Satu masa, sistem pendidikan kita mengalami rombakan besar bila Bahasa Inggeris 'dipaksa' digunakan menggantikan Bahasa Kebangsaan dalam pengajaran subjek sains dan hisab. Kesannya amat besar sekali. Sistem Pendidikan Kebangsaan berteraskan bahasa asing. Bagaimana boleh berlaku begitu?
Gegarnya lebih besar dari isu papan tanda. Murid Melayu dikhuatiri tertinggal dan pencapaian mereka merosot. Fungsi bahasa sebagai medium penyatuan menerusi sistem pendidikan dibimbangi terjejas.
Rasanya kesan peralihan pengantar itu lebih kencang dan kecoh. Besar kecil dan sejuk panasnya kesan itu nyata bila Menteri Pelajaran memberitahu kajian dan pertimbangan ke atas dasar itu sedang berjalan.
Waktu itu, tak ada pihak terlintas memfailkan saman? Kalau jam diputar ke belakang, adakah saman juga akan difailkan? Masa belum terlambat.
Fungsi bahasa dalam sistem pendidikan antara lain ialah untuk mendaulatkan bahasa, rasa saya. Selain untuk 'menyatukan' rakyat dengan kefasihan dan rasa milik bahasa ibunda tertanam dalam jiwa rakyat kita.
Fungsi papan tanda lebih besar kepada memudahkan pengguna termasuk orang asing mengenali jalan yang mereka cari.
Sama atau tak sama dengan penggunaan pelbagai bahasa di KLIA saya tak tau. Di KLIA, selain bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan Arab turut digunakan untuk membuat pengumuman. Mungkin kerana ketika tertentu ramai pelancong Arab dan Cina datang berkunjung.
Fungsi pengumuman itu ialah untuk pengunjung luar tak tersesat dan faham dengan apa yang nak diumumkan. Bukan untuk merendahkan martabat bahasa kita.
Fungsi pengumuman di KLIA rasanya hampir sama dengan nama jalan. Kalau di KLIA kita takut mereka tak faham pengumuman kita, adakah mereka boleh faham nama jalan dalam bahasa kita saja?
Saya hanya melontarkan pertanyaan. Atau Malaysia Airport juga perlu disaman? Sama-sama kita tunggu.
7 comments:
Kekanda Husam.
Yang saya kuatiri ialah apabila wujudnya papan tanda yang bukan BM, akan wujud golongan yang tidak merasa perlunya untuk memahami BM, akhirnya pepecahan akan berlaku.
Ianya tidak semestinya merujuk papantanda Bahasa Cina, akan tetapi merujuk kepada papan tanda kedai-kedai yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris.
Sekiranya sekelompok rakyat Malaysia sudah boleh hidup tanpa merasa perlu memahami Bahasa Melayu, boleh sekolah tanpa BM, masuk IPTS tanpa BM, maka matlamat Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak akan tercapai.
Bagaimana golongan ini hendak bergaul dengan orang kampung?
Perpaduan kaum di kawasan kampung lebih baik berbanding dibandar kerana mahu tidak mahu bukan melayu terpaksa berbahasa melayu untuk beli pisang goreng atau roti canai.
20 sen.
YB... Saya sering mendengar orang berkata : jika tak dapat dilaksanakan sepenuhnya, tidak bererti kita meninggalkan sepenuhnya. Dalam konteks bahasa pun demikianlah. Riuh rendah PAS membantah pelaksanaan PPSMI. Saya sokong bantahan itu. Sekarang, sebuah lagi kerajaan ingin menjadikan bahasa bukan kebangsaan setara dengan bahasa kebangsaan. Sekadar bertanya : Benar-benarkah PAS ada sebarang maksud memperkasakan bahasa kebangsaan dengan meletakkannya di tempat yang setaraf dengan kedudukannya? Jangan disebabkan UMNO dah buat lebih teruk daripada itu, maka tak apalah, PAS sokong "sahabat" buat yang "kurang teruk"! Ingatlah, lulus jarum, luluslah kelindan! Jangan cakap tak serupa bikin, nanti dikata orang seperti ayam jantan, berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi! Wassalam!
Sememangnya kita menjunjung bahasa kita tapi dalam masa yang sama mempelajari lebih dari satu bahasa itu kan lebih baik.Bahasa yang boleh memberi kita ilmu. Bukan bermakna dengan mempelajari Bahasa Inggeris kita boleh melupakan bahasa kita. Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan kita. kita tidak mengangungkan bahasa Inggeris tetapi kita perlu menguasainya. Bukankah itu tidak merugikan kita. Cuma cara pelaksanaannya bukan kepada Sains dan matematik sahaja. Sebenarnya cara mengajar Bahasa Inggeris itu sahaja yang perlu 'diperkasakan' lagi. cara tradisional yang ada sekarang di sekolah-sekolah perlu ditukar kepada cara yng lebih berkesan. Orang inggerispun semasa mereka kecil tidak mampu menguasainya apa lagi kita yang berbahasa melayu. Tapi pendekatan mereka terhadap cara menguasai adalah berbeza dengan apa yang kita amalkan di sekolah-sekolah masa kini. kita perlukan perubahan dalam pengajaran subjek Bahasa inggeris sebenarnya.
YB, tak payah layan kerenah racist UMNO tu. Buat sakit hati je..mereka dah bankrup dah...tu tak hbs2 mempermainkan isu bahasa, agama dan bangsa.
Tak faham sungguh...Kenapa isu papan tanda masih lagi nak diperbesar-besarkan? Apa nak jadi dengan perpaduan rakyat Malaysia sekarang ni kalau dek kerana papan tanda pun, boleh jadi isu besar yang susah nak selesaikan... Bila agaknya isu-isu remeh ni nak berhenti dari berlegar-legar di ruang lingkup Malaysia ni agaknya?
Assalamualaikum:
Saya sumbang sedikit pandangan perihal PPSMI dan sudut pandang undang-undang di
http://www.bprihatin.blogspot.com
Salam jihad.
kalau JLN TAMBAK SEBERANG, dlm bhasa cina disebut apa? cukuplah bahasa melayu dan tulisan jawi saja..tak payah bahasa lain...
Post a Comment