Selepas singgah berjumpa mata dengan Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri, Sdr Fairuz di Komtar, kami mengambil kesempatan melawat saki baki kampung Melayu yang belum ditelan 50 tahun peminggiran tersusun UMNO-Gerakan.
Derita - itulah kata-kata penduduk kampung yang kami temui di Tanjung Tokong dan Jelutung.
Mereka diburu - UDA yang diamanahkan oleh Tun Razak pertengahan 70an, kini doremon yang cukup mereka takuti. Mereka luahkan dalam bentuk foto pimpinan pembangkang, kain rentang, bendera roket, bulan dan keadilan - setiap pelusuk kampung. Apa lagi jika bukan kemarahan, hilang kepercayaan dan kebencian - kepada BN. Tidak hairanlah, BN kecundang.
Rakaman lensa spontan ini adalah rakaman sebuah kebangkitan dan pengharapan. Juga sebuah derita di bumi sendiri. Sebuah lukisan kegagalan yang amat nyata. Sebuah monumen hidup tentang peminggiran Melayu untuk tatapan UMNO tentang erti perjuangan mereka yang telah hilang.
Tuesday, March 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
Salam Brother Husam...
UMNO is not only a common enemy for the poor and suffering Malays but they are also a deadly & silent adversary of Islam. I'm sure PAS knew that well.
Malay Women in Malaysia
Beberapa hari sebelum pru12 hati dan fikiran saya berbelah bagi samada hendak pangkah BN atau BA. Semuanya kerana medium internet dan Harakahdaily yang sebenarnya membuka mata saya akan keadaan sebenar senario politik Malaysia. Saya seumur hidup tidak pernah pergi ceramah mana2 parti.Saya akan jauhkan dari diri saya perkara ini.
Bila tiba hari mengundi, saya masih was-was, terdetik di hati, "rasa ada yang tak kena dgn pilihanraya kali ni, tak sedap hati betul" saya memang dapat mengagak satu keputusan upset pada pru12 kali ini.tp taklah sampai 4 negeri BA dapat kebas!
Dan bila semua menjadi nyata, baru saya sedar, selama ini apa perasaan org melayu terhadap umno khususnya dan BN amnya. Bukan hanya melayu tetapi cina dan india juga hilang kepercayaan terhadap BN. Selepas pru11, BN memang kuat, tak salah jika saya katakan angkuh. maka itulah puncanya segala masalah rakyat dipinggirkan.
Ikhlas saya katakan, BA mampu mengubah Malaysia. Rakyat telah beri peluang, nah! sekarang buktikan kemampuan anda semua. Orang melayu telah memperjudikan nasib mereka dengan menyokong BA. Hargai sokongan mereka ini dan buktikan BA lebih baik dari BN.
Beberapa hari sebelum pru12 hati dan fikiran saya berbelah bagi samada hendak pangkah BN atau BA. Semuanya kerana medium internet dan Harakahdaily yang sebenarnya membuka mata saya akan keadaan sebenar senario politik Malaysia. Saya seumur hidup tidak pernah pergi ceramah mana2 parti.Saya akan jauhkan dari diri saya perkara ini.
Bila tiba hari mengundi, saya masih was-was, terdetik di hati, "rasa ada yang tak kena dgn pilihanraya kali ni, tak sedap hati betul" saya memang dapat mengagak satu keputusan upset pada pru12 kali ini.tp taklah sampai 4 negeri BA dapat kebas!
Dan bila semua menjadi nyata, baru saya sedar, selama ini apa perasaan org melayu terhadap umno khususnya dan BN amnya. Bukan hanya melayu tetapi cina dan india juga hilang kepercayaan terhadap BN. Selepas pru11, BN memang kuat, tak salah jika saya katakan angkuh. maka itulah puncanya segala masalah rakyat dipinggirkan.
Ikhlas saya katakan, BA mampu mengubah Malaysia. Rakyat telah beri peluang, nah! sekarang buktikan kemampuan anda semua. Orang melayu telah memperjudikan nasib mereka dengan menyokong BA. Hargai sokongan mereka ini dan buktikan BA lebih baik dari BN.
Dear Sir, what you have said is absolutely true. Even if Gerakan is a Chinese based party, it was under Umno's supervision all the while. All the working mechanism is being held by Umno.Just one call from majlis tertinggi Umno..Gerakan goes popeye. So there is no reason what so ever to blame others except themselves. The biggest enemy of Malays are "greedy Umno" leaders.
Tidak bersetuju dengan pandangan saudara. Perlukan homework lebih untuk menyatakan dengan jelas kenapa melayu terpinggir di PP. Politik di PP berbeza kerana cina mengamalkan perkauman untuk survival di Tanah Melayu. Sebenarnya tidak susah hendak mengupas objektif dan hasrat dalam jiwa seseorang ahli politik PAS dan DAP. Semua orang tahu cita-cita mereka. Cuba dulu... cuba dulu... sampai bila nak cuba kalau kita tahu mereka tidak mampu, tidak berkebolehan dan mementingkan diri/kaum/ahli/kroni/puakkkkk... sahaja. Jangan bila nak memerintah rasa boleh memerintah sebab hanya bergantung kepada kakitangan Kerajaan yang dah tahu kerja masing-masing. Hampa pi hanya sebagai protokol/tokong saja. Tak tau nak formulate dasar pemerintahan. Melayu perlu bersatu dengan cara tersendiri. Jangan sampai last mini hingga kampung tergadai baru mengelabah nak bersatu.
Salam YB,tahniah diatas kejayaan besar PRU-12 diKelantan baru2 nie.dari pemerhatian saya sebagai salah seorang petugas PAS dikawasan saya,saya dapat simpulkan disini bahawa walaupun PAS telah memerintah selama 4 penggal di Kelantan tapi masih tiada satu pun balai raya atau markas tempat dimana dengan adanya tempat sebegitu dapatlah aktiviti2 untuk orang kampung dapat dijalankan,bantuan bantuan yg sepatutnya sampai ke kampung2 seperti computer atau mesin2 jahit atau mesin2 yg dapat menjalankan industri desa sesebuah kampung tidak dapat di salurkan kerana tiada tempat yg sepatutnya diletakkan.kita lihat hari ini masalah sosial dikampung2 banyak sekali terjadi,jadi dengan adanya balai raya atau markas PAS kawasan,ianya dapat dibendung dengan anak muda sibuk belajar computer atau jalankan kerja industri desa.Masalah tempat meeting atau perjumpaan ahli PAS semasa menjelang pilihanraya atau hujung minggu dapat diatasi.kita dapat lihat menjelang PRU masalah markas sering menjadi isu.dimana nak buat,tanah siapa,besar mana dan lain2 lagi.so,diharap balai raya atau markas PAS ini dapat direalisasikan pada setiap kampung untuk kemajuan kampung dan kelantan amnya.TAKBIRRRRRRRRRRRRRR
pak lah tak dapat nak bela nasib melayu di negeri sendiri..apa lagi di malaysia...tido lagi pak lah...paklah dah buta hati...melayu penang sama saja dari dulu...bukan masalah bangsa..cina, melayu, india bole hidup sama tapi dasar kerajan yg meminggirkan lagi bangsa2 ni di bumi yg dianggap tanah air oleh bangsa2 ni...Alhamdullilah...rakyat Malaysia dah sedar..better late than never...
SEJAHTERA SEKALIAN
JANGANLAH KIRANYA BERLAKU KEJAM SESAMA MAKHLUK.
SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DUNIA INI ADALAH FANA'.
GUNAKANLAH SEBAIKNYA DUNIA SELAGI NYATA DI DUNIA.
SESUNGGUHNYA TIADA APA YG MAMPU MENGATASI KUASA ILLAHI.
SEMOGA KEBENARAN DAN KEBAHGIAAN BERSAMA SELAMANYA
Memang benar, Saudara. UMNO selama ini hanya pentingkan isu materialisma untuk diri mereka tanpa menghiraukan soal bangsa dan menggunakan isu ketuanan Melayu semata-mata kepentingan sendiri. Malulah .....
Lah
salam...
kesian penduduk kampung tu...
tak pasal2, jadi org asing...
harap kerajaan barisan nasional ambil tindakan yang bijak...
wassalam.
Discrimination69
Umno memang selama 50 tahun adalah musuh Melayu dalam selimut. Bila bangsa dan ugama di pergunakan, itu mulanya politik memecah belah kaum supaya yang lemah dapat ditipu dan di pergunakan untuk menyokong tokoh tokoh UMNO yang mementingkan wang dan kekayaan diri. Bilakah orang Melayu sedar penipuan semua ini? Orang Cina dan India boleh berbahas dalam 2 atau 3 atau lebih bahasa dan fasih dalam bahasa Melayu, orang Melayu hanya boleh bebahas dalam bahasa Melayu sahaja, ada juga orang Melayu gagal dalam bahasa Melayu sendiri di SPM. Tolong buka mata dan pemikiran dan jangan lagi tertipu olih UMNO. Bahasa Melayu adalah bahasa negara kita untuk semua kaum, apalah salahnya kalau kita fasih lebih daripada satu bahasa? Ada rugi ke? Bila politik gunakan agama dan bangsa,,jaga jaga lah...FIKIR sendiri dan jauhkan diri daripada maksiat UMNO.
utuk zabida
saya tak setuju ngan kamu ,apa la kamu ni tak nampak lagi ke 50 tahun umno perintah ppinang tau! tengok la apa jadi org melayu kat sana ,kamu kata jangan sampai tergadai kampung baru mngelabah hah! memang dah tergadai pon dibawah umno la jadi tergadai.kamu tak nampak ke heeeeeeeee!! ke kamu ni kroni dia org dulu sampai lupa org bawahan sperti kami ni heeeeee!! geramnya kat pompuan sorg ni aku yg tak mngaji tingi mcm kamu pon bole pikir, apa la bikin malu ja...kamu kata tak reti perintah tengokla kelantan dah masuk pngal ke5 bawah pas,tu tak reti perintah ke!kamu tau tak BN masa merintah kelantan tinggalkan hutang sebanyak Rm200juta pada kerajaan pas kamu tau tak!sekarang hutang tu dah hampir2 habis dibayar tak sampai10juta yg tinggal kamu tau tak!!CElik la mata kamu n fikiran kamu tu,Umno mmang mnjahanamkam bangsa melayu...sebab tu aku pangkah BA baru ni aku dah meluat tingok BN yg penipu,rasuah,n pentingkan kroni jeee heee!!!zabida kamu kata kan sbnarnya BN la yg pntingkan kroni n puak heeee!!!Ha pasal kakitangan kerajaan plak ni nak bagi tau zabida kerajaan yg ada sekarang ni dibawah pakatan BA yg berbeza dr BN yg suka mmpebodohkan rakyat mngambil pluang kelemahan rakyat dan mnjadikan rakyat mangsa kerakusan BN,tapi skarang BA dah printah kakitangan bole kja mcm biasa tak ada nak pecat2 tampa sebab,nak bagi pluang kat kakitangan kerajaan bandingkan pbezaan pmerintahanBN-BA supaya kamu dapat lihat kbenaranya,tengok contoh MB kedah yg baru ust azizan dia tolak peruntukan wang kerajaan utuk baiki pagarrumahnya Kamu tu tak!!!DIa kata apa kau tau tak!!!ni aku bagi sedutan akhbar harakah baca tak harakah!!baca la baru kamu tau!!!saya baca semua bharian utusan semua kamu takan tak baca,ni sedutan ambik!!KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak menolak peruntukan kerajaan negeri untuk membaik-pulih pagar kediaman rumah beliau kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Khalid menjelaskan penolakan Ustaz Azizan setelah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan pihak polis menyarankan agar pagar rumahnya diperbaiki menggunakan peruntukan sedia ada.
Ini kerana pihak UPEN dan polis yang melawat rumah Ustaz Azizan tempoh hari menasihati beliau untuk membina pagar berkenaan atas faktor keselamatan, kata Helmi.
"Kata MB kalau untuk kediaman peribadi beliau akan membiayainya menggunakan duit sendiri dan bukan peruntukan kerajaan negeri," kata Helmi memberitahu Harakahdaily.
ok rasanya dh panjang ni harap allah bukakan la pintu hati mu ya allah berikanla hidayah pada zabida said...amin2 amin sebagaimana kau berikan hidayah pada ku sebelum ini yg karat biruuu...ahh!!! umno penipu melayu
quite artistic also the photos...why don't you blog on wordpress. ;) tks for letting me photograph you. ;) cheers!
UMNO memang selalu berselindung di balik sejarah. inilah yang bakal berlaku di johor tidak lama lagi khususnya dengan kewujudan wilayah pembangunan iskandar. macamana orang johor boleh tak sedar lagi ni...peik betul.
Makluman kepada semua: harap dapat tolong hebahkan blog saya mengenai wilayah pembangunan iskandar (wpi) kepada ramai khususnya orang johor. semoga sumbagan saya yang tak seberapa ini boleh menyedarkan pemimpin dan rakyat johor tentang kesan wpi. lawat:
http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/
terima kasih
assalamualaikum tuan husam,sayang tuan tidak melawat tanah wakaf kampong makam tn hj kassim dijalan dato keramat pulau pinang,ditengah-tengah georgetown yang bernilai jutaan ringgit ,yang mana dari dahulu umno/bn punya perancangan nak songlap berpakat dengan maipp ,mppp untuk buat duit ,mereka nak musnahkan tanah yang diwakafkan Allahyarham tn hj kassim dengan pelbagai projek untuk poket mereka & kroni umno/bn !macam dijelutong dan tg tokong ,sekarang mungkin mereka sedang fikir camna pulak nak putar sebab dah tukar kerajaan ! jika kerajaan pulau pinang dibawah lim guan eng dapat siasat kes nak tipu tanah wakaf dan juga kampong-kampong melayu saya rasa umno/bn akan kencing & berak dalam seluar atau kain !
To azlee,berfikiran luas la sikit,fikir. Kerajaan negeri khususnya kelantan mana ada duit buat suma tu, tanggungjawab kerajaan pusat yg kayaraya dengan duit tol,minyak & duit rakyat yg diperah buatlah benda tu.Lagipun negeri lain bukan ada sangat jugak pun.
To Azida,saudari Melayu Penang ke? Patutlah Melayu Penang tak maju.
Salam,
Discrimination69 has pointed out the gist of the problem with the combination of the points given by other bloggers here.
Zabida... kampung melayu dah tergadai lama dah pun...by whom? You should ask the question to UMNO & BN.
It is sad to see the scenario in Penang facing by Malays but we couldnt possibly pin point Chinese as the perpetrator but to look at the root of the problems.
If UMNO fought for Malays in Penang all this while (all those glorified UMNO years with BN)... do u think the state of living for Malays would be that bad? Let me emphasize...not the rich malays...the kampung malays tauuuu!!
To undo (will take more than 1 term) it will take more than the empty talk. Its COURAGE & CARE by the the BA.
Insyallah. What say you Dato'?
mujo saya org klate....pas jaga...:) adanya orang supo datuk husam, alhamdulillah....takbirr!!!!!!
trima kasih datuk husam ...jaga klate...takbirr!!!!
Sejak PAS ditubuhkan sehingga terpaksa keluar dari Perikatan, UMNO bukan lagi memusuhi Melayu. Malah memusuhi Islam itu sendiri. Dan kini, UMNO maju setapak lagi apabila mula memusuhu bangsa lain yang merubah landskap politik tanahair. Musuh jangan dicari. Andai terserempak jangan dilari. Tetapi UMNO mencari musuh, menjulang keris, tetapi lari dari menerima realiti.
Assalamualaikum Brother Husam,
UMNO ternyata bukan sahaja mengabaikan amanah rakyat untuk menjaga kebajikan mereka, tetapi banyak kes menunjukkan bahawa UMNO lebih mementingkan tembolok para pemimpinnya. Pulau Pinang sebagai contoh, telah menjadi mangsa kealpaan UMNO dan sekutunya yang selama ini melaungkan hanya mereka sahaja layak memerintah, parti lain hanya pandai berteriak saja. "Laungan keramat" itu seolah-olah tidak boleh diubah sampai bila-bila. Kini kita menantikan Program-program di Kelantan disebarluaskan ke negeri-negeri lain, supaya rakyat mengetahui bahawa Kerajaan PAS Kelantan sememangnya sudah mendahului UMNO dalam menjaga kebajikan rakyatnya. Rakyat mahu melihat kerajaan yang lebih amanah dalam mentadbir negeri ini dan negara ini amnya. Brother Husam perlu membawa Kelantan dan program kerajaannya sebagai contoh Negeri Berkebajikan yang telah melaksanakan amanah kepada rakyat hampir 18 tahun lalu. Ditambah 5 tahun lagi, BA pasti dapat memberikan keadilan yang seluas-luasnya kepada rakyat banyak. Sehinggalah laungan keramat "BA memang mampu memerintah" diabadikan di dalam kalbu rakyat Malaysia.
Allahhuakbar..Allahhuakbar...
assalamualaikum,
tahniah atas kejayaan PRU-12 baru2 ini.semoga ini menjadi paksi kepada pembentukan negara berkebajikan yang akan menjadikan rakyat sebagai agenda utama kerajaan.kepada Zabida, selama ni melayu penang ni maju ke?
Saya setuju dengan Zabida, dan tergelak dengan Anonymous ( takut nak bgitau nama ).
Jgnlah kerana tak mau terima peruntukan kerjaan dah kira bagus. pengorbanan konon. itu hak dia. apasal tak nak ambik?? tak ker pelik??.
tapi itulah strategi pembangkang. jgn cepat tertipu. apa tujuan jadi pembangkang??
Nak memperbaiki masyarakat ker atau nak kedudukan??
Sekarang ni pembangkang dah ada 5 negeri utk ditadbir. Silakan. tengok sejauh mana boleh pergi. Jgn dok ingat masih jadi pembangkang. jgn dok asyik buat kerja lama. sekarang tnggjwab ( kedudukan ) yg dicari dah di tangan. buktikanlah.
Jangan dok menyibuk buat kerja lama tu. fikir dan rancang.
tinggalah kerja lama tu.
Tapi kalau masih nak buat jugak, nampaknya 1 penggal jerlah.
Satu soalan yang saya ingin tujukan untuk semua.
Adakah ada sebuah negera di dunia ini, selain dari Malaysia dan Singapura, di mana kaum pendatang Cina telah berkembang begitu pesat jumlah penduduknya di dalam tempoh masa yang singkat (50 atau 60 tahun sahaja)? Mendadak jumlah penduduk yang begitu tinggi sehingga amat mempengaruhi suasana politik negara baru mereka.
Kalau ada, di mana? United Kingdom? Amerika? Negara-negara Eropah? atau Thailand?
Memang amat pelik kejadian di Malaysia ini (Negara yang dikenali sebagai bolehland).
Pada pengamatan saya masyarakat cina adalah secara tradisi masyarakat yang terlalu sibuk dan amat terikat kepada survival perniagaan mereka sehinggakan mereka melambatkan institusi perkahwinan. Lebih lambat dari kaum Melayu dan India.
Masyarakat Cina pula lebih selesa dengan bilangan anak yang sedikit. Bahkan ada mereka yang sanggup menunda keinginan mereka untuk menimang cahaya mata kerana business mereka belum lagi cukup teguh.
Sebaliknya, secara tradisinya, masyarakat melayu berkahwin dalam usia yang lebih muda malah ada yang berkahwin dalam masa mereka masih di Universiti atau kadang-kang sebaik sahaja habis sekolah menengah (terutamanya perempuan).
Orang melayu mempunyai bilangan anak yang lebih ramai. Ada juga yang berpoligami. (adik beradik saya 17 orang -akibat poligami).
Saya merasakan seakan ada sesuatu yang besar yang tak kena?
Adakah telah berlaku pengimpotan secara besar-besaran orang-orang cina dari luar negara kedalam Malaysia untuk sesuatu tujuan atau agenda politik Perkauman? Sedangkan Penempatan pendatang Indonesia selalu dirobohkan dan mereka dihalau keluar. Adakah ini kerana mereka berugama islam?
Saya minta dan memohon agar sama-samalah kita memikirkannya.
Wow, glad to finally see this blog being up-dated regularly again. But sometime for a sudden, it stopped. Sibuk betul ke datuk ? Just kidding.. Btw, I am in Kelantan, but I never get to see you personally. When and where is your next itenary Dk ? Just wanna shake ur hand and congratulate you on "our" winning in Kelantan. haha..
assalammualaikum yb.
kalau umno yb tuduh sebagai musuh org melayu maka pas adalah musuh islam dan melayu itu sendiri.ini dapat dilihat melalui peristiwa semasa pasca pru 12 bilamana pakatan rakyat diberi kuasa.dasar deb dihapuskan di ppinang.apa pendirian pas.bila pakatan rakyat di tubuhkan pendirian pas menyatakan islam bukan isu walhal inilah dasar perjuangan pas semasa bertekak dgn umno.
salam YB. tahniah diatas kejayaan PR menerajui 5 negeri dan memenangi 82 kerusi parlemen. saya dari subang jaya, Selangor. saya berharap YB boleh menegur segelintir anak2 buah YB dari Dewan Pemuda yang mengeluarkan kenyataan bahawa PAS ingin menerajui PR.saya rasa ini tidak sesuai dibincangkan lagi pada masa ini siapa yang patut menerajui Pakatan ini. saya membawa kegusaran segelintir orang bukan Melayu terhadap perkara ini. yang penting sekarang adalah mencari ruang untuk bekerjasama dengan lebih erat lagi. insyaaallah kita akan berjaya
dato..
sy nak bertanya psl surat sulit ni...link ni
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=11920#347178
adakah surat tersebut adalah betul??
amat mendukacitakan sekiranya ia betul2 benar...
Those pics about "the Malay village being left-out in Penang" is a reality happening elsewhere too. While BN (and UMNO) hotly and relentless patronizing for the so-called Northern Corridor, Jambatan Kedua and many other Mega-millions project; the ONE that in need of DIRE ATTENTION is well and truly forgotten.
MONEY to few greeds WORTH more than a simple wasted visit and a few minutes of listening to the villagers. Well, the villagers PAID THEM GOOD by losing Penang.
http://100patahperkataan.blogspot.com
keputusannya senang.. kita sokong haji hadi awang!!! yang sokong anwar ibrahim.... anwar ibrahim yang sokong amerika? yang disokong israel?
yang menyokong dan pernah puja Rushdie sebagai profound writer. kenal ke tidak Rushdie nie? kalau tidak... anda memang tak layak masuk dewan untuk beri cadangan!!! so, lawatlah faisaltehrani.blogspot.com./.... faisal ni org pas jugak!!!! hidup ISLAM!!! bukan kuasa!!
kalau dah tua, jangan berlagak!! ilmu yang penting!!!
Post a Comment