Syed Hamid - orang luar UMNO tak perlu laporkan aktiviti politik wang UMNO.
Logik berfikir pemimpin UMNO tak lurus, bengkang bengkok.
Rasuah dan politik wang UMNO ada eksklusiviti dan 'orang luar' tak berhak mencegahnya. Pada hal, pemimpin yang menang pemilihan UMNO secara korup akhirnya akan memimpin negara. Masih mereka percaya dengan doktrin urusan UMNO untuk UMNO saja sama seperti mereka percaya politik suku, agama suku.
Orang yang membuat laporan pula kena bedal oleh Syed Hamid.
Menteri sekanan Syed Hamid sepatutnya tak perlu gentar atau menunjukkan kegentarannya dengan laporan sedemikian. Bahkan, beliau harus dilihat terbuka dan sedia disiasat.
Tuduhan boleh datang dan pergi tetapi apa diheran dengan laporan yang dibuat jika kita tak bersalah. Berani kerana benar.
Penyiasatan yang akan dibuat akan membersihkan lagi nama baik beliau jika ia cuma laporan berunsur politik.
Sekarang, isu politik wang Syed Hamid dah meningkat kepada cara berfikir UMNO yang pelik iaitu urusan politik wang mereka adalah eksklusif untuk sesama mereka dan undang-undang negara tak berhak menyentuh amalan seperti itu.
Dengan imej seburuk itu dan jalan berfikir sebengkok itu, layakkah UMNO memimpin Malaysia?
Sunday, November 09, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Here is proof (video): Chief Police Officer lied. FRU charged during Negara Ku. Please tell the world
Datuk, Feudal...That's why...Dun worry, Syed Hamid likes to change what he says anyway....Maybe a few days later he'll say he din say that.... ;)
Kalau begitu lah, kerajaan Malaysia sepatutnya istihar Akta Pencegahan Rasuah ni tidak meliputi parti UMNO. Jadi tak payahlah rakyat bersusah-payah nak buat laporan tentang 'politik wang' dalam UMNO.
Bengap sungguh Pak Hamid ni. Kata belajar undang2. Semua tindakannya menaikkan amarah rakyat. Najib patut kekalkan dia di kementerian dlm negeri ni selama mungkin.
salam
jemput ke blog sy
www.myadha.com
Post a Comment