti dan individu. Memang betul diperkatakan Malaysia mengikut peraturan proses demokratik seperti yang dipraktiskan kebanyakan negara-negara barat semasa pilihan raya (walaupun tercemar tetapi tidak terbukti). Tetapi, selepas sahaja diberikan kepercayaan dan dipilh sebagai pemimpin atau wakil rakyat, idealisma persendirian dan parti mengantikan idealisma nasional dan personaliti Jeykll dan Hyde timbul kembali untuk diulangi pada setiap pilihan raya besar dan kecil.

Rakyat Malaysia telah dipimpin secara tersesat sekian lamanya sahingga apa yang benar dikaburkan, apa yang salah ditoleransikan, apa yang jahat ditutupkan, apa yang adil disebut sebagai tidak adil, apa yang tidak bermoral dijadikan bermoral dan korupsi dan tutup sebelah mata menjadi-jadi dan perlu diterima sebagai kehidupan harian kita. Iri hati, kebencian, ketamakan, perkauman, perampuk dan sifat setan mulai membiak di minda rakyat Malaysia dan sahabat, kawan dan rakyat Malaysia sejagat diperlihatkan sebagai musuh dan manusia tidak setanding. Sekali sekala, pemikiran seperti ini dilontarkan kepada negara asing yang tidak sebangsa dan seagama sendiri.

Minda dan jiwa rakyat Malaysia telah dicemari dan diracuni bertahun-tahun lamanya sahingga ternampak macam Malaysia sahaja yang paling betul dan kita harus memerintah dunia mengikut acuan kita. Contoh negara-negara yang mengikut Malaysia ataupun yang kita mengikut
mereka adalah seperti Korea Utara, Zimbabwe dan Israel. Apakah justifikasi yang boleh diberikan kepada generasi sendiri ataupun generasi rakyat Malaysia yang akan datang tentang apa yang kita buat kepada manusia sejagat terutama kepada rakyat Malaysia sejagat adalah betul dan adil padahal ia dibuat atas pengorbanan dan sengsaraan manusia sejagat iaitu rakyat Malaysia sendiri.

Bolehkah kita memperkatakan, saya melakukannya demi menurut perintah dan arahan Tuhan atau agenda politik parti? Siapakah yang memberikan kamu inspirasi dan idealisma tersebut? Jangan sekali-kali mengampuni minda dan ketamakan sendiri atau menumpang diatas minda dan ketamakan orang lain. Jangan memetik dan memilih dalam kitab-kitab Tuhan atau Undang-undang manusia untuk menjustifikasikan atau menyesuaikan mengikut idealisma dan kehendak minda kamu yang tersongsang. Kamu boleh menipu yang lain atas kejahilan atau emosi mereka pada masa tertentu tetapi tidak akan dapat menipu suara hati manusia atau anak sendiri dan barangkali suatu hari nanti diri sendiri apabila nur cahaya mendatangkan kepada kamu.

Keberanian mengubah yang tak betul di Malaysia untuk mencapai idealisma bapa-bapa pengasas negara tidak mustahil. Kebanyakan rakyat Malaysia telah membangkit dan sedar bahawa masa hadapan negara akan ditentukan oleh warganegara sendiri melalui suara hati mereka dengan panduan kepercayaan kepada agama masing-masing untuk hidup berharmoni dan produktif secara betul dan tidak mengikut acuan politik, perkauman atau keagamaan yang dikutbahkan.

Agenda parti dan persendirian tidak boleh diutamakan berbanding idealisma dan harapan bapa-bapa pengasas untuk semua rakyat Malaysia. Agama dan prinsip-prinsip adalah panduan kepada suara hati kamu untuk menentukan sesiapa yang menjadi pemimpin tidak mengsongsangkan rakyat Malaysia ataupun masyarakat.

Kerana pada akhirnya, apa yang adil dan benar tentu diutamakan oleh setiap pemimpin ataupun agenda parti masing-masing.

Adakah Wakil Rakyat kamu ataupun Kamu! mempunyai Keberanian?

http://patek1472.wordpress.com

Anonymous said...

Mungkin ada baiknya jika Dato' boleh menghuraikan sebab musabab Dato'begitu obsess dan paranoid bahwa "PAS akan masuk UMNO". Janganlah memperkecilkan intelek pemimpin seperjuangan Dato' dalam PAS dan menganggap bahwa mereka begitu mudah termakan dengan janji pemberian kuasa.

Saya rasa ada dua keadaan dimana PAS dan UMNO mungkin berkerjasama:

(1) Sekiranya pemerintahan pakatan rakyat begitu jelas meminggirkan hak-hak dan amalan umat Islam. Contohnya perbuatan Teresa Kok yang begitu sombong membuang tulisan jawi dan menggatikannya dengan tulisan cina dan India. Walaupun "jawi" bukan Islam, tetapi, ia adalah budaya umat Islam Malaysia/Malaya sejak turun temurun. Malahan kitab-kitab lama ditulis dalam bahasa Jawi. Kalau yapun, sekurang-kurangnya Teresa Kok patutlah menghormati perkara yang telah menjadi budaya umat Islam/Melayu Malaysia sebegitu lama.

(2) Sekiranya apabila Pakatan Rakyat berkuasa,terbukti MP Islam kehilangan majoriti di parlimen

Saya ingin bertanya, adakah Dato' bersetuju dengan sikap DAP dan bukan Islam dalam PKR yang sering mencabar dan menghina budaya dan amalan umat Islam, walaupun hanya kepada perkara kecil seperti isu persembahan artis. Saya tidak akan tertipu dengan sekadar LGE memuji dan ingin mencontohi Khalifah Umar; saya rasa minda intelek kita tidaklah serendah itu sehingga menjadi buta kepada dasar DAP dan pendirian majoriti ahli DAP sebenar, yakni anti penghayatan Islam.

Saya dan ramai umat Islam memilih PAS kerana ingin mempastikan Islam tetap relevan di Malaysia. Jadi, janganlah Dato', kerana kuasa dan cita-cita berkuasa bersama dengan PKR/DAP sanggup menghancurkan harapan kami yang telah mengundi PAS ini.

Bagi saya, tiada halangan untuk PAS bekerjasama dengan PKR atau DAP, asalkan Islam yang telah lama termaktub di dalam konstitusi perlembagaan Malaysia sebagai ugama rasmi dan, umat Melayu yang telah lama bertapak di Malaysia ini tidak semakin hari diperlekehkan.

Tidak salah hak-hak sama rata diberi kepada bukan Melayu, tetapi, janganlah sampai hak umat Islam/Melayu diperkecilkan. Perbuatan pembuangan tulisan jawi oleh Teresa Kok adalah satu perbuatan simbolik yang besar maksudnya

luaskanmata said...

Amww:

Walau apa alasan pun, hasrat 5-11 orang ahli PAS tu wajar diberikan noktah penamat.

"No way to UMNO".

Saat ini memang mencabar dan penuh dugaan. Pegang eratlah pada tali Allah. Inilah masanya laungan jihad perlu digenggam.

Salam perjuangan.

mddawn said...

To truthfully explore and respect the spirit of Ramadhan, I personally would not resort to sword striken language advocating against the intrumentals of recent quarters in Pas favoring the muzakarrah/muqaballah with UMNO top leaders. But dear brothers in Pas, forget not what they did to Pas before.Better learn well that lesson as recently quoted by Tok Guru.DO NOT MESS AROUND WITH THOSE CLAMOURING ASSOBIYAH,IN DISGUISE OF THE MALAY UNITY- UMNO IS TAKING ITS FOLLOWERS AND UNFORTUNATELY THE RIGHTFUL CITIZEN OF MALAYSIA INTO THE JAHILIYYAH ERA OF DOOM.BEWARE IN THIS BLESSED MONTH OF RAMADHAN, WHEN SATANS AND THE DEVIL ENTRAPPED, IT IS THOSE WHO UNFORTUNATELY CLAIMED TO BE MUSLIMS ARE THE SATANS IN THEMSELVES, THAT CREATED INJUSTICE TO FELLOW MUSLIMS AND LIKEWISE. ARE THEY TRULY MUSLIMS?- INVENTING VISCIOUS LIES,PERPERTRATING DISGUSTING SCANDALS AFTER SCANDALS JUST TO SATISFY THE SATANS IN THEM,WITH THE MERE HOPE TO STILL BE ABLE TO HANG ON TO POWERS ENTRUSTED BY ALLAH SWT TO THEM,BUT THEY ULTIMATELY BECOME VILLAINS OF THE PEOPLE AND ALLAH AND THE PROPHET(PEACE UPON HIM).THUS WITH THE HOLY SPIRIT OF RAMADHAN,WE ALL PRAY TO ALLAH,TAKE DOWN THE SATANS IN THEM TO HELL AND LET THEY FACE JUSTICE IN THE HANDS OF ALLAH FOR THEIR DESPICABLE ACTS OF JEOPARDY AS THE POWERS AT BE.WE PRAY FOR THEIR ULTIMATE DAMNATION NOT WORTH TO BE CALLED A MUSLIM EITHER.WE SHOULD ALWAYS REMEMBER FROM WHERE WE COME AND TO WHERE WE SHALL BE CALLED. WALLAHUALAM.

Nevada said...

ah YB, setelah saya membaca 'ceramah' YB maka fahamlah saya tentang senario politik kita yg sudah sampai tahap 'kurang siuman'. dan yg paling kurang siuman adalah org2 yg dengki dgn orang2 macam YB nih!!

Soffuan Zaki said...

Salam Saudara Husam,
Adakah saudara mengakui bahawa di dalam PAS sekarang sudah wujud 2 kem yang mana 1 masih kekal bersama TG Nik Aziz dan yang lagi satu bersama TG Abdul Hadi / Mustafa Ali?

Saya tidak menyangka bahawa akan ada ahli PAS yang terlintas di fikiran untuk menyokong dan menyertai UMNO.

Kita sudah sangat hampir kepada akhir zaman.

Anonymous said...

Salam a'laik...

Apa ni Dato'. Penulisan dan andaian yang kotor. Dato' terlibat dalam mesyuarat JK PAS dan tidak pernah diputuskan bahawa PAS akan bergabung dengan umno. Kenapa Dato' takut dengan dakwah yang disampaikan oleh PAS kepada Umno? Atau Dato' takut tendancy Dato' untuk pegang jawatan penting dalam kabinet Anwar nanti tergugat?

Dato' sekarang lalai dan diuji dengan kemenangan. Ingat, PAS sanggup kalah dari menang tapi Islam tergadai. ANa, ahli bahawan pun sedar. Tapi sayang Dato' seorang pemimpin tertinggi tapi rupanya telah dirasuki virus duniawi. Bertaubatlah.

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan ulasan YB, suara minoriti dlm parti yg terpedaya dgn tahaluf siasi dgn umno adalah mereka yg buta sejarah.
Walaubagaimana pun kami yakin bahawa akar umbi parti serta majoriti kepimpinan parti tidak akan benarkan mereka gadaikan matlamat parti kerana keuntungan duniawi semata2
Takbir !!!

Anonymous said...

PAS jauh lebih buruk dari komunis jika sanggup menjadi 'patner' PM...
jangan jadi beruk kehairanan jika suatu hari nanti penghijrahan besar-besaran ahli PAS ke dalam PKR...
ingatlah kemenangan besar Pakatan Rakyat bukan kerana PAS, bukan kerana PKR, bukan kerana DAP tetapi kerana rakyat Malaysia sudah muak dengan BN

Anonymous said...

PAS disiplinkan atau pecat terus geng2 PAS Terengganu yang anti-Anwar dan pro-Paklah.
Mereka ini bagaikan parasit di dalam PAS dan PR.

ps. termasuk bebas Ibrahim Ali!

Anonymous said...

Satu kupasan yg bernas. Cuma hairan bin ajaib dengan kenyataan Mustafa Ali yg seolah-olah cuba menongkah arus dengan apa yg telah diputuskan di Muktamar Pas baru-baru ini, iaitu memperkasakan PR dan melupakan pakatan bersama BN. Kenyataannya membayangkan dirinya tidak sehaluan dengan dasar & matlamat PR utk menumbangkan BN & seterusnya mengambil alih pimpinan negara pada 16 September ini. Apakah yg tersirat & tersurat di sebalik kenyataanya? Apakah beliau lebih suka berPerdana Menterikan Pak Lah yg terbukti lemah dalam segala tindakannya. Dengan korupsi dan salah guna kuasa bertambah hebat di zaman pemerintahannya! Manakala segala reformasi yg dilaung-laungkan adalah retorik semata-mata, tidak lebih dari itu?Atau adakah beliau masih mendambakan "jalinan mesra" dengan BN akan menjadi kenyataan walaupun ditentang hebat oleh majoriti ahli PAS termasuk Murshidul Am Pas sendiri, Dato' Nik Abd Aziz? Nampaknya beliau sendiri sudah meniupkan seruling dan memukul gendang yg sama dimainkan oleh UMNO, iaitu utk menggagalkan impian rakyat untuk melihat Kerajaan Pakatan Rakyat yg lebih adil, bersih dan beramanah ditubuhkan dari menjadi kenyataan. Kita tidak pasti apa muslihat & agenda sebenar beliau, tapi yg pasti beliau dilihat cuba menyambung hayat Pak lah yg sudah tinggal nyawa-nyawa ikan! Alahai Mustafa!!!!

Anonymous said...

Good analysis and speculation. It's interesting enough to see how this political race shall end.

Anonymous said...

Hebat Hipotesis Dato.

tapi kalau terjadi macam ni lagu mana pulok.

alam suasana sekarang PAS ambil sikap dengan BN pun tak joint, sebab demdam yang lama. dengan PR pun tak joing sebab tak tergamak, kabinet yang diketuai oleh Anuar, majoritinya non muslim. Suara muslim terpinggir.

Apa ke jadah YB dari MCA, Gerakan, Sabah & Sarawak joint Keadilan jika tidak upah kerusi empuk menteri??

Anonymous said...

Assalamualaikum, Datuk dan selamat berpuasa
Percaturan yang datuk ulas dalam blog datuk amat baik
Ayat dibawah itulah yang mahal.