Friday, September 12, 2008

Abdullah: Jangan Hilang Kewarasan

ISA - untuk menutup kelemahan kepimpinan Abdullah, adalah sesuatu yang sangat dikesalkan. 
Satu, dua..., dan seterusnya...?
Ahmad Ismail digantung dari UMNO selama 3 tahun. Kenapa? Sudah tentu kerana kenyataannya yang menjadi kontraversi itu dipandang salah oleh UMNO. 
Jika Ahmad dihukum kerana kenyataannya memang berunsur perkauman, adakah adil untuk menahan wartawan yang membuat laporan kenyataan yang telah diterima sebagai salah itu? Jika Ahmad tidak berucap sedemikian, laporan itu tidak ada.
Tentulah tidak adil menahan tukang lapor dan akhbar yang menyiarkannya diberi amaran, kecuali kerajaan memang telah hilang kewarasan.
Raja Petra ditahan kerana menghina Islam? 
Di mana Jakim, Yadim dan sekian banyak tokoh Islam? Mengapa agensi rasmi Islam BN/UMNO tidak bangkit mematahkan hujjah Raja Petra jika benar tulisannya menyimpang dan merendahkan Islam? Hujjah lawan hujjah.
Menahan Raja Petra yang terkenal dengan blognya yang berani mendedah,menegur dan mengkritik Kerajaan sehingga Kerajaan telah mencuba segala cara untuk menundukkan beliau tetapi gagal, adalah langkah pengecut yang tidak meningkatkan wibawa Abdullah di mata rakyat.
Saya faham langkah seterusnya akan berjalan. Matlamat utama adalah untuk mempastikan dua perkara:
a. Abdullah kekal sebagai Perdana Menteri.
b. Kerajaan BN kekal berkuasa.
Sasaran seterusnya rasanya adalah aktivis politik. Sebagai pejuang, mereka tidak dapat mengelakkan diri jika tangan ISA dipanjangkan ke atas mereka.
Namun, adakah wajar Kerajaan yang bobrok dan pemimpin yang sedang membawa kapalterbang bersama seluruh rakyat Malaysia melakukan terjunan maut dengan segala kelemahan daya kepimpinannya, dibiarkan bertindak di luar tahap kewarasan?
Jika sekiranya cubaan terakhir mempertahankan kekuasaan dengan cara hodoh itu ditakdirkan berlaku, Rakyat, mesti mempunyai daha tahan yang tinggi untuk mempastikan gerak perubahan terus berjalan.
Ramadhan, bulan berkasih sayang sesama insan, dicemari dengan penahanan ini. Namun, Ramadhan juga Insya Allah, menambahkan kekuatan kepada gerakan kebenaran dan keadilan untuk menghapuskan kemunkaran dan kebobrokan.
Selamat berjuang.....

2 comments:

Anonymous said...

Saudara,
meskipun saya seorang warganegara malaysia berketurunan india, saya amat kagum dengan pendapat saudara. Kalaulah seluruh rakyat Malaysia berfikiran sedemikian, sudah tentu tidak ada perselisihan faham. Berani kerana benar, dengan fakta sebagai bukti, itulah caranya. Semoga pakatan rakyat berjaya munubuhkan kerajaan baru yang berpegangkan keadilan tanpa mengira kaum.

Anonymous said...

memang betul! kerajaan sekarang sudah hilang kewarasan sepenuhnya dan rakyat jelata merasa kehampaan yang amat sangat...

Adakah ISA harus digunakan atas sebab2 yang tertentu...hanya kerajaan faham.

Berhentikan tindakan gila ini... rakyat dah hilang sabar...dengan kerajaan pimpinan UMNO...yang semakin kalam...