Presiden MCA telah keluarkan kenyataan pimpinan komponen BN kena boikot himpunan memperingati 13 Mei di Kuala Terengganu.
Kerajaan Terengganu di mana seorang dari anggotanya adalah dari MCA secara lagsung atau tidak langsung, terlibat dalam penganjuran himpunan ini.
Maknanya, MCA sendiri terlibat, kecuali wakil tunggalnya menyatakan pendirian terbuka mengenainya.
Apa guna Chua Soi Lek minta diboikot selagi MCA menongkat UMNO?
Satu situasi sukar untuk rakan-rakan UMNO dalam BN.
Soalnya, kenapa di Terengganu? Kenapa tidak di Sibu?
'Kebangkitan Melayu' yang menjadi tema himpunan ini, menjadikan bulu roma sesetengah orang berdiri.
Kepakaran UMNO dalam mendirikan bulu roma sudah terbukti sejak dulu. Apa hasilnya selepas bulu roma berdiri selain kesempatan mengukuhkan kuasa politik UMNO untuk meneruskan mengaut kekayaan kelompok, samar.
Sebagai orang Melayu dan 96% rakyat Kelantan adalah orang Melayu, diharap pemimpin Melayu yang menghidupkan bulu roma dengan 'Kebangkitan Melayu' ini, dapatlah kiranya menunaikan hak Kelantan ke atas royalti minyak kami. Melayu Kelantan pun Melayu. Kenapa hak Melayu Kelantan dinafi?
Harapannya tipis, kerana tokoh tamu yang akan berucap, Tun M, adalah pemimpin Melayu pertama yang menyekat royalti minyak Terengganu dan malangnya, orang ini akan bercakap mengenai Melayu Bangkit!?
Melayu tidak akan bangkit tanpa mendokong Islam dan mendokong Islam tidak akan berlaku tanpa prinsip keadilan dan kesaksamaan yang telah diperkosa dengan hilangnya 'rule of law' dalam negara kita.
Jangan gunakan Melayu untuk Kebangkitan UMNO dan dengan kebangitan itu, Melayu sekali lagi ditindas.
Tuesday, May 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Melayu adalah salah satu bangsa yang wujud dimuka bumi ini.. senang saja nk jadi melayu.. Contohnya.. lelaki cina kawin dengan perempuan melayu.. anak yang lahir bukan keturunan cina tp melayu.. dh jd melayu.. UMNO hanya memperjuangkan bangsa melayu.. Sepatutnya UMNO ditukar menjadi UINO (United Islam National Organisation).. Jikalau kepimpinan dibuang ISLAM habislah dunia dan akhirat..
p/s,, mitok datuk dtg jenguk kg keladang sekali.. tgk jalan rosak teruk
sama saja.Parti manapun sama saja.Masing-masing mahu menguatkan pengaruh sendiri saja dengan menipu kami.Parti Pas atau Parti Umno sama saja.Di Kelantan, bukit di lojing habis dilicinkan dan siapa yang tanam sayurnya dan poket siapa yang penuh.Di Kg.Sireh,tapak Tesconya,tempat melayu bercucuk tanam, siapa yang dapat?Sama saja.Royalti ke wang ehsan minyak ke,sama saja bagi kami rakyat Kelantan.Kalau royalti minyak diurus Parti Pas tapi kalau Wang Ehsan diurus oleh Parti Umno.Sama saja.Kami tetap kami,satu senpun tak akan masuk poket kami melainkan murid sekolah dan rakyat yang miskin.Sama saja Dato'.
Salam YB Husam.
Hendaknya anda bakal menerajui kelantan selepas PRU 13. Anda kelihatan sederhana dan praktikal berbanding dengan yang lain2nya.
Syabash kerana anda berani menggunakan perkataan " melayu " dalam blog.
Sedih kerana ada diantara pemimpin dalam kumpulan anda yang takut hendak sebut perkataan " melayu ". Saya tak bantah nak sebut perkataan " islam " tapi jangan lah sampai lupa asal usul keturunan kita. Di mana juga kita berada, dalam kelumpuk mana pun kita berada atau apa juga akidah pegangan kita, kita tetap mati sebagai seorang melayu.
Contoh. Ustaz Husin Yee berkata, " saya sampai mati tetap seorang cina, saya tidak masuk melayu, saya hanya memeluk agama islam ". Sama juga dengan Ustaz Mohd Ridhuan Tee, walau pun melalui penulisan dalam blognya dia kelihatan " lebih melayu dari orang melayu sendiri " namun dia tetap tidak lupa untuk mengakui bahawa dia adalah seorang cina yang cuba untuk membela dan menyedarkan orang melayu atas dasar saudara seagama.
Post a Comment