Wednesday, April 09, 2008

Kijang Care - Azreen - Anda


Bapa Azreen telah punyai passport, beliau akan terbang menemui Azreen yang hilang empat bulan lalu.

NST semalam membawa laporan menarik tentang penemuan ini;

"I never dreamt we would ever see her again.

"It is a miracle and I am grateful to all those who helped locate her," Che Ishak said.

"Kijang Care and Migrant Care are helping me make arrangements, including the cost of the trip. I hope to leave by next week to bring my daughter back," he said.

Che Ishak said he was referred to Kijang Care by a friend who told him that it (Kijang Care) may be able to help him locate his daughter.




Kijang Care bersyukur, tindakan cepat dan tabah team Migrant Care di Lombok , dalam tempoh empat hari, Acreen berjaya ditemui, diselamatkan dan dijaga. Bapa Azreen, penoreh miskin dari Negeri Sembilan, tidak mudah untuk membayar RM 300 untuk mendapatkan passport. Apa lagi, tambang untuk terbang ke sana. Migrant Care dan Kijang Care, atas bantuan anda, menjadikan mimpi kecil keluarga Azreen satu kenyataan.

Pihak berkuasa dengan segala agensinya, walaupun terlambat, harus merasa terpanggil dengan jeritan-jeritan manusia kerdil seperti Che Ishak dan keluarga mereka. Empat bulan terlalu lama, untuk satu tindakan berkesan dan jika petugas kerdil Migrant Care, selepas bertungkus lumus selama empat hari, boleh melakukannya, bayangkan....

Kijang Care berhasrat membina kehidupan baru bagi Azreen bersama keluarganya, bukan lagi rasa terhimpit dan suasana lama yang akan meresahkan anak kecil ini.

Kali ini, selain para pembaca budiman akan terus membantu Kijang Care dengan sumbangan anda, kita berharap Kerajaan Negeri Sembilan boleh tampil mengambil bahagaian.

Mulanya, saya berhasrat untuk terbang bersama bapa Azreen menemui anaknya di Lombok dan mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Gabenor Lombok dan semua pihak yang telah bekerjasama.

Masa tidak mengizinkan dan mungkin ADUN PAS Paroi, YB Taufik atau Pesuruhjaya PAS N Sembilan, Sdr Zul, boleh ikut terbang untuk menambah ikatan silatur rahim serumpun dengan rakan-rakan di sana.

10 comments:

budd said...

Azreen ni yg mana 1 Dato'? Ad pic tak? Tk smpat nak follow sgt kejadian2 terkini. Byk sgt org ilang kan loni. quite scary. Dato sihat ke?

pua kang kang said...

well done team migrant care

Anonymous said...

Assalamualaikum..

mhn YB respon kepada Ustaz,mhn respon mengenai kedatangan pengurus dan pemain kelab bola sepak Chelsea yang merupakan warga Israel ke negara ini

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt

YB, pertama sekali saya menyanjungi keprihatinan kijang care ke atas permasalahan yang dihadapi oleh rakyat miskin terutamanya.

Oleh yang demikian saya ingin turut serta dalam usaha menambah dana ke dalam tabung kijang care dengan cara perkongsian komisen.

harap YB dapat pertimbangkannya.

Sila layari teman-islam.blogspot.com

sekian.
Azizi Saidin
Peniagaan Berkebajikan

Anonymous said...

Saya ingin membantu kijang care.

Mohon lawati blog saya teman-islam.blogspot.com.

Mungkin perniagaan saya dapat membantu.

bro brotherhood, said...

Asl'kum bro Husam,

Bingo! Itu adalah suatu cadangan yg bernas dan logik dipertimbangkan..heheh.. 3 in 1...cita rasa sekarang ini..
Di harapkan bro Husam dapat mengeluarkan banyak lagi idea yg bernas.. You remind me of Tun M during his younger days.. I hope God have granted you a vision to the righteous path amids a moderate way of life.. The Addin of Islam.. May Allah Bless you with knowledge and wisdom bro Husam, insyaallah..

SAY NO TO NWO!!

magik-7 said...

Salam YB..

Saya begitu meminati YB.

Harap YB dapat melawati blog saya:www.magik-7.blogspot.com

Terima kasih atas segalanya..

Anonymous said...

lihat lah blog kehancuran UMNO

www.raksasabn.blogspot.com

abu haniff said...

Assalamualaikum YB, mohon ambil perhatian dengan kebersihan di Masjid GUa Musang yng menjadi persinggahan orang datang ke Kelantan saya ada pic dia, pohon dipantau lebih kerap...terutama musim cuti..mmg sampah melimpah ruah kt dalam tong, ini imej negeri kita

Anonymous said...

salam,

awat blog ni dah tak up date?