Ciri-ciri krisis ini antara lain ialah matawang turun naik tak menentu. Ringgit melemah. Ada pihak meramal ringgit turun sampai RM 3.80 berbanding satu USD. Import akan menjadi mahal. Inflasi akan naik kecuali negara dapat mengeluarkan gantian import melalui ransangan pengeluaran keperluan kita dalam negara.
Yang perlu dirangsang ialah peningkatan penggantian import dan pengeluran domestik.
Pasaran saham merudum. Bank mungkin terjejas bila pinjaman tak berbayar meningkat mendadak sama seperti kita pernah alami sekitar 90an. NPL akan menggoncang bank-bank sekali lagi.
Ekonomi melembab. Harga komoditi turun.
Kesannya. Pendapatan rakyat menurun. Pengganguran meningkat. Hasil negara turut terjejas.
Jangkaan Najib bahawa hasil negara tahun 2009 berkurangan hanya RM 8 billion saja tentunya tak benar. Paling tidak, dengan kejatuhan harga minyak mentah, sawit dan getah, hasil negara 2009 berkurangan sekitar RM 20 billion atau lebih.
Yang perlu dirangsang ialah pewujudan peluang kerja produktif. Juga pengunaan alternatif komoditi utama kita.
Kenapa tak fikirkan kemudahan canggih dan lengkap untuk industri perikanan di Pantai Timur dan Malaysia Timur? Hasil laut kita sebahagian besar kini didaratkan di Thailand dan kita mengimport ikan yang ditangkap di perairan kita sendiri kerana kita tidak mempunyai rangsangan yang cukup dan lengkap untuk sebuah pembangunan industri perikanan yang sempurna. Aneh tapi benar.
Rangsangan yang diumumkan Najib lebih berunsurkan rangsangan politik - rumah dan sekolah(pendidikan). Lagi-lagi pengangkutan awam. Saling tak tumpah seperti pump priming yang pernah dilancarkan Tun Mahathir yang berakhir dengan pembinaan sekolah rendah seakan kampus universiti di tengah hutan belantara . Setengahnya, bumbung makmal komputer runtuh dan seribu satu macam jenaka dan sandiwara lagi. (Pump primingitu dijadikan peluang kroni tertentu mendapat projek).
Ia tak menggambarkan daya kreativiti Najib sebagai Menteri Kewangan dinamik menggantikan Menteri sebelumnya. Stimulus amat ala kadar tanpa falsafah kukuh mendasarinya.
7 billion dicampur 5 billion untuk pasaran saham, 12 billlio. Kita bimbang, wang habis, ekonomi tetap kuyup. Nanti kita kena berbelanja lagi.
Jika setiap negeri diberi peluang merangka program rangsangan ekonomi masing-masing selari dengan keperluan negara dan diberikan peruntukan RM 200 juta setiap negeri, kita hanya perlukan 2.6 billion saja dan saya yakin, kesannya berlipat ganda kerana Negeri lebih memahami apa yang berkesan untuk negeri masing-masing. Umpamanya perumahan. Ia boleh menjadi rangsangan aktiviti ekonomi di negeri tertentu tetapi mungkin menambah 'bubble' pada negeri tertentu.
Tiba masanya stimulus seperti ini di 'empower' sama kepada negeri-negeri. Rangsangan baru, bukan rangsangan lama diulang tayang berkali-kali.
1 comment:
7 bilion dikatakan datang daripada penjimatan subsidi.
Tapi, Najib tak kira berapa banyak negara rugi kalau harga komoditi sentiasa rendah.
Mungkin rugi lebih drpd 7 bilion.
Bagi saya, Malaysia perlu ada 2 pelan dan dana yg fleksibel.
1 untuk kalau 2009 harga komoditi terlalu rendah
1 lagi untuk kalau kalau harga komoditi terlalu tinggi.
sebentar tadi najib kata, pelan 7bilion itu dengan mengganggarkan harga minyak dunia pada paras USD 80 setong.
Post a Comment