Sunday, November 22, 2009

Oh..., Mingguan Malaysia!

Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.

Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.

Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir.

Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.

Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit.

Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz.

Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain.

Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?

Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor.

"Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..."

Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis.

Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

Letak semua pulak tu?

Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?

Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami?

Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan.

Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan.

Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti?

Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?




Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian.

Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;



27 comments:

fs-86 said...

Teruskan Berjuang!!!

Ghona said...

Tahniah Dato', jgn sesekali letak jawatan kami dibelakang Dato'. Bila TGNA menyatakan sokongan secara terbuka buat Dato', nanti akan kedengaran yg Dato' menggunakan talian hayat TGNA untuk terus bernafas di dalam Politik Pas. biasalah akan ada org yg tidak puas hati dengan Dato'. jika Dato' letak jawatan mungkin Pas Kelantan akan tempang dan musuh UMNO akan bersorak gembira salah satu agenda mereka telah berjaya.

Anonymous said...

Syabas,
Memang saya tak percaya pun yg Dato' akan letak jawatan sebab Dato' bukannya kontroversi sangat. Apa saja orang boleh dakwa untuk kerohkan keadaan.... sekali lagi tak mungkin, tapi kalau ada niat tentu dah tak jadi pulak macam TGNA nak pi Mekah sebab orang tau cerita. Apapun saya harap Dato' jangan tinggalkan PAS, jangan tinggal Kerajaan Kelantan kerana Dato' lah yg layak mengganti TGNA jika dia bersara nanti.

Aliyah_ND said...

salam... semoga Allah memberikan keampuanan kepada tuan atas ujian diberkan, itu adalah salah satu tanda Allah sayang pada hamba-Nya kerana masih diuji, Alhamdulillah....
Kepada MEDIA nie... adalah lebih baik beri tumpuan pada isu-isu rakyat yang dapat membina minda,
begitu juga dengan kerajaan pusat, adalah lebih baik menjaga KEBAJIKAN RAKYAT,daripada sibuk memerhatikan pergerakkan PAKATAN RAKYAT...

Budak Ipoh Timor said...

AlhamduliLLah atas penjelasan segera tuan.

Musuh menanti peluang untuk mengambil kesempatan merompak hasil mahsul negeri Kelantan yang tiba² menjadi begitu banyak nilainya.

Jangan sedih dan kecewa.

Kami bersama anda.Mudah-mudahan Kelantan kembali damai, insyaALlah

Mohd Arif Ibrahim said...

Teruskan berjuang Yb Husam..Kami rakyat semua terus memberi sokongan padu Yb..Semoga Allah merahmati Yb Husam selalu...

Anonymous said...

BN/UMNO ni tak payah di layan. Utusan Melayu dan semua surat khabar BN/UMNO tak payah beli kerana penipu belaka!!!

dusunraja said...

Salam dato'
ada suara suara nakal mempertikaikan Dato' sakit tapi pada sabtu 21/11 hadir simposium bersama DSAI dan DR Aziz Bari pada ketika Mesyuarat Khaas PAS kelantan, payah juga saya nak jawap,kalau ada penjelasan dari Dato' kan elok

john said...

Salam dato'

ambo tau dato' tok dan nok caro ko blog2 ni dengan meng'approve' pengomen..apa2 pun ambo cayo ko dato' takkan kito dok bejuang tukus lumus..malae tumas hanya dengaberita utusan nok letok jawatan?..tapi dato' sumber terdekat yang utusan buleh tu keno berjago2...wassalam.

Jimbajimbo said...

hhhmmmm...tu la prangai orang UMNO...sabor je lah YB...

Amin Rais said...

Datuk' Husam...

Rakyat Malaysia takkan percaya walaupun sepatah perkataan di dalam Utusan Malaysia.

Teruskan memimpin datuk PAS ke arah yang lebih progresif dan relevan mendahului zaman...

Unknown said...

Salam YB

Itulah salah satu kebodohan dan kebebalan manusia di Utusan. Mungkin mereka ingat kat Malaysia ni hanya Utusan saja surat khabar yang ada.

Mereka ni dah primitif, bebal pula.

TRALAYAN said...

Salam,

Bagi orang yang tidak mengenali Husam Musa mudah saja menerima berita-berita palsu, serta yang cuba melaga-lagakan HM dengan TGNA. Namun semua orang PAs di Kelantan mudah saja menangkis berita-berita seperti ini. Bacanyapun sambil gelak je. Ini menambahkan lagi panasluap puak2 BN yang menyangka HM atau TGNA akan segera diundurkan.

Siapa yang dapat menyangkal pengorbanan yang telah dilakukan oleh HM sejak usianya 25 tahun, berkorban di pejabat PAs tanpa upah dan gaji, walaupun dia ada degree. Kenapa dia tak minta kerja dari kerajaan BN? Apa yang HM kecapi sekarang adalah ganjaran Allah atas segala pengorbanannya walaupun tidak pernah terlintas dalam benak fikirannya pada masa itu untuk memilik semua ini.

Apalah sangat cuit-cuit akhbar utusan berbanding kekentalan HM.

Semoga HM terus tabah dan dikurniakan Allah kesabaran dan kekuatan iman untuk menghadapi semua ini.

Kami tetap sokong HM dan TGNA.

aliashraf said...

yeah, itu baru ore kito

Mawardi said...

Ha! pasal payung BN tu! Saya ingat saya sore jah perasan! Sy napok awl2 pg lg masa beli paper.

Mmg Sumak la. haha

Roshidi said...

Datuk Husam Musa,
Amatlah saya terkejut mendengar berita tentang DHM .Apatah lagi DHM adalah tokoh muda yang saya amat kagumi sekali.Pesanan saya sabar & tabah dalam perjuangan ini.Ingat DHM politik di Malaysia ini amat halus dan kotor dan iklim politik di Malaysia ini adalah HASAD DENGKI & MENGUMPAT.Kalau kita berada di jalan yang diredhai oleh Allah nescaya golongan itu akan terhapus dengan sendirinya.Kami amat berbangga dengan DHM yang menjadi orang professional di dalam PAS kerana dengan tahap ugama & professional digabungkan akan menjadikan Islam lebih kuat dan jitu.Lihatlah IRAN hasil gabungan tersebut mereka tidak takut akan gertakan negara menindas ,kerana professional & iman Islam itu bergabung.Ingat DHM pedulikan apa orang kata teruskan niat murni anda.Nescaya Allah bersama anda.Pesanan saya satu aje JANGAN CEPAT MELATAH apabila berlaku sesuatu peristiwa.
Saya anak jati Kelantan yang bertugas diluar bahagian Oil & Gas memang mengakui ada minyak di perairan Kelantan cuma fakta & segalanya di putar belit oleh beberapa pihak aje.Teruskan pembongkaran ini.

Terima Kasih
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT
Roshidi Hj Ab. Malek

naimisa said...

Ya. Kegemparan di MM itu turun mengundang persepsi negatif terhadap YB.

Sehingga ada yang bertanya, "Apakah itu gimik politik juga, macam Tun M nak letak jawatan dulu."

Tapi penjelasan ini cukup tegas. Selamat menjalani rawatan. Semoga cepat sembuh, insya-Allah.

Anonymous said...

Salam YB,

saya rasa sekarang ini tali barut UMNO telah berjaya masuk ke dalam pemikiran PAS. lihatlah sekarang beberapa tali barut sudah mula menunjukkan taringnya.

YB kena ingat usaha yang gigih akan menampakkan hasil, tidak kira tujuan baik atau jahat. jika kita berusaha hasilnya akan ada.

Hasilnya adalah selepas bertahun-tahun UMNO merancang memporak perandakan PAS dengan menghantar tali barut untuk bersama-sama PAS memperjuangkan Islam akhirnya mereka berjaya berada dalam perjuangan ini dan mula menyebarkan virus untuk merosakkan perjuangan PAS.

Untuk menilai tali barut bukanlah sukar. kerana yang banyak bercakap adalah tali barut. ketika mana mereka banyak bercakap memperjuangkan Islam dan ketika itu jugalah banyak bercakap andaian sehingga Perjuangan dipandang serong.

Bak kata pepatah, musuh dalam selimut. itulah yang sebenarnya yang dihadapi oleh Perjuangan PAS.

Saya melihat dari sudut positif, Inilah permulaan untuk slogan PAS FOR ALL belajar bagaimana menghadapi dan PAS bersedialah dengan munafik-munafik yang akan melaungkan perjuangan Islam selepas PAS FOR ALL semakin diterima.

Munafik-munafik @ tali barut ini tidak akan berhenti memusnahkan perjuangan PAS selagi mereka dibela dan diberi muka.

Antara sifat-sifat orang yang munafik yang ada sekarang adalah 'MARAH'. kerana marah akan timbul fitnah. kerana marah segala pekung akan terbuka, kerana marah akan menunjukan kesilapan, kerana marah akan membawa kemusnahan.

Akhirnya Perjuangan entah kemana, nilai diri pun entah kemana.

KerisKontot said...

Salam YB. Semoga dalam keadaan sihat adanya. Begitulah rupanya apa yang dikenali sebagai Kumpulan Utusan. Akhbar yang tidak punya maruah dan kredibiliti.

Masa buat serangan tak tanya sepatah pun akan kesahihannya.. Bila dah serang baru sibuk nak tanya.

Tapi bagus juga...lama tak dengar khabar YB...dulu banyak juga YB tulis artikel. Isu ini akan menaikkan nama YB..lagipun Tok Guru sudah berterus terang.. Husam ni Allah cipta bukan sahaja untuk Kelantan Tapi Untuk Malaysia. Tok Guru secara tidak langsung menzahirkan bahawa beliau bergantung harap kepada YB untuk terus membawa Kelantan maju dan membangun bersama Islam.

Lagilah berbulu orang2 yang memang sudah penuh bulu..terutama orang yang sakit Gout tu...

Harap YB akan terus meningkatkan prestasi yang sedia tinggi itu. Saya akan terus menyokong YB..

Anonymous said...

Allahuakbar....
Tabahkan hati...teruskan perjuangan. Saya doakan dato' cepat sembuh...

Ratusan Kuliah MP3 TGNA said...

Agenda UMNO/BN kali ni adalah untuk menutup isu MCA yg sdg berpecah...Kita sepatutnya perlu membongkar skandal mereka hari2. Tak perlu keluarkan isu ini di harakah. sebaliknya keluarkan skandal2 jahat mereka hari2

al-khattab said...

YA ALLAH YA TUHAN KAMI!!!

TABAHKAN HATI PEMIMPIN KU SDRA HUSAM MUSA!!!!

KUATKANLAH KEIMANANNYA!!!

BERIKANLAH TAMBAHAN KEKUATAN UNTUK PEJUANG AGAMAMU INI YA ALLAH!!!

JANGANLAH SESEKALI KAU LALAIKAN NYA DARI MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA TERHADAP MU YA ALLAH!!!

MASUKKAN NUR PERJUANGAN KEPADANYA YA ALLAH!!!

LEMAHKANLAH PENENTANG PENENTANGNYA DAN PENENTANG2 ISLAM YA ALLAH!!!

KUCAR KACIRKAN KUMPULAN DAN PUAK-PUAK MEREKA YANG ZALIM YA ALLAH!!!

KAU JAHANAM KAN LAH MEREKA YANG INGIN MENGANIAYANYA YA ALLAH!!!

SISIHKAN MEREKA-MEREKA YANG INGIN MENGHANCURKAN ISLAM DARI PERJUANGAN SUCI MU INI YA ALLAH!!!

YA ALLAH!!!
MULIAKANLAH NEGERI KELANTAN YA ALLAH!!!

BERKATILAH TANAH MU INI YA ALLAH!!!

PELIHARALAH PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN RAKYAT NEGERI KELANTAN DARI UNSUR-UNSUR LAGHO YA ALLAH!!!

ANGKATLAH DARJAT TUAN GURU NIK AZIZ YA ALLAH!!!

PANJANGKANLAH UMUR TUAN GURU NIK AZIZ YA ALLAH!!!

PANJANGKANLAH UMUR SDRA HUSAM MUSA YA ALLAH!!!

PANJANGKANLAH UMUR PEMIMPIN2 ISLAM SELURUH DUNIA YA ALLAH!!!

PERMUDAHKAN LAH URUSAN MEREKA YA ALLH!!!
HANYA KEPADAMU KAMI MEMINTA DAN MEMOHON YA ALLAH!!!

AMINNNN YA RABBAL ALAMIN!!!

TAKBIR!!!

Anonymous said...

Dato'Paduka Husam,

Bukan senang untuk merubah minda rakyat terutama rakyat yang berkiblatkan media(termasuk blog dan surat khabar) tanpa mengkaji terlebih dahulu dari mana sumber itu.

Dan ujian yang Yb Dato tempuhi adalah ujian (kifarah) dari Allah tanda Allah swt sayangkan yb.

Pemikiran yb dato' sudah lama kami anak2muda kelantan yang belajar universiti meneliti dan menyokong pemikiran Yb. Cuma keberatan orang yang merasa diri mereka mundur.

itu kelebihan yang Allah swt kurniakan.

Saya sbg anak muda,akan terus berdoa untuk yb dan bersabar. Langit tidak selalu gelap dan panas tidak selalu memudaratkan.

Yb,kita berpengang harap pada Allah swt. Dia Maha Mengetahui.
Di sebalik tekanan itu ada nya hikmah.

Jika perjuangan Yb di matikan oleh orang-orang tertentu,maka usah kuatir Yb kerana harta yang Yb tinggalkan ialah pemikiran Yb. Maka nya pemikiran itu akan menjadi harta berharga kami anak-anak muda di masa depan untuk di basuh,dan di guna untuk perjuangan murni Islam.

Usah kuatir. InsyaAllah kerana kita adalah pejuang Islam.

ilahi anta maksuqi,waredo' ka mahluk - kepada Mu Ya Allah aku maksud dan keredo'an Mu aku tuntut.

insyaAllah ayahda!

Hazazi

Shito-Ryu Karate-Do said...

la...geram betul...

Anonymous said...

alhamdulillah..teruskan perjuangan mu di saat penuh mehnah ini..sesungguhnya ini bukanlah jalan yang mudah..kuatkan semangat..(47:7)


anak kelantan

Anonymous said...

salam , nak email boleh??didoakan semoga cepat sembuh...

armouris said...

info tentang tulang belakang kat sini - Masalah Cakera Tulang Belakang