Kenyataan Najib - serahkan Perwakilan Bahagian tentukan sikap terhadap pelan peralihan kuasa - cukup untuk menyedarkan Abdullah, hari-hari terakhirnya di Putra Jaya semakin singkat. Kenyataan Najib datang selepas kenyataan Muhyidin. Hari ini, Muhyidin kekal dengan kenyataannya walaupun Presiden UMNO itu kesal dengan kenyataan anak buahnya sendiri. Beliau sanggup menanggung risiko. Amaran Abdullah tidak memberi kesan.
Apa makna? Abdullah tidak mempunyai tempat bersandar lagi.
Asakan bertubi-tubi untuk Abdullah memikirkan kepentingan negara dan bukan kepentingan beliau seorang patut direnungnya sebaik-baik. Berundur! Sekarang! Bukan esok atau lusa.
Anda sudah tidak efektif. Niat baik anda untuk negara boleh diteruskan oleh kepimpinan lain dan tidak semestinya anda sendiri melakukan apa sahaja cita-cita politik anda.
Bila dua orang kanan anda menyatakan secara halus, anda patut berundur, mereka lebih tahu apa yang baik untuk anda dan Malaysia juga. Dengarkanlah suara di sekeliling anda - ia nyaring membawa mesej, peranan anda sudah tamat. Berundur.
Kawan dan lawan memberikan mesej yang sama. Pengundi dan rakyat mengulangi mesej itu dengan jelas di Permatang Pauh.
Jika ditakdirkan anda berundur sehari dua ini, atau seminggu dua ini, jangan jadikan tanggapan ISA peninggalan anda yang terakhir. Ia buruk untuk anda buat selama-lamanya. Anda akan diingati sebagai pemimpin lemah yang enggan berundur sehingga akhirnya berpaut kepada ISA sebagai tanda kedegilan anda untuk terus berkuasa.
Hari-hari yang akan datang, asakan untuk anda akan menjadi lebih hebat dan kurungan ISA bukanlah penawar untuk hilang keyakinan terhadap daya kepimpinan anda. Melainkan berundur adalah jawapannya.
Berundur secara gentleman adalah lebih mulia. Cepat, tanpa dolak dalik.
Friday, September 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Jam Malaysia berdetik Perlahan-lahan ke 16 September!
-----------------------------------
Tick, Tock! Tick, Tock! Tick Tock!
Sementara tu alatganti tambahan dan batteri masih belum mencukupi, jika berhenti.
Ada yang cuba percepatkan masanya 15 minit, ada yang nak 30 minit.
Tak ada sesiapa pun yang mengerakan ia ke belakang. Hairannya aku?
Kebanyakan cuma memerhati jam atas meja dan masanya.
Sesetengah cuma memastikan jam tu masih senantiasa bergerak.
Sesetengah cuma merenung jam dan tidak pasti ia masih bergerak atau berhenti.
Sesetengah bercadang jam tu tak boleh diharap. Kena ganti dengan jam lain ataupun bawa masuk jam lama. Sekurang-kurangnya jam lama tak tunjuk tarikh dan bulannya.
Ada juga orang bercadang untuk menambahkan jam-jam untuk menentukan masa itu betul
Ada orang bercadang untuk menutup muka jam dengan pelindung matahari supaya cuma kita dapat melihatnya.
Sesetengah bercadang menukarkan angka-angka pada jam supaya tidak semua dapat membaca masanya.
Sesetengah bercadang mengeluarkan jarum panjang saat daripada jam. Selepas tu mungkin ada juga yang akan bercadang mengeluarkan jarum panjang minit juga.
Akhir-akhirnya ada orang bercadang, "Mengapa tidak keluarkan jam pendek juga dan tinggalkan cuma tarikh dan bulan untuk dipaparkan.
"Masa itu Emas? Adakah Manusia menentukan Masa dan Takdir?
http://patek1472.wordpress.com
yb husam memang hebat kerana dapat membayangkan "ketua kerajaan" , tapi bukankah jika "ketua kerajaan" masih dikerusinya,kepincangan kerajaan sekarang semakin hari semakin banyak yang dapat dikesan, jika "timbalan ketua" naik ke puncak, bukankah ia lebih menyukarkan pucuk2 saudara husam untuk naik..
andai mungin "timbalan ketua" dapat memerintah dgn baik, maka leburlah hasrat yb husam untuk hinggap di putrajaya.
apa2 pun sedikit buah tangan dari saya..
--gadget-gadget berita tempatan utk blog atau website-
dapatkan di www.arkib.com.my..
arioss.. ahlan wasahlann.
nak ka imam besar mazhab sesat hadhari ni letak jawatan???
apa yg si kj la ni dok 'skolahkan' si paklah ni agaknya...
............................******
Biasanya dalam UMNO jarang-jarang orang No.1 nak berundur dengan terhormat. saya kata jarang-jarang tu kerana Allahyarham Dato' Onn serta Tun Mahathir telah memulakannya. Tu pun Tun dah mula mengidam nak masuk balik.
cara lain mereka dalam UMNO mesti berani buat perubahan jangan asyik berkokok persis ayam jantan.
bukan tiada esok untuk pak lah, tetapi esoknya berbeza dengan esok2 yang bakal menjelma.suram n berguruh.
gesaan2 tun mahathir dan anaknya, desakan ku li adalah suara2 yg sama dgn pembangkang agar pak lah segera undur. bagi pakatan rakyat tetap tidak mahu lari ke mulut buaya setelah rimau disingkirkan.
kegagalan BN/UMNO dalam PRU12 dan PRK PPauh adalah silap percaturan pak lah dan kekuncunya. haru-biru kalangan parti komponen BN adalah tanda protes di samping memulas telinga pak lah. tapi beliau hingga kini berdegil.
kisah ahmad ismail bermain keris di bukit bendera adalah drama picisan berudang di sebalik lumut.kononnya dialah pejuang pendekar yang sanggup hadapi apa jua bagai si ezam yg memiliki kotak2 magis tetapi nol.anak2 besar bermain api.
pakatan rakyat terus menggugat menuju angka 916 . BN pucat bukan main. pak lah saja masih tayang muka berbunganya.
pak lah, undurlah sebelum anda diundurkan oleh suhu panas dari ban anda sendiri atau hangus dibakar oleh kemaraan api dari keliling / luar ban, dibawa pakatan rakyat.
Yup Husam,
I do agree withy you on this.
Dopey Dollah should have stood down after the beating that BN took on 8th March. But he didn't.
Dopey Dollah should have again stood down after the shameful humiliation BN suffered at Permatang Pauh recently. But still he refuse.
Wonder whay will it take to make him realise that the rakyat does not want a weak leader anymore?
Jelas bahawa jalan keluar bagi Pak Lah adalah kalah untuk menang ...!
Terlalu lambat untuk halatuju sendiri tanpa rapat dengan nadi jaringan menyeluruh. Terpenjara oleh catuan luar yang tak sehala dengan lirik masa.
Dalam lain perkataan tak payah berdollah dalih! Serah! 'Submit' ! ;)
Post a Comment