Wednesday, August 20, 2008

BN Panik?

Dua Exco Perak ditahan reman BPR - ia kes rasuah tulin atau satu agenda politik? Begitu hati saya tertanya. Mesej untuk Permatang Pauh? PKR sama rasuah dengan UMNO dan BN. Mengapa undi Anwar?

Projek Perumahan di Seri Iskandar bernilai RM 180 juta? Adakah projek ini wujud dan telah diluluskan dalam mesyuarat Exco?

Semakan saya dengan pegawai pihak berkuasa Negeri Perak menunjukkan projek ini tidak pernah diluluskan oleh Exco Kerajaan Perak. Bagaimana rasuah boleh berlaku atas projek yang tak pernah diluluskan?

Scenario cara dua Exco ini ditangkap perlukan penelitian lanjut, sebelum kita merumuskan motif penagkapan ini dengan lebih jelas.

Kemaraan Anwar melalui Permatang Pauh, memungkinkan ramai pihak mula panik. Tidak mustahil, cerita sensasi seperti ini adalah sebahagian komplot menyekat kemaraan dan kebangkitan.

Dalam kehangatan suasana seperti ini, hati-hati menerima berita. Tunggu hingga keadaan lebih jelas.

11 comments:

artic turban said...

I agree with your statement, but if the representatives of pkr are guilty, I saw let them fry, we do not want corruption in our pakatan rakyat. IT MUST BE MADE VERY CLEAR TO ALL REPRESENTATIVES OF PAKATAN RAKYAT, THE CO-OLITION OF PKR, DAP & PAS THAT, NOBODY IS ABOVE THE LAW. WE MUST END THE CORRUPTION AT ALL COST. If this is a set-up than please umno beware UMNO, WE THE PEOPLE OF MALAYSIA ARE WAITING for the day when your govt. collapses and you will answer for all your misdeeds.

CERITA BONUS CNI said...

BETUL ...TUNGGU HINGGA JELAS

Anonymous said...

Terime Kasih.DS ANWAR akan menang!!!

MYblog said...

Looks like a set-up, smells like a set-up, I think it is really a set-up. But I like what you say, lets not draw conclusions and wait for details. UMNO want us to do just that, so lets us use the priciple of innocent till proven guilty. I bet that after the elections, this will just fade away. When there is no influence exerted yet and when there is no project yet, what was the money for? Don't see anything illegal here even if the bag did belong to the exco but I very much doubt. Look at the timing, ACA was in a hurry to meet the Permatang Pauh election dateline.

Normally in a sting operation, you will wait till the transaction actually takes place, money changing hands means nothing if not supported by a corresponding illegal act by the parties.

So UMNO has stooped so low, how low will they go, limbo rock

Unknown said...

saya berdoa semoga adun PKR selamat.

UMNO/BN banyak keji. mereka semua pun tak pandai tapi pandai dalam fabricating evidents"

Hidup DSAI! hidup PR!

Unknown said...

Asal usul Kontrak Sosial.

Masa sebelum Negara kita merdeka dulu memang ramai pekerja-pekerja kontrak dari Negara China dan India datang ke Malaysia yang di bawa oleh kerajaan British untuk bekerja di lombong-lombong bijih dan ladang-ladang getah di Negara ini. Tetapi masa tu mereka tidaklah dipanggil sebagai pekerja kontrak.

Memang sifat orang Melayu dari dulu lebih selesa menjadi ‘tuan’ mereka tidak berapa suka kerja sebagai buruh kontrak ni. Mungkin juga kerajaan British ketika itu bayar upah yang murah maka orang Melayu tak suka kerja seperti itu.

Sama jugalah seperti masa sekarang ini, kerja-kerja pembinaan yang memerlukan tenaga tulang empat kerat, kerja-kerja yang bergaji murah seperti pelayan-pelayan kedai, membersih bangunan atau pejabat tidak diminati oleh rakyat tempatan.

Oleh itu kerja-kerja seperti ini telah diambil alih oleh pendatang-pendatang dari luar seperti dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar. Akhirnya ramailah pekerja-pekerja asing ini memenuhi Negara kita.

Mereka ini datang dengan niat untuk bekerja bagi mendapatkan wang untuk dihantar balik bagi keperluan keluarga mereka yang ditinggalkan di kampung. Mereka yang datang bekerja ini juga tidak pernah memikirkan untuk terus tinggal menetap di Malaysia.

Kehidupan mereka di sini sungguh ringkas sekali. Mereka makan sekadar yang boleh mengenyangkan, pakaian pun jarang berganti baru, tinggal di rumah kongsi, lebih baik sikit mungkin ada majikan yang menyewakan rumah untuk dikongsi beramai-ramai dan jauh sekalilah untuk membeli perabut-perabut mahal dan harta kekal kerana susah untuk dibawa balik ke Negara asal mereka nanti.

Kecintaan mereka kepada Negara ini memang boleh dikatakan tidak ada, hati dan perasaan mereka hanyalah kepada Negara asal mereka sahaja.

Kita sebagai warganegara dan rakyat tempatan tidak begitu selesa dengan kehadiran pendatang-pendatang asing ini. Resam dan budaya mereka jauh berbeza dengan kita. Sudah tentu kita tidak mahu kalau pekerja-pekerja asing ini diberikan taraf warganegara. Kita masih curiga dengan kesetiaan dan kecintaan mereka terhadap Negara ini.

Suasana beginilah yang berlaku semasa menjelang Negara kita mencapai kemerdekaan dahulu. Masyarakat Melayu yang merupakan penduduk tempatan Malaya ketika itu sangsi dengan kesetiaan dan kecintaan orang-orang Cina dan India terhadap Negara ini yang kehadiran mereka sebelum itu hanya dianggap sebagai pekerja asing yang mencari wang di sini.

Kebanyakan pekerja-pekerja Cina dan India ketika itu memang lahir di Negara asal mereka, mereka datang ke Malaya untuk bekerja bagi mendapatkan wang. Oleh itu memang tak dapat dinafikan kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Negara asal itu masih tebal, Malaya hanyalah tempat mereka mencari makan sahaja.

Tidak hairanlah kalau semasa penjajahan Jepun tahun 1941, ramai orang-orang Cina di Malaya dibunuh oleh Jepun kerana orang-orang Cina di Malaya ini juga dianggap sebagai warga Negara China. Di waktu itu Jepun juga berperang dengan Negara China.

Apabila British menawarkan Merdeka kepada Malaya, British telah meletakkan syarat supaya orang-orang asing yang mereka bawa ke Malaya iaitu orang-orang Cina dan orang-orang India hendaklah diterima sebagai warganegara seperti orang Melayu, tentulah syarat yang dikenakan British ini amat berat untuk diterima oleh penduduk tempatan atau orang Melayu ketika itu.

Samalah beratnya seperti kita hendak menerima pekerja-pekerja asing dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar sekarang ini untuk menjadi warganegara Malaysia.

Memang ada sebab untuk orang tempatan berasa bimbang kalau pendatang atau pekerja asing ini diberikan taraf warganegara, kerana khuwatir orang asing ini akan merampas hak-hak dan keistimewaan yang mereka miliki sebagai rakyat tempatan.

Maka dari situlah lahirnya apa yang dinamakan ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui antara pemimpin-pemimpin dari tiga kaum terbesar ini iaitu Melayu, China dan India bagi mencari jalan tengah bagi mengatasi masalah tersebut.

Mengikut yang punya cerita, dari ‘kontrak sosial’ inilah lahirnya ‘ketuanan’ dan ‘keistimewaan’ orang-orang Melayu yang telah dipersetujui antara pemimpin-pemimpin kaum tadi.

Kini kita telahpun 50 tahun merdeka, hampir semua orang Cina dan orang India yang menjadi warganegara Malaysia hari ini adalah lahir di bumi Malaysia ini. Kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Malaysia memang tidak boleh disangsikan. Di sinilah tempat mereka dilahirkan dan disini jugalah tempat mereka mahu dikebumikan.

Oleh itu ‘kontrak sosial’ yang pernah dipersetujui untuk suasana di masa yang lalu itu memang tidak relevan lagi. Kita tidak kira kaum seharusnya mempunyai hak yang sama, tidak ada siapa harus menjadi ‘tuan’ dan tidak ada siapa juga yang harus menjadi ‘hamba’. Kita bukan lagi berdepan dengan pekerja asing dari China dan dari India seperti sebelum merdeka dulu, tetapi sekarang kita berdepan dengan orang Cina dan India yang lahir di bumi ini.

Kalau etnik Jawa, Minang, Banjar, Bugis telah boleh diterima setaraf warganegara Melayu lainnya, maka tidak ada sebab etnik Cina dan India tidak boleh mendapat taraf yang sama.

Mungkin perbezaan adat dan agama menyebabkan kita sukar untuk bergaul antara satu sama lain, tetapi ini bukanlah sebab untuk kita membeza-bezakan hak-hak mereka melalui ‘kontrak sosial’ yang dikenakan kepada mereka tanpa mereka mengetahui justifikasi disebalik kewujudan ‘kontrak sosial’ itu.

ketam said...

Sebab belum wujud dan luluslah 2 ekor beruk ni minta duit utk meluluskan lah...

Anonymous said...

Yang mana bersalah biarlah dihukum. BPR telah bergiat aktif dan menjalankan siasatan mereka dengan baik, tidak kira daripada parti politik mana sekalipun.

Anonymous said...

YB Husam,

Moderate Muslims like you must play more active role in uniting Malaysians. Malays I mean the ordinary and poor have been taken for ride by UMNO and BN for so long.

Permatang Pauh not only important to Anwar but to all Malaysians. BN will do anything and everything to exploit its people. So, Pas has to uphold to their ethics by explaining the truths to constituents of PP

suresh

Anonymous said...

Siasatan perlu dilakukan. Jika bersalah bawa ke muka pengadilan. Bagaimanapun cara tangkapan dan pendakwaan mengalahkan penjenayah paling merbahaya !!!

http://dunia-politik.blogspot.com

Anonymous said...

assalamualaikum, saya nak bertanya kenapa PAS tidak tegur anwar bila dia terus menerus memfitnah najib??..lagi satu kenapa PR nak terima wakil2 rakyat dpd BN yg mewakili organisasi yg rasuah? saya rasa politik malaysia dah takde org yg betul. semua gila kuasa. org bukan islam dah makin melampau.