Sunday, November 08, 2009

Nor Ya'kob gulung royalti minyak hari ini

Insya Allah saya di Parlimen hari ini untuk dengar sendiri apa Tan Sri Nor Ya'kub nak tambah tentang royalti minyak.

Kata pegawai, ikut teks, Nor Ya'kub akan tekankan lagi tentang 3 batu nautika sebagai syarat tunggal kelayakan royalti.Point lain Nor Ya'kub buntu!

Saya yakin MP PR akan bersedia.

Horizontal drilling - satu dari isu diharap dapat dibangkitkan oleh MP kita.

Begitu banyak misteri menyelubungi aktiviti Petronas. Tidak ada ketelusan. Tidak ada penyata pengeluaran terperinci dibentangkan di mana-mana.

Siapa tahu banyak hasil Kelantan dikaut tanpa pemakluman. Bahkan, Bumi Selatan yang disebut oleh PM sebagai telaga Kelantan, gasnya juga disalurkan ke Pelantar Cakerawala di kawasan JDA. Gas Kelantan dikenakan cukai oleh Thailand semata-mata kerana menumpang pelantar dalam kawasan bertindeh.

Mengapa tidak saluran paip dibena untuk bawa gas Kelantan ke pantai Kelantan?

Untuk mengelakkan hasil mahsul Kelantan dikaitkan dengan Kelantan, pelbagai cara dilakukan.

Sungguhpun Kelantan adalah terhampir samada untuk kawasan JDA atau CAA, kastam dari Kemaman dihantar setiap kali jualan minyak dibuat dari FSO di tengah laut. Kastam ini terpaksa berkereta dari Kemaman ke Kota Bharu dan naik heli ke pelantar.

Ia bukan rompakan tetapi apa?

Kalau benar horizontal driling berlaku, malanglah negara kita. Bila amanah dirobekkan, siapa lagi yang akan berlaku jujur?

Kawah dalam Malay Basin memungkinkan ia berlaku. Telaga Bintang dan Lawit selamanya berada dalam perairan Kelantan tetapi Petronas melukis blok PM 302 menjulur masuk dalam perairan Kelantan tetapi ia milik Terengganu!

Bila basin senget ke telaga berdekatan, hak negeri jiran akan sia-sia.

Perjuangan royalti adalah perjuangan memulihkan sebuah kejujuran dan menegakkan sebuah ketelusan. Ia bukan untuk Kelantan tetapi Malaysia hanya diberkati dengan amanah kekayaan yang terpelihara.

Atas kedudukan inilah saya tegak. Bendera kebenaranlah yang akan kita pacak!

2 comments:

Unknown said...

Salam YB. Lawan jangan tak lawan. Itu hak rakyat Kelantan. Pusat ni tak habis-habis nak bodohkan rakyat

Anonymous said...

Actually iu minyak kat kelantan nie dah laman..saya ada denar dari lecturer geologi saya pada 1998 yang minyak malaysia di kelantan di salurkan ke Thailand..tapi waktu tu saya tak ambil pusing sangat sehinggalah isu ini menjadi hangat...