Tuesday, October 21, 2008

5 B untuk siapa?

Tidak jejaskan Malaysia – kata Menteri Kewangan – mengulas kesan krisis kewangan global.
Semalam, Menteri Kewangan umumkan RM 5 B untuk menampung pasaran saham Negara kita. RM 5 B – bukan jumlah yang kecil. Ia lebih besar dari wang yang kerajaan pernah jimatkan dengan menaikkan harga petrol/diesel yang telah menyulitkan kehidupan rakyat satu masa dulu - lebih sedikit RM 4 B dikutip dari rakyat sehingga rakyat merasa menderita.
Apa istimewanya syarikat tersenarai di pasaran saham yang diumpankan ‘hantaran’ sebesar itu? Tak kena gaya, RM 5 B hilang sekelip mata bila dicampakkan ke lubuk pasaran saham yang belum terhenti merudum.
Langkah memperuntukkan RM 5 B untuk pasaran saham tetapi sepi dalam langkah-langkah meringankan beban rakyat dan merancakkan ekonomi, adalah langkah berat sebelah.
Mengapa wang sebesar itu tidak boleh diuntukkan bagi merancakkan ekonomi Negara – seperti langkah pump priming atau insentif fiscal yang lain.
Dua isu besar yang dihadapi oleh rakyat ialah: kos hidup yang amat membebankan dan kedua, ekonomi yang lembab termasuk kejatuhan harga komoditi utama.
Langkah-langkah mudah dan segera boleh dilakukan kerajaan untuk menurunkan kos hidup dan belanjanya tidak sebesar yang diperuntukkan untuk melonjakkan pasaran saham yang ternganga luas. Antaranya, menurunkan semula tariff elektrik selari dengan penurunan harga minyak kerana asas yang digunakan oleh kerajaan untuk menaikkan tariff elektrik dulu ialah kenaikan harga minyak. Bila minyak sudah turun, tariff elektrik kekal tinggi, mengapa?
Kerajaan juga boleh menurunkan harga gas memasak seperti dicadangkan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM. Harga tabung gas memasak 14 kilogram dinaikkan kepada RM24.50 ekoran kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api tidak lama dulu dan belum diturunkan.

2 comments:

Anonymous said...

Ada dua perkara berbeza ataupun pro dan kontra dalam isu ini..

Pertama, jika wang KWSP RM5 billion dilaburkan untuk kebaikan dan faedahnya dinikmati oleh pencarum KWSP, mungkin ia bagus kerana ia memang berlaku sebelum ini iaitu duit yang kita carum dilaburkan dan kita akan dapat dividen setiap tahun jika kita lihat dalam penyata tahunan KWSP...

Kedua, jika wang KWSP ini digunakan semata-mata untuk meng'cover' Valuecap Sdn Bhd kerana bimbangkan kesan krisis ekonomi global yang dijangka tahun depan dan tanpa kebenaran dan tiada faedah untuk kita, maka itu dikira sebagai tindakan yang tak sepatutnya...Apapun kena rujuk pada ""terms and conditions"" caruman...

Najib harus ingat bahawa wang KWSP itu adalh hak rakyat yang mencarum untuk masa tua. Takut nanti wang itu akan lebur. Takut nanti wang ke mana, apa ke mana...

Anonymous said...

Assalamualaikum YB,

selain masalah 5b tue pon, kalau boleh ambo nak bagi cadangan. supaya Yb boleh pertimbangkan untuk di usulkan kepada mana2 pihak tertentu.

cadangan ambo ialah, kerajaan menimbangkan balik pelan pembayaran pinjaman pendidikan kepada rakyat contohnya ptptn atau jpa. Bukan apo, kalu kita tengok rata2 student hok habis belajar terkial2 cari keja, nak bina kerjaya, tetapi belum kerjaya mantap dah diminta bayar balik pinjaman. itu kalau dapat keje yang okey atau goverment. kalau ditinjau di semua negeri. berapa ramai yang habis belaja tue dapat kerja yang setara dengan pendidikan. sekiranya kerja dan gaji yang tak setara. taraf hidup mereka menjadi lebih teruk dari yang tak belajar, ini kerana yang tak meneruskan pelajaran tak perlu memikirkan nak bayar balik pinjaman.

hasrat saya, agar YB menyarankan kepada kerajaan untuk membuat pembayaran fleksibel atau mampu dilaksanakan kepada pihak pemberi pinjam.

Inilah pendekatan yang perlu diambil, sekiranya pendekatan yang diambil kerajaan sekarang ialah sebanyakk mungkin, dan secepat mungkin pinjaman dikutip balik, membebankan rakyat.

Ambo berharap, Yb dapat Menyuarakan suara hati kami lepasan universiti, .

ini kerana, kalau ambo suarakan kepada pihak satu lagi, sudah tentu tak dok khabar apo pon, sebab tak berkepentingan bagi mereka.

sebab ambo berpandangan, lebih baik hutang2 kerajaan itu dibayars ecara beransur2 daripada tidak dibayar langsung oleh pihak2 yang tidak berkemampuan.

Lebih baik memahami derita rakyat, daripada memahami poket sendiri.

Sekian terima kasih YB,

Ikhlas dari Amin.