Hari-hari yang menentukan.
Adakah Abdullah akan ditekan habis untuk meletakkan jawatan dalam waktu terdekat dalam mesyuarat MT UMNO Khamis ini? Mampukah beliau bertahan? Siapakah yang akan mempertahankannya?
Muhyidin sudah tentu tidak. Najib juga.
Seluruh perkembangan tidak menyebelahi Abdullah. Tangan ISA yang dihulurkannya menambah seribu beban. Menterinya sendiri meletakkan jawatan. Rakan parti komponen mempertikai secara terbuka. Menteri Kabinet lain seperti Rais pun kurang senang. Abdul Hamid Al Bond sumbat gol sendiri. Suaranya suara gendang: kuat tapi mengecewakan.
Khamis ini juga dijangka Tun Mahathir akan mengumpulkan tokoh dan bekas tokoh, pemimpin parti komponen BN dan bekas pimpinan, untuk satu sidang akhbar, mendesak Abdullah berundur sebagai cara tunggal pemulihan BN.
Jika Abdullah akhirnya tidak lagi dapat bertahan, Najib akan menjadi PM baru negara kita? Ke mana Malaysia selanjutnya?
Seluruh perkembangan ini bukan kecil kesannya.
Bolehkah kita mengambil kira semua perkembangan ini dan memberikan satu fokus untuk menjayakan agenda Pakatan Rakyat di mana PAS adalah satu juzuk daripadanya?
Mengapa kita perlu menoleh ke kiri dan ke kanan dalam saat genting dan menentukan seperti ini?
Nabi kita Yang Mulia telah menunjukkan penglibatan positif baginda dalam mengemudikan perubahan (positive role), bukan negative role atau passive role. Menjayakan, bukan menggagalkan.
Bukankah kakinya yang mulia digunakan untuk berjalan dari khemah ke khemah di musim haji untuk menemui kumpulan yang sanggup bersama mendokong perjuangan baginda? Lalu merangka Aqabah Pertama, kemudian Aqabah Kedua? Lalu berhijrah, lalu pertama kali mempunyai autoriti sebuah kerajaan? Lalu menghulurkan Piagam Madinah yang disambut dengan rela hati oleh penduduk Madinah yang bersifat majmuk?
Lalu berkembang tahap demi tahap, lalu menjadi empayar yang luas?
Minda positif baginda adalah sunnah yang perlu kita hidupkan sekali lagi di saat yang mencabar ini. Semua itu dicapai hasil titik peluh dari positive role Nabi kita Yang Mulia.
Monday, September 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
View Live From Kelana Jaya!!!
I will Keep Update The News!!!
LIVE FROM KELANA JAYA - CERAMAH 916 HARI MALAYSIA
malaysiakini…..
…….Her father Kok Kim Tong, 74, told reporters that he was told by Teresa that she was being probed for
1) alleged involvement in the “Azan” issue,
2) road signages with Jawi script and
3) another matter regarding the Selangor Religious Department (JAIS).
Item no 1 - Have been refuted and police report lodged by Masjid Imam of the respective mosque.
Item no 2 - Our Conventional Banks’ Signboard in the 1960s to 1980s using jawi to denotes bank’s name. Yes, back in the 1960’s the rural malays read and write jawi very well. Now almost all the Banks have dropped the bank’s name jawi signages except the recent newly set up of islamic bank. So the banks were racist and didnt the the Police arrest Bank Negara Governor and Bank’s CEOs under ISA. Looks at the Government or the Malay Muslim individual owned Banks…..had dropped the bank’s name under jawi inscription….???? long long time ago. Any protest from Persatuan Pengguna Islam…..etc
Item no 3 - About Jais…im not sure and no further comments
Kita tetap menunggu perubahan pucuk pimpinan Malaysia.tapi bukan dari pak lah ke najib.bukan dari rimau ke rahang buaya.
kita mahu yang lebih baik mentadbir masyarakat n rakyat malaysia. kearah makmur, sejahtera dan adil.
seupayanya mahu kepada negara yang mengamalkan prinsip2 ISLAM. insya Allah itulah hasrat dan doa kami rakyat.
Masanya? kita ikhtiar ke arah itu dan menunggu izin Allah. Takbir!!!
Amww:
(tak terkilan jika tidak disiarkan, apa yang peting dibaca dan ditelahi).
Rakyat yang menyokong dan mendokong PAS tidak berbelah bahagi lagi. Siapa yang berbelah bahagi?
Jawabnya pimpinan.
Tidakkah boleh Datuk sebagai seorang naip presiden berbuat sesuatu.
Jangan hebahkan perselisihan di khalayak.
Saling senyum dalam diam bila bertemu.
Tidak merumuskan persilihan antara hati ke hati.
Saat ini penuh mencabar. Ia meruntun kebijaksanaan.
Sebagai rakyat biasa , saya amat dukacita melihat tingkahlaku saf kepimpinan.
Kedua-dua pihak yang berselisih ada hujah dan pandangan yang menjustifikasikan pendirian. Harmonikanlah kedua-duanya. Tolonglah!
Saya poenuh yakin 70% pertukaran kerajaan berlaku sebelum PRU13. Jangan biarkan kita terpinggir sedangkan kita yang telah lama mengorak langkah menumpuh kepayahan.
Be smart Datuk dalam suasana ujian Allah ini.
Salam jihad.
ISINYA BAGUS TULISANNYA KECHIK
Post a Comment