Friday, June 06, 2008

MINYAK - ABDULLAH SEDIA DITUMBANG

Malaysia seperti dihempap ke batu dengan lompatan harga minyak diumum Abdullah. Perasaan rakyat hancur berkecai. Beban yang akan menimpa terasa begitu berat. Ekonomi Negara sudah tentu bertambah bercelaru dengan bebanan inflasi yang akan meragut keselesaan semua lapisan rakyat. Himpitan yang mungkin tidak tertanggung oleh sektor tertentu masyarakat.

Malaysia – masih kekal bertaraf ‘net exporter’ minyak. Minyak dari perut bumi yang kita keluarkan setiap hari adalah lebih besar dari minyak yang dibeli untuk kegunaan kita sendiri. Lebihan sekitar 250,000 hingga 300,000 tong sehari bergantung kepada naik turun jumlah pengeluaran sama ada 650,000 atau 700,000 tong. (Mengambil kira 400,000 tong kita gunakan untuk membayar minyak yang kita import untuk kegunaan domestik, kita ada lebihan kasar sebanyak RM 43 billion setahun dengan harga minyak USD 124 satu tong sekarang). Itu adalah keadaan di mana harga minyak di subsidi seratus peratus atau tong ke tong! 

Bermakna, wang minyak juga mencurah setiap hari dalam khazanah kita walaupun tidak sebesar Arab Saudi atau Brunei. Kita mendapat keuntungan yang besar setiap kali harga minyak dunia meningkat dan keuntungan ini adalah lebih dari cukup untuk membiayai sebarang kenaikan harga minyak untuk kegunaan dalam negeri. (Setiap bulan, kita menerima lebihan kasar sebanyak RM 3.58 billion! Dengan andaian subsidi seratus peratus) Itu belum mengambil kira keuntungan Petronas di luar Negara.

Itulah juga salah satu sebab Petronas ditubuhkan oleh Tun Razak 44 tahun yang lalu – untuk melindungi rakyat Malaysia dari kenaikan harga minyak dunia. ‘Inoculation’ atau – melindungi harga minyak tempatan supaya lebih rendah dari harga minyak dunia. Telaga minyak Negara kita adalah alat untuk tujuan itu, bukan alat untuk Petronas menciptakan keuntungan besar semata-mata.

Petronas – mengikut idea Tun Razak dan konsep asalnya – adalah custodian atau penjaga khazanah minyak Negara. Petronas bukan pemilik sebenar khazanah bumi itu. Pemilik sebenar adalah rakyat Malaysia. Dan kerana itu, manafaat utama dari khazanah minyak kita mesti mengutamakan kesejahteraan rakyat dan bukannya rekod keuntungan.

Petronas boleh berkecimpung di peringkat antarabangsa untuk menjadi badan mutinasional tetapi tugas utamanya bukan semata-mata membilang keuntungan. Tugasnya meletakkan harga minyak dalam Negara ini kekal lebih rendah. Keuntungan Petronas bukan keuntungan Petronas. Keuntungan Petronas adalah untuk mengurangkan harga minyak dalam Negara kita.

Jika Petronas sibuk mengungkit keuntungannya susut kerana ‘terpaksa’ menyumbang kepada subsidi minyak Negara – tiba masanya pengurusan Petronas juga perlu dirobak bersekali dengan kerajaan yang telah terputus dari denyut nadi dan suara hati rakyatnya sendiri.

Tiba masanya rakyat Negara ini mengetahui secara terbuka pendapatan sebenar Negara dan Petronas hasil kenaikan harga minyak dunia. Sebuah odit bebas harus diberi peluang melakukan odit terperinci dan mendedahkannya kepada rakyat.

Tetapi, untuk odit bebas dilantik oleh Kerajaan Abdullah adalah mengharapkan kucing tumbuh tanduk. Kita memerlukan kerajaan baru untuk melakukan perkara ini.

Membandingkan harga minyak Negara dengan Negara jiran yang bukan pengeluar minyak, adalah perbuatan yang menyakitkan hati. Singapura, GDPnya beberapa kali ganda Negara kita dan Singapura tak ada Petronas kerana tidak ada satu titik minyak di sana. Di Thailand, sekurung-kurangnya road tax adalah percuma.

Kerajaan berbangga kerana dapat berjimat RM 18 billion. Kerajaan akan guna wang itu untuk itu dan ini. Kerajaan lebih rela merampas RM 18 billion dari rakyat yang akan mengakibatkan pelbagai implikasi kewangan dan kebajikan rakyat di semua peringkat. Sebahagian wang itu akan digunakan untuk perbelanjaan tidak perlu seperti membayar kontrak runding terus dengan harga lebih tinggi seperti dalam kes landasan berkembar keretapi.

Kenaikan besar ini adalah preplanned atau dirancang awal. Ia selari dengan saranan Khairy dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu. Ia bertujuan mewujudkan dana yang besar untuk membolehkan kerajaan berbelanja sesuka hati seperti dalam kes projek mewah di Terengganu. 

Pada masa yang sama, kita mempunyai khazanah tenaga yang lain yang amat besar iaitu gas. Buat masa ini, Negara tidak dipersiapkan sepenuhnya untuk beralih kepada gas. Petronas lebih berbangga menjadi pembekal gas berharga murah ke Negara seperti Jepun.

Di Thailand, bekalan NGV boleh didapati dengan mudah dan kenderaan boleh beralih kepada NGV dengan senang. Di Negara kita, Kelantan dan sebahagian Terengganu belum disiapkan dengan saluran paip PGU untuk membolehkan gas disalurkan. 

Jika kita akan menjadi ‘net importer’ minyak dalam tempoh lapan tahun lagi kerana telaga baru tidak lagi ditemui dan telaga lama mula kering, kita masih mempunyai telaga gas yang boleh bertahan tujuh generasi akan datang.

Apa perlunya kita membuat lompatan harga minyak yang begitu besar dan bermula Ogos, harga minyak domestik hanya 30 sen lebih murah dari harga pasaran dunia?

Kita boleh bergantung kepada gas untuk sumber tenaga baru kita dan juga pendapatan eksport kita, jika kita mempersiapkan Negara kita. Dengan itu, kita tidak perlu tergesa-gesa menyamakan harga minyak Negara kita dengan harga dunia dan pada masa yang sama, kita kenakan pula road tax ke atas rakyat kita.

Syarikat gergasi minyak mendapat ‘windfall gain’ hasil kenaikan harga minyak dunia dan cukai ke atas ‘windfall gain’ mungkin mencukupi untuk memberikan lebih keselesaan kepada rakyat kita.

Nampaknya, kita perlukan kerajaan yang lebih prihatin, berhemah dan bijak untuk mentadbir kita semua.

12 comments:

Unknown said...

Minyak Naik Harga, 'hadiah' dari Pak lah selepas pilihanraya.

Tentu sebelum pilihanraya ke 12 yang lepas lagi sudah ada dalam kepala Pak Lah untuk menaikkan harga minyak petrol dan diesel yang telah pun dilakukan semalam (4 Jun 2008).

Tapi niat dan rancangan untuk menaikkan minyak itu terpaksa dirahsiakan sehinggalah selepas pilihanraya. Kalau diberitahu sebelum pilihanraya tentulah BN boleh kalah atau tidak membantu BN dalam pilihananraya kerana pada masa kempen itu parti pembangkang telah pun menabur janji untuk menurunkan harga minyak.

Semalam adalah kenaikan pertama selepas pilihanraya, dan akan dikuti oleh beberapa siri kenaikan lagi sehingga harga minyak yang dijual di pam minyak sama dengan harga di pasaran bebas. Maknanya di akhir nanti kerajaan tidak lagi mengawal harga minyak dan harga minyak petrol dan diesel di pam minyak tidak lagi harga bersubsidi.

Bagaimanapun kerajaan telah menawarkan sekim yang berbentuk bantuan wang petrol dan diesel kepada golongan yang berpendapatan rendah sebagai ganti sekim subsidi yang sedia ada.
Kita tidak pasti bagaimana penerimaan rakyat dengan sekim bantuan wang petrol itu. Mungkin rakyat terpaksa terima juga daripada langsung tak ada bantuan. Sekim bantuan petrol tidaklah sama seperti sekim subsidi sebelum ini. Dari sekim yang baru ini setiap rakyat dapat bantuan dari kerajaan berupa sejumlah wang yang tetap setahun sekali, tidak bergantung kepada berapa banyak minyak yang mereka gunakan.

Sebagai contoh sebuah motorsikal akan diberi bantuan duit minyak sebanyak RM150, kalau pengunanya kerap menggunakan motor tersebut tentulah RM150 itu tidak banyak dapat membantu. Tetapi kalau dengan sekim subsidi sebelum ini, harga minyak sentiasa rendah dan kita boleh menggunakannya seberapa banyak tanpa bimbang dengan pertambahan kos.

Katakan seorang yang menggunakan motorsikal membelanjakan RM50 sebulan untuk minyak petrol sebelum ini, maknanya sekarang beliau berbelanja RM70 sebulan untuk petrol setelah harga naik 40%. Untuk jumlah setahun sekarang beliau berbelanja sebanyak RM840, setelah ditolak duit bantuan minyak dari kerajaan sebanyak RM150, jumlah bersih ialah RM690. Tetapi untuk harga lama iaitu harga sebelum subsidi di struktur semula, beliau hanya membelanjakan sebanyak RM600 sahaja setahun.

Walaupun mungkin sekim baru ini tidak begitu menarik tetapi nampaknya ia merupakan mekanisma sangat berkesan untuk membasmi ketirisan dalam pemberian subsidi.
Apabila minyak petrol dan diesel dijual di pam dengan harga tanpa subsidi, sudah tentu tidak ada lagi subsidi yang tiris kepada warga asing, dengan itu kerajaan akan dapat menjimatkan perbelanjaan yang banyak.

Langkah kerajaan untuk berjimat ini memang bagus. Tetapi janganlah berhenti pada minyak sahaja. Sebelum ini telah banyak berlaku wang kerajaan dibelanjakan dengan cara yang tidak berhemah. Projek kerajaan dilaksanakan dengan cara yang membazir.

Janganlah hendaknya penjimatan dari duit subsidi minyak yang ditarik balik ini dialihkan pula untuk membangunkan projek-projek koridor Pak Lah dan akan masuk pula ke dalam poket kontraktor-kontraktor yang dianugerahkan tender untuk membangunkan projek-projek di koridor tersebut.

Rasuah juga perlu dibenteras dengan bersungguh-sungguh dan berkesan, amalan rasuah yang berluas-luasa menyebabkan kos projek menjadi lebih mahal dan mutu projek yang dihasilkan tidak memuaskan.

Di awal tahun 80 an bilangan kereta persendirian tidaklah sebanyak sekarang ini, masa itu yang bekerja sebagai guru pun tidak cukup kemampuan membeli atau menggunakan kereta. Tetapi sekarang ini hampir semua orang yang bergaji tetap boleh memiliki kereta.

Mungkin di awal tahun 80 an dulu kerajaan tidak ada masalah untuk memberi subsidi minyak kerana bilangan kereta tidak banyak seperti hari ini, oleh itu jumlah isipadu minyak yang digunakan pada masa itu tidaklah sebesar hari ini.

Kadang-kadang polisi kerajaan yang menggalakkan rakyat membeli kereta untuk menyokong industri kereta nasional juga telah menyumbang kepada pertambahan bilangan kereta dan minyak yang digunakan. Walaupun kita tahu sumber minyak dalam bumi tidak akan bertambah dan satu hari nanti ia akan habis dan kering juga namun minyak telah digunakan dengan cara yang paling tidak cekap.

Tidak hairanlah harga minyak akan terus meningkat kerana makin hari sumber minyak makin berkurang, sedangkan penggunaannya semakin bertambah.

Apakah semua orang perlu menggunakan kereta?

Sudah sampai masanya kita perlu memikirkan bagaimana kita dapat mengurangkan penggunaan minyak dan menggunakannya dengan cara yang paling cekap. Kita berjimat menggunakan minyak bukanlah semata bertujuan untuk menjimatkan berbelanjaan kita tetapi yang lebih penting lagi untuk melambatkan dunia dari kehabisan sumber minyak.

Tidak dapat dinafikan penggunaan minyak petrol dan diesel secara berlebihan dan tidak terkawal ini turut juga menyumbang kepada pencemaran alam dan pemanasan global yang mengancam kehidupan manusia di bumi ini.

Mungkin banyak kebaikan dan hikmah disebalik kenaikan harga minyak ini, sekalipun ramai rakyat yang mengundi BN pada pilahanraya yang lalu rasa menyesal mengundi BN disebabkan kerajaan BN telah menaikan harga minyak yang tinggi melambung ini.

Anonymous said...

Salam,
Terima kasih Datuk atas penjelasan berkenaan minyak. Banyak yang masih belum rakyat tahu. Saya tak layak nak cadang ape-ape cuma sekadar menyeru mereka yang berautoriti untuk mengajar rejim Pak Lah yang semakin tak bermaruah dan zalim.

Anonymous said...

Jangan jadi bodoh. Dia dah kalah teruk PRU12, x kan nak kalah lagik?

Anonymous said...

SAYA MEMANG SETUJU DENGAN EN.HUSAM MUSA DAN KITA PERLUKAN KERAJAAN YANG BIJAK DAN BUKAN KERAJAAN DOLLAH ATAU MONGOLIA YANG HANYA JAGA PERUT SEDIRI. SAYA BERHARAP SUOAYA KERAJAAN PAKATAN CEPAT MERAMPAS KUASA DARU BN DAN MENGURANGKAN BebaN RAKYAT.

TK

Anonymous said...

Kerajaan Abdullah seharusnya membetulkan dan menaikan taraf transport negara sebelum menaikkan harga minyak.Untuk menambahkan sumber kewangan negara,sememangnya tidak salah jika harga minyak dinaikkan-namun bukan dengan mengeringkan dompet rakyat.Kenaikkan harga yang mendadak hanya akan menyusahkan rakyat dan melahirkan rasa kurang senang terhadap kerajaan.Seharusnya,system bus,keretapi dan taxi harus diperbaiki.Kerajaan harus menjamin bahawa system kenderaan negara adalah terjamin dan mudah digunakan atau didapati sebelum menaikkan harga minyak.Buang semua projek mewah yang tidak bertujuan memberi kesenangan dan kemudahan kepada rakyat.Perbaiki semua jalan raya dan membetulkan projek jalan raya semua kesesakkan jalan raya dapat dikurangkan.Jaminan sedemikian,jika dijadikan realiti tentunya tidak akan menyinggung hati rakyat andainya harga minyak dinaikkan-taraf demi taraf.Jika minyak malaysia akan kekeringan dalam masa 7 atau 8 tahun akan datang,masa perubahan adalah sekarang.Rakyat berhak dijaga dan diberi kemudahan kerana mereka memilih kerajaan mereka.Kepercayaan sedemikian,yang diberi kepada kerajaan jika diambil ringan atau dihiraukan hanya akan merugikan bukan sahaja negara bahkan kedudukkan negara di mata dunia.Saya berharap Perdana Menteri dapat memulangkan semula harga minyak kepada harga asal buat sementara waktu.Ukirkan minat kerajaan tentang masa depan negara,yang semestinya menguntungkan rakyat sebelum menaikkan harga minyak.Dengan ikhlas,beri rakyat kepercayaan bahawa mereka dapat melindungi kepentingan rakyat.Bukan sahaja bumiputra bahkan semua golongan rakyat yang bergelar warga negara malaysia.Hentikan untuk merampas kuasa atau kedudukkan di kerajaan kerana yang menentukan itu semua adalah rakyat Malaysia dan bukan Mahathir ataupun Anwar.Perpecahan sedemikian bukanlah kerugian bagi mereka yang inginkan kuasa tetapi wang rakyat dan masa rakyat.Saya berharap Perdana Menteri dapat meluangkan sedikit masa untuk membetulkan harga minyak yang telah membebankan rakyat.Mulakan dengan cuba memikirkan jika gaji bulanan anda adalh RM1000 sebulan.Bolehkan anda hidup dengan mempunyai simpanan?Bolehkah anda menikmati sedikit kesenangan hidup?Jika semua harga naik,dimanakah kerajaan yang harus melindungi hak rakyat?Cukupkah pertolongan yang telah diberikan kerajaan?Ambil masa....duduk di kereta anda dan lihat sendiri kehidupan rakyat.Jika PM dapat tidur lena setelah melihat itu semua......maka kelihatan mimpi telah berpaut di mata sewaktu realiti bergambar di fikiran.

Saya... said...

Askm,
Dato Husam, kenaikan harga minyak is one issue, the other is the pressing need to push for a dinar based economy and for OPEC to stop standing by and count the windfall happily, instead of rising up as a united muslim ummah to stop the chaos and world hunger that is resulting from this manipulation of oil prices by the big four US hedge fund/speculative activities.

kenaikan artificial ini yang tiada kena mengena dengan true fundamentals or lack of supply in amat menghimpit warga dunia hany kerana ketamakan segelintir dan muslihat US untuk prop up dollar banananya.

I think of all the Malaysian politicians, only you I see that is the smartest, yang ikhlas, prihatin dan boleh dipercayai. I cannot even trust Dato Anwar to lead my nation.

Please push for the rich muslim nations to come together and pressure the US economy that speculation (as prohibited by Rasullullah saw) WON'T PROFIT!

And abour our agricultural situation, I am angry that as a fertile nation, we only can supply 50 percent of our nation's needs! After all these years, this basic self-sufficieny has been overlooked.

Prophet Yusuf's SEVEN YEAR RULE OF THUMB AGRICLUTURAL METHOD is our guide as muslims, tapi we failed to heed even that.

Paste this link and read about this here:
http://eprints.utm.my/5365/1/INSIST_2008.pdf

Now we are begging Thailand and India for rice! I fear the day when we actually face a real shortage and hunger situation for Malaysians. And it will happen. You and I know that, tapi kerajaan dan orang lain masih BUTA. Dan LEKA.

Help this country. Speak out louder. You are our best hope, Dato Husam.

Tehsin Mukhtar

Anonymous said...

Salaam..
I just cannot wait to be informed how many months worth of bonus my colleagues in Petronas will be getting this year and next.... and their perks and benefits.... sigh....

luaskanmata said...

Amww:

Didoakan usaha ke arah kesejahteraan rakyat sentiasa diredhai Allah S.W.T.

Setakat yang terdaya, saya menyumbang:

http://www.bprihatin.blogspot.com

Salam jihad.

kulatlapok said...

salam Dato'

Apapun sejarah yang Dato' nyatakan minyak di Malaysia ini adalah bukan untuk melindungi rakyat malaysia tetapi melindungi kroni-kroni ehem, ehem, ehem...!!!

Bab membanding-banding dengan negara jiran memnag paling cuba hendak membodohkan rakyat. Dua negara tu bukannya pengeluar minyak tapi 'TAHI MINYAK'.kenapa tak bandingkan dengan negara BRUNEI DS.?

ps*Saya baru balik Brunei rakyatnya mandi minyak di stesen Minyak.

http://www.kulatlapok.blogspot.com

Ahmades said...

Assalamualaikum,

Pandangan YAB memang tidak dapat dinafikan. Kenapa kita pengeluar perlu bayar lebih kepada sesuatu yang berasal dari negara kita? Haoran saya.

alioh said...

Anonymous
11:06 PM
Salaam..
I just cannot wait to be informed how many months worth of bonus my colleagues in Petronas will be getting this year and next.... and their perks and benefits.... sigh....

Saudara/i Anonymous,

Sila baca artikel ni yg ditulis oleh salah seorang staff Petronas tentang mitos bonus dan sebagainya lagi tentang Petronas. Untuk pengetahuan semua article dibawah ini dipostkan oleh Salad di blog Khir Toyo.Sampai sekarang Khir Toyo tak jawap serangan balas dari Petronas staff yg bengang dng stupid statement dari beliau. TQ

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Salad said...
PETRONAS' STAFF SALARY & BONUS

1) The salaries paid to PETRONAS' employees are not as high as people think. At best, they are just industry average. And these are not attractive enough for some who left PETRONAS to find work at other companies (mainly from the Middle East) which are willing to pay more. Why do they pay more? The oil and gas industry worldwide has been facing acute shortage of qualified or experienced personnel, so most companies are willing to pay lots of money to entice and pinch staff from their competitors.

Bonus? There has NEVER been a bonus amounting to 6 months or 12 months throughout the 33 years. On average, it is 2 months. But don't ever think we don't deserve it. We more than deserve it. A lot of us work really hard, some in the most extreme of conditions. Those who have been to and worked in northern Sudan, for example, would testify that it's like working in a huge blower oven. Southern Sudan, on the other hand, is almost all swamps and mud. Imagine having to go through that kind of heat, or waddling in muddy swamps, day in and day out.

QUALITY OF CRUDE & REFINED PRODUCTS

2) Malaysia produces about 600,000 barrels of crude oil per day (and about 100,000 barrels condensate). Of this crude volume, 339,000 barrels are refined locally for local consumption. The rest is exported (and yes, because it has lower sulphur content it fetches higher prices).

Malaysia also imports about 230,000 barrels of crude oil per day, mainly from the Middle East, to be refined here. This crude oil contains higher sulphur and is less expensive (so the country gains more by exporting our crudes). In Malaysia, this crude is processed by PETRONAS at its second refinery in Melaka, and also by Shell at its Port Dickson refinery.

Different refineries are built and configurated to refine different types of crude. And each crude type yields different percentage of products (diesel, gasoline, kerosene, cooking gas etc) per barrel.

But most importantly, products that come out at the end of the refining process have the same good quality regardless of the crude types. That's why PETRONAS, Shell and Exxon Mobil share the same pipeline to transport the finished products from their refineries to a distribution centre in the Klang Valley. The three companies collect the products at this centre accordingly to be distributed to their respective distribution networks. What makes PETRONAS' petrol different from Shell's, for example, is the additive that each company adds.

PETRONAS' ROLE, FUNCTION & CONTRIBUTION

3) A lot of people also do not understand the role and function of PETRONAS, which is essentially a company, a business entity, which operates on a commercial manner, to mainly generate income and value for its shareholder. In this case, PETRONAS' shareholder is the Government.

In 1974, when PETRONAS was set up, the Government gave PETRONAS RM10 million (peanuts, right?) as seed capital. From 1974 to 2007, PETRONAS made RM570 billion in accumulated profits, and returned to the Government a total of RM335.7 billion. That is about 65% of the profits. That means for every RM1 that PETRONAS makes, 65 sen goes back to the Government.

Last year, PETRONAS made a pre-tax profit of RM86.8 billion. The amount given back to the Government (in royalty, dividends, corporate income tax, petroleum products income tax and export duty) was RM52.3 billion. The rest of the profit was used to pay off minority interests and taxes in foreign countries (about RM7.8 billion - PETRONAS now operates in more than 30 countries), and the remaining RM26.7 billion was reinvested. The amount reinvested seems a lot, but the oil and gas industry is technology- and capital-intensive. Costs have gone up exponentially in the last couple of years. Previously, to drill a well, it cost about US$3 million; now it costs US$7 million. The use of rigs was US$200,000 a day a couple of years ago; now it costs US$600,000 a day.

A lot of people also do not realise that the amount returned by PETRONAS to the Government makes up 35% of the Government's total annual income, to be used by the Government for expenditures, development, operations, and yes, for the various subsidies. That means for every RM1 the Government makes, 35 sen is contributed by PETRONAS.

So, instead of asking what happens to PETRIONAS' money or profits, people should be questioning how the money paid by PETRONAS to the Government is allocated.

CRUDE EXPORTS & FUEL PRICES

4) A lot of people also ask, why Malaysia exports its crude oil. Shouldn't we just stop exporting and sell at cheaper prices to local refiners? If Malaysia is an oil exporting country, why can't we sell petrol or diesel at cheaper prices like other oil producing countries in the Middle East?

I guess I don't have to answer the first couple of questions. It's simple economics, and crude oil is a global commodity.

Why can't we sell petrol and diesel at lower prices like in the Middle East? Well, comparing Saudi Arabia and other big producers to Malaysia is like comparing kurma to durian, because these Middle Eastern countries have much, much, much bigger oil and gas reserves.

Malaysia has only 5.4 billion barrels of oil reserves, and about 89 trillion cubic feet of gas. Compare that to Saudi Arabia's 260 billion barrels of oil and 240 trillion cubic feet of gas.

Malaysia only produces 600,000 barrels per day of oil. Saudi Arabia produces 9 million barrels per day. At this rate, Saudi Arabia's crude oil sales revenue could amount to US$1.2 billion per day! At this rate, it can practically afford almost everything -- free education, healthcare, etc, and subsidies -- for its people.

But if we look at these countries closely, they have in the past few years started to come up with policies and strategies designed to prolong their reserves and diversify their income bases. In this sense, Malaysia (and PETRONAS) has had a good head start, as we have been doing this a long time.

Fuel prices in Malaysia is controlled by the Government based on a formula under the Automatic Pricing Mechanism introduced more than a couple of decades ago. It is under this mechanism that the complex calculation of prices is made, based on the actual cost of petrol or diesel, the operating costs, margin for dealers, margin for retail oil companies (including PETRONAS Dagangan Bhd) and the balancing number of duty or subsidy. No retail oil companies or dealers actually make money from the hike of the fuel prices. Oil companies pay for the products at market prices, but have to sell low, so the Government reimburses the difference -- thus subsidy.

Subsidy as a concept is OK as long as it benefits the really deserving segment of the population. But there has to be a limit to how much and how long the Government should bear and sustain subsidy. An environment where prices are kept artificially low indefinitely will not do anyone any good. That's why countries like Indonesia are more pro-active in removing subsidies. Even Vietnam (which is a socialist country, by the way) is selling fuel at market prices.

PETRONAS & TRANSPARENCY

5) I feel I also need to say something on the allegation that PETRONAS is not transparent in terms of its accounts, business transactions etc.

PETRONAS is first and foremost a company, operating under the rules and regulations of the authorities including the Registrar of Companies, and the Securities Commission and Bursa Malaysia for its listed four subsidiaries (PETRONAS Dagangan Bhd, PETRONAS Gas Bhd, MISC Bhd and KLCC Property Holdings Bhd.

PETRONAS the holding company produces annual reports which are made to whomever wants them, and are distributed to many parties and places; including to the library at the Parliament House for perusal and reading pleasure of all Yang Berhormat MPs (if they care to read). PETRONAS also makes the annual report available on its website, for those who bother to look. The accounts are duly audited.

The website also contains a lot of useful information, if people really care to find out. Although PETRONAS is not listed on Bursa Malaysia, for all intents and purposes, it could be considered a listed entity as its bonds and financial papers are traded overseas. This requires scrutiny from investors, and from rating agencies such as Standard & Poor and Moody's.

BOYCOTT PETRONAS?

6) The last time I checked, this is still a democratic country, where people are free to spend their money wherever they like.

For those who like to see more of the money that they spend go back to the local economy and benefiting their fellow Malaysians, perhaps they should consider sticking to local products or companies.

For those who like to see that the money they spend go back to foreign shareholders of the foreign companies overseas, they should continue buying foreign products.

FINAL WORD (FOR TODAY)

I'm sorry this is rather long, but I just have to convey it. I hope this would help some of you out there understand something. The oil and gas industry, apart from being very capital intensive, is also very complex and volatile. I'm learning new things almost every single day.

Anonymous said...

We the Rakyat, should evaluate and determine the kind of Leaders we want for our beloved country, Malaysia


Here are the Top 10 Qualities of a Good Leader

By David Hakala


--------------------------------------------------------------------------------


Leadership can be defined as one's ability to get others to willingly follow. Every organization needs leaders at every level. Leaders can be found and nurtured if you look for the following character traits:

A leader with vision has a clear, vivid picture of where to go, as well as a firm grasp on what success looks like and how to achieve it. But it’s not enough to have a vision; leaders must also share it and act upon it. Jack Welch, former chairman and CEO of General Electric Co., said, "Good leaders create a vision, articulate the vision, passionately own the vision and relentlessly drive it to completion."

A leader must be able to communicate his or her vision in terms that cause followers to buy into it. He or she must communicate clearly and passionately, as passion is contagious.

A good leader must have the discipline to work toward his or her vision single-mindedly, as well as to direct his or her actions and those of the team toward the goal. Action is the mark of a leader. A leader does not suffer “analysis paralysis” but is always doing something in pursuit of the vision, inspiring others to do the same.

Integrity is the integration of outward actions and inner values. A person of integrity is the same on the outside and on the inside. Such an individual can be trusted because he or she never veers from inner values, even when it might be expeditious to do so. A leader must have the trust of followers and therefore must display integrity.

Honest dealings, predictable reactions, well-controlled emotions, and an absence of tantrums and harsh outbursts are all signs of integrity. A leader who is centered in integrity will be more approachable by followers.

Dedication means spending whatever time or energy is necessary to accomplish the task at hand. A leader inspires dedication by example, doing whatever it takes to complete the next step toward the vision. By setting an excellent example, leaders can show followers that there are no nine-to-five jobs on the team, only opportunities to achieve something great.

Magnanimity means giving credit where it is due. A magnanimous leader ensures that credit for successes is spread as widely as possible throughout the organization. Conversely, a good leader takes personal responsibility for failures. This sort of reverse magnanimity helps other people feel good about themselves and draws the team closer together. To spread the fame and take the blame is a hallmark of effective leadership.

Leaders with humility recognize that they are no better or worse than other members of the team. A humble leader is not self-effacing but rather tries to elevate everyone. Leaders with humility also understand that their status does not make them a god. Mahatma Gandhi is a role model for Indian leaders, and he pursued a “follower-centric” leadership role.

Openness means being able to listen to new ideas, even if they do not conform to the usual way of thinking. Good leaders are able to suspend judgment while listening to others’ ideas, as well as accept new ways of doing things that someone else thought of. Openness builds mutual respect and trust between leaders and followers, and it also keeps the team well supplied with new ideas that can further its vision.

Creativity is the ability to think differently, to get outside of the box that constrains solutions. Creativity gives leaders the ability to see things that others have not seen and thus lead followers in new directions. The most important question that a leader can ask is, “What if … ?” Possibly the worst thing a leader can say is, “I know this is a dumb question ... ”

Fairness means dealing with others consistently and justly. A leader must check all the facts and hear everyone out before passing judgment. He or she must avoid leaping to conclusions based on incomplete evidence. When people feel they that are being treated fairly, they reward a leader with loyalty and dedication.

Assertiveness is not the same as aggressiveness. Rather, it is the ability to clearly state what one expects so that there will be no misunderstandings. A leader must be assertive to get the desired results. Along with assertiveness comes the responsibility to clearly understand what followers expect from their leader.

Many leaders have difficulty striking the right amount of assertiveness, according to a study in the February 2007 issue of the Journal of Personality and Social Psychology, published by the APA (American Psychological Association). It seems that being underassertive or overassertive may be the most common weakness among aspiring leaders.

A sense of humor is vital to relieve tension and boredom, as well as to defuse hostility. Effective leaders know how to use humor to energize followers. Humor is a form of power that provides some control over the work environment. And simply put, humor fosters good camaraderie.

Intrinsic traits such as intelligence, good looks, height and so on are not necessary to become a leader. Anyone can cultivate these leadership qualities.


--------------------------------------------------------------------------------