Wednesday, November 04, 2009

Royalti: Ku Li dan Tok Guru perlu ceramah bersama

Sungguhpun kejayaan tuntutan royalti dimulakan dengan pengakuan adanya pengeluaran yang hanya melayakkan Kelantan untuk sekadar wang ehsan yang dikawal oleh Kerajaan Pusat, peerlu rasanya saya aturkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang telah membantu.

Ramai juga yang menjadi batu penghalang, bukan pembantu dengan berbagai kerenah mereka.

Namun, kejayaan pertama telah datang dan akan membuka tirai baru sejarah Negeri Kelantan.

Dalam kesempatan pendek ini saya tak akan senaraikan satu persatu pelbagai pihak yang telah memberikan dokongan mereka terhadap usaha tuntutan ini.

Harapan saya, tokoh pengasas Petronas, Ku Li, harus maju ke hadapan memimpin reform sistem dekokrasi negara kita yang telah koyak terus menerus.

Perjuangan reform telah mempunyai momentum. Penyertaan Ku Li dalam memperkukuhkan momentum ini boleh mempercepatkan buah kejayaan dan sinar baru.

Ku Li telah menunjukkan skill dalam membangunkan negara termasuk mengasaskan Petronas. Pandangannya terhadap isu tuntutan royalti ini adalah kemas, tegas dan jelas. Kualiti seperti itu sudah hilang dari pemimpin UMNO yang lain.

Izinkan Ku Li duduk sepentas dengan pimpinan rakyat yang lain untuk berbicara tentang royalti minyak Kelantan ini....

1 comment:

DIN said...

Salam..
Slps ini, Datuk Husam kno wat roadshow ceramah ke seluruh ceruk negeri Kelantan menjelaskn mengenai "Wang Ehsan" ini supaya tidak menjadi political mileage kpd UMNO