Saturday, November 10, 2007

Aman, Cool - Di Depan Istana Rakyat Berdiri

Tahniah!

Tak patah dengan ugutan. Bijak, cool, berdisiplin, aman - puluhan ribu masih mampu mara berarak ke Istana Negara. Sekatan jalan raya di luar ibu kota, Dataran Merdeka dikepung, orang ramai disembur di Dataran Merdeka dan Masjid Jamik, FRU di mana-mana - namum - puluhan ribu masih mampu keluar dari segenap penjuru untuk melangkah bergaya, berdisiplin dan tenang dalam satu gelombang kuning yang memanjang di tengah hujan renyai. Akhirnya, FRU tak terkata melainkan akur dengan pusuan rakyat yang tidak mudah gentar dengan tajuk muka depan Utusan - 'Saya pantang dicabar'

"Sebenarnya yang mereka cabar, yang mereka hendak ketepikan adalah undang-undang." - PM

Ternyata perhimpunan anjuran BERSIH petang tadi adalah perhimpunan aman. Undang-undang dan amalan demokrasi mengizinkan perhimpunan. Ia bukan mencabar undang-undang.

Tugas PM bukan sahaja menjaga undang-undang. PM juga perlu menjaga amalan demokrasi. Jika pihak berkuasa memperkudakan sistem demokrasi secara tidak bersih dan adil, ia boleh membawa kepada runtuhnya keyakinan rakyat terhadap amalan demokrasi dan boleh membahayakan keamanan.

Betulkan perjalanan pilihanraya, jika Kerajaan mahu kekalkan keamanan. Tak usah bermuka garang untuk memperagakan kuasa kerana kuasa sebenar terletak di tangan rakyat. Jika tidak, Thaksin masih berkuasa di Thailand. Di mana-mana, keadilan membawa keamanan, bukan perkakas kuasa yang ada di tangan semata-mata.

"Bila polis suruh berhenti, berlakulah apa-apa yang tak diingini. Mereka pun lari merata tempat.

"Biasanya masuk dalam kedai, rempuh sana rempuh sini, jadi akan menyebabkan macam-macam berlaku... lepas tu marah pada polis..." - PM

Rakyat yang disembur kerana mereka mahu menzahirkan hasrat murni mereka melihat sistem pemerentahan negara mereka terpelihara pada petang ini, saya yakin tidak mengambil sikap bermusuhan dengan polis, sekalipun mereka siang-siang lagi 'diperkosa'. Semasa berarak pulang, FRU membiarkan sahaja orang ramai lalu-lalang di hadapan mereka dan mereka saling berterima kasih kerana urusan menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung berjalan damai.

PM lah yang harus ingat apa yang disebutnya semasa penubuhan Suruhanjaya Diraja Polis empat tahun lalu: polis kena jaga hak asasi manusia juga....

Apa perlunya Pak Lah naik baran?

Baca memo BERSIH, renung apa yang diluahkan, betulkan apa yang pincang.

Semua kita bertanggung jawab terhadap negara kita, termasuk rakyat kerdil dari seluruh negara yang tidak menghiraukan ugutan dan sekatan, untuk berdiri di hadapan Istana Raja mereka....., akhirnya.

Jangan lupa, BERSIH dianggotai oleh lebih 67 pertubuhan. Tak kan semua mereka tak berguna belaka?

Tahniah BERSIH! Tahniah rakyat Malaysia yang masih mampu 'berdiri'.

Dunia akan menyaksikan bagaimana PM bertindak balas terhadap satu seruan suci....

3 comments:

Anonymous said...

takbirrrrrrrrrrrr.

Lah yg takut,

umno perlu singkirrrrr Lah, bagi NAJIB LAGI LAYAKKK

Anonymous said...

Aduhai dunia akhir zaman, begini rupanya...

Kadang-kadang lucu, kadang-kadang geram, kadang-kadang kesian juga...

Entahlah, tak tahu nak cakap apa. Nak nasihat atau bagi pandangan pun ingatkan sapelah kita, cuma tikus kurus jika hendak dibanding dengan mereka kucing montel...

Undang-undang manusia tidak boleh dicabar, jika dicabar bahananya besar, jika dicabar kena penjara, jika dicabar dibuang kerja, kena pikir masa depan kena pikir anak bini. kena pikir itu ini. Banyak kena pikir. Kan hidup tak senang. Kerana dunia punya bahana banyak seksa. Uih tak tertanggung rasanya.

Tapi undang-undang Tuhan semua buat-buat lupa. Sape-sape nak tentang pun tak pe. Sape-sape buat tak tahu pun tak mengapa. Takde sape nak hukum. Kubur kan masing-masing punya lubang. Kubur aku kubur aku. Kubur engkau engkau punya pasal la, peduli apa aku. Ah ye elok, besok kan berduyun datang mintak hutang pahala, jadi muflis. Dari menjadi calon penghuni syurga tak pasal dapat panggilan ke neraka...

Manusia sebenarnya adalah keterlupaan. Ya, lupa. Pandai Tun Day wat sajak, 'Melayu Mudah Lupa'. Selupa-lupa manusia ada lagi manusia paling pelupa - orang melayu Bukankah melayu takkan hilang di dunia? - tapi tidak bermaksud semua melayu pelupa - kebanyaknnyalah, dan sesiapapun sebenarnya jadi pelupa bila sudah hidup senang - seperti Qarun, Namrud, firaun - bahkan lupa punyai Tuhan sehingga sanggup mengaku Tuhan. Bahayanya sikap ketuanan - Bisa mengubah gelaran diri menjadi Tuhan. Nauzubillahi min zalik.

Ironisnya ialah, Tun Day baca sajak tu depan anak-anak buahnya, depan Timbalannya - semua mudah lupa. Bahkan sekarang mereka lupa pada Tun Day. Lupa pada amanat yang Tun Day bagi dulu. Kalau puji Tun Day sekarang bukan dia dapat apa-apapun. Masa tu Tun Day ulil Amri, Tun Daylah pemimpin sejati. Tapi sekarang? Pak Lah Islam Hadhari, kita semua boleh joli!!!

Alahai dunia sekarang... dunia akhir zaman, jangan lawan undang-undang negara. Kan kena hukuman, sekeluarga seumur hidup teraniaya.

Tapi amat jarang orang takut dan bimbang tentang hidup selepas mati. Entahlah kan, beriman pun lebih kurang. Besok pun Allah bagilah lebih kurang. Tapi kalau dah lebih dosa kurang pahala. Apa cerita? Tepuk dada tanya selera orang melayu kata. Tapi Islam jawab, tepuklah Iman, tanyalah Takwa!

Oh ya, saya orang panggil Pak Lah juga. Tapi saya masih muda. Dan berfikir seperti orang muda berfikir. Kalau ada yang tidak faham apa yang saya tulis di atas, fikir-fikirkanlah tahap pemikiran saudara - fikirkan dunia sahaja atau fikirkan akhirat juga?

Anonymous said...

Aduhai dunia akhir zaman, begini rupanya...

Kadang-kadang lucu, kadang-kadang geram, kadang-kadang kesian juga...

Entahlah, tak tahu nak cakap apa. Nak nasihat atau bagi pandangan pun ingatkan sapelah kita, cuma tikus kurus jika hendak dibanding dengan mereka kucing montel...

Undang-undang manusia tidak boleh dicabar, jika dicabar bahananya besar, jika dicabar kena penjara, jika dicabar dibuang kerja, kena pikir masa depan kena pikir anak bini. kena pikir itu ini. Banyak kena pikir. Kan hidup tak senang. Kerana dunia punya bahana banyak seksa. Uih tak tertanggung rasanya.

Tapi undang-undang Tuhan semua buat-buat lupa. Sape-sape nak tentang pun tak pe. Sape-sape buat tak tahu pun tak mengapa. Takde sape nak hukum. Kubur kan masing-masing punya lubang. Kubur aku kubur aku. Kubur engkau engkau punya pasal la, peduli apa aku. Ah ye elok, besok kan berduyun datang mintak hutang pahala, jadi muflis. Dari menjadi calon penghuni syurga tak pasal dapat panggilan ke neraka...

Manusia sebenarnya adalah keterlupaan. Ya, lupa. Pandai Tun Day wat sajak, 'Melayu Mudah Lupa'. Selupa-lupa manusia ada lagi manusia paling pelupa - orang melayu. Bukankah melayu takkan hilang di dunia? - tapi tidak bermaksud semua melayu pelupa - kebanyakannyalah, dan sesiapapun sebenarnya jadi pelupa bila sudah hidup senang - seperti Qarun, Namrud, Firaun - bahkan lupa punyai Tuhan sehingga sanggup mengaku Tuhan. Bahayanya sikap ketuanan - Bisa mengubah gelaran tuan menjadi Tuhan. Nauzubillahi min zalik.

Ironisnya ialah, Tun Day baca sajak tu depan anak-anak buahnya, depan Timbalannya - semua mudah lupa. Bahkan sekarang mereka lupa pada Tun Day. Lupa pada amanat yang Tun Day bagi dulu. Kalau puji Tun Day sekarang bukan dia dapat apa-apapun. Masa dulu tu Tun Day ulil Amri, Tun Daylah pemimpin sejati. Tapi sekarang? Pak Lah Islam Hadhari, kita semua boleh joli!!!