Sunday, April 20, 2008

Terowong Air Pahang-Selangor: Tak Perlu Bazirkan Wang

Banjir kilat adalah antara ancaman KL.

Sungai berasal dari Selangor hanya menumpang lalu KL. Sungai utama, Sungai Kelang dan semua anak sungai utamanya, Sungai Ampang, Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Kerayong, Sungai Jinjang, Sungai Baru dan Sungai Keroh, semuanya berasal dan berada di Selangor, kecuali melepasi KL sekejap.

Bagaimana Selangor dan KL dikatakan tidak mempunyai sumber air sendiri yang cukup dan perlu habiskan 10 billion untuk dapatkan bekalan dari Pahang. Banjir itu apa, kalau bukan air sudah lebih.

Kajian oleh beberapa pihak, termasuk oleh Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar, USM, menunjukkan jika program bersepadu pengurusan air dilaksanakan di Selangor, Selangor mampu meningkatkan 4 juta meter cubik bekalan air sehari berbanding jumlah maksimum hanya 2.5 juta meter cubik menggunakan terowong Pahang-Selangor.

Melalui pengurusan bersepadu, bukan sahaja Selangor boleh meningkatkan jumlah bekalan air dengan kos yang jauh lebih murah, malah dapat mengatasi isu banjir di Selangor dan KL.

Cadangan tentang konsep ini, telah pun dimajukan kepada PM dan bekas MB Selangor tetapi 10 B untuk pembinaan empangan dan terowong dari Pahang mungkin lebih 'lumayan dan menawan'.

Tidak hairanlah, Menteri Air agak 'cepat' mengumumkan dua hari lalu program terowong Pahang-Selangor akan diteruskan dan pada hari yang sama, Utusan melaporkan projek kolam takungan banjir berharga RM 140 juta akan dibina. Kenapa tak boleh difikirkan 3dalam satu: kolam bekalan air, takungan banjir dan janakuasa dengan wang yang sama?

Tan Sri Khalid diharap dapat berbuat sesuatu.

23 comments:

Hasbullah Pit said...

Banjir itu apa, kalau bukan air sudah lebih.


Selama ini pun saya tidak terfikir tentang logik seringkas itu.

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Setuju dengan cadangan dato' husam ,

sepatutnya dalam keadaan sekarang kita optimumkan segala sumber alam yang ada, gunakannya sehingga ke titik puncak untuk aplikasi kepada rakyat.

kamarul said...

Hadi Awang pernah kata 25 tahun lepas, "Kita tolak UMNO sebab dia berpakat sama orang kapir(MCA), oleh itu UMNO pun sama kapir"
25 tahun berikutnya, Hadi Awang berpakat dengan orang yg lebih kapir dari MCA iaitu DAP. Apakah maknanya kini PAS lebih kapir dari UMNO.
(Harap dapat disiarkan nukilan ini sekiranya ada kebebasan dalam bersuara dalam blog ini)

Anonymous said...

it's always easy to give new ideas. have you guys thought about cost effectiveness? practicality?

let's say we use the water in KL and batalkan the Pahang-Selangor project. wouldn't it be more hassling? think filtration. think extra cost. and are we going to allow more room for more diseases to come about?

what's 10bil if we have our health and welfare assured?

Anonymous said...

yerla YB, tak kan orang KL & S'gor nak di bagi minum air yg mmg dah tau tercemar sungai2 nye tu, x bape logik laa.. tapi why not try cara tu kat Kelantan dulu.. lagipun sungai kat kelantan blom bape tercemar.. boleh ler air paip masuk kg.. dan xler orang kg gali perigi dalam2 depan rumah lagi.. peace!

Anonymous said...

saya pengunjung setia blog Datuk, mungkin boleh singgah sebentar ke blog saya, ada sesuatu yang saya ingin kongsi bersama...

Anonymous said...

saya setuju dengan phillix. tak pernah kah terfikir tentang isu penapisan? we're talking about added COST and RISK. my cousin is a marine biologist; you have no idea how dangerous a single virus to remain in the water, let alone thousands of them! fikir lah sikit, everyone!!!

Anonymous said...

1. you have to think about filtration

2, you have to think about building the infrastructure

3. you have to restructure the entire KL to channel floodwaters to a place for filtration

4. you have to find a place for filtration

5. you have to build more hospitals because people will surely fall sick because no filtration system in the country is 100%

6. you have to spend MORE money convincing your people not to run out of KL in fear of drinking their own piss, their neighbor's piss, cockroach piss

so. preach to me about cost effectiveness and practicality again?

Anonymous said...

MANSUH DASAR ISLAM PAS ? DEMI KARPAL .. ! HIDUP PAKATAN RAKYAT .. ALLAHU AKBAR .. MAKKHAL SAKTHI .. KEADILAN RAKYAT
Pengerusi DAP Karpal Singh tidak mahu PAS atau mana-mana pemimpinnya termasuk Mursyidul Am dan Presidennya untuk menyatakan hasrat mahu memperjuangan lagi Negara Islam di Malaysia. Karpal mahu PAS menggugurkan agenda tersebut dari pejuangan partinya. Mengapa? Sebab kata beliau, Malaysia adalah sebuah negara sekular, dan ianya harus kekal begitu.
Oleh itu demi melayan kemahuan Karpal ayuhlah kita ubah PAS. Selepas ini jangan lagi PAS menjadi Parti Islam, sebab negara sekular tidak ada ruang untuk itu, dan tuntutan Karpal itu “valid” dan perlu diraikan. Mungkin perkara pertama yang perlu dilakukan adalah meminda Perlembagaan PAS dengan mengubah nama PAS kepada yang lain yang lebih relevan, mungkin Parti Kebajikan atau Parti Kesejahteraan.
Selepas itu PAS juga perlu memansuh beberapa perkara asas dalam Perlembagaannya antaranya Fasal 3 yang menyebut: Dasar PAS ialah Islam. Tukar sahaja kepada “kebajikan” atau “keadilan”. Mansuh juga Fasal 4 yang menyebut: Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR. Tukar sahaja kepada “Salam sejahtera” atau apa sahaja yang seumpamanya. Bagaimana pula dengan Fasal 5 yang menggariskan “tujuan” PAS? Ia menyebut bahawa antara “tujuan” PAS adalah memperjuangakn sehingga terlaksana nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum menuju keredhaan Allah. Ini tidak boleh kalau tuntutan Karpal mahu dilayan. Walaupun semangat peruntukkan itu telah kekal sejak penubuhan PAS pada 24 November 1951, namun demi Karpal eloklah ianya dimansuhkan sama-sekali. Cari sahaja tujuan lain yang tidak membawa konotasi Islam.
Begitu juga Fasal 6 yang memuatkan “usaha-usaha” PAS, mungkin dengan kerjasama Karpal kita boleh tubuhkan satu Jawatankuasa untuk menyemak semula Perlembagaan PAS. Jangan lagi ada walau sedikit unsur ke arah sebuah peradaban Islam. Hati Karpal perlu dijaga.
Saya percaya siapa sahaja ahli dan pendukung PAS yang tulin, yang membaca perenggan-perenggan di atas pasti panas hatinya, malah saya yang menulis pun sebenarnya tidak tergamak tetapi begitulah kalau kita berpendirian perlu untuk melayan tuntutan Karpal itu, pemimpin tertinggi DAP, yang dengannya kita berkongsi kuasa demi kebaikkan semua.
PAS adalah parti Islam, PAS adalah galang-ganti kepada penubuhan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 14 Mac 1948 dan kemudiannya diharamkan penjajah British. Perjuangan PAS sejak dahulu, dalam keadaan lemah dan terhina atau dalam keadaan kuat dan mulia, begitulah iaitu berpegang teguh untuk melaksanakan nilai-nilai kehidupan Islam, yang terbukti universal dan boleh diterima semua.
Kerana Islam inilah PAS berjaya membentuk kekuatan ahli dan jentera yang sangat berdisiplin, yang berkorban secara sukarela tanpa mengira upah atau ganjaran. Kekuatan ini bukan hanya diakui oleh lawan malah diiktiraf oleh semua termasuk ahli-ahli dan pimpinan parti Karpal sendiri. Siapakah yang telah berjaya meyakinkan orang-orang Melayu Islam untuk mengundi dan menerima DAP jika tidak jentera ini, siapakah yang telah memenuhi tenaga pilihan raya, polling dan counting agent termasuklah untuk calon-calon DAP jika tidak dari jentera ini. Di kerusi-kerusi “marginal” dimana DAP sangat memerlukan undi orang-orang Melayu untuk menang, siapakah yang telah bekerja mendapatkan kecenderungan ini jika tidak dari jentera ini.
Ramai ahli-ahli dan pemimpin PAS percaya yang ruang perlu diberikan untuk terus menerang dan memahamkan akan dasar dan perjuangan PAS khasnya kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Usaha ini malah sedang diteruskan dengan gigih bukan hanya kepada PR tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia. Cumanya sebagai kawan tindakkan Karpal akan menghiris perasaan kawan, dari situ akan timbul kebencian dans eterusnya ketegangan.
Suatu sikap dan pendirian segera perlu diambil. PAS bukan parti yang terdiri dari 10-20 orang, bilangan ahli-ahlinya berpuluhan ganda lebih besar dari DAP. Jangan sampai ahli-ahli PAS hilang kesabaran dan menuntut sesuatu yang akhirnya merugikan semua.
Samada kita akur dan melayan karenah Karpal atau kita bersama mempertahankan parti ini, bagaimana? YA ALLAH … KECEWANYA UMAT ISLAM HARI INI … PEREBUTAN KUASA SEKULAR DAN MENGHINA SYARIAT NABI MU … !

Anonymous said...

adakah sebahagian daripada cukai yang dibayar oleh rakyat jelata akan dibazirkan untuk menampung projek yang tidak menimbangkan kesulitan dan kos-kos tinggi yang akan dialami jikalau projek ini dilangsungkan? pernahkah kalian fikir bahawa kemungkinan projek ini akan melalui situasi yang sama seperti pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang terpaksa ditangguhkan?

raspintar said...

Perak banyak air
Tiada gunung yang perlu dikorek
Jimatkan wang.

magik-7 said...

Salam

Setuju dengan cadangan Dato' Husam.

Jangan membazir. Gunakan dengan jimat cermat.

Saya selalu mmasuk ke blog Dato'. Dan saya harap Dato' sudi melawat blog saya pula.TQ

www.magik-7.blogspot.com

ZULKIFLI BIN CHE NOH said...

Assalamualaikum w.b.t.
Dato'
-( )-
Baru2 ni saya ada mengunjungi sebuah laman forum, salah seorang daripada mereka telah mencadangkan satu tajuk yang sangat menarik iaitu pandangan mengenai tahap kebersihan di Kelantan. Secara keseluruhannya, majoriti panel forum itu bersetuju tahap kebersihan di bandar2 di negeri Kelantan masih ditahap yang rendah. Hasil daripada forum tersebut telah dimuat turunkan dan diserah kepada Exco Kerajaan Kelantan sebagai memorendum.
-( )-
Kerajaan negeri baru2 ini seolah2 menyatakan kekesalannya kerana gagal mendidik rakyat terutama warga kota untuk menjiwai budaya bersih. ‘Kempen Jumpa Sampah Kutip’ seolah2 tak berbekas di hati rakyat. Namun, pihak kerajaan negeri tak seharusnya berputus asa dalam merealisasikan salah satu dari 5 tonggak Bandaraya Islam iaitu kebersihan. Kajian demi kajian mencari pendekatan baru yang lebih efektif perlu dicari dengan segera. Sudah lama imej Bandaraya Islam seolah- olah tercemar dek kerana isu kebersihan.
-( )-
Sememangnya saya tak senang duduk bila keadaan ini seolah- olah tidak diambil ‘concern’ oleh pihak MPKBBRI. Sebagai seorang pengembara, saya mengimpikan seten bas Kota Bharu sebersih Melaka Sentral. Pasar dan kedai makan di Kota Bharu seelok R&R Ipoh Utara, tandas awam se-eksklusif di Dataran Shahbandar, Terengganu.. Tetapi sampai sekarang saya isu ini tak mampu saya jawab jika ada orang luar hujahkan. Saya hanya mampu tunduk dan membisu. Malu.
-( )-
Saya pernah mencadangkan kepada pihak MPKBBRI melalui sistem aduannya, bahawa untuk mengatasi masalah ini kita perlu menswastakan kerja2 pembersihan dan penceriaan bandar kepada kontraktor swasta. Hal yang serupa dilakukan dan terbukti berjaya di tempat2 yang saya sebutkan tadi. Dan bukannya hanya menggaji seorang makcik tua yang menyapu sampah umpama melepaskan batuk di tangga. Nampak gayanya sampai bila pun Kota Bharu takkan bersih. Memastikan kawasan sentiasa dalam keadaan sangat bersih secara tak langsung mewujudkan rasa segan masyarakat untuk membuang sampah.
-( )-
Saya sangat bersetuju kepada satu kaedah yang dicadangkan oleh George L. Kelling dan Catherine Coles dalam bukunya a criminology and urban sociology yang diterbitkan pada 1996. Mereka mencadangkan suatu kaedah yang terbukti sangat berkesan menurunkan kadar jenayah vandalisme dan kebersihan seperti mana dipraktikkan juga di negara Jepun, Amerika dan beberapa Negara maju yang lain. Fixing Broken Windows Theory atau teori tingkap pecah ini menggunakan suatu konsep yang sangat mudah tetapi sangat berkesan. Sebagai contoh, Sesuatu kawasan yang kotor jika dibersihkan dengan baik, secara konsisten akan menyebabkan timbul rasa segan secara beransur2 dan seterusnya fenomena membuang sampah di kawasan itu akan terhenti.
-( )-
Sebaliknya apa yang berlaku di tempat kita, proses pembersihan kawasan tak dilakukan dengan sempurna, jadi masyarakat akan rasa tak bersalah walau sekelumit untuk membuang sampah kerana menganggap kawasan itu memang kotor. Malah sekeliling tong sampah yang kotor juga mempengaruhi masyarakat membuang sampah di luar tong. Betul tak?
-( )-
Oleh itu, saya berpendapat, kaedah kempen psikologi ini lebih berkesan daripada denda dan paksaan yang membuahkan manusia yang takutkan denda bukannya cintakan kebersihan.
-Qard jr;
‘Kebersihan sebahagian dari kesempurnaan Iman’

MARSLI N.O said...

Pak Husam: Sekarang ni saya tengah kempen berhenti merokok. Lawatlah kat "klinik" saya.

Anonymous said...

putra ado dok?
:kemahkemin: demo!

abu haniff said...

kat mana saya nk send pic masjid gua musang yg sangat kotor ni dato'

RinG said...

To Clarisse Yap,

all you said is about money. but think again, making those water tunnel need much more money you know. the cost of maintanence is greater. somehow i'm afraid there will be some money lost along those long pipe.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam..

air selangor-pahang...

air kelantan kotor sangat tak ambil peduli... sungai kelantan dah kotor dicemari pembangunan korekan pasir dan 'sumbangan manusia'...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Assamualaikum,


Saya dengan segala hormatnya mempelawa semua untuk sama-sama dalam Komuniti Kebajikan Rakyat dan saya ingin kongsi peluang dalam Program Kebajikan Ummah. Moga dengan menyertai bersama dalam PKU ini dapat kita bebaskan diri dari kesempitan kewangan berikutan kenaikan harga minyak ini.

Maklumat lanjut boleh layari www.pkummah.blogspot.com

Terima kasih.

Adi.
0162339234

Anonymous said...

banjir tu sebab hujan,sistem perparitan tersumbat sebab cina2 DAP kat KL tu pengotor buang sampah dalam sungai..bukan sbb lebihan air kat sungai..kalau tak hujan tengok la air kat sungai kelang tu,bukan mengalir pon..aku dok kl aku tau la..nak minum air sungai kelang pon tak selera walau dah proses mcmana skali pon..cina2 kapir tu berak kencing semua kat sungai..husam, kalau setakat nak bercakap sapa2 pon boleh cakap..bab perlaksanaan mcmaner?kat kelantan pon ada area air paip slow mcm kencing tikus..

al mizan - 017 7165890 said...

terowong kelantan-terengganu,, untuk bersihkan air kat terengganu, huhu

Anonymous said...

"Banjir itu apa, kalau bukan air sudah lebih."

aisemenn.. dato'

dato tak terpikir ke.. lautan kita berapa peratus.. daratan berapa peratus .. dan mengapa air bersih yg boleh diminum dalam dunia ni hanya 3% sahaja??

bagi saya kenyataan "air sudah lebih" diatas tidak boleh digunapakai langsung..sedangkan banjir tu bila tiba musim ujan jer atau ujan lebat secara mendadak.. kalo musim kering/kemarau macamana?? nak cekau air dari mana??

ataupun kita mulakan dengan dato dulu mengguna pakai air lebihan tersebut.. amacam..
-----------------------
penyelesaian sebenar utk selangor adalah bersihkan sungai.. gunakan air sungai yg bersih utk dirawat.. dan utamakan penjagaan sungai.. kerana sungai bersih kos utk merawat air pun kurang.. kalo boleh bagi cadangan kat PKR hapuskan ladang babi..supaya sungai lebih bersih..

p/s: dato sokong ke cadangan PKR bina ladang babi moden.. cina ramai kat singapore pun tak bela babi dengan kaedah moden.Saya tidak bangga jika berjalan kat luar negara ternampak daging babi yg tertera "Product Of Malaysia".

p/s2: harap dato approve komen ini jika dato berfikiran terbuka..

airkita.my said...

Everything must be transparent and meet a strictly due-diligence. Kalau takat bangkang sembrono tak guna juga.

I setuju dengan pendapat Naza.