Mimpi Pak Lah nampaknya makin menjadi-jadi.
The Star, muka depan hari ini, melaporkan Pak Lah akan melancarkan Program Luar Bandar Berimpak Tinggi tak lama lagi.
Menjelang 2010, dua tahun dari sekarang, 253,000 keluarga miskin dan miskin tegar akan keluar dari garis kemiskinan dengan pendapatan melebihi RM 529.00 sebulan.
Hanya dua tahun dari sekarang?! Hebat!
Antara program utama ialah program pertanian dan perniagaan agro yang lain.
Tanam getah, antara program utama. Sebagai contoh, 300,000 biji getah dari Semenanjung akan dibawa ke Banggi, Sabah untuk penduduk miskin tegar membuka 4,000 ha ladang getah.
“About 300,000 rubber tree seedlings will be brought from the peninsula and planted on the island.
“Three thousand islanders, who are hardcore poor, will be roped in for rubber farming activities on a 4,000ha area, while Felcra Bhd will be involved in commercial farming on an 8,000ha area,”
Sekejap. Pertama, Pak Lah dah jadi Perdana Menteri hampir empat tahun. Baru terjumpa biji getah dan baru nak lancarkan program tanam getah? Dekat pilihanraya, biji getah pun boleh jadi modal.....
Kedua, 2010 penduduk ini tidak lagi miskin tegar. Setahu saya getah perlukan lima tahun sebelum boleh ditoreh. 300,000 batang getah yang bakal ditanam itu hanya boleh ditoreh pada 2012 atau 2013.
Mungkin getah Pak Lah getah klon baru yang boleh ditoreh dalam masa dua tahun? Atau daun getah boleh diproses jadi makjun hikmat yang boleh beri pendapatan serta merta kepada penduduk miskin itu?
Hebat!
Pilihanraya yang kian hampir menjadikan Pak Lah seorang dreamer yang hebat. Tahniah!
Friday, August 03, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam Sdra
orang yang selalu suka tidur, adakalanya dia bermimpi dan adakalanya dia mengigau. Tun Dr M pernah berkata, dlm mesyuarat pun boleh tidur. sekarang zaman - semuanya segera sdra. saya tidak terkejut jika sdra terkejut tentang biji getah boleh menjadi pokok utk ditoreh dlm tempoh 2 tahun. orang kampung berjenaka mengatakan ada teknologi baru yg dikenali dgn nama 'kheri' dan biji jenis 'jeani'
nice blog for the sicko to spam their product here. what the hell!!!
actually, what ever he wants to do, at least he got some point to help rakyat. altough it take 3 yrs, then it will give benefit to rakyat.
had u ask urself, what are u had given to kelantanese people? islam, skolah pondok? NO. there go there because the want it!!!
from 90 to 07, what are e big point u da bg kat rakyat??? pacak bendera? tebang balak?
if i said that, what is ur feeling???
if u feel something like uh ah uh ah, better u del this post.
or if u found u ar great, show me what the point u get. and i will read. before i know its good or not.
nway, hp merdeka. god bless u. islam forever. peace!
Assalamualaikum...
Bukan setakat bijik getah...orang yang terdesak akan mengunakan macam-macam jenis biji termasukla biji durian dan biji guli
Post a Comment