Israel - tanpa mempedulikan kutukan dunia - membunuh paling kurang dua puluh sukarelawan kemanusiaan menuju Gaza!
Israel nekad. Jika selama ini hanya rakyat Palestin dibedil sesuka hati, kini, warga dunia dari segala pelusuk, tidak terkecuali. 20 dilaporkan terkorban dan 50 yang lain cedera.
Sekalipun misi dunia menerusi Freedom Flotila adalah kemanusiaan - membawa makanan dan ubatan - untuk ummat Palestin yang telah lama menderita, Israel tidak teragak menumpahkan darah mereka.
Bersama di atas kapal Mavi Marmara yang mengetuai konvoi ini ialah rakyat negara kita. Kita sangat berbangga!
Mungkinkah mereka juga terkorban?
Erdogan, Perdana Menteri Turki, juga harus kita banggakan. Mavi Marmara adalah kapal Turki.
Turki memberikan reaksi pantas. Duta Israel di Ankara diminta berundur. Tiga latihan ketenteraan dengan Israel dibatalkan. Turki meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar.
Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat.
Malaysia?
Sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini. Menteri Luar masuk tidur begitu awal?
Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?
Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka?
Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - Apco - sebeberapa segera. Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu.
Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu.
Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk warga kita yang terlibat.
Dalam respon segera, DAP, Pemuda UMNO, PAS dan PKR masing-masing telah mengeluarkan kenyataan.
Kerajaan Malaysia? Lena dalam dakapan Apco.
Bagi rakyat Kelantan, menerusi NGO Cakno Palestin, mereka kini menaja sekitar tiga puluh pelajar anak-anak kelahiran Palestin belajar di negara ini.
Jumlahnya kecil tetapi ia boleh ditambah jika dana sedia ada dapat didokong bersama rakyat Malaysia yang prihatin.
Dengan luka yang dilakukan oleh Israel kini, menjadi kewajipan kita serius dalam keprihatinan kita terhadap penindasan tak kunjung tamat oleh regim Israel terhadap rakyat Palestin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Betapa lembab & tidak prihatinnya Wisma Putra & Kerajaan Malaysia... ASTRO AWANI ulang berita tiap setengah jam..... kita tidak nampak sebarang respon dari pihak berkuasa. Saya menunggu dan terus menunggu hingga ke akhir siaran 31 mei tetapi amat hampa. Apa yang berlaku seakan peristiwa Tsunami 2004..... Setelah lebih 24 jam, mulalah berita akan muncul & timbulkah perbagai dakwaan & persepsi. Yang pasti KITA telah TERLEWAT.... sebab dibuai mimpi dengan keselesaan hidup sendiri. Beginikah harapan untuk menjaga rakyat & tanah air ? Sebab tu saya tidak terkejut bila KITA serahkan 2 blok padang minyak kepada Brunei & yang terkini dgn Silap Mata lawatan sehari PM dgn bermain golf (sama mcm era Paklah) dan KITA pun sedekah ikon TANAH MELAYU dan lain2 Hak kepada Singapura. Lama2 kita ikut Sultan Selangor dok Pulau Ketam.
Salam,
1.Kita bercakap...
2.Kita berdemo....
3.Kita memulau....itu je yang kita mampu.....
4.Tun Dr Mahathir ata kapal dgn makanan
5.Yb UMNO naik kapal atar makanan...
6.Cukupkah usaha kita?
7.Berbaloi ke perbuatan kita?
Post a Comment