Fakta tentang minyak dan gas.
a. Minyak kita belum kiamat
Laporan tahunan Petronas mencatitkan minyak kita dapat bertahan 20 tahun lagi, bukan tujuh lapan tahun seperti dibisingkan oleh BN. Tak perlu terburu ikut harga dunia.
(The Group's (Petronas)continuous effort to replenish the nation’s hydrocarbon resources have resulted in a fairly constant reserve life for Malaysia – an average of 20 years for crude oil and condensates and 34 years for natural gas reserves respectively, at current rates of production. (Laporan Tahunan Petronas 2006)b.
Kenapa rakyat dibohongi?
b. Rizab minyak kita bertambah, bukan berkurang
Sejak 1980, rizab tersimpan minyak kita ialah 3 billion tong. Sejak itu, kita telah mengeluarkan lebih dari 4 billion tong tetapi pada tahun 2008, rizab minyak kita semakin bertambah iaitu kini 4 billion tong. Bermakna, kita di tangga ke 28 di dunia.
Kenapa ini berlaku? Kita menemui sumber baru setiap masa.
c. Nisbah temu ganti kita kekal tinggi
Minyak yang kita keluarkan diganti oeh penemuan baru - dikenali sebagai 'replacement ratio'. Berdasarkan rizab dalam negara, 'replacement ratio' kita ialah 1.8. Satu liter yang kita keluarkan hari ini mempunyai ganti dengan kadar 1.8 liter sumber baru.
Berdasarkan sumber luar negara yang diterokai oleh Petronas, kadarnya ialah 3.4.
Jadi, mengapa kerajaan begitu panik dan sanggup mendera rakyat?
Mana angka ini diperolehi? Lihat Laporan Petronas sendiri.
(One of the Group’s (Petronas)significant achievements in the E&P sector during the year was its success in replacing more hydrocarbons than what was produced in Malaysia, with a respectable Reserves Replacement Ratio (RRR) of 1.8 times, which is amongst the highest in the industry (based on 2006 report).
Tetapi rakyat dinafikan dengan nikmat ini kerana kerakusan. Ikut laporan ini, kadar penggatian baru kita adalah tertinggi dalam industri! Kenapa fakta ini tak ditonjolkan?
d. Kita kaya dengan gas tapi kita tak guna sepenuhnya
Kalau kita gunakan sepenuhnya gas kita untuk kenderaan, kita boleh jimatkan penggunaan minyak dan dapat sumber tenaga yang lebih murah kerana kita ada sumber gas yang kaya.
Rizab gas asli adalah kira-kira 75 trilion kaki padu, bersamaan kira-kira 13 billion tong minyak mentah berada di tangga ke 13 dunia. Ini bermakna bahawa rizab gas asli Negara adalah lebih 4 kali ganda rizab minyak mentah.
Pengeluaran gas asli Negara adalah kira-kira 2.2 trilian kaki padu setahun, bererti rizab yang sedia ada akan bertahan untuk tempoh 35 tahun. Usaha cari gali masih diteruskan dan angka ini akan meningkat.
Malu Petronas dan Kerajaan BN kerana perancangan tenaga yang begitu lemah. Apa yang mereka tahu ialah naikkan harga minyak sesuka hati.
Secebis fakta ini boleh jadi ukuran samada rakyat berpuas hati dengan potongan elaun PM atau menukar PM dengan PM yang baru.
3 comments:
assalamualaikum......salam sejahtera. kita memang patutTUKAR KERAJAAN jika pok loh x dapat potong gaji dan elaun mereka sekurang2nya 50% atau lebihh.. kalu x kita buat perancangan untuk tukar pm loni kepada pm Pakatan Rakyat... supaya rakyat tidak terus menderitaaaa....insya'Allah.Allahuakbar!!!
tukar kerajan pakatan rakyat pun sama jer......
hang pun menderita dan deritaaaaa
-PRnajis-
Anda ni dlm situasi teruk, setiap perkara dan peristiwa berlaku dilihat dalam kacamata 'opportunis', orang kematian tidak terkecuali dipolitikkan, masya Allah !
Post a Comment