Sunday, March 23, 2008

Ahmad Saidku...

Istana Terengganu berikan perkenan tetapi ada pihak yang beraja di hati sanggup hilang negeri kerana mempertahankan calon tunggal MB mereka. Jalan tengah tak cuba dicari.

Calon kami atau 'perang'. Ultimatum.

Akhirnya Ahmad Said terlantik, walaupun hari ini sebatang kara. Besok lusa, belum tau. Mungkin ada yang berminat. Sekalipun UMNO mengurung kesemua wakil rakyat mereka, berapa lama boleh dikurung?

Tahniah untuk YAB Ahmad Said. Terengganu bukan Idris Jusoh dan Idris Jusoh bukan Terengganu.

Sebagai MB,Ahmad rasa saya, boleh masuk ke Pejabat MB dan boleh meenyemak segala fail atau meminta segala maklumat dari pegawai dan jabatan.

Tolong dapatkan saya laporan penilaian kos sebenar pembinaan masjid kristal. Ikut cakap umum, kosnya tak sampai RM 50 juta tapi belanjanya dikatakan lebih RM 360 juta. Mana satu betul, harap MB Terengganu boleh carikan jawapan.

Kami juga seronok ingin tau berapa sebenarnya yang dibelanjakan untuk program kebanggaan Abdullah, Monsoon Cup. Betulkah lebih dari RM 250 juta setahun?

Untuk tujuan ini, ada baiknya MB Terengganu bukan Idris Jusoh....

31 comments:

Anonymous said...

memang bagus kalau MB baru bukan Deris tapi Ahmad Said ni pun main jgk samsengnya. Boleh rujuk kat you tube mcmana dia boleh kata YB Wahid Endut mcm babi dalam DUN. And tadi kat TV3 ada sepanduk yang dipegang oleh org UMNO dpn rumah deris yang tertulis 'kami nak hj deris, natang!' Natang tu tuju kat sapa? Sultan? Memang kurang ajar dan biadap org UMNO ni.

pua kang kang said...

Gua...maaanyak sokong.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Minta maaf kerana terpaksa menulis di ruangan ini.Izinkan saya memberi sedikit pandangan terhadap blog sdr Husam. Pada pendapat saya, ruangan bloglah yang akan menjadi satu saluran alternatif yang terbaik dalam mendapatkan informasi dan maklumat yang cepat dan pantas. Justeru itu adalah menjadi satu kerugian yang besar bilamana sdr Husam tidak dapat memanfaatkan cara ini. Pada pendapat saya,inilah cara yang paling sesuai sekali untuk sdr Husam mendekati rakyat yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kpd sdr Husam. Kita boleh melihat bagaimana ruangan blog dijadikan perantaraan untuk seseorang itu meluah dan menyampaikan sesuatu pendapat atau mesej. Tidak kiralah sama ada ianya sesuatu yang positif ataupun sebaliknya. Sebenarnya orang kita mempunyai sifat malu untuk untuk berdepan secara langsung. Jadi saya ingin mencadangkan kpd sdr Husam supaya membina blog yang baru untuk sdr berhubung terus dengan rakyat di kawasan Parlimen sdr. Rakyat boleh mengadu,meluahkan pendapat,pandangan,cadangan,penambahbaikan dan lain-lain lagi. Dengan cara ini sdr bolehlah membuat analisa dan tindakan yang sesuai dengan pantas dan berkesan berdasarkan dari aduan,pendapat dan cadangan yang diberikan. Jadi bagaimanakah untuk memaklumkannya kepada orang-orang kampung di Parlimen sdr? Pada saya mudah sekali iaitu dengan mengedarkan risalah kecil kepada mereka dengan memaparkan alamat blog sdr. Saya amat yakin dengan cara inilah yang dapat membantu sdr menjalankan tanggungjawab dengan teratur dan efisyen…

wassalam

Bertindak Dengan Bijak

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Minta maaf kerana terpaksa menulis di ruangan ini.Izinkan saya memberi sedikit pandangan terhadap blog sdr Husam. Pada pendapat saya, ruangan bloglah yang akan menjadi satu saluran alternatif yang terbaik dalam mendapatkan informasi dan maklumat yang cepat dan pantas. Justeru itu adalah menjadi satu kerugian yang besar bilamana sdr Husam tidak dapat memanfaatkan cara ini. Pada pendapat saya,inilah cara yang paling sesuai sekali untuk sdr Husam mendekati rakyat yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kpd sdr Husam. Kita boleh melihat bagaimana ruangan blog dijadikan perantaraan untuk seseorang itu meluah dan menyampaikan sesuatu pendapat atau mesej. Tidak kiralah sama ada ianya sesuatu yang positif ataupun sebaliknya. Sebenarnya orang kita mempunyai sifat malu untuk untuk berdepan secara langsung. Jadi saya ingin mencadangkan kpd sdr Husam supaya membina blog yang baru untuk sdr berhubung terus dengan rakyat di kawasan Parlimen sdr. Rakyat boleh mengadu,meluahkan pendapat,pandangan,cadangan,penambahbaikan dan lain-lain lagi. Dengan cara ini sdr bolehlah membuat analisa dan tindakan yang sesuai dengan pantas dan berkesan berdasarkan dari aduan,pendapat dan cadangan yang diberikan. Jadi bagaimanakah untuk memaklumkannya kepada orang-orang kampung di Parlimen sdr? Pada saya mudah sekali iaitu dengan mengedarkan risalah kecil kepada mereka dengan memaparkan alamat blog sdr. Saya amat yakin dengan cara inilah yang dapat membantu sdr menjalankan tanggungjawab dengan teratur dan efisyen…

wassalam

Bertindak Dengan Bijak

Anonymous said...

hayamwuruk
Sebenarnya, tak ada yang layak pun di kalangan 24 BN reps in ADUN dalam Terengganu boleh jadi MB. Sorang pun tak ada ciri2 kepimpinan. But whoever yang lain daripada Idris, memang sejuta kali lebih baik.

Pitih mak bapak aku kat Terengganu tu kebas dengan KJ and Patrick Badawi. Siapa dok bengang?

Anonymous said...

Terengganu bergelombang seperti ombak monson cup.

Tapi harus sedar bahawa 5 tahun mendatang adalah tahun-tahun berdakwah bagi negeri-negri BA.

Thanks.

Anonymous said...

takmau nak kata apa la...
tapi dulu depa yang kata DAP menghina institusi RAJA Melayu tapi sekarang siapa yang jilat ludah sendiri.
BN adalah satu parti yang korup. UMNO juga sekarang bermain dengan perkauman dengan ada media yang berat sebelah dan tidak pernah adil dalam liputan berita. BERUK di jalanan sekarang adalah terdiri dari golongan ahli UMNO. jadi terserlah kebodohan, kelemahan pemimpin UMNO dan insyAllah pada PRU akan datang Barisan Rakyat akan memperolehi 2/3 majoriti atau lebih jika keadaan semacam ini berpanjangan. Rakyat bukannya bodoh untuk menilai pemimpin.

wanicha said...

dulu time lim kit siang kate nak pulaukan mjls angkat sumpah, deme kate LKS biadaop ngan Sultan.Deme ni plak...kite nak kate pe ek??ni la dia kalo dah tak sedar diri....gile pangkat n kuase

Anonymous said...

Macamana kalau sblm MB baru angkat sumpah, minta satu persatu ketua bahagian Umno Tgganu angkat sumpah jg depan MPPR sama ada sokong MB baru atau Idris...cuba tengok...amacam

Anonymous said...

saya pernah tengok video ahmad said menyumpah2 dalam dewan tu.. tp tak menyangka dia bakal jd MB pulak... Sepatutnya org terengganu perlu rasa bertuah sbb ada tok guru kat sana. Biar org yang ada ilmu agama mentadbir negeri.

ipanna said...

org UMNO ni hipokrit lebih la!
cakap penang buang DEB.. pastu buat demonstrasi.. kat johor tu kasi kat singapore lagi la! taknak buat plak demonstrasi.. pastu cakap DAP tak hormat sultan sebab buat kenyataan nak pulau majlis.. dieorang lagi la siap pulau btol2 majlis sultan! cakap tak serupa bikin!!!!!!! bodoh!!!!!

cakap-lepas said...

Datuk,

Memang wajar dan teramat wajar Deris Jusoh ditolak menjadi MB.Sebenarnya UMNO sendiri ketandusan pemimpin yang berwibawa di sana.

Mungkin istana mahu menguji UMNO di terengganu dgn melantik MB yang tidak selayaknya.Ahmad Said??Oh, tidak.Kalau dibandingkan Mat Said dgn TGNA atau MB perak, Ir. Nizar jauh langit dgn bumi.Hidup Rakyat!

Anonymous said...

Tapi, beranikah En Ahmad men declare perbelanjaan2 itu tadi kepada media/rakyat? Sama2 kita tunggu.

p/s: Rakyat perlukan pemimpin yg ikhlas dan para pembesar yg skillful.

BakaBaik said...

YB,

Memang rakyat jelata nak tahu juga kos Surau Kristal & Cawan Monsoon. Dari perbualan tak rasmi, wakil rakyat yg uruskan jualbeli tanah kat pulau duyung & pulau wan man tewas dalam PRU12. Kayaraya bekas Dun ni..& 'Gong' itu pasal kalah kot. hal ini bleh tanya org sekitar Bukit Besar & Pasir Panjang, KT cete ni.

Monsoon Cup ni pun satu hal.. kalau sempat berbual je ngan kerabat terengganu, ade je dok bercerita pasal pembaziran ni... Kerja bodoh!! lebih kurang gitu la komennya...

Deris Jusoh Gong, pun satu hal, berundur la.. jaga Republik Besut sudah la..tapi rasanya org besut tak suka kat dia.. (jgn kira keputusan PRU 12 la.. undi hantu tu..)

Kalau Ameno anak jantan, kita ajak mengundi semula seluruh DUN Terengganu... nengok resultnya camna.. baru bleh tahu rakyat sokong Sultan or Ameno Be End. Guane Gamok??

Salam

Anonymous said...

UMNO TERENGGANU DERHAKA!!!
dapatkan web badge (untuk diletakkan di dalam web/blog anda) sila ke laman
http://undurlahpaklah.blogspot.com/

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

YB ,

macam mana umno nak perjuangkan agama.....dari tindak-tanduk mereka tu tak dak asas2 agama lansung........kami di kedah alhamdulillah dah mula dapat rasa PAS memerintah....malam ni nak tengok perlawanan bola-sepak percuma ......dan cukai tanah pun nak turun pula .......lepas tu YAB Us. Azizan nak kena bayar hutang kedah (BN) hampir2 2 billion......

aduuuuhhh....haprak sungguh .

BakaBaik said...

Ahmad Said ni..mulut laser jugak dalam DUN. Bleh refer ke

http://www.youtube.com/watch?v=uU8a3WtsAR4

Anonymous said...

takbir

Unknown said...

Semakin lama semakin terang dan bersuluh kebiadapan dan kebangsatan umno.Kalau dengan Sultan pun dia panggil "Natang", lagu mano pulak dengan rakyat biasa?Lagu ni kah orang yang kita nak Buat "Jumaat" ?Usahkan nak jadi imam atau ketua, jadi rakyat biasa pun tak layak,sebab derhaka pada raja.Ore lagu ni patut campak ke planet marikh.Duduk di bumi raja tak terima, naik ke langitpun tuhan tak terima.Derih pulak konon terima Qada dan Qadar, Korok kering apa kalu masih jadi ayam gila sakok.Gileer punye worang!!!!!

Unknown said...

Derih memang tak layak jadi MB Tganu.Tok soh dok jadi macam ayam gila sakok lah!!

DeeN said...

Salam Y.B.

Asal Bukan Idris..
Tunggu dan lihat sajalah senarionya.
Kalau nak buat election sekali lagi pun sangat dialu-alukan.

KotaPutraN2 said...

personally,both leaders i.e. Idris Jusoh and Ahmad Said,they're not people leader since no benefit service provided to their local citizen.Obviously,the UMNO leaders only look and have a good sense of their self benefit rather than sharing with others.Come on Terengganu people, do s'thing for your own sake even the wrong choice had been made...at PRU12.Dont let your leader destroy your state just because they are political monster but no brain at all.How dare they are trying to bid royal institution and the question is, are they realized whose king of Terengganu state and whose they are (Idris Jusoh and Ahmad Said?)Think abt that before allowed them manipulate the richness of Terengganu again and again.

Unknown said...

Good ! you are finally updating your blog. Firstly, I nak ucapkan taniah kerana kemenangan PAS di Kelantan. Regarding the Terengganu issue, I thought Ideris said he accepted what ever comes. But now he and the other 22 MP are against the appointment of Ahmad as MB. Betul ke dio orang nak pecat Ahmad ? Sekarang dengar2 Ideris dah minta ma'af. kalau dia dan 22 MP support Ahmad, tak kena pecat ke pula dia orang ? Bikin malu Pak Lah. Ingat Pak Lah mampu menyelesaikan issue ni..

Anonymous said...

deris xbagus,muka nampak bengis..ahmadsaid ni samseng,manalah tahu kot2 pasni terbuka hati dia nak masuk PAS :-) sb puak UMNO aniaya dia.PM dan kroninya mesti ada agenda trsendiri utk mpertahankan deris..senyum sokmo ganu

Gonzales said...

Sukar nak percaya pemimpin UMNO la ni. Banyak yang berkepentingan peribadi. Nak jadi pemimpin sebab ada habuan peribadi. Cuba bagitau siapa pemimpin UMNO yang ikhlas berjuang untuk orang Melayu? Kalau pemimpin dahulu aku boleh caya; tapi pemimpin UMNO la ni aku langsung tak boleh caya. Depa cuma jaga periuk nasi mereka saja. Cuma, malangnya bagi seluruh orang Melayu, pemimpin UMNO punya periuk nasi semakin besar bila mereka menjadi wakil rakyat. Dan akan lebih besar lagi kalau dapat jadi MB. Periuk nasi penyokong2 semakin kecil sebab semakin kurang mampu nak beli beras!

Anonymous said...

kalau dh nama calon dari umno..sape x korup?samseng x samseng,rasuah x rasuah..dh jadi mcm bende bese je..hmmm

ummisara said...

Salam dato' & bloggers,

Dalam bab ini saya menyokong tindakan Tuanku Sultan (Pemangku Sultan. Tindakan yang diambil jelas menunjukkan bahawa pihak istana sudah muak dengan segala permainan Pok Yeh & PM serta kunco-2nya.

Selama ini Pok Yeh telah disogokkan dengan 'lullaby' oleh penyangak-penyagak yang merampas kekayaan milik rakyat Terengganu supaya tidak hiraukan pihak istana...mereka tiada kuasa untuk menyentuh kita...

Pok Yeh tidak sedar bahawa istana tidak sekalipun menutup mata membiarkan penyelewengan ini berlaku. Apabila PRU12 mencetuskan tsunami di Malaysia...ini adalah masa yang tepat untuk istana bertindak.

Nah...hasilnya? Tuanku Sultan (Pemangku Sultan) bertegas ntuk tidak melantik Pok Yeh.

Dan kepada mereka-mereka yang telah menderhaka kepada Sultan Terengganu...mereka juga adalah penderhaka kepada Sultan-sultan dan raja-raja negeri melayu.

Bila DAP meminta dipulaukan majlis perlantikan di perak, UMNO lantang mengkritik. Penderhaka kata mereka.

Bila ahli UMNO sendiri dengan lantang membantah & memanggil Sultan dengan panggilan 'Natang'....siapa yang membantah? siapa yang bangun menuduh mereka yang berbuat demikian sebagai penderhaka? Siapa?
Sepatutnya Hishamudin Hussein & Khairi yang patut bangkit terlebih dahulu...menyanggah perbuatan ahli UMNO Terengganu itu. Bukankah mereka yang menghunuskan KERIS di perhimpunan UMNO?

Those traitors should be punished!!

Anonymous said...

Saya sokong kenyataan orang umno kurang ajar dan biadap. Mereka di lihat kurang bahasa dan dibelakang media atau dibelakang rakyat bukan main biadap mereka bercakap. Tapi, kalau bab-bab depan media, mereka lebih suka mengata pihak pembangkang yang kurang bahasa. Media skrg pun mmbuatkan rakyat menyampah, pro-kerajaan. Semua nampak kebaikan ja pada umno, pmbgkang plak dcerita mcm2 yang buruk2, sdgkan hal trsebut asalnya dari pihak umno jgk. Mengapa media Malaysia x bole buat macam di Amerika? Slamber ja dorg kutuk2 pemimpin dalam tv dorg!!. layari Youtube, tgklah sndri mcm2 aksi dan hati perut pemimpin umno dari yang rendah, hingga peringkat tertinggi..

THE PUREHADHARIST said...

ISRAEL,ANWAR, AHMADINEJAD DAN HASSAN NASRALLAH- SIAPA SAHABAT MEREKA ?


Salam.

Jerusalem Post sebuah akbar Israel telah mengeluarkan berita berkenaan Anwar Ibrahim dengan tajuk: Anwar Ibrahim: Malaysia'a Future Prime Minister. Di dalam website Jerusalem Post tersebut juga ada ikon yang diberi nama Iran Threat.

Saya pernah membuat posting bertajuk MEMANTAU ANWAR IBRAHIM (sila rujuk posting tersebut). Saya tidak mahu menuduh Anwar sebagai agen Israel tetapi kebimbangan itu kian terasa dengan melihat perkembangan terkini ini.

Saudara, amalan sesuatu media cetak atau apa sahaja media ialah membawa aspirasi dan citra sesuatu media itu. Tidak logik jika media itu mempropaganda sesuatu yang tidak menepati selera mereka. Di dalam akhbar Israel ini, satu ruangan khas Iran threat diwujudkan untuk menggambarkan Iran sebagai suatu ancaman kepada dunia. Di satu sisi yang lain memberi ruang yang luas berkenaan Anwar Ibrahim dengan gambar (gambar di atas) yang saya belum pernah lihat di mana-mana (mungkin orang lain pernah, saya tak tahulah.) Mungkin Anwar yang kirim ke sana kot....gurau aje.

Seperti yang saya katakan pada posting yang lepas, hubungan Anwar Ibrahim dengan pemimpin barat adalah hubungan peribadi jadi kita berhak untuk mencurigai apakah di sebalik perhubungan itu.

Kita lihat tokoh yang benar-benar anti-Amerika seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dan Sayyid Hassan Nasrallah. Kita tidak akan pernah jumpa fakta atau berita yang mereka ini bersahabat dengan mana-mana musuh-musuh Islam sedunia. Malah, mereka dikecam secara konsisten oleh musuh-musuh Islam khususnya Amerika dan Israel. Kita pernah dengar sepotong hadis yang mengatakan kalau hendak melihat seseorang itu, kita harus melihat dengan siapa dia bersahabat.

Hubungan Anwar Ibrahin dengan negara-negara Arab adalah juga dilihat hubungan antara sekumpulan negara-negara Arab yang berada dibawah pengaruh Amerika dan Israel.

Kesimpulannya, Anwar Ibrahim Memang Harus Di Pantau. Dia perlu kita dedahkan siapa sahabat-sahabat disekelilingnya.

Israel memang sedang merancang untuk melebarkan sayapnya di Asia Tenggara. Singapura sudah tentu, Indonesia sudah masuk sebelah kaki ( Gus Dur dilihat sebagai sekutunya), Malaysia berpotensi tinggi.

Keghairahan akhbar Israel menunggu saat dan ketikanya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri tidak dapat diselidungi lagi.

Ust Hadi, Mat Sabu, Lutfi Othman, dan lain-lain...ingat Anwar pernah meninggalkan kamu semua...Hati-hati Ya. akhi Ku semua....

Anonymous said...

Sr Husam,
tiba tiba saja penyokong PAS Terengganu begitu taatb setia pada raja. Tahukah rakyat Terengganu berapa banyak duit yang dibelanjakan dan dibayar kepada kaum kerabat raja ? Ada sesiapa tak penyokong PAS yang telah membaca buku yang ditulis oleh bekas isteri Raja Bahrin kerana di dalamnya ada beberapa isu menarik mengenai kerabat diraja Terengganu. Ianya menarik kerana memberitahu kita mengenai pandangan orang luar kepada kerabat diraja Terengganu secara spesifiknya. Selama ni saya rasa orang PAS kat kampung saya jugaklah yang banyak mengutuk pasal anak anak raja ni. Tapi baru baru ni orang PAS yang sama jugak berarak ke lapangan terbang untuk sambut sultan. Orang PAS yang sama jugaklah yang mengambil duit derma surau untuk membiayai pengajian anaknya di Jordan walaupun dia mampu membeli tanah dengan duit tunai. Orang yang sama jugak lah yang menipu duit sedekah sembahyang jenazah. Srr Husam, kerana itulah saya tidak dapat menerima PAS kerana tidak ada contoh yang baik dari PAS yang ada disekitar kehidupan saya dari dulu hingga sekarang.

Anonymous said...

Buat MB Baru Tranung:
Amalkan dan laksanakan prinsip berikut:-
Menuju Negara Berkebajikan.
Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih.
Menerajui Perubahan, Mencapai Keberkatan.
Hebatkan bunyi tuuurrr.....