"Najib memberitahu, Petronas memaklumkan pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan, yang terletak di luar perairan negeri tersebut iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301." - Utusan online.
Nampaknya kehsanan BN masih berasaskan pada telaga pengeluaran minyak atau gas.
Negeri tak ada telaga minyak, tak adalah ehsannya.
Kelantan ada satu telaga? Bumi Selatan. Dapat wang ehsan. Terengganu ada banyak telaga, juga sama jauh di luar kawasan 3 batu nautika. Ada telaga tapi jauh, dapat wang ehsan, bukan royalti.
Ada telaga, tapi tak lebih dari 3 batu dari panytai baru dapat royalti.
Mana negeri ada telaga tapi tak lebih 3 batu dari pantai? Tolong tunjukkan.
Sabah? Sarawak?
Telaga Sabah lebih jauh dari semua telaga di Kelantan. Sarawak juga.
Sabah dan Sarawak kalau begitu dalam bahaya. Hari ini royalti, tetapi sebenarnya mereka pun hanya layak terima wang ehsan kerana telaga mereka juga jauh ke tengah laut.
Najib lupa atau tak diberitahu telaga Sabah dan Sarawak juga jauh ke tengah laut?
Bolehkah PM mempunyai dua hujjah bertentangan satu masa? Dua kriteria? Dua polisi?
Kalau ikut logik PM, habislah Sabah dan Sarawak. Tak beroyaltilah dua negeri itu.
Semua negeri dalam Malaysia ikut Akta Petroleum yang sama. Kalau Kelantan tak layak dapat royalti kerana telaganya jauh, maka Sabah dan Sarawak pun tak boleh dibayar royalti.
Sabah dan Sarawak masuk Malaysia tahun 1963, lebih kemudian dari Kelantan dan Terengganu. Kenapa Sabah dan Sarawak dapat keistimewaan?
Jalan berfikir seperti itu boleh bawa Malaysia maju dan baik?
Baiklah pulang semula kepada jalan berfikir yang selari. Logik yang sama untuk isu yang sama.
Kelantan juga, sama seperti Sabah dan Sarawak, terhak diobayar royalti. Bukan saja untuk satu telaga, semua telaga termasuk dalam kawasan JDA dan CAA.
Masa belum teerlambat sebelum keadaan lebih bercelaru.
Wednesday, November 04, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam datuk,
saya menyokong terus segala usaha datuk dalam memastikan keadilan tertegak dalam isu "royalti" hak kerajaan Kelantan ini.
Tapi hanya satu pekara yang saya nak ulas di sini datuk.
Pada tahun 1963,kami tidak "masuk" Malaysia datuk. Kami membentuk Malaysia bersama Persekutuan Tanah Melayu. Mungkin hal ini (masuk/sertai) pekara kecil bagi banyak pihak, tapi bagi kami ia memberi makna yang amat lah berbeza.
Teruskan usaha datuk dalam memperjuangkan hak untuk keadilan rakyat :D
Assalamualaikum Dato Haji Husam Musa,
"Sabah dan Sarawak masuk Malaysia tahun 1963"
Maaf, pembetulan fakta:
Sabah dan Sarawak BUKAN masuk Malaysia. Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura BERGABUNG membentuk Malaysia pada 1963. Jadi tiada isu masuk-masuk Malaysia.
Terima kasih
Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia, bukannya menyertai Malaysia.
Salam Datuk,
Maaf kalau terkasar bahasa sedikit. Faktanya Sabah & Sarawak tak MASUK Malaysia. Sabah, Sarawak, Singapura (dah keluar/dikeluarkan) dan Tanah Melayu bergabung membentuk Malaysia.
Harap Datuk tak memperkecilkan hati rakyat Sabah & Sarawak. Masalah politik tak seharusnya sehingga menghina orang lain. Contohnya, Tuan Guru Abdul Hadi pernah sebut di Sarawak orangnya masih bercawat! Walaupun kami 'bercawat' seperti kata beliau, kami telah lama belajar memerintah dan mempunyai DUN kami sendiri, sejak zaman Rajah Brooke.
Post a Comment