Tuesday, October 28, 2008

Utusan-MCA-DAP

Ke mana Utusan?

Malang nasib Utusan. Peluru berpandunya ditujukan kepada DAP. Ia menjadi agenda post pilihanraya tak tertulis Utusan.
Orang Melayu nak dibangkit marahkan DAP. Pakatan Rakyat di mana DAP adalah satu dari komponennya, akan ditolak oleh orang Melayu. Itu game-nya.
Malang, nampaknya serangan datang dari dalam BN- MCA. Dua Timbalan Pengerusi BN. Hapus quota pemilikan saham syarikat GLC. Naib Ketua Pemuda UMNO perlukan diISAkan. UMNO digelar pembuli dalam BN.
Elok ada penulis menulis cerpen. Menulis sajak. Untuk MCA pula. Utusan terus bermain api. Hasilnya?
Utusan gunakan jaluran berbau kaum. Pulangannya adalah isu kaum dan pendekatan kaum juga yang akan berpusing balik.
Pendekatan perkauman tidak boleh menyelesaikan isu perkauman. Kaum kita terdesak, kaum lain juga terdesak. Kaum kita mendesak, kaum lain juga terangsang mendesak.
Fikir dengan masak.

4 comments:

Harvin Dhillon said...

Kaum kita terdesak, kaum lain juga terdesak. Kaum kita mendesak, kaum lain juga terangsang mendesak.
Fikir dengan masak."

Tepat sekali. Tak guna desak mendesak, hasil Malaysia kita sama-sama nikmati. Gabung membagunkan negara.

Tak usah gaduh sesama sendiri sebagaimana kebanyakan negara di Africa. Gaduh atara puak, berbillion kekayaan tanah air di rompak, semua rakyat merana.

Anonymous said...

Datuk,

We should be more open minded and just accept freedom of speech.
What is "api" to some may be just "asap" to others.
Even if Utusan doesn't write cerpen, etc, lots of bloggers will.
If Namewee is ok, then cerpen + puisi should be ok too.
I hope Pakatan will not suffocate freedom of speech or only approve of "speech" that makes them look good.

Thank you.

Warmest regards,
Jed Yoong

ken said...

work for all malaysian. unite and faces the challenges

Anonymous said...

Tapi yang menimbulkan kemarahan adalah bila tidak henti2 mendesak...
Segala peluang yang ada semua nak digasak...

Terbaru, pertubuhan Dong Jiao Zong (The Sun, Nov 6, 2008, p.17) menyatakan pakej rangsangan ekonomi utk SRJK(C) berjumlah RM50 juta tidak mencukupi. Presidennya mencadangkan pembahagian peruntukan hendaklah berdasarkan jumlah sekolah. Oleh itu, SRJK(C) berhak mendapat peruntukan yg lebih.

Kenapa tiba2 sahaja pembahagian dana perlu mengikut komposisi kumpulan tertentu dan tidak boleh dibahagi sama rata? Kenapa formula yg sama tidak diguna pakai dalam isu2 lain contohnya isu pemilikan ekuiti dan pembahagian kerusi Exco? Sepatutnya pemilikan ekuiti juga perlu dibuat mengikut komposisi kaum sekiranya kita mahu menerima saranan beliau tadi. Apabila kerusi Exco dibahagi mengikut komposisi kaum, golongan ini lekas membantah...

Jelas, semuanya untuk keuntungan sendiri. Ultra Kiasu..