Thursday, August 28, 2008

Saiful Anzani: Semoga syahid.......

Mohamad Saiful Anzani bin Rozi, meninggal pagi ini, selepas kemalangan teruk, 26 Ogos. Beliau bertugas mengiringi saya pada hari pilihanraya di Permatang Pauh.
Saya tak sempat mengenali beliau. Tau-tau kemalangan, itu pun diketahui oleh anggota yang lain sesudah pilihanraya berakhir.
Salam takziah kepada keluarga telah saya sampaikan melalui talipon kepada bapa beliau.
Semoga Saiful diterima sebagai syuhada'. Bukan kerana beliau meninggal selepas kemalangan kerana bertugas mengiringi saya, tapi itu kan apa yang selalu dinyanyikan oleh anggota Unit Amal. Saiful adalah anggota Unit Amal Permatang Pauh.
Saiful hanya seorang penjual burger. Permatang Pauh, menyaksikan anak-anak muda penuh semangat seperti Saiful sedang mencipta gelombang kebangkitan. Pemuda di mana-mana. Laungan pemuda di sana sini. Mereka inginkan sebuah kerajaan baru. Itu yang terpapar, itu yang terjelma.
Saiful juga. Penjual burger yang kerdil tapi bersemangat jitu ini inginkan sebuah pengakhiran kepada penyelewengan dan korupsi. Politik kaum yang sempit sebagai modal mempertahankan kerajaan korup di ambang keruntuhan. Ukuran akhlak sudah hilang, hukum Islam jadi permainan, penindasan demi penindasan.
Sayang, Saiful tak sempat menghirup kejayaan sebuah perjuangan yang sedang menanti.... namun, didoakan anda sedang berehat di ambang syurga - atas niat tulus mu dan pengorbanan orang sekerdil mu....
Sebagai rakan berkebajikan, YB Ahli Parlimen Kota Bharu dalam perjalanan ke rumah Saiful membawa sedikit sumbangan bersama untuk keluarga Saiful yang tak sempat ku kenali.
Dirgahayu dan syabas untuk para pemuda perubahan...!

6 comments:

bluskyes said...

Takziah to Saiful Anzani's family...may his soul rest in peace. I hope he died knowing that in his own small way he had contributed to a big huge change for this country. It is thanks to big sacrifices by everyday people like Saiful Anzani that Malaysia is seeing a new dawn rise.

Anselmo said...

PAS telah tinggalkan prinsip KEPIMPINAN ULAMAK.PAS dibawa beriman kepada Anwar, PAS di arah percaya Anwar pemimpin nombor wahid. PAS diminta letakkan Anwar di atas YAB Tuan Guru Nik Aziz, PAS diminta letakkan Anwar lebih hebat dari YB Haji Hadi.PAS diminta lupakan Anwar Aljuburi.Mat Sabu diminta tarik balik gelaran ALJUBURI yang diberi kepada Anwar.Tarik semula Mat Sabu,tarik gelaran itu.Anwar segala-galanya.Anwar dan Amerika sehaluan tidak mengapa, sikafir harbi DAP tak mengapa, demi Anwar, segala-galanya benar.ALJUBURI PUN TELAH DITARIK BALIK.Takbir.

Anselmo said...

Dua kali ALLAH melakukan konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Pertama- solat hajat melaknat Mahathir, satu stadium mendoakan kemusnahan beliau-tidak ada apa2 berlaku.Kali ini, solat hajat melaknat IGP,AG,Najib dan Saiful - nampaknya gagal juga. Sesiapa juga tidak bersama Anwar Ibrahim adalah konspirator termasuk Allah. Takbir.

Jai said...

Smoga roh nya di cucuri rahmat..
anak muda yg sedar akan penindasan yg di lakukan BN walaupun hanya penjual burger..tapi celik melihat kehadapan.

Jai said...

smoga roh nye di cucuri rahmat

anak muda yg nampak akan kebinasaan yg dilakukan oleh BN di muka bumi malaysia..

Amin
Jai
Wangsa Maju

tamupulaumelaka said...

salam takziah buat k'ga saiful anzani di permatang pauh.alfaatihah.
amat terharu menatap berita syahid beliau.dia telah berjihad dengan tenaga, harta dan nyawa.suatu jalan
menuju syurga yg dimahukan oleh semua org yg beriman.
ya Allah ampuni dan limpahkan rahmat-Mu kepada ruh beliau...amin.